Halaman

Rabu, 30 Mac 2016

Penghuni Syurgaku

Cerita Jumaat yang lepas,

"Ayah izz khalif dah datang, cikgu."

"Izz khalif.." suara budak2 memanggil namanya

"Ayah awak datang kenapa izz khalif?" soal cikgu

"Ayah saya nak bawa pergi solat Jumaat cikgu,nanti dia hantar balik sini," jelasnya

***

Salah satu cara seorang ayah yang mentarbiyah akan anaknya..😊

Jumaat, 5 Februari 2016

BERAPA LAMA DUDUK TINGKATAN IKHLAS PERINGKAT BAWAH?


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Kita telah pelajari tingkatan paling bawah ikhlas pada orang awam  adalah :

Seseorang yang ikhlas beribadat kerana Allah (ertinya bukan kerana dunia atau makhluk)  tetapi masih terselit di dalam hatinya kemahuan pada ganjaran syurga berupa ni'mat2 kesukaan nafsu umpama bidadari, istana indah dll. 

Ikhlas seperti ini adalah ikhlas "kanak-kanak"   atau di dalam istilah ahli ma'rifat di sebut umpama "buruh yang bekerja untuk upah".   Jika di tawarkan ganjaran mereka akan buat, jika tiada ganjaran mereka tak bekerja.  JIka ganjaran tak lumayan, mereka akan buat bermalas-malasan di dalam bekerja. 

Demikian lah perumpaan orang ikhlas kerana mengharap suatu ganjaran...!

Kita yang sudah berpuluh tahun beribadah, adakah masih di tangga "ikhlas kanak2"  ?  Adakah kita masih mengharap pahala...  pahala... pahala... ketika beramal?  Adakah jiwa kita masih terikat dengan segala kesenangan kesukaan nafsu?  

Sepatutnya kita sudah melangkah ke peringkat ke 2 dan 3 Tingkatan Ikhlas peringkat awam.  

Apa tingkatan ke2 ikhlas pada sisi orang awam?

Iaitu seseorang hamba ALlah tidak lagi cita2 dalam hati melainkan Allah.   Dia beribadat hanya untuk memperoleh keredhaan Allah.  Di dalam pemikirannya tiada lagi unsur menagih pahala2, atau menagih syurga berupa kesukaan nafsu.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS peringkat ini, iaitu mengharap REDHA ALLAH semata2 di dalam ibadah adalah jauh  lebih baik dari " ikhlas kanak2"   atau "ikhlas buruh"  yang masih mengharap upah dan ganjaran.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Tetapi ingat......

ada lagi satu halangan bagi hamba Allah pada peringkat ke -2 ini, iaitu : 

👉🏼 Dia melihat masih ada daya upaya untuk melakukan ibadah.  Dia melihat dirinya ada kekuatan untuk melakukan ketaatan, solat, puasa, zakat, haji dll.  Sedangkan "melihat atau merasai diri sendiri ada keupayaan untuk beribadah dan ta'at"   adalah syirik khafi (syirik tersembunyi).  

Hamba Allah ini perlu mujahadah lagi dengan banyak2 zikrullah, solawat, baca Qur'an dan ibadah2 lain agar dia terlepas dari "gangguan syirik khafi" tadi. 

Dengan berkat kesungguhan yang di penuhi  Rahmat Allah, hamba ALlah ini akan naik  satu tingkat lagi kepada Tingkatan ke-3 ikhlas orang awam.   Pada tingkatan ini, hamba Allah itu tidak lagi melihat ada nya daya upaya melakukan ibadah dan ketaatan.  

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS ketika melihat diri tiada daya upaya untuk melakukan Ibadah adalah Tingkatan ikhlas yang lebih baik dari Tingakatan Pertama Ikhlas Awam.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Tetapi ......

Ada satu "gangguan" halus yang tersisa pada dirinya iaitu dia merasa "dia sudah Ikhlas".......!

Seseorang yang masih merasai dan melihat dirinya "sudah ikhlas"  adalah penyakit paling halus pada tingkatan orang awam.  Ini kerana "merasa diri sudah ikhlas"  adalah masih di dalam golongan "syirik khafi".   Ia di katakan syirik khafi lagi kerana dia masih melihat dirinya mempunyai keupayaan untuk melakukan "ikhlas" itu sedangkan pada hakikat nya makhluk tiada daya upaya. 

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS pada Tingkatan ke 3 ikhlas orang awam tentu lebih baik dari Tingkatan ke 2 dan Pertama.   Walaupun ada perasaan tersisa melihat diri sudah ikhlas, tetapi dia masih lebih baik dari sebelum nya.  Membuang langsung sifat halus ini memang tersangat susah.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Apabila seseorang hamba Allah berzikir lagi sungguh2 berserta mujahadah, dan dapat melepaskan diri dari "syirik khafi" yang paling halus ini, maka berjaya lah dia dengan izin Allah naik kepada Tingkatan Ikhlas yang suci, ikhlas yang sebersih2 nya yang tiada di campuri sebarang syirik khafi.   Ini lah tingkatan ikhlas peringkat pertama pada sisi Ahli Ma'rifat.  Ini lah juga Tauhid yang murni, tingkatan pertama Tauhid pada sisi Ahli Ma'rifat.

Tetapi Tingkatan Yang Pertama Ikhlas dan Tauhid yang murni ini tidak akan dapat di capai melainkan dengan mengambil bai'at Toriqah Ahlus Sunnah dan beramal sungguh2 tanpa jemu dengan penuh harapan pada Rahmat Allah.  

………………………………………………………

Renungi lah....

Di mana ikhlas kita sekarang?
Apa yang patut kita buat?
Tanya lah diri sendiri...  
Renung lah ke dalam hati....
Renunglah apa yang patut kita lakukan untuk memperoleh ikhlas dan Tauhid yang murni .....

kerana....

IKHLAS  dan TAUHID yang murni adalah "rahsia"  antara rahsia paling halus antara hamba dengan Tuhan nya yang akan menjadi perhitungan penentuan di hadapan Allah nanti.

Wallahu A'lam

Khamis, 4 Februari 2016

Nasihat Untuk Anak Muridku (Bakal Pengantin Baru)


Bersempena dengan perkahwinan muridku Mohd Sabhi Wajdi Bin Mat Asri dengan pasangannya Nur Shuhada Binti A Halim juga buat semua anak-anak yang akan dan sedang melayari bahtera rumahtangga.

Kami titipkan disini sebuah nasihat sebagai seorang Guru kepada Muridnya agar bahtera rumah tangga dilayari dengan sempurna hingga sampai ke destinasinya.

Sekalipun badai, ombak, bongkah ais, ribut taufan dan batu karang berada di atas laluan samudera tetapi tatkala nakhoda seorang yang berkemahiran, maka bahtera dan penumpangnya tetap selamat bahkan dapat mengelakkan dari terumbang-ambing serta ke arah bahaya mahupun karam.

Antara nasihatku ialah:

1. Nawaitukan perkahwinan kerana ALLAH SWT jua.

2. Matlamat untuk mencari mardhatillah dan mendapatkan pasangan yang halal serta dikurniakan zuriat yang solehah merupakan cita-cita yang murni lagi luhur.

3. Jauhi dari perkara yang haram terutama sumber rezeki dan makanan agar keberkatan rumah tangga sentiasa diperolehi dan diraih.

4. Lazimi solat malam kerana nas hadis,disebut dengan kalimah ALLAH SWT merahmati suami atau isteri, ia adalah kunci penyelesaian masalah dalam kehidupan.

5. Lazimilah solat berjemaah kerana ia mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

6. Istiqamah menghadiri majlis ilmu agama kerana ia membentuk keperibadian serta menambahkan nikmat dalam kehidupan.

7. Jangan besarkan perkara yang kecil sebaliknya perkecilkan masalah yang besar. Agar masalah dapat diselesaikan dengan baik.

8. Elakkan wasangka dan buruk sangka terhadap pasangan kerana syaitan akan was-waskan kita dalam kehidupan.

9. Jauhilah daripada cita-cita untuk berpisah. Kerana itulah cita-cita syaitan seperti didalam nas.

10. Budayakan meminta maaf antara pasangan kerana ia akan mengendurkan ketegangan dan kemarahan.

11. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga untuk berdiskusi dalam mencari penyelesaian.

12. Elakkan dari mengadu permasalahan kepada kedua ibu bapa dan mertua. Tetapi selesaikan dengan cara yang baik.

Ingatlah bahawa rumah tangga tidak ada yang sempurna. Kerana itulah manusia diciptakan dengan kekurangan, sebab pasanganlah akan membuatkan kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Cukuplah sekadar itu nasihat dan wasiat daripadaku dan ingatlah:

➡Yang menyatukan hati kita adalah ALLAH SWT.
➡Yang menyelesaikan masalah kita adalah ALLAH SWT.
➡ Yang rezekikan kita adalah ALLAH SWT.
➡ Yang kurniakan zuriat adalah ALLAH SWT.

Justeru, ibadah, berdoa dan mintalah kepada-Nya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga ALLAH SWT kurniakan pasangan ini kebahagiaan menerangi sinar hidup dan diberkati ALLAH SWT sehingga menemui-Nya.

Gurumu,
SS Tuan Guru Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Khamis
5.40 Petang
4 Februari 2016.

(Catatan oleh : Ust.Hashim Mohd. Noor PA Urusan)

Selamat Pengantin Baru.

Kami tanya ustaz syed aboo jawab

Ustaz, kata imam Jilani tu..untuk fatwa hati..untuk diri sendiri je kan

⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆

ye maksud beliau untuk diri sendiri.  Apabila bertembung suatu keadaan harus yang tiada ketentuan hukum,  maka di sana lah berguna "pendapat" hati ini...

kerana hati yang jujur, hati yang suci, hati yg ikhlas, hati penuh Iman tidak akan menipu.

tapi jangan pulak pusingkan makna "minta fatwa pada hati"   dengan makna " mentafsirkan Ayat Qur'an dan Hadith Nabi menggunakan pemikiran sendiri. "  👈🏽 ini kebinasaan. 

Kita sudah huraikan sebelum ini...

Wallahu A'lam

🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

Jazakallah khair ustaz

SABAR DENGAN PASANGAN

Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi, “Seseorang boleh diangkat darjatnya oleh Allah سبحانه و تعالى dengan bersabar dengan perkara yang tak disukainya pada pasangannya.”

Sebab Allah menjanjikan - “Jika kamu tak suka pada pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah سبحانه و تعالى berjanji akan berikan kebaikan yang banyak.”

Sabar dan Allah akan beri kebaikan yang banyak, atau jika kamu tak sabar, maka akan berlaku perceraian.

Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan: Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang. Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya.

Lalu ditanya padanya, “Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu.”

Jawabnya, “Ya, dulu saya diganggu isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak. Tapi sekarang isteri saya sudah meninggal dunia dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya .”

Intinya - Peganglah apa yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى untuk mendahulukan ehsan berbanding adil!

Beri hak pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri, bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya.

Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita, maka kehidupan rumah tangga kita macam di syurga. Kalau tak percaya - buat ;)

- disunting daripada Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Rabu, 3 Februari 2016

TAUBAT NASUHA

ِ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
       
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Setiap insan tidak terlepas dari kesilapan, kelalaian dan dosa!

Bahkan makna "insan" adalah tempat lupa dan lalai.  Oleh kerana sifat asal kejadian insan yang tidak terlepas dari dosa, maka  Allah Ta'ala sediakan jalan kembali kepada Nya dengan bertaubat ....!

Bahkan Allah Ta'ala sangat mengasihi  hamba2 Nya yang bertaubat dan menyucikan hati nya.

Firman Allah :

ُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)

"....Sesungguh nya Allah sangat menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"
[Al-Baqarah : 222]

Rasulullah ﷺ..memuji manusia2 yang berdosa yang segera bertaubat sebagai manusia terbaik....!

Sabda Rasulullah ﷺ. :

"Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah."
[Imam Tirmizi]

Namun hendaklah di ingat setiap pekerjaan di dalam Agama ada hukum, syarat, peraturan dan adab tertentu.

Taubat yang sebenar iaitu "TAUBAT NASUHA"  adalah taubat yang di terima oleh Allah apabila ia nya menepati syarat2 nya.

SYARAT2 TAUBAT YG MAQBUL :
○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○

(1) Segera berhenti dari melakukan nya.

(2) Menyesal sungguh2 di atas perbuatan nya.

(3) Berjanji tidak mengulangi dosa2 tersebut.

(4) Gantikan Haq Allah.
Jika kesalahan nya dengan haq Allah maka hendaklah di "qadha" - di ganti segala kewajipan (fardhu) yang di tinggalkan nya.

(5) Gantikan haq insan.
Jika kesalahan nya sesama manusia hendaklah di pulangkan hak nya atau di minta halal dari nya.

(6) Taubat di lakukan di dalam waktu yg di haruskan iaitu :
  (i)  Sebelum nyawa sampai halqum.
  (ii) Sebelum matahari terbit dari Barat.

(7) Ikhlas

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Kebanyakan kita tahu dan sedar 3 perkara teratas.  Sedangkan Taubat yang sebenar dan kesempurnaan Taubat adalah menunaikan kesemua syarat2 tersebut.

Insya Allah bersambung huraiannya...

Selasa, 2 Februari 2016

Kisah Imam Ghazali siri ke 8

sambungan ...

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

IMAM GHAZALI TEMUI MUTIARA YANG TIADA TERNILAI HARGANYA.

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab Munqiz Ala-Adh Dholal :

"Selama waktu berkhilwah itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya )  Yang ku katakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum  Sufi (Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid )  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang di kehendaki Allah Ta’ala.  Merekalah  golongan yang paling utama cara2 hidup nya, paling tepat tindak laku nya dan paling tinggi budipekertinya. 

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu di himpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, di terangi cahaya Kenabian. 

Di dunia tiada cahaya yang lebih terang dari nya. Pendeknya, apakah yang d katakana orang tentang suatu di jalan yang di mulai – sebagai syarat pertama – dengan membersihkan hati, mengosongkannya sama sekali dari segala suatu selai Allah Ta’ala?  Sedang kunci pembuka pintu -nya laksana takbiratul ihram bagi solat ialah istighraq hati denga zikir kepada Allah.  Akhir nya sama sekali fana’ pada Allah Ta’ala ;  keadaan fana’ ini penutup bagi taraf pertama, yang hampir masih didalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini sebenranya merupakan permulaan toriqat sedang yang sebelumnya itu hanya lah merupakan dihliz(kecil) menunjuk kepada nya.

Dari awal Toriqat ini mulai lah peristiwa2 mukasyafah dan musyahadah hingga akhirnya dalam keadaan  jaga mereka dapat melihat Malaikat dan arwah para Nabi, mendengar suara mereka dan mendapat pelajaran dari mereka. Dari tingkat ini  naik pula ke beberapa tingkatan yang meninggi jauh di atas ukuran kata2.  Tiap usaha untuk melukiskannya dengan kata2 tentulah akan sia2, sebab setiap kata yang di pakai pastilah mengandung salah faham yang tak mungkin menghindarkannya.

Akhir nya sampailah ia ke darjat yang begitu dekat kepada Nya, hingga ada orang yang hampir mengiranya “hulul”  atau “ittihad” atau “wusul”  semua kiraan itu salah dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami Al-Maqsidul Aqsa (Tujuan Terakhir).   Barangsiapa mengalami nya hanya akan dapat mengatakan bahawa itu suatu hal yang tak dapat di terangkan, indah, baik, utama, dan jangan lah lagi bertanya.

Pendeknya barangsiapa yang belum di kurnia Tuhan mengalaminya belum lah ia mengenal haqiqat Kenabian.  Lebih dari namanya belaka. Sebenarnya karomah Auliya adalah bidayah Anbiya’  yang demikian itu adalah hal Rasulullah  ﷺ  ketika khilwah di bukit Hira’  hingga orang2 Arab berkata Muhammad jatuh cinta kepada Tuhannya. Hal ini dapat di faham dengan “zauq” oleh orang yang melalui jalannya. 

Adapun orang yang belum mengalami nya pun dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan Kaum Ahli Sufi itu atau dengan membaca huraian2 seperti yang ada pada karangan kami, “Ajaaibul Qalb” (keajaiban Hati) iaitu sebahagian dari KItab kami Ihya Ulumuddin.  Mencapai suatu pengertian dengan alasan dan bukti keterangan adalah ilmu namanya ;  mengalaminya bernama “zauq”  ;  dan menerimanya kerana yaqin (dengan penglihatan matahati - pent) adalah  Iman. Jadi adalah tiga darjat

Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]

Di luar mereka adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.  Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَل َىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ (١٦)

"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.

[Muhammad (47) : Ayat 16]

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23)

[Muhammad (47) : Ayat 23]


[Munqiz Ala-Adh Dholal]

PENJELASAN DAN RENUNGAN :
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

🌷Imam Ghazali memperoleh mutiara Rahsia yang tak terhitung banyak nya hasil dari persulukan beliau mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, yakni ilmu yang beliau tidak mendapat nya sebelum beliau memasuki dunia Ma'rifat. 

🌷Beliau berkata "tak mungkin di bahas ilmu yang ku perolehi dengan mendalam "  iaitu ilmu yang di peroleh sewaktu suluk beliau kerana ianya merupakan hakikat Tauhid dan hakikat Ikhlas yang terpancar dari Cahaya Ketuhanan. Bukan semata2 teori aqal.  Tetapi Ianya merupakan Ilmu "zauq"  (ilmu pemerasaan hati dan ruh) dan ilmu ladunni (ilmu yang di ajar oleh Allah Ta'ala kepada hamba2 pilihan nya) dan Ilmu Mukasyafah (ilmu yang terhasil pandangan ruh kepada  Zat Tuhan yang Laisa Kamithlihi Syai'un)

🌷Permulaan orang yang mendapat Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah adalah ketika pandangan matahati nya melihat fana' perbuatan makhluk (binasa sekalian perbuatan makhluk nibah kepada perbuatan Allah ta'ala).  Pada peringkat ini seseorang hamba Allah yang salik akan memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tingkatan Pertama Tauhid pada jalan Ma'rifat Ilahiyyah.  Tauhid ini lah permulaaan Tauhid yang murni, yang tiada lagi syirik khafi atau mazmumah di dalam nya.

🌷Imam Ghazali memperoleh Tauhid yang murni setelah mujahadah mengikut disiplin Sufi sedangkan sebelum nya beliau bergelumang dengan berbagai syirik khafi dan mazmumah yang tak dapat di engkari.

🌷 Imam Ghazali mendapat keyakinan yang pasti bahawa sesiapa yang belum memasuki dunia Ma'rifat, tidak akan memperoleh Hakikat Tauhid, tiada akan mengetahui hakikat Kenabian kecuali sekadar mengenal nama nya saja.  Namun mereka yang belum memperoleh hakikatnya masih boleh memahami nya dan menerima kebenarannya dengan cara bergaul dengan Ahli Sufi.

🌷Selain dari mereka..... iaitu selain dari mereka yang mendapat hakikat nya dan juga mereka yang mengakui kebenaran Ahli Ma'rifat secara lisan ... selain dari mereka ini semua adalah golongan yang mengikuti hawa nafsu dan terttutup matahati mereka. (sebagaimana Firman Allah di atas tadi)

🌷Akhir nya Imam Ghazali membuat kesimpulan, tiada jalan yang lebih baik untuk memperoleh keredhaan Allah melainkan dengan mengikuti langkah2 Ahli Sufi kerana merekalah yang sebenar2nya mengikuti Rasul di dalam setiap gerak geri dan perlakuan Baginda.

🌷Wasiat dari pengalaman Imam Ghazali ini adalah suatu yang paling berharga bagi kita Ummat Islam.  Lebih2 lagi perutusan Imam Ghazali  ini adalah suatu peringatan paling penting kepada Ulama fiqh yang semata2 menitikberatkan hukum hakam syari'at sedangkan Toriqat danTasawwuf di abaikan. Lihat dan ambil i'tibar lah wahai orang2 alim yang berasa hebat dengan ilmu sedikit yang kalian miliki .... Sedangkan Imam Ghazali yang memiliki ilmu2 Syari'at yang tinggi ;  hafal Qur'an, hafal ratusan ribu Hadith Nabi, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, sirah dll,  masih belum merasai hakikat Iman sehingga lah beliau menjalani Jalan Ma'rifat,  apa hebat ilmu kalian berbanding dengan Ilmu Ghazali itu?

🌷Mereka yang belum berpeluang memasuki Jalan Ma'rifat Ketuhanan kerana belum bertemu Shaikh Mursyid @ Guru keruhanian yang siddiq, masih berpelung merasai pada pemikiran "keindahan Ma'rifat "  itu dengan cara bersahabat dengan orang2 yang pernah berdamping dengan Ahli Ma'rifat atau dengan cara mentelaah kitab2 Karangan Ahli Ma'rifat yang terkenal di kalangan Ahlus Sunnah seperti Imam Hasan Al Basri. Imam Sufyan Ath-Thawri,  Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Jilani, Imam Sazili, Imam Ibn Atho Illah, Imam Sayuthi, Imam Qastolani, Imam Qushairi, Imam Haithami dan ramai lagi Auliya Allah yang memperoleh kemuliaan tinggi di sisi Allah Ta'ala.  Moga ALlah Ta'ala meredhai mereka sekaliannya.

Semoga Allah Ta'ala kurniakan kita ilmu sepertimana yang di anugerahkan kepada kekasih2 Nya.

Wallahu A'lam

Renung

Kalau kita menerima seseorang kerana Allah, bila dia buat tak kena di mata kita..kita tak senang dengan dia.. cuba kita ingat dan renung kembali.. segala datang dariNya. Belajarlah untuk terima dia seadaNya apapun dirinya.

Jika kita pilih dia kerana sayangkanNya..percayalah..lama-lama Allah kan wujud nilai kasih sayang tu..pada dia..subhanallah cantikkan kalau kita sayangNya..Allah kan perlahan-lahan titip rasa kasih tu keranaNya...

Kisah Imam Ghazali Siri ke-7

Sambungan....

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Imam Ghazali didalam Uzlah dan khilwah (pengasingan diri)

Kata Imam Ghazali di dalam kitab beliau "Munqiz Ala-Adh Dolal" :

"Di tanah syam aku tinggal kira-kira dua tahun melakukan 'uzlah, khilwah,  riadah dan mujahadah menurut ilmu Tasawwuf yang telah aku pelajari. Semua itu untuk menjernihkan batin agar supaya mudah berzikir kepada Allah Ta'ala sebagaimana semestinya.

Lama aku beri”tikaf di masjid kota damsyik di atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup.

Dari damsyik aku pergi ke Baitulmaqdis dimana setiap hari aku masuk Qubbatus-sajrah dan tinggal di situ dengan pintu tertutup. 

Akhirnya timbullah keinginan hatiku untuk ibadah haji berziarah ke Makkah,Madinah dan Maqam Rasullullah ﷺ.

Kemudian kerana rindu untuk melihat anak-anak, pulanglah aku kembali ke rumah satu keadaan yang dahulunya tak pernah terlintas dalam hatiku.

Meski pun begitu namun aku tetap beruzlah, khilwah menjernihkan batin untuk berzikir. Berbagai peristiwa masa urusan keluarga dan keperluan hidup mempengaruhi tujuan dan merintangi kerjernihan khilwah. Hanyalah sewaktu-waktu sahaja dapat kesempatan yang sempurna namun tak putus asa dan khilwah dapat juga di jalankan. Yang demikian itu berlaku kira-kira 10 tahun.

[Munqiz Ala- Adh Dholal]

Penjelasan dan remungan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Setelah meninggalkan Baghdad  Imam Ghazali telah berbai'at kepada Shaikh Mursyid lalu masuk suluk @ khilawah @ uzlah terus untuk jangka waktu yang sangat lama. (lebih 10 tahun mujahadah sungguh2 pada jalan keruhanian)

Di dalam beberapa kitab Ulama lain di jelaskan bahawa guru pertama beliau pada Ilmu Keruhanian  (Toriqah dan Tasawwuf ) adalah Shaikh Abu Ali Farmadi.  Shaikh ini cuma dikenali sebagai tukang kasut.

🌷 Di dalam usaha beliau khilwah @ persulukan, terjadi berbagai rintangan dan cobaan. Tetapi di sebabkan keazaman yg kukuh, beliau terus hadapi nya dengan penuh kesabaran.

Ini adalah cobaan dan cabaran yang akan di hadapi oleh semua murid yang salik.  Mereka akan menerima ujian dan berbagai gangguan di dalam perjalanan nya.  Gangguan tersebut dari nafsu, syaiton, dunia dan makhluk akan cuba menghalang perjalanan nya kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Istana yang bakal di capai adalah jauh lebih hebat dari segala macam istana atas muka bumi.  Raja yang menanti adalah Raja segala Raja yang mencipta dan memerintah alam semesta.

Untuk mencapai mutiara berharga itu sudah pasti banyak rintangan nya.  Hanya mereka benar2 jujur ikhlas dan cekal akan sampai destinasi terakhir itu.

🌷 Sewaktu khilwah @ uzlah, terjadi berbagai peristiwa menakjubkan yang beliau sendiri tak terfikir sebelum nya. Erti nya Allah Ta'ala membukakan bagi beliau beberapa banyak Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah,  ilmu hikmah kebijaksanaan, rahsia2 Ketuhanan dan rahsia2 makhluk yang amat banyak.

🌷 Di hujung persulukan @ khilwah, beliau mendapat kesimpulan kukuh berkenaan Ahli Sufi.   Beliau yaqin ahli Sufi @ Ahli Ma' rifat  @ Shaikh Mursyid @ Imam Toriqah adalah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya. 

Imam Ghazali mendapat keyakinan teguh bahawa mereka yang tersebut itu lah yang benar2 berpegang kepada tali Allah untuk memperoleh keredhaan Allah.

Bersambung kisah...  insya Allah

Isnin, 1 Februari 2016

sambungan kisah Imam Ghazali ..... (siri 6)


■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Imam Ghazali meninggalkan kota Baghdad

Setelah berhempas pulas selama 6 bulan, menghadapi tekanan perasaan dan hati yang sakit, berperang di antara kemasyuran, pangkat kekayaan yang di bisikkan oleh syaitan dan nafsu, maka akhirnya Al-Ghazali mendapat petunjuk untuk meninggalakan kota Bagdad, kota yang telah memberikan seribu kemasyuran dan kebanggaan!

Kata Imam Ghazali :

"Akhir nya aku berhasil keluar dari Baghdad dengan tidak menggemparkan. ...!

Penduduk Iraq tidak akan membenarkan tindakan aku ini. Tidak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Bagdad berdasarkan pertimbangan Agama. sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama. Hanya sampai situ saja pengenalan mereka. "
Demikianlah aku meninggalkan Baghdad, Harta benda habis aku bahagi-bahagikan, kecuali sedikit untuk bekal di jalan dan untuk anak2 yang masih kecil.

[Munqiz-Ala Adh-Adhollal]

Penjelasan dan Renungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Maksud perkataan Imam Ghazali ini :

"sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama"

adalah begini :

Selama ini penduduk Iraq menganggap Imam Ghazali sebagai tokoh Ulama yang sebenar. Bagi mereka Imam Ghazali ada contoh yang benar2 menduduki tempat tertinggi di dalam agama.

🌷Sekiranya mereka (penduduk Baghdad terutama murid2 beliau) mengetahui tindakan sebenar Imam Ghazali adalah kerana masalah krisis keruhanian yang beliau hadapi, mungkin mereka tidak akan membenarkan beliau pergi. Bahkan mereka tak akan percaya wujud krisis keruhanian pada diri Imam Ghazali.   Ini kerana pada sangkaan mereka Imam Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam Agama. Tak mungkin beliau menghadapi krisis keruhanian.

🌷Imam Ghazali habis membahagi-bahagikan semua harta benda beliau.  Ini adalah menunjukkan azam, komitmen, keyakinan dan niat tulus ikhlas Imam Ghazali bagi uzlah dan khilwah pada jalan Ahli Sufi (seperti akan datang huraian nya)

🌷mam Ghazali berhelah untuk berziarah ke Makkah padahal tujuannya adalah Syam bertujuan melindungi niat beliau yang ikhlas untuk mujahadah pada jalan keruhanian. Dan supaya tidak berlaku kegemparan di kalangan murid2 beliau.

🌷 Mengajar Agama dan berda'wah  adalah sebaik-baik pekerjaan kerana ianya adalah menyambung tugas Anbiya.

Imam Ghazali sedar akan hal ini, tetapi beliau insaf semua itu tiada ertinya dan akan menemui kebinasaan tanpa wujud nya kesucian Tauhid dan keikhlasan yang murni.

🌷Imam Ghazali meninggalkan segala kekayaan, pangkat , kemasyuran dan kemuliaan pada sisi manusia di atas desakan Iman dan Tauhid.  Adakah ini bermakna Imam Ghazali mempunyai Iman yang lemah ketika itu?

Jika di pandang dari sudut Tauhid yang murni, begitu lah keadaan nya Imam Ghazali pada saat itu.

Ilmu syari'at yang beliau miliki walaupun begitu tinggi, namun semua itu belum cukup untuk menjernihkan hati kepada Tauhid yang suci murni.  Sebalik nya semata2 ilmu syari'at telah membawa kepada syirik2 khafi - riya, 'ujub.

Ini lah bukti nya yang jelas sebagaimana kata2 Ahli Ma'rifat,  ilmu syari'at zahir (fiqh) semata2 tidak cukup untuk memperoleh Tauhid yang murni.  Ilmu Syari'at zahir ini mesti di gandingkan dengan Ilmu Toriqah / Tasawwuf untuk memperoleh Tauhid yang murni, Tauhid yang sebenar Tauhid jauh dari semua macam syirik khafi dan mazmumah. 

Walaupun seseorang alim membaca dan mahir seribu kitab sekalipun,  walaupun dia hafal Qur'an serta ratusan ribu hadith sekalipun, walaupun dia mahir di dalam semua ilmu alat sekalipun...  namun dia tidak akan menjadi Arif,  tidak akan mengenal Allah dengan sebenar kenal.  (baca Tauhid yang murni) melainkan dia menaiki bahtera keruhanian di bawah pimpinan seorang Tabib Keruhanian yang mahir.  (Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat)

🌷 Sungguh banyak sekali petunjuk dan pengajaran berharga dari kisah seorang yang sudah pun bergelar Ulama Besar, Guru Besar dan Hujjatul Islam kepada generasi ummat kemudian nya, terutama mereka yang sudah bergelar Ulama (ulama fiqh semata2)

bersambung Insya Allah.

Sabtu, 30 Januari 2016

Imam Ghazali 2

sambungan Kisah Imam Ghazali ...... (siri 5)

Terumbang ambing di antara dunia dan akhirat.

Demkian lah keadaan yang menimpa seorang Alim di dalam Agama, yang sangat mahir di dalam selok belok hukum syari'at, yang mampu memberikan fatwa kepada sesiapa sahaja, di dalam bab apa pun di dalam Agama.

Namun pada ketika telah masyur nama nya, beliau dapati diri beliau tidak ikhlas di dalam melaksanakan tuntutan Tuhan. Beliau insaf nafsu2 duniawi mendominasi di dalam diri beliau. Beliau mengalami kebimbangan yang amat sangat ketika mendapati ketiadaan khusyu' di dalam ubudiyyah nya kepada Allah Ta'ala.

Di sebabkan tekanan yang terus menerus yang menguasai jiwa, akhir nya Imam Ghazali jatuh sakit. Para tabib yang merawat beliau, tidak menemukan sebarang penyakit pada diri beliau yang boleh di ubati. Mereka cuma nasihatkan beliau rehat dan cari kedamaian hati.

Memang benar. Para tabib dan doktor hanya mampu melihat dan merawat penyakit zahir badan manusia. Mereka tidak mempunyai kemahiran mengetahui penyakit batin2 apalagi merawat nya.!

Demikian lah usaha terakhir Imam, setelah beliau dapati tiada jalan untuk mengubati dirinya yang tersiksa. Iaitu menghadap diri kepada Tuhan yang Maha Penyayang....!!!

Ketika dunia ini terasa sempit, ketika dada terasa hampir pecah, ketika tiada harapan lagi dari makhluk, maka ketika itulah insan akan kembali pada Tuhan, 
mengadu segala masalah pada Nya.... 
menangis dan merintih memohon keampunan Nya, 
bersuungguh mengharapkan Petunjuk dan Pertolongan Nya.

maka akhir nya Allah Ta'ala mendatangkan jawapan Nya kepada beliau. Kata Imam setelah Allah memperkenankan rayuan beliau,

=========================

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab nya Munqiz Ala-Adh- Dholal :

"Dan akhir nya permohonan aku pun terkabul dan rela hati meninggalkan Baghdad, tempat kemuliaan, keluarga dan handai taulanku.

Aku berbuat-buat seakan-akan berziarah ke Makkah, padahal tujuanku ke negeri Syam. Aku khuatir Khalifah dan beberapa kenalanku tahu akan maksudku hendak tinggal di Syam. Akhirnya berhasillah aku keluar dari Baghdad dengan keadaan tidak menggemparkan dan dengan niat tidak akan kembali selama-lama nya."

[Munqiz Min-Ala-Dholal]

=========================

Di sini ada beberapa perkara menarik perhatian tentang kata2 dan tindakan Imam Ghazali, untuk di jadikan renungan .!

Beberapa kunci kata untuk di perhatikan dari kata2 Imam Ghazali di atas: 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Berbuat-buat seolah2 ke Makkah padahal tujuannya ke Syam.!

🌷Meninggalkan Baghdad tanpa keadaan yang menggemparkan! 

🌷Niat tidak akan kembali selama-lama nya.!

Maksud Imam Ghazali adalah :

Beliau tak beritahu murid2 beliau akan ke syam dan meninggalkan Baghdad terus, tidak akan kembali lagi untuk mengajar. 

Tujuan beliau berbuat demikian supaya orang tak tertanya2 tujuan beliau ke Syam.  Jika mereka tahu Imam Ghazali ingin meninggalkan terus Baghdad, tentu ramai murid nya akan terkejut dan tak setuju.  

Atau jika mereka setuju pun mungkin mereka akan buat Majlis Ucap Terima Kasih (seperti yang biasa di buat oleh orang kebanyakan)

Imam Ghazali tak mahu suasana seperti itu.  Beliau tidak harapkan apa2 penghargaan.  Beliau tak ingin di sanjung2 lagi. Sebab itu beliau berbuat seolah2 beliau ke Makkah, dengan demikian murid2 beliau tak syak apa2.

🌷Sebagaiman  huraiannya akan datang: 
Kata-kata dan tindakan Imam Ghazali di atas mencerminkan suatu kebijaksanaan dan ketinggian peribadi seorang yang sedang di sanjung dan di muliakan oleh manusia. 

🌷Kunci kepada memahami penilaian ini : 

Telah datang cahaya kebenaran ke dalam hati Imam Ghazali dari Tuhan Yang Maha Agung.

bersambung Insya Allah....

Imam al-ghazali

[30/01 10:42 PM] Hq Ustaz Aboo: semua orang laki2 dan perempuan yang akil baligh boleh ambil bai'ah Toriqah dan amal zikrullah dan amalan lain yang berkaitan
[30/01 10:44 PM] Hq Ustaz Aboo: bahkan mengikut Fatwa Ulama Ahlus Sunnah ianya menjadi wajib kerana tiada seorang pun terlepas dari penyakit2 hati.  sedangkan untuk mengubat penyakit hati mesti di rawat oleh pakar ruhani..   👉🏽 Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat
[30/01 10:46 PM] Hq Ustaz Aboo: ☝🏼👳 Sebab kewajipan ini lah Imam Ghazali yang sudah tinggi  ilmu syari'at nya,  tinggalkan jawatan Guru Besar Nizomiyyah untuk tuntut ilmu dengan Shaikh @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat selama 11 tahun...

☝🏼👳 kisah ini ramai tak tahu..   jika tahu pun banyak yang pejam mata...!
[30/01 10:50 PM] Hq Ustaz Aboo: ye ramai tak tahu.  Kebanyakan nya anggap Imam Ghazali terus menjadi Ulama dan Auliya Allah.. Mereka tak tahu kisah sebenar Imam Ghazali pada awal hidup nya.. dan kemudian nya apabila beliau sedar diri beliau penuh mazmumah...  👈🏽 ramai hairan... 👳
[30/01 10:53 PM] Hq Ustaz Aboo: Berikut adalah pengakuan Imam Ghazali sendiri di dalam Kitab Beliau Munqiz Min-Ala-Dhalal :

“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat.Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyuran. Maka terasalah kepadakuu bahwa aku sedang berdiri dipinggir jurang yang curam , diatas tebing yang hampir gugur. Aku akan dijatuh keneraka jika tidak segera merubah sikap. "

Demikian adalah kata2 Imam Ghazali ketika nama beliau sedang di julang tinggi sebagai Hujjatul Islam. Beliau pula menjadi Guru dan rujukan para Ulama ketika itu di sebabkan ketinggian ilmu beliau.

Mungkin ada pembaca musykil....... !!!

Bagaimana mungkin seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dll boleh menjadi riya' atau bercita2 mencari kemasyuran?

Sungguh ajaib bukan...?

Bagaimana seseorang yang sarat dengan berbagai ilmu di dada mempunyai cita2 selain Allah? 
Bagaimana seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas? 
Bagaimana seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu dalam Solat.?

di mana silap nya? 
di mana kekurangan nya? 
di mana kecacatan nya?

bersambung.... 
Insya Allah..
[30/01 10:53 PM] Hq Ustaz Aboo: ☝🏼👳 bingkisan pengakuan Imam Ghazali di kemuncak cipta nama di dunia keilmuan...
[30/01 10:55 PM] Hq Ustaz Aboo: ☝🏼👳 itu adalah kata2 beliau sebelum bai'at dan bersahabat dengan Ahli Ma'rifat
[30/01 10:57 PM] Hq Ustaz Aboo: sambungan kisah Imam Ghazali.... ( siri 3)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

[Quote="catatan penting"]
Bagaimana mungkin seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dll boleh menjadi riya' atau bercita2 mencari kemasyuran?

Sungguh ajaib bukan...?

Bagaimana seseorang yang sarat dengan berbagai ilmu di dada mempunyai cita2 selain Allah? 
Bagaimana seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas? 
Bagaimana seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu dalam Solat.?

di mana silap nya? 
di mana kekurangan nya? 
di mana kecacatan nya? [/qoute]

===============================

Adakah keadaan di atas menjadi suatu kemusykilan?

Persoalan nya : Adakah keberadaan ilmu yang banyak di dada di sebabkan bacaan dan hafalan cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman dengan Tauhid yang benar?

Adakah semata2 dengan pengetahuan yang banyak itu mampu menjadikan seseorang itu bersifat zuhud, qanaah, wara', siddiq?

Adakah semata2 dengan bacaan2 dalil mampu menjadikan seseorang khusyu' di dalam solat nya?

Adakah semata2 dengan mentelaah kitab2, seseorang mampu melepaskan diri nya daripada 'ujub dan ria'?

Jawapan nya ada didalam kisah Ulama besar ini.....!

Imam Ghazali sangat mengetahui akan kewajipan khusyu' didalam solat, kerana ianya di jadikan syarat orang beriman oleh Allah Ta'ala. Perhatikan ayat ini....

Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. [Al-Mu'minoon : 1,2]

Beliau juga sangat arif akan bahaya ria' dan ujub, kerana ianya merupakan setengah dari syirik hati/ syrik maknawi

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik tersembunyi (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)

Demikian lah di dalam semua persoalan yang beliau hadapi, beliau lebih mahir pengetahuan nya, lebih bijak di dalam hujjah nya. Bahkan beliau sendiri memberi nasihat kepada manusia supaya bersifat dengan sifat2 kepujian dan kemuliaan itu. Ertinya beliau menyampaikan pada manusia suatu ilmu yang beliau sendiri tidak mampu melakukannya.

Bukan kah ini suatu dosa yang sangat berat.? 
Bukan kah ini suatu perbuatan yang akan di pertanggungjawabkan oleh Allah Ta'ala di kemudian hari?

Kesedaran kepada keadaan yang pincang ini lah yang menjadikan Imam Ghazali sangat berdukacita dan jatuh sakit sepertimana kisah nya akan datang...

Wallahu A'lam

bersambung Insya Allah....
[31/01 12:44 AM] Hq Ustaz Aboo: sambungan Kisah Imam Ghazali..... (siri 4)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

sambung pertarungan Imam Ghazali dengan nafsu pangkat duniawi, ketinggian kedudukan, kemasyuran .....

Kata Imam Ghazali :

"Lama juga aku berfikir. Maka timbul keinginan untuk meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangannya. namun kemudiaan urung juga, Hati masih ragu2. Keinginan keras di waktu pagi untuk menunut kebahagiaan abadi, menjadi lemah di petang hari.....! Nafsu duniawi menarik hatiku kepada keduniaan, nama dan pengaruh.

namun iman berseru, : "bersiap lah, umur makin berakhir, sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Ilmu dan amal kamu cuma sombong dan pura2 ; jika tidak sekarang, bilakah akan bersiap? "

Kemudian bertambah keras untuk bebaskan dirii, namun syaitan kembali pula syaitan, bisikkan : Ini hanya pemikiran sementara saja, jangan kau tinggalkan kedudukan yang tidak tinggi ini>"

Demikian lah aku terumbang ambing di antara dunia dan akhirat, hampir 6 bulan, iaitu sejak bulan Rajab tahun 488H.

Akhir nya keadaan telah memuncak tak dapat lagi melakukan tugas mengajar. Untuk menyenangkan para mahasiswa, aku memaksa diri mengajar, namun tidak sepatah kata pun keluar dari mulutku. Hal ini sangat menyedihkan. Nafsu makan pun hilang, kesihatan merosot.

Akhir nya doktor pun sudah putus asa. Untuk penyakit di dalam hati, tidak lain obatnya melainkan istirehat, membebaskan hati dati segala yang menanggung nya, kata mereka...!

Dengan segnap jiwaku, hatiku menjerit kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Di ringkaskan kisah di atas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Imam Ghazali terumbang ambing antara "kemahuan Iman untuk meninggalkan jawatan dan uzlah di satu pihak "  dan  di pihak lain " nafsu pangkat dunia mencengkam supaya beliau terus kekal dengan jawatan beliau sebagai Guru Besar yang menjadi rujukan Ulama satu dunia.

🌷 Nafsu berkata : Jika engkau tinggalkan kedudukan engkau, tiada siapa pandang engkau lagi.  Kau akan hilang semua pengaruh dan kebesaran engkau.

🌷Iman mendesak :  Jika engkau tak berubah sekarang, engkau dalam bahaya besar....  bahaya terjun ke neraka.

🌷Ada beberapa kali beliau cuba gagah untuk  mengajar murid2 nya, tetapi ketika mula sessi pembelajaran, .mulut beliau terkunci,  tak dapat berkata sepatah perkataan pun. 

🌷 Kesan dari perebutan Iman dan nafsu ini menjadikan beliau jatuh sakit. Doktor yang merawat beliau merumuskan tiada ubat untuk sakit Imam Ghazali ini.  Melainkan satu saja iaitu uzlah meninggalkan segala nya.

🌷Imam Ghazali terlantar sakit  dan tak dapat mengajar selama 6 bulan.

🌷  Pertarungan Iman dan nafsu ini menyebabkan Imam Ghazali menjerit mohon pertolongan Allah kerana tak mampu menanggung kesakitan misteri beliau.

🌷 Akhir nya Tuhan Yang Maha Pemurah menjawab rintihan qalbu Imam Ghazali.

bersambung kisah nya Insya Allah

Otak 2

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PERBEZAAN OTAK,  AQAL DAN CAHAYA AQAL
(Huraian ringkas sahaja)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Aqal dan otak adalah dua jisim yang berbeza walau pun terdapat kaitan antara kedua2 nya.

OTAK
□□□□□

Otak adalah jisim kasar di dalam tempurung kepala yang dapat dilihat oleh pancaindera (atau melalui alat letronik). 

Otak di miliki oleh manusia, jinn dan haiwan.

AQAL
□□□□□

"Aqal" adalah jisim halus didalam "batin otak".

Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau melalui peralatan2 sains.   Ia hanya dapat di lihat dengan "ainul basirah " @ "matahati" yang dibukakan oleh Allah Ta'ala.

"Aqal" secara umumnya di miliki oleh manusia dan jinn sahaja. Iaitu memiliki daya fikir untuk menentukan baik jahat, suci dan kotor, mulia dan hina! Maka jatuh taklif syara' atas atas kedua2 makhluk ini dan akan menerima balasan baik dan jahat di akhirat nanti - iaitu berupa syurga atau neraka!

Pada hakikatnya haiwan tidak mempunyai 'aqal" tetapi cuma mempunyai "naluri" atau "gerak hidup" atau dipanggil "ruh idhafi" pada istilah Ma'rifat.

Melalui "naluri" inilah haiwan melakukan aktiviti, makan, minum, hubungan jantina dll. 

Haiwan tidak dapat berfikir, maka tiada "taklif syara" atas nya. Di akhirat nanti sekalian haiwan akan menjadi debu.

PEMBAHAGIAN AQAL
□□□□□□□□□□□□□□□□□

Aqal itu 4 macam:

🍁AQAL MAAD
~~~~~~~~~~~
Aqal ini aqal bangsa yang hanya memikirkan tentang kehidupan di atas dunia semata-mata. Ini mempunyai beberapa bahagian- boleh membawa kebaikan kepada dunia material atau pun boleh merosakkannya.

Aqal jenis ini tidak terikat dengan wahyu dan tidak mendapat pancaran cahaya Ketuhanan.

🍁AQAL MAASH
~~~~~~~~~~~

Ini aqal  yang mula memikirkan soal2  Ketuhanan,.akhirat  dan pembalasan. 

Mula timbul kecenderungan untuk memikirkan hal-hal ketuhanan, kebaikan keburukan, akhirat, syurga, neraka! Aqal jenis ini sudah menerima pancaran cahaya matahati (cahaya keKetuhanan.) Atau boleh disebut Aqal bangsa Iman.

Dari sudut Tauhid dan Ma'rifat, ini adalah aqal orang beriman pada permulaan Iman nya. Ia tidak terbuka kepada Alam Ketuhanan yang tinggi.

🍁AQAL NUR
~~~~~~~~~~

Aqal yang menerima pancaran "Cahaya Ruhaniyyah" dari hati pada peringkat lebih tinggi. Ini aqal darjat orang Mu'minin dan Solihin.

Dari sudut Tauhid dan Ma'rifat, aqal peringkat ini adalah aqal hamba2 Allah yang menuntut jalan Ma'rifat serta memperoleh pancaran cahaya Ma'rifat dari hati.  Maka bercahaya lah aqal ini dengan cahaya Ma'rifat.

🍁AQAL SIRR (RAHSIA)
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aqal peringkat tertinggi yang menerima pancaran "Cahaya Rabbaniyyah yang mutlaq" di miliki oleh Rasul, Nabi dan Aulia Allah.  Ia menerima Ilmu Hikmah dan Ladunni.

Aqal bangsa ini tidak di pengaruhi oleh nafsu2 kejahatan atau iblis.  Ia telah bebas merdeka dari semua bentuk pengaruh duniawi.  Ia hanya memikirkan soal Ummat dan Ma'rifat Ketuhanan.

Inilah peringkat aqal Ulama Ahli Mujtahidin, yang bertanggungjawab menerbitkan hukum hakam Agama. 

Maka faham kita tentang Hadith Nabi yang melarang menggunakan Aqal pemikiran untuk mentafsirkan Qur'an.  Yang Nabi maksudkan aqal itu adalah tiga macam aqal yang tersebut di atas.  Ada pun Aqal sirr inilah aqal yang suci murni tiada tercemar dengan apa jua unsur nafsu kekejian,.dunia, makhluk dan iblis...  semua nya telah binasa.

bersambung dengan cahaya Aqal....

Ini suatu penjelasan ringkas....

CAHAYA RUHANI MENERBITKAN CAHAYA NURANI - CAHAYA AQAL.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Kita telah menyebut bagaimana terjadi "cahaya Ruhaniyyah" didalam hati. Iaitu hasil dari zikrullah yang istiqamah.

"Cahaya Ruhani" ini pula akan naik ke batin otak menerbitkan cahaya suci aqal di panggil  "Cahaya Nurani"  .

Apabila ini berlaku, Aqal itu bukan lagi aqal biasa tetapi ianya menjadi Aqal yang mempunyai kebijaksanaan. Ia menjadi Aqal yang mengenal ketuhanan dan memiliki kehalusan Iman dan Ma'rifat. Ini yang dimaksudkan dengan Imam Jilani رضي الله عه sebagai "Aqal yang bijaksana".

"Aqal yang bijaksana" ini mempunyai beberapa tingkatan menurut ketinggian Ma'rifat seseorang. Tingkatan tertinggi adalah Aqal yang diberi kepada Rasul, Nabi dan Aulia Allah.

Jika kita benar2 menghalusi huraian ini, maka kita akan faham pada hakikatnya bukan aqal itu berdiri sendiri melainkan ianya menerima pancaran daripada hati.

Dengan perkataan lain "aqal" akan bersifat dan bertindak mengikut pancaran /isyarat yang di terima dari hati.

Jika pancaran yang sampai kepada hati itu "cahaya ketuhanan" (cahaya Ruhaniyyah) maka aqal itu berperanan sebagai "Aqal yang bijaksana" yang mempunyai Iman danMa'rifat - memikirkan kepada Ketuhanan. Jika pancaran yang diterima itu berupa keduniaan, maka aqal akan bertindak untuk memikirkan hal-hal keduniaan sahaja. Demikian pula apabila aqal menerima pancaran hati berupa nafsu syahwat dan bisikan Iblis, maka ia akan berperanan sebagai "ejen nafsu dan Iblis" untuk merosakkan dirinya dan membawa kebinasaan kepada orang lain.

Anda perhatikan sekali lagi - bukan "aqal" itu berdiri sendiri. Bahkan ia menerima pancaran hati. Ia bertindak sesuai dengan isyarat dari hati. Ini yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali رضي الله عه bahwa 'HATI" itu "RAJA" sementara aqal dan anggota tubuh yang lain adalah "BALA TENTERA"nya.

Apabila "RAJA" itu baik maka sekalian tenteranya akan bergerak kepada kebaikan. Apabil "RAJA" itu jahat dan zalim, maka dia akan memerintahkan segala TENTERANYA" kepada kejahatan dan kezaliman!

Moga membantu kefahaman.

Wallahu A'lam

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Pesanan
Forum Whatsapp
MAJLIS TAZKIRAH JILANI

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Otak

PERBEZAAN OTAK,  AQAL DAN CAHAYA AQAL
(Huraian ringkas sahaja)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Aqal dan otak adalah dua jisim yang berbeza walau pun terdapat kaitan antara kedua2 nya.

OTAK
□□□□□

Otak adalah jisim kasar di dalam tempurung kepala yang dapat dilihat oleh pancaindera (atau melalui alat letronik)

Otak di miliki oleh manusia, jinn dan haiwan.

AQAL
□□□□□

"Aqal" adalah jisim halus didalam "batin otak".

Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau melalui peralatan2 sains.   Ia hanya dapat di lihat dengan "ainul basirah " @ "matahati" yang dibukakan oleh Allah Ta'ala.

"Aqal" secara umumnya di miliki oleh manusia dan jinn sahaja. Iaitu memiliki daya fikir untuk menentukan baik jahat, suci dan kotor, mulia dan hina! Maka jatuh taklif syara' atas mereka dan akan menerima balasan baik dan jahat di akhirat nanti - berupa syurga atau neraka!

Pada hakikatnya haiwan tidak mempunyai 'aqal" tetapi cuma mempunyai "naluri" atau "gerak hidup" atau dipanggil "ruh idhafi" pada istilah Ma'rifat.

Melalui "naluri" inilah haiwan melakukan aktiviti, makan, minum, hubungan jantina dll. 

Haiwan tidak dapat berfikir, maka tiada "taklif syara" atas nya. Di akhirat nanti sekalian haiwan akan menjadi debu.

PEMBAHAGIAN AQAL
□□□□□□□□□□□□□□□□□

Aqal itu 4 macam:

🍁AQAL MAAD
~~~~~~~~~~~
Aqal ini aqal bangsa yang hanya memikirkan tentang kehidupan di atas dunia semata-mata. Ini mempunyai beberapa bahagian- boleh membawa kebaikan kepada dunia material atau pun boleh merosakkannya.

Aqal jenis ini tidak terikat dengan wahyu dan tidak mendapat pancaran cahaya Ketuhanan.

🍁AQAL MAASH
~~~~~~~~~~~

Ini aqal  yang mula memikirkan soal2  Ketuhanan,.akhirat  dan pembalasan. 

Mula timbul kecenderungan untuk memikirkan hal-hal ketuhanan, kebaikan keburukan, akhirat, syurga, neraka! Aqal jenis ini sudah menerima pancaran cahaya matahati (cahaya keKetuhanan.) Atau boleh disebut Aqal bangsa Iman.

🍁AQAL NUR
~~~~~~~~~~

Aqal yang menerima pancaran "Cahaya Ruhaniyyah" dari hati pada peringkat lebih tinggi. Ini aqal darjat orang Mu'minin dan Solihin.

🍁AQAL SIRR (RAHSIA)
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aqal peringkat tertinggi yang menerima pancaran "Cahaya Rabbaniyyah yang mutlaq" di miliki oleh Rasul, Nabi dan Aulia Allah.  Ia menerima Ilmu Hikmah dan Ladunni.

Aqal bangsa ini tidak di pengaruhi oleh nafsu2 kejahatan atau iblis.  Ia telah bebas merdeka dari semua bentuk pengaruh duniawi.  Ia hanya memikirkan soal Ummat dan Ma'rifat Ketuhanan.

Inilah peringkat aqal Ulama Ahli Mujtahidin, yang bertanggungjawab menerbitkan hukum hakam Agama. 

Maka faham kita tentang Hadith Nabi yang melarang menggunakan Aqal pemikiran untuk mentafsirkan Qur'an.  Yang Nabi maksudkan aqal itu adalah tiga macam aqal yang tersebut di atas.  Ada pun Aqal sirr inilah aqal yang suci murni tiada tercemar dengan apa jua unsur nafsu kekejian,.dunia, makhluk dan iblis...  semua nya telah binasa.

bersambung dengan cahaya Aqal....

Khamis, 28 Januari 2016

Ihsan

Sekali imbas..tak ingin kawen jika derita, ye la siapa yang kawen nak derita kan?

Fobia melihat rumahtangga orang lain.

Meh kita intai contoh terdekat kita, ayahanda dan bonda. Bagaimana mereka boleh mengekalkannya.

Ayahanda bonda kita, hidup susah senang bersama.

Gedik nak kawen sebab tengok sweetnya orang yang baru kawen..weh..dia baru kawen 2 months la..bercakap macam berpuluh tahun kawen..

Slot muhasabah kejap. intailah orang tua. Jika kamu nak menikah.

Good nite. ASSALAMUALAIKUM cinta

Rabu, 27 Januari 2016

HUKUM BUGHAT (MELAWAN PEMERINTAH)

)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Pendirian Ahlus Sunnah pada memerangi pemerintah :

(1) Memerangi pemerintah yang 'ADIL DAN TAQWA (yang memerintah mengikut Undang2 Allah) adalah HARAM dan KUFUR.

(2) Memerangi pemerintah yang fasiq (yang fasiq nya tidak melampau)  tetapi masih kekalkan UNDANG2 ALLAH adalah HARAM memerangi mereka.

(3) Memerangi pemerintah fasiq yang melaksanakan UNDANG2 KAFIR tetapi tidak menghalang Ibadah yang wajib2, maka ini berbeza pendapat Ulama.

(4) Memerangi pemerintah fasiq yang melaksanakan UNDANG2 KAFIR, dan menghalang ibadah yang fardu,  maka di sini ada 2 pilihan :

👉🏽 Memerangi pemerintah dengan kekuatan senjata jika mampu (ada kekuatan Iman dan Pemimpin Taqwa)

👉🏽 Hijrah ke negeri lain jika tiada kuasa memerangi mereka.

🍀Di Malaysia,  walaupun undang2 nya jelas berlawanan dengan Hukum Islam, orang Islam masih boleh beribadah, berzikir,  amr ma'ruf nahi mungkar dan laksana kewajipan2 pokok yang lain.  Dengan itu kita di sini belum sampai ke tahap memerangi dengan kekuatan senjata. 

Wallahu A'lam.

PERDIRIAN A.SUNNAH

🌟HATI BERPEGANG PADA HAQIQAT

🌟PERKATAAN DAN PERBUATAN BERDIRI PADA SYARIA'T

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

☝🏼👳 Ini adalah kunci memahami pegangan Ahlus Sunnah di dalam menghadapi kejadian2 yang berlaku.

Perhatikan baik2, dasar perdirian Ahlus Sunnah pada melihat dan bertindak setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan dan di atas muka bumi seluruh nya.

……………………………………………………
☆Hati berdiri pada haqiqat.
☆Perkataan dan perbuatan berdiri pada syari'at.

……………………………………………………

☝🏼👳 ini salah satu kunci UTAMA memahami perdirian Ahlus Sunnah terhadap Taqdir dan usaha ikhtiar manusia.

Apa maksud nya?

Maksud nya :
Pada setiap kejadian yang berlaku hati kita hendak meyakini dan mengakui ianya perbuatan Allah (ini nama nya haqiqat).  Pada masa yang sama perkataan dan perbuatan kita wajib merujuk kepada hukum hakam Allah.  (ini nama nya syari'at)

Faham yang berlawanan dengan pendirian ini adalah Golongan Jabariyah dan Muktazilah.

Jabariyah hanya memandang kepada haqiqat.  Erti nya mereka menafikan ada usaha ikhtiar manusia (nafikan syari'at) 

Muktazilah hanya memandang  kepada usaha ikhtiar makhluk (syari'at)  dan  menafikan kebergantungan pada Taqdir (nafikan haqiqat)

Maka jadi lah kedua2 golongan ini jatuh kepada zindiq dan fasiq.  Wal Iyazubillah.

Mari kita lihat beberapa contoh.

Contoh 1 :
~~~~~~
Orang bernama sultan Makmun telah di dapati mencuri.  

Hukum syari'at berkata : Pencuri yang telah di sahkan mencuri ikut kadar nya, hendak di potong tangan nya. 👈🏽 ini adalah perdirian perkataan dan perbuatan.

Erti nya wajib di laksanakan hukuman pada Sultan Makmun berdasarkan hukum syari'at.  Dan pada masa yang sama, hati kita hendak lah berpegang kepada haqiqat bahawa perbuatan Sultan Makmun itu" mencuri" adalah di dalam qadha dan qadar ketentuan Allah. 

Adakah Sultan Makmun bersalah pada hukum syara'? Ya, dia bersalah dan wajib di hukum.

Adakah Sultan Makmun salah pada sisi Haqiqat? Persoalan ini tak timbul kerana "pada haqiqat" adalah ketentuan Allah yang tiada siapa pun boleh persoalkan.

👉🏽👉🏽👉🏽Kamu akan di tanya apa yang kamu perbuat  dan Allah TIDAK di tanya apa yang di perbuat.

👉🏽 Dengan demikian haram berkata : "Pencuri itu mencuri kerana sudah di taqdirkan dia nencuri."

Mengapa ucapan begini haram dan jatuh aqidah nya?

Kerana orang yang berkata demikian telah menafikan syari'at dan usaha ikhtiar manusia.  Dan pendirian begini adalah faham Jabariyah.

Di satu sudut lain, sesiapa  berkata :  Pencuri itu mencuri atas daya usaha dia sendiri dan tiada kena mengena dengan Taqdir Allah.   Maka ini adalah faham Mu'tazilah.

Contoh 2:
~~~~~~

Syarifah berjaya di dalam pelajaran sehingga peroleh kejayaan cemerlang.

Perkataan dan perbuatan : Memuji Syarifah kerana berjaya di dalam pelajaran.(syari'at).  Pada masa yang sama hati berpegang bahawa itu semua Rahmat dan Kurnia Allah.( haqiqat).

Dengan demikian haram dan kufur berkata :  Syarifah berjaya dengan daya usaha sendiri  tanpa menyandarkan usaha tersebut kepada Taqdir berupa Rahmat dan Kurnia Allah.

Jika ada yang berpegang demikian 👈🏽 ini faham muktazilah.

Jika ada orang lain menafikan terus usaha ikhtiatr Syarifah dan berkata :  Kejayaan syarifah semata2 Rahmat Allah dan tiada kena mengena dengan usaha ikhtiar syarifah, 👈🏽 ini faham Jabariyah.

Contoh 3
~~~~~~

Sesebuah kerajaan melaksanakan pembangunan dengan baik hingga negara jadi makmur.

Maka si A berkata :

"Kita wajib syukur pada kerajaan kerana banyak bawa kebaikan pada kita.  Jika bukan kerana pemimpin2 bijak kita,  tak dapat makan nasi lah kita."

Si B pula berkata :

"Semua kejayaan yang berlaku adalah Rahmat Allah jua, tiada kena mengena dengan usaha pemimpin."

☝🏼👳 apa hukum orang yang berpegang demikian.
cuba fahamkan  perdirian basic Ahlus Sunnah..  dan cuba jawab sebdiri...

Maassalamah ...

Travelog Bibik ke liverpool

[21/01 14:27] Wan Saidatul Afiqah wm: Assalamualaikum afiqah.. Sorry k mim gi jln2.. Tkde line and internet.. Tk dpt nk reply msg awk.. Alhamdulillah.. Jah kata awk ok sgt2.. Hehe.. K mim belum blk rumah lg ni.. InsyaAllah nk diskas dgn husband akak.. Jah suka sgt awk.. K mim patutnya ada lg nk interview tp jah kata mmg awk dh ok sgt. So akak diskas ngan husband akak and akak nnti bgtau awk k..😄😄

[21/01 14:27] Wan Saidatul Afiqah wm: 👆🏻👆🏻ni last respon dri liverpool.slps interview

[25/01 18:41] Wan Saidatul Afiqah wm: Assalamualaikum.. Afiqah.. Sorry sgt lepas dh interview and diskas dgn husband akak, kitorg decide utk amik ada lg satu candidate.. Sorry sgt haritu k mim mmg ingat nk amik awk tp suami kata interview lain dahulu.. Awk mmg dh sgt2 ok cuma beza experience je.. K mim minta maaf tau.. K mim doakan Allah mudahkan awk and veri rezeki di tmpt lain..

☺☺☺

Di atas,selepas saya share kat family group..saya publickan di blog ini..

Kalau kalian tahu..berada disisi saya..sebelum dapat last keputusan. Saya doa supaya tak dapat ke sana..tapi saya tak cakap terus kat kak mim tu, saya diamkan..sebab saya tunggu Allah putuskan untuk saya.

Allah Maha tahu..yang berat hati ini untuk mengatakan pergi. Dalam masa yang sama.kehendak untuk pergi itu ada. Cuma nilainya sedikit berbanding untuk katakan tidak.

Alhamdulillah..jawapanNya sudah ada..dan..saya di sini..bersama orang2 tersayang..insyaAllah..6months later..i will apply..insyaAllah..

Selasa, 26 Januari 2016

AL QUR'AN KALAMULLAH YANG QADIM MENURUT AHLUS SUNNAH ■

■■■■■■■■■■■■■

Ahlus Sunnah berkeyakinan Al Qur'an adalah Kalamullah yang bersifat Qadim dan BUKAN MAKHLUK.

Ulama Ahlus Sunnah juga sepakat berfatwa : sesiapa mengatakan Al Qur'an itu makhluk, maka dia telah kafir.

Golongan muktazilah berhujjah : Kertas yang kamu pegang itu makhluk, dakwat yang gunakan untuk menulis adalah makhluk, bahasa Arab dan huruf2 nya adalah makhluk.  Dengan hujjah ini Muktazilah berpegang bahawa Al Qur'an itu makhluk.

………………………………………………………

Sebelum kita memahami secara menyeluruh berkenaan keyakinan untuk di jadikan pegangan, mari kita melihat beberapa petunjuk ini.

QADIM :
~~~~~
Yang di kehendaki dengan Qadim adalah setiap suatu yang di nisbahkan kepada Allah Taala ; samada yang berupa Af'al Nya, Asma' Nya, Sifat Nya atau Zat Nya yang Maha Suci.

KALAMULLAH
~~~~~~~~~~
Kalamullah adalah "kata-kata Allah"   yang tiada huruf dan tiada suara. 

Allah Taala itu bersifat dengan "Mutakallimun" iaitu Maha Berkata2.  Sifat Allah Maha Berkata2 adalah Qadim bagi Allah Taala.

MAKHLUK
~~~~~~~
Makhluk adalah setiap suatu yang di ciptakan oleh Allah Taala.  Iaitu menerima permulaan dan ada kesudahan nya (kemusnahan nya) kecuali di Kehendaki oleh Allah sebalik nya). Erti nya Allah Maha Berkehendak untuk tidak memusnahkan sesuatu dari makhluk ciptaan Nya.

Arasy, Kursi, Syurga, Neraka adalah di antara makhluk yang tidak menerima kebinasaan walaupun ketika berlaku Qiamat.

LUH MAHFUZ
~~~~~~~~~

"Luh Mahfuz" atau " Lauhul Mahfuz" adalah "Papan Suratan yang terpelihara"  di Langit Ketujuh di mana "hakikat Al Qur'an" tersimpan sebelum di turunkan ansur2 sedikit demi sedikit kepada Rasulullah sehingga selesai "nuzul" nya.

Waktu Al Qur'an tersimpan di Luh hanya Allah yang mengetahui kerana ia nya berlaku sebelum tercipta nya masa.

WAHYU
~~~~~

Wahyu adalah "nuzul" (turunnya) Al Qur'an kepada Nabi Muhammad ﷺ. 

Ketika Allah menurunkan wahyu, Rasulullah memahami nya lalu Baginda membaca nya di dalam bahasa Arab.  Erti nya Al Qur'an yang di baca oleh Rasul itu yang terdiri dari huruf dan suara yang di fahami oleh manusia.

BAGAIMANA CARA MEMAHAMI AL QUR'AN ITU KALAMULLAH YANG QADIM
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ahlus Sunnah meyakini Al Qur'an adalah Kalamullah, kata2 Allah yang mengandungi perintah Allah, Hukum Nya, pengajaran2, kisah2 Nabi dahulu,   dll.

Al Qur'an adalah Mukjizat terbesar, petunjuk, penawar dan cahaya bagi orang beriman.

Yang di maksudkan dengan "Al- Qur'an"  dan menjadi keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah  :

" HAKIKAT Kalam Allah " yang tiada huruf dan tiada suara yang tersimpan di dalam Ilmu Allah.

"Hakikat" ini kemudian nya tersimpan di  "Luh Mahfuz "  pada waktu yang tidak di ketahui. Kemudian nya di turunkan ansur2 kepada Nabi Muhammad ﷺ. melalui wahyu.

Ketika wahyu di turunkan pada Nabi  ﷺ, Baginda membaca nya di dalam bahasa Arab, ertinya "Hakikat Al Qur'an" yang tersimpan di dalam Ilmu Allah (kemudian Luh Mahfuz)  di turunkan kepada Nabi di dalam bahasa Arab, maka demikian Nabi membaca nya di dalam bahasa Arab.

Di sini menjadi persoalan besar, di manakah yang di yakini Al Qur'an itu Qadim jika

Al Qur'an itu  "di baca oleh
manusia "   (iaitu makhluk)

di dalam bahasa Arab (iaitu makhluk), 

yang mempunyai suara dan huruf (iaitu makhluk)?

Menurut pertanyaan Muktazilah  Bukan kah itu semua makhluk?

Jawapan nya:

Mushaf @ naskah kitab Al  Qur'an yang kita pegang yang berupa kertas, tulisan dakwat dan huruf2 bahasa Arab adalah makhluk.  Tetapi " hakikat  di sebalik setiap huruf "  itu adalah Kalamullah yang Qadim.

Orang yang membaca Al Qur'an (dengan memegang satu mushaf Al Qur'an)  maka perbuatan membaca nya dan bahasa untuk membaca nya itu makhluk, tetapi "hakikat di sebalik setiap lafaz yang di lontarkan" itu adalah Qadim.

Oleh kerana Mushaf Al Qur'an  itu menanggung "Kalamullah" yang Qadim maka kita muliakan nya dan agungkan nya kerana pengagungan itu pada hakikat nya pengagungan kepada Allah Taala.

Kita di larang memegang atau membaca Al Qur'an ketika hadath besar kerana memuliakan Hakikat  Kalamullah yang Qadim itu, bukan memuliakan kertas yang bersifat makhluk.

Di sisi yang lain,

Kalamullah itu tiada huruf dan tiada suara.  Bagaimana cara supaya manusia dapat mengetahui perintah, hukum hakam dan Kehendak Allah.?

Kalamullah yang Qadim itu tidak dapat di fahami oleh makhluk yang tiada mempunyai keupayaan mengetahui nya.

Maka di sana sudah tentu memerlukan suatu perantaraan yang dapat di fahami oleh manusia.  Maka Allah Taala ciptakan huruf dan bahasa dan mengajar manusia mengenal huruf dan bahasa. 

Al Qur'an di sisi Allah iaitu Kalamullah yang Qadim yang tiada huruf dan tiada suara di terjemahkan kedalam huruf2,  kata2 dan bahasa yang dapat di famami oleh manusia.  Sehingga manusia dapat memahami nya, mematuhi nya mengambil manfaat nya.

Dengan demikian fahamlah kita Al Qur'an yang di katakan Qadim itu adalah "hakikat Kalamullah yang tersimpan di dalam Ilmu Allah"

Kita di perintah memuliakan apa sahaja benda yang menanggung Al Qur'an samada berupa kertas, kayu atau batu batan kerana memelihara kesucian Kalamullah yang tersurat pada nya sebagai suatu pengagungan kepada Allah.

KETERANGAN YANG TAK BOLEH DI SANGKAL
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Muktazilah atau mana2 sekta yang percaya Al Qur'an itu makhluk, pasti tersungkur dengan keterangan2 ini :

✳️AL QUR'AN CAHAYA YANG MENERANGI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
سُوۡرَةُ النِّسَاء

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَكُم بُرۡهَـٰنٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ نُورً۬ا مُّبِينً۬ا (١٧٤)

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi "

[An Nisa (4) : Ayat 174]

✳️AL QUR'AN ITU PETUNJUK JALAN KEPADA TAQWA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢)
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

"Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa."

[al-Baqarah (2): Ayat 1-2]

✳️AL QUR'AN RAHMAT, PENAWAR, PENYEMBUH PENYAKIT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

[Yunus (10) : Ayat 57]

✳️AL QUR'AN UNDANG-UNDANG HIDUP UNIVERSAL BAGI MANUSIA

✳️AL QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR

Perhatikan lah,:

💢Mampu kah makhluk menjadi cahaya yang menerangi?

💢Mampu kah makhluk berikan petunjuk hidayah?

💢Mampu kah makhluk menjadi penawar dan Rahmat?

💢Makhluk boleh jadi mukjizat?

Muktazilah dan pengikut2 mereka yang punyai 'tiqad Al Qur'an itu makhluk adalah jelas batil dan sesat dengan kesesatan yang amat nyata. 

Aneh nya .......   ajaib nyapendokong2 Muktazilah adalah golongan ilmuan Islam yang hafal Qur'an dan hafal banyak hadith2 Nabi di samping mahir hujjah di dalam berbagai ilmu syariat yang tinggi2....  Di mana silap nya orang2 yang begitu tinggi ilmu ini?  Apa punca kesesatan ilmuan ini?

☝🏼👳 penting sebagai muzakarah masa akan datang.

Wallahu A'lam

Pameran

Datangkan si pangeran hati..sblm hati aku terusik dalam alunan maksiat..

Allahu..betapa saya lemah pada makhlukMu yang 'sayang'..

Tak mau pinta yang lain..moga dia terbaik..kan jadi terbaik...jika dia tak baik..maka cukuplah..dia berbuat baik pada yg lain..dan pergi menjauh dari hidupku..

Permudahkan urusan hati..lemas

Isnin, 25 Januari 2016

Sayang

"Awak..takkanla saya nak kena tonjolkan diri.menunjukkan sayang.."

"But you have to,"

"Awak..takkanlah saya nak kena bagitau yang penyelia saya pernah komen kat notes..bahawa sifat saya 'keibuan'..padahal time tu tengah praktikal,"

"Okeh..apa lagi pengalaman awak,"

" awak berhak buat keputusan, buat apa saya pertahankan diri,sedangkan orang tak yakin dengan kebolehan saya,"

***

Apapun jua..kembali diri padaNya..how much i love them..you cant to stop it...

Travelog Bibik ke Liverpool

Alhamdulillah...summa Alhamdulillah..

Perjalanan ini..terhenti di Malaysia.insyaAllah jika ada rezki saya akan ke sana kelak..

Hati berat..tak berkehendak untuk ke sana...Allah memahami..dan jawapannya 'tidak' untuk kali ini..

Alhamdulillah..suatu kelegaan..☺

Sabtu, 23 Januari 2016

Doa

Tiap kali aku diam, doa mula berkata-kata..

Kerna kejap lagi.. aku ingin sendirian..mengenal erti "Cukuplah Allah bagiku"

Jumaat, 22 Januari 2016

Fitnah

PERINGATAN BAGI UMMAT ZAMAN FITNAH.....

💢💢💢💢💢💢💢💢💢💢💢

Apabila kita tidak memahami satu2 perintah Allah dengan baik, maka kita akan menjadi penentang yang tak sedar.

Maka ramai lah orang Islam jatuh secara tidak sedar....

ingat amaran dari Hadith Nabi....

🌟
Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda:

“Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”

[Imam Muslim]

🌟🌟🌟

Beberapa faedah dari Hadith Nabi ini...

(1) Zaman fitnah penuh tipudaya, orang Islam umum di dalam kelam...  tak dapat beza haq dan batil.

(2) Kejahilan menyebabkan jatuh kepada dosa2 yang tak di sedari.

(3) Kegelapan zaman membawa kepada runtuh nya Iman. dia menyangka dia benar tapi telah jatuh kafir secara tak sedar.

(4) Orang Islam menjual agama nya dengan harga yang murah.  Makna nya mereka sanggup korbankan Iman demi memperoleh dunia yang hina.

Wal Iyazubillah.
Allahu Akbar.
Allahu Afuwwun Kareem.
Moga Allah ampuni kita.

Moga Allah tetapkan IMAN kita dan jauhkan fitnah akhir zaman ini.

Wallahu A'lam

Aulia Allah 2

ORANG ISLAM CONTENG ARANG PADA WAJAH WALI ALLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Auliya Allah @ Wali Allah adalah kekasih2 Allah yang di muliakan oleh Alla Taala.

Mereka adalah penyambung tugas kenabian selepas kewafatan Nabi ﷺ bagi mendidik dan memimpin Ummat ini iaitu pemimpin bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tetapi cuba lihat apa yang sedang berlaku..  cuba lihat betapa gambaran buruk di palitkan ke atas nama Auliya Allah.

Apabila di sebut saja kubur Auliya Allah, ziarah kubur, tawassul, tabarruk dengan Auliya Allah apa yang tergambar dalam pemikiran umum ummat adalah " puja kubur", bid'ah sesat, syirik.

Inilah kata2 kotor dan jahat yang menjadi mainan mulut setengah orang  bernama Islam.  

Mengapa ini berlaku?
Siapa di sebalik semua dakyah2 jahat ini?
Mengapa mereka melakukan dakyah ini?

Ini adalah kerja Golongan Yahudi dan Nasrani yang memang memusuhi Islam. Mereka tahu sumber kekuatan Islam ada pada Wali2 Allah iaitu Ahli Ma'rifat @ Mursyid yang siddiq. Maka mereka melakukan berbagai dakyah jahat sehingga nama Auliya Allah tercemar di kalangan Ummat Islam sendiri.

Kini Yahudi dan Nasrani di sambung oleh golongan wahabi,  Syiah Rafidhi dan Sekular.

Mereka telah memalitkan wajah buruk pada nama Wali Allah sehingga apabila terdengar orang ziarah kubur Wali Allah, maka apa yg terbayang  di benak mereka adalah bid'ah sesat, syirik..,!

Seolah2 semua yang berkaitan dengan kubur Wali Allah adalah sesat, bid'ah, syirik  dan wajib di jauhi. ..   Wal Iyazubillah betapa sesat fahaman ini...!

Sebab itu kita berulangkali kata...   Kejahilan adalah punca berlaku nya kekufuran yang tidak di sedari.   Kejahilan adalah punca berlaku perbuatan menuduh syirik, bid'ah sesat tanpa usul yang haq.

Maka bergelumang lah ummat yg jahil ini di dalam kefasikan dan kekufuran.

Wal Iyazbulillah

Sedar lah betapa ummat Islam ini kini dalam permainan halus Iblis, Yahudi, Wahabi, syiah dan sekular.

💢💢💢💢💢💢💢💢💢

Aulia Allah

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah darihal Auliya Allah
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

🌷Dunia ini tidak akan kosong dari Auliya Allah dari kalangan Ummat Baginda pada setiap zaman sehingga Qiamat.

Berdasarkan Hadith Nabi akan ada 540 Auliya Allah yang hidup pada setiap masa di atas muka bumi sehingga Qiamat.

🌷Mereka wujud di kalangan kita tetapi tersembunyi.  maksud tersembunyi :  kebanyakan manusia terhijab dari melihat kewalian mereka.

🌷Setiap seorang Auliya Allah meninggal akan di ganti tempat nya oleh Allah dengan seorang Mukmin lain.

🌷 Auliya Allah  hanya wujud di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Tidak pernah wujud dlm mana2 firqah sesat. Dan tidak akan wujud selama2 nya dlm firqah2 tersebut.

🌷Semua Guru2 Ma'rifat @ Mursyid yang siddiq @ Shaikh @ Ulama Warisatul Anbiya' yang hebat2  yang telah meninggalkan kita adalah Auliya Allah.  

🌷Auliya Allah adalah Qudwah, Pemimpin keruhanian, Pengganti Nabi bagi mendidik ummat, contoh teladan bagi Ummat ini.  Tetapi sewaktu hayat mereka tidak di masyurkan kewalian mereka. (tersembunyi kewalian) Biasa nya selepas kewafatan baru lah di masyurkan secara umum kewalian mereka.

🌷Maqam dan darjat dan tugas2 mereka adalah berbeza2.  Tiada siapa mengetahui kecuali Auliya peringkat tinggi2.

🌷Kita ummat Islam wajib mengasihi mereka dan selalu mohon kepada Allah barakah mereka melimpah dalam kehidupan kita.

🌷Mengengkari kewujudan Auliya Allah adalah kekafiran. 

🌷Menentang Auliya Allah yang sudah di akui (kewalian mereka oleh orang2 soleh) adalah juga kekafiran. 

Umpama nya mengengkari kewalian Shaikh Abdul Qadir Jilani, atau Imam Syazli atau Imam Ibn Arabiy dll yang sudah di akui oleh Ulama Mu'tabar sebagai Wali Allah adalah haram dan berdosa besar dan boleh jatuh kepada kekafiran.  Wal Iyazubillah.

Wallahu A'lam

Tawassul 2

BENTUK2 TAWASSUL
■■■■■■■■■■■■■■■■■

Mungkin ada kekeliruan bab Tawassul lagi.  

Tawassul menurut Ahlus Sunnah  ada beberapa bentuk.

🍁(1) Tawassul dengan  menyebut kata2 ini ....

"dengan barakah Nabi atau Wali Allah tolong kami Ya Allah" 

🍁 (2).  Tawassul dengan menyeru terus nama Nabi seperti

"Ya Muhammad"
"Ya Rasulullah"

(dalam hati tetap mengingat Allah yang berikan pertolongan)

seperti yang di lakukan oleh Ibn Abbas dan Ibnu Umar ketika kebas kaki.

🍁(3) Tawassul dengan menggunakan suatu yang ada pada tubuh Nabi atau pakaian Nabi.

contoh : seperti yang di lakukan oleh Ummu Salamah memerah jubah Nabi untuk jadi penyembuhan demam dengan barakah Nabi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila seseorang mohon dengan seru nama Ya Muhammad, atau Ya Rasulullah atau Ya Abdul Qadir Jilani atau seru nama2 wali yang lain, BUKAN bermakna mereka i'tiqad Nabi atau wali Allah itu berkuasa.   Mereka hanya mohon dengan barakah himmah Nabi atau Wali Allah agar  Nabi atau Wali Allah itu tolong mohon pada Allah agar Allah berikan Rahmat.

Lebih kurang makna nya begini...

Ya Nabi tolong lah doakan pada Allah untuk kebaikan kami.

Ya Abdul Qodir, tolong lah pohon pada Allah kebaikan untuk kami

👉🏽👉🏽👉🏽👉🏽👉🏽ustaz tanya yg lain2 di sini...  susah sangat nak faham bentuk2 tawassul ini?

Jika susah, elok kita tutup dulu jangan bincang masalah ini.  Nanti ramai yang cedera aqidah.

Macam mana?
👳👳👳

Khamis, 21 Januari 2016

Tawassul

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

DALIL BOLEH MENYERU NAMA "YA MUHAMMAD", 
"YA RASULULLAH"
SELEPAS KEWAFATAN BAGINDA

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Dalil No. 1
□□□□□□□□

"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah, Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) " kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."

[Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]

[Imam Nawawi  di dalam  Al-Azkar]

[Imam Shaukani di dalam Tuhfah Az-Zakirin]

Dalil No. 2:
□□□□□□□□

"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut.

[Bab Musailamah Al-Kazzab -     Kitab Al Kamil Fit-Tarikh :   Imam Ibnu Athir]

[Kisah Musailamah Al Kazab -    Kitab Bidayah Wan Nihayah : Imam Ibn Kathir]

[Kisah Musailamah Al Kazzab -  Kitab Tarikh Tabari  :  Imam Ibnu Jarir At- Tabari]

Dalil No. 3:
□□□□□□□□

Imam Nawawi dan Ibnu Taimiyyah juga membawakan kisah yang sama seperti itu yang terjadi kepada Abdullah Ibnu Abbas.

"Abdullah Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kaki nya yang kebas segera pulih.

[Imam Nawawi, Al-Azkar.]

[Ibnu Taymiyyah, Al-Kalim Tayyib]

Dalil No. 4:
□□□□□□□□

Di dalam Tabaqat, Imam Ibnu Sa'ad menulis:

"Selepas beberapa waktu kewafatan Nabi, Urwah Binti Abdul Mutalib (Radhiallahu Anha) berkata: : "Ya Rasulullah! Engkau lah tempat harapan kami"

[Ibnu Sa'ad, Tabaqat Ibn Saad]

Kesimpulan dari kisah2 atas :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🍁Imam Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah2 tersebut berhujjah :

Ini lah dalil nya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah,  Wahai kekasih Allah dll selepas kewafatan Baginda.

🍁Ternyata dari kisah2 tersebut yang menjadi perhatian bukan sahaja di haruskan menyeru nama Rasul, bahkan di sana terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "MUHAMMAD"  Atau "RASULULLAH"

Ini yang kita sebut dahulu mengambil manfaat penyembuhan penyakit dari "nama Nabi"   "pakaian Nabi"  dan tubuh jasmani Nabi"  dan belum sampai tapi sudah pun terbuka rahsia di sini.

Ternyata ini semua adalah MUKJIZAT bagi Nabi dan
KAROMAH bagi Auliya Allah.

🍁Kisah di atas juga menjadi i'tibar : Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukan lah bermakna kita mempercayai nya ada  kuasa dengan sendiri nya.  Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan untuk kita.

Inilah fahaman yang betul.

BUKAN i'tiqad kubur Nabi atau Wali Allah itu berkuasa dengan sendiri nya.

Orang bodoh yang paling jahil dari ummat ini pun tahu, makhluk tak ada kuasa apa2.  Apa lagi orang cerdik pandai, sepatut nya lebih cerdas otak nya...! 

Wallahu A'lam

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Pesanan
Forum Whatsapp
MAJLIS TAZKIRAH JILANI

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Rabu, 20 Januari 2016

Jauh

Saya pergi jauh, untuk hilangkan maksiat di hati.

Saya berjalan seketika, untuk hargai Islam dijiwa.

Saya merantau di negara asing, untuk Allah yang Esa..

**
Siapa tak rindu.. siapa tak ingat.. siapa tak sayang..

Beribu batu, tinggalkan keluarga tersayang. Bersendirian..perempuan..

Travelong Bibik ke Liverpool

Alhamdulillah, kemarin 'interview' dengan adik ipar Kak Mim, Kak Jah. Berkenalan antara keluarga, terasa bagaikan untuk proses pemilihan calon. Mungkin itulah proses sebaiknya. Nak mengasuh anak orang, kena lihat juga siapakah orangnya. Sungguh mereka benar-benar teliti dalam hal itu.

Dari penceritaan Kak Jah, pasangan itu jenis 'Islamic Parenting Skill' . Dengar saja dari terus dalam diri tercetus, inilah yang saya cari selama ini, macam mana mereka didik anak sejak awal lagi, homeschooling.

"Anak diorang yang nombor tiga tu, umur 3 tahun. Dah banyak tahu bacaan dalam solat,bahkan nak solat witir sebelum tidur," Cerita Kak Jah.

Terasa malu dengan anak kecil, saya yang dah besar. Tahu bacaan dalam solat, tapi malas nak buat. Solat Sunat.

Sebenarnya, ada ramai lagi calon. Kak Mim bagitau, adik iparnya suka sangat tengok saya.

Jika perjalanan itu, baik bagi saya. Maka permudahkanlah, jika sebaliknya, gantikanlah dengan yang lebih baik.

Alhamdulillah..terima kasih Allah.

00:31
Subang,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...