Halaman

Selasa, 2 Februari 2016

Kisah Imam Ghazali Siri ke-7

Sambungan....

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Imam Ghazali didalam Uzlah dan khilwah (pengasingan diri)

Kata Imam Ghazali di dalam kitab beliau "Munqiz Ala-Adh Dolal" :

"Di tanah syam aku tinggal kira-kira dua tahun melakukan 'uzlah, khilwah,  riadah dan mujahadah menurut ilmu Tasawwuf yang telah aku pelajari. Semua itu untuk menjernihkan batin agar supaya mudah berzikir kepada Allah Ta'ala sebagaimana semestinya.

Lama aku beri”tikaf di masjid kota damsyik di atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup.

Dari damsyik aku pergi ke Baitulmaqdis dimana setiap hari aku masuk Qubbatus-sajrah dan tinggal di situ dengan pintu tertutup. 

Akhirnya timbullah keinginan hatiku untuk ibadah haji berziarah ke Makkah,Madinah dan Maqam Rasullullah ﷺ.

Kemudian kerana rindu untuk melihat anak-anak, pulanglah aku kembali ke rumah satu keadaan yang dahulunya tak pernah terlintas dalam hatiku.

Meski pun begitu namun aku tetap beruzlah, khilwah menjernihkan batin untuk berzikir. Berbagai peristiwa masa urusan keluarga dan keperluan hidup mempengaruhi tujuan dan merintangi kerjernihan khilwah. Hanyalah sewaktu-waktu sahaja dapat kesempatan yang sempurna namun tak putus asa dan khilwah dapat juga di jalankan. Yang demikian itu berlaku kira-kira 10 tahun.

[Munqiz Ala- Adh Dholal]

Penjelasan dan remungan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Setelah meninggalkan Baghdad  Imam Ghazali telah berbai'at kepada Shaikh Mursyid lalu masuk suluk @ khilawah @ uzlah terus untuk jangka waktu yang sangat lama. (lebih 10 tahun mujahadah sungguh2 pada jalan keruhanian)

Di dalam beberapa kitab Ulama lain di jelaskan bahawa guru pertama beliau pada Ilmu Keruhanian  (Toriqah dan Tasawwuf ) adalah Shaikh Abu Ali Farmadi.  Shaikh ini cuma dikenali sebagai tukang kasut.

🌷 Di dalam usaha beliau khilwah @ persulukan, terjadi berbagai rintangan dan cobaan. Tetapi di sebabkan keazaman yg kukuh, beliau terus hadapi nya dengan penuh kesabaran.

Ini adalah cobaan dan cabaran yang akan di hadapi oleh semua murid yang salik.  Mereka akan menerima ujian dan berbagai gangguan di dalam perjalanan nya.  Gangguan tersebut dari nafsu, syaiton, dunia dan makhluk akan cuba menghalang perjalanan nya kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Istana yang bakal di capai adalah jauh lebih hebat dari segala macam istana atas muka bumi.  Raja yang menanti adalah Raja segala Raja yang mencipta dan memerintah alam semesta.

Untuk mencapai mutiara berharga itu sudah pasti banyak rintangan nya.  Hanya mereka benar2 jujur ikhlas dan cekal akan sampai destinasi terakhir itu.

🌷 Sewaktu khilwah @ uzlah, terjadi berbagai peristiwa menakjubkan yang beliau sendiri tak terfikir sebelum nya. Erti nya Allah Ta'ala membukakan bagi beliau beberapa banyak Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah,  ilmu hikmah kebijaksanaan, rahsia2 Ketuhanan dan rahsia2 makhluk yang amat banyak.

🌷 Di hujung persulukan @ khilwah, beliau mendapat kesimpulan kukuh berkenaan Ahli Sufi.   Beliau yaqin ahli Sufi @ Ahli Ma' rifat  @ Shaikh Mursyid @ Imam Toriqah adalah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya. 

Imam Ghazali mendapat keyakinan teguh bahawa mereka yang tersebut itu lah yang benar2 berpegang kepada tali Allah untuk memperoleh keredhaan Allah.

Bersambung kisah...  insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...