Halaman

Ahad, 26 Ogos 2012

~mampukah melamar dirimu yg soleh?~


Bismillah…

Cerita kali ini pasti saja ada yang menderaukan hati perempuan..melamar lelaki? Ish susahkan..tapi apa salahnya melamar lelaki yang soleh..pasti agamanya dan kualiti akhlaknya. Siapa yang tolak lelaki sebegini?? pasti susah nak tolak..mahu tapi malu. Bukan niat penulis untuk menjadikan mudahnya melamar lelaki,itu sukar namun kali ini penulis mahu membuka kotak sedikit yang rasanya sudah tiba masanya kita berfikir sejenak jika lamaran yg tidak pasti diterima mahupun ditolak..bukankah jika ditolak itu bukannya kehinaan,sebaliknya hanya ladang kesabaran daripada menunggu orang yang tidak pasti,tidak pasti agamanya,tidak kenal dengan akhlaknya.bahkan tidak tahu jua hadirnya.

Pastinya ada yang merasakan “Biarlah lelaki yang mulakan dulu” “tidak rasa malu ke?” “merendahkan nilai”..itu kata mereka. Namun cuba nilai…”adakah kehinaan terletak pada keinginan bagi menikah dengan lelaki soleh? Kalian sendirilah yang menjawabnya. Ada percikkan sejarah yang mana wanita pernah melamar lelaki untuk memilih pemimpin dalam hidupnya.(undi haQ anda,iklan penaja hihih). Pastinya akan memilih yang mampu mentadbir dalam keluarganya kelak.


“Anas bin Malik melaporkan, “Ada wanita yg menemui Rasulullah. Beliau menawarkan dirinya kepada Baginda dengan berkata, “ya Rasulullah,adakah engkau memerlukan diriku?” anak perempuan Anas yg hadir dan mendengar kata-kata wanita itu berkata, “Alangkah memalukan dan betapa buruknya,”. Mendengar itu, ayahnya (Anas bin Malik) menyahut, “Dia jauh lebih baik daripadamu,nak. Wanita itu mencintai Rasulullah dan menawarkan dirinya kpd Baginda.”-diriwayatkan oleh Bukhari.


Tak perlulah resah andai dirimu ditolak kerna ianya bukan merendahkan dirimu mahupun maruah,tapi anda sedang menjaga diri. Jika mahu katakan saja, barangkali dia yang soleh itu mungkin malu..”ada ke yg malu?” mungkin ada..tak pernah rugi..cuba fikirkan secara positif..ha..kalau nak melamar pula jgnlah secara direct terus..gunalah org tengah itu lebih bermaruah,lagipun kalau di tolak takkan tersedih hati punyalah. Beranikah anda??????hihihi…yg penting persiapan perempuan itu sendiri menjadi solehah..mungkin tak sempurna..namun belajar..tersalah itu biasa..kita bergelar manusia..yg msih bertatih..ingat tak anak kecil..mereka bertatih..acap kali terjatuh..(dah luar topik ni)=,=’…

lucu ya kali ini..mengusik hati kalian yg penulis rindui..mungkin selepas ini dah tiada idea untuk mengarap..mungkin ini yg terakhir..hehehe...moganya ada lagi..tapi lambat la..

^_^


bg penulis???tak mau jawap la..hehehe...
inniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...