PERBEZAAN OTAK, AQAL DAN CAHAYA AQAL
(Huraian ringkas sahaja)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Aqal dan otak adalah dua jisim yang berbeza walau pun terdapat kaitan antara kedua2 nya.
OTAK
□□□□□
Otak adalah jisim kasar di dalam tempurung kepala yang dapat dilihat oleh pancaindera (atau melalui alat letronik)
Otak di miliki oleh manusia, jinn dan haiwan.
AQAL
□□□□□
"Aqal" adalah jisim halus didalam "batin otak".
Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau melalui peralatan2 sains. Ia hanya dapat di lihat dengan "ainul basirah " @ "matahati" yang dibukakan oleh Allah Ta'ala.
"Aqal" secara umumnya di miliki oleh manusia dan jinn sahaja. Iaitu memiliki daya fikir untuk menentukan baik jahat, suci dan kotor, mulia dan hina! Maka jatuh taklif syara' atas mereka dan akan menerima balasan baik dan jahat di akhirat nanti - berupa syurga atau neraka!
Pada hakikatnya haiwan tidak mempunyai 'aqal" tetapi cuma mempunyai "naluri" atau "gerak hidup" atau dipanggil "ruh idhafi" pada istilah Ma'rifat.
Melalui "naluri" inilah haiwan melakukan aktiviti, makan, minum, hubungan jantina dll.
Haiwan tidak dapat berfikir, maka tiada "taklif syara" atas nya. Di akhirat nanti sekalian haiwan akan menjadi debu.
PEMBAHAGIAN AQAL
□□□□□□□□□□□□□□□□□
Aqal itu 4 macam:
🍁AQAL MAAD
~~~~~~~~~~~
Aqal ini aqal bangsa yang hanya memikirkan tentang kehidupan di atas dunia semata-mata. Ini mempunyai beberapa bahagian- boleh membawa kebaikan kepada dunia material atau pun boleh merosakkannya.
Aqal jenis ini tidak terikat dengan wahyu dan tidak mendapat pancaran cahaya Ketuhanan.
🍁AQAL MAASH
~~~~~~~~~~~
Ini aqal yang mula memikirkan soal2 Ketuhanan,.akhirat dan pembalasan.
Mula timbul kecenderungan untuk memikirkan hal-hal ketuhanan, kebaikan keburukan, akhirat, syurga, neraka! Aqal jenis ini sudah menerima pancaran cahaya matahati (cahaya keKetuhanan.) Atau boleh disebut Aqal bangsa Iman.
🍁AQAL NUR
~~~~~~~~~~
Aqal yang menerima pancaran "Cahaya Ruhaniyyah" dari hati pada peringkat lebih tinggi. Ini aqal darjat orang Mu'minin dan Solihin.
🍁AQAL SIRR (RAHSIA)
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aqal peringkat tertinggi yang menerima pancaran "Cahaya Rabbaniyyah yang mutlaq" di miliki oleh Rasul, Nabi dan Aulia Allah. Ia menerima Ilmu Hikmah dan Ladunni.
Aqal bangsa ini tidak di pengaruhi oleh nafsu2 kejahatan atau iblis. Ia telah bebas merdeka dari semua bentuk pengaruh duniawi. Ia hanya memikirkan soal Ummat dan Ma'rifat Ketuhanan.
Inilah peringkat aqal Ulama Ahli Mujtahidin, yang bertanggungjawab menerbitkan hukum hakam Agama.
Maka faham kita tentang Hadith Nabi yang melarang menggunakan Aqal pemikiran untuk mentafsirkan Qur'an. Yang Nabi maksudkan aqal itu adalah tiga macam aqal yang tersebut di atas. Ada pun Aqal sirr inilah aqal yang suci murni tiada tercemar dengan apa jua unsur nafsu kekejian,.dunia, makhluk dan iblis... semua nya telah binasa.
bersambung dengan cahaya Aqal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan