Halaman

Khamis, 17 Mac 2011

jauh tetap ku jejak


Musafir jauh utk berkongsi ilmu dlm perjuangan sbg khalifah. Pada mulanya diri rasa berat utk melangkah pergi bimbang amanah di sini belum selesai..tapi gagahkan diri demi masa depan yg kian mencabar pada dasarnya segala-galanya krn Allah..ya kerana Allah..baru  dpt segala-galanya..kerana Dia memberikan kemampuan itu utkku..Alhamdulillah..
Sepanjang perjalanan ke jengka 25 berborak panjang dgn saudara seIslamku yang baru bertemu tp dirasakan seolah-olah teman lama tak jumpa mesra kasih antara kami bertaut. Inilah hakikatnya jika kita lakukan segala-galanya kerana Allah..sesekali mereka menceritakan pengalaman,menambahkan lagi pengetahuan. Subhanallah..hidup berjemaah kasih sayang kerana Allah segala-galanya rela dikorbankan. Apabila sampai sekali lagi diri kagum melihat keramahan org Pahang yang senyuman di bibir tak lekang dan kekok,rantai ukhwah makin panjang dan terasa utuh. Lihat warga tua bergabung tenaga dengan anak-anak muda membakarkan lagi semagat sesiapa jua yang terasa penat atau malas untuk mencurah peluh keringat fisabilillah…
Pada malam itu Tok Guru Hj. Hadi berceramah berserta majlis ‘hadiah’ dari org jengka 25 kepada PAS. Dalam diri berbisik sendirian mungkin ‘hadiah’ ini permulaan untuk sinar Islam kawasan ini yang hampir malap. ku yakin dengan janji Allah..Dia bersama-sama org-org  dalam kebenaran.  diri dah tak boleh ‘lari’ hati ini sentiasa ‘diikat’ untuk bersama dalam perjuangan ini. Inilah jalan yang Allah telah pilih untukku dan aku sentiasa berharap  takkan ‘lari’ dan pertolongan itu sentiasa ada. Tak resah gelisah bila ujian bertamu.
Taklifan disini paling menyeronokkanku walaupun ada peritnya biasalah…yang dijanjikan Allah dan Rasul ialah kemenangan setelah ada keperitan. Disini  bertemu dengan pelbagai latar belakang manusia, yang paling mengujakan dapat bertemu serta mengiringi para pimpinan ulama’ dari Kelantan walaupun pada mulanya sedih diri lebih mengenali artis-artis daripada mereka. Hati terasa sejuk mendegar madah-madah hikmah dari ust.Abdullah atau dikenali ust.Lah dalam kalangan kami, dengan lembut dia berbicara, begitu sekali Allah temukan aku dengan mereka-mereka. Astagfirullah.. Hati berdetik janganlah terbit rasa riak dalam meluahkan rasa ini pada pembaca. Perkara ini memang tidakku sangka,dapt mengiringi para ulama’ dari rumah ke rumah jengka 25 yang telah dipilih oleh Allah. Dah nama tempat org..semasa mengiringi mereka tersesat la jugak..malu betul…  
Hari berikutnya..malam itu dapat suntikan semangat juang dari serikandi Islam Cikgu Mala(calon tenang) dan Nurul Izzah(putri Anuar Ibrahim) setiap ucapan yang dizahirkan dengan lantang berbicara tiada gementar walaupun sedikit..disebabkan kelantangan suara serikandi ini ramai penduduk keluar walaupun duduk jauh-jauh(kerana takut menzahirkan parti politik yang haq diketauhi oleh sesama mereka). Boleh dikatakan setiap patah boleh meremang semangat naik rasa ingin berdiri dihadapan..
Saat hari mengundi hampir tiba..saat-saat inilah Allah menguji kami dengan pelbagai ujian tapi dengan kesabaran rasa perit terubat dengan sendirinya. Kali ini hati mengucap Subhanallah…Subhanallah…Subhanallah…,melihat satu-satunya keluarga yang menzahirkan PAS dipulau oleh orang kampong tengok keadaan rumah yang serdahana..dari rumah-rumah yang berdekatan,tp ana benar-benar bangga kerana keyakinan kepada Allah tak pernah melunturkan semangat mereka meneruskan perjuangan disaat jiran tetangga takut menzahirkannya bimbang akan dipulaukan nanti. Kami mendengar luahan rasa mereka di dalam perjuangan sesekali ana melihat merah matanya betapa tabahnya keluarga mereka dan mak cik mah makin tidak berupaya untuk meneruskan perjuangan ini kerana mengalami sakit buah pinggang yang menghadkannya utnuk bergerak dengan aktif. Anak sulungnyalah satu-satunya pemuda disitu,pernah mengajak teman-teman untuk memperjuangankan bersama..tapi hampa sekali..mereka pengecut…bayangkanlah, untuk ajak makan pun…tak mahu..betapa takutnya mereka pada musuh-musuh Allah..
‘ya Allah aku mengharapkan keluarga ini tidak berpaling dari rahmat-Mu walaupun ujian datang 1001 lagi…’
(pengalaman disini sungguh berepisod untuk ana coretkan insya-Allah..akan cuba nukilkan)
inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...