🌟HATI BERPEGANG PADA HAQIQAT
🌟PERKATAAN DAN PERBUATAN BERDIRI PADA SYARIA'T
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
☝🏼👳 Ini adalah kunci memahami pegangan Ahlus Sunnah di dalam menghadapi kejadian2 yang berlaku.
Perhatikan baik2, dasar perdirian Ahlus Sunnah pada melihat dan bertindak setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan dan di atas muka bumi seluruh nya.
……………………………………………………
☆Hati berdiri pada haqiqat.
☆Perkataan dan perbuatan berdiri pada syari'at.
……………………………………………………
☝🏼👳 ini salah satu kunci UTAMA memahami perdirian Ahlus Sunnah terhadap Taqdir dan usaha ikhtiar manusia.
Apa maksud nya?
Maksud nya :
Pada setiap kejadian yang berlaku hati kita hendak meyakini dan mengakui ianya perbuatan Allah (ini nama nya haqiqat). Pada masa yang sama perkataan dan perbuatan kita wajib merujuk kepada hukum hakam Allah. (ini nama nya syari'at)
Faham yang berlawanan dengan pendirian ini adalah Golongan Jabariyah dan Muktazilah.
Jabariyah hanya memandang kepada haqiqat. Erti nya mereka menafikan ada usaha ikhtiar manusia (nafikan syari'at)
Muktazilah hanya memandang kepada usaha ikhtiar makhluk (syari'at) dan menafikan kebergantungan pada Taqdir (nafikan haqiqat)
Maka jadi lah kedua2 golongan ini jatuh kepada zindiq dan fasiq. Wal Iyazubillah.
Mari kita lihat beberapa contoh.
Contoh 1 :
~~~~~~
Orang bernama sultan Makmun telah di dapati mencuri.
Hukum syari'at berkata : Pencuri yang telah di sahkan mencuri ikut kadar nya, hendak di potong tangan nya. 👈🏽 ini adalah perdirian perkataan dan perbuatan.
Erti nya wajib di laksanakan hukuman pada Sultan Makmun berdasarkan hukum syari'at. Dan pada masa yang sama, hati kita hendak lah berpegang kepada haqiqat bahawa perbuatan Sultan Makmun itu" mencuri" adalah di dalam qadha dan qadar ketentuan Allah.
Adakah Sultan Makmun bersalah pada hukum syara'? Ya, dia bersalah dan wajib di hukum.
Adakah Sultan Makmun salah pada sisi Haqiqat? Persoalan ini tak timbul kerana "pada haqiqat" adalah ketentuan Allah yang tiada siapa pun boleh persoalkan.
👉🏽👉🏽👉🏽Kamu akan di tanya apa yang kamu perbuat dan Allah TIDAK di tanya apa yang di perbuat.
👉🏽 Dengan demikian haram berkata : "Pencuri itu mencuri kerana sudah di taqdirkan dia nencuri."
Mengapa ucapan begini haram dan jatuh aqidah nya?
Kerana orang yang berkata demikian telah menafikan syari'at dan usaha ikhtiar manusia. Dan pendirian begini adalah faham Jabariyah.
Di satu sudut lain, sesiapa berkata : Pencuri itu mencuri atas daya usaha dia sendiri dan tiada kena mengena dengan Taqdir Allah. Maka ini adalah faham Mu'tazilah.
Contoh 2:
~~~~~~
Syarifah berjaya di dalam pelajaran sehingga peroleh kejayaan cemerlang.
Perkataan dan perbuatan : Memuji Syarifah kerana berjaya di dalam pelajaran.(syari'at). Pada masa yang sama hati berpegang bahawa itu semua Rahmat dan Kurnia Allah.( haqiqat).
Dengan demikian haram dan kufur berkata : Syarifah berjaya dengan daya usaha sendiri tanpa menyandarkan usaha tersebut kepada Taqdir berupa Rahmat dan Kurnia Allah.
Jika ada yang berpegang demikian 👈🏽 ini faham muktazilah.
Jika ada orang lain menafikan terus usaha ikhtiatr Syarifah dan berkata : Kejayaan syarifah semata2 Rahmat Allah dan tiada kena mengena dengan usaha ikhtiar syarifah, 👈🏽 ini faham Jabariyah.
Contoh 3
~~~~~~
Sesebuah kerajaan melaksanakan pembangunan dengan baik hingga negara jadi makmur.
Maka si A berkata :
"Kita wajib syukur pada kerajaan kerana banyak bawa kebaikan pada kita. Jika bukan kerana pemimpin2 bijak kita, tak dapat makan nasi lah kita."
Si B pula berkata :
"Semua kejayaan yang berlaku adalah Rahmat Allah jua, tiada kena mengena dengan usaha pemimpin."
☝🏼👳 apa hukum orang yang berpegang demikian.
cuba fahamkan perdirian basic Ahlus Sunnah.. dan cuba jawab sebdiri...
Maassalamah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan