Halaman

Ahad, 14 Julai 2013

Kewajipan isteri memenuhi hajat suami






Isteri wajib mentaati suami kerana hak qawwamah (kepimpinan) yang telah diberi oleh Allah kepada suami seperti yang disebut dalam surah al-Nisa’ ayat 34.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. "

Tidak ada maknanya hak qawwamah ini jika tidak disertai dengan hak ketaatan. Terdapat beberapa cabang perkara yang perlu diberi ketaatan oleh isteri; antaranya ketaatan dalam memenuhi hajat suami, ketaatan dalam urusan taharah, ketaatan dalam urusan kebersihan tubuh badan dan perhiasan, ketaatan untuk tetap di rumah, ketaatan untuk memelihara harta suami dan lain-lain lagi dalam semua hal.

Walaubagaimana pun, perlu diingatkan di sini, walaupun hak ketaatan itu sangat besar bagi suami namun isteri tidak boleh taat jika suami menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah.

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyebut : ”Mendengar dan patuh pada seseorang Muslim itu dalam hal yang dia sukai atau pun yang dibenci adalah selagi mana dia tidak disuruh melakukan maksiat. Jika dia menyuruh sesuatu yang maksiat, maka janganlah dengar dan patuh padanya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)

Renungan bersama untuk para isteri agar selalu mentaati suami dalam semua urusan kehidupannya. Isteri kena bijak mendahulukan perkara wajib dan sunat. Perkara sunat apapun boleh dilakukan dengan mendahulukan yang wajib. Contohnya , selepas solat maghrib suami ajak jima', sedangkan isteri mahu mengaji quran sementara menunggu solat isya' dan solat tarawikh.

Mememnuhi permintaan suami ketika itu adalah wajib berbanding membaca quran. Maka , wahai isteri janganlah kerana siangnya berpuasa, kerana mahu mengejar baraqah ramadhan , kamu dilaknat Allah pula kerana engkar terhadap perintah suami.

Boleh saja, selepas memenuhi tuntutan suami, mandi wajib dan kerjakan solat isya' dan terawikh bersama-sama di rumah. masih lagi dapat memenuhi tuntutan mubarak ramadhan. InsyaAllah...semua yang kita lakukan di dalam rahmat Allah Ta'ala.

copy :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=567073649997350&set=a.100407869997266.695.100000841600527&type=1&theater
 
inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...