■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Imam Ghazali meninggalkan kota Baghdad
Setelah berhempas pulas selama 6 bulan, menghadapi tekanan perasaan dan hati yang sakit, berperang di antara kemasyuran, pangkat kekayaan yang di bisikkan oleh syaitan dan nafsu, maka akhirnya Al-Ghazali mendapat petunjuk untuk meninggalakan kota Bagdad, kota yang telah memberikan seribu kemasyuran dan kebanggaan!
Kata Imam Ghazali :
"Akhir nya aku berhasil keluar dari Baghdad dengan tidak menggemparkan. ...!
Penduduk Iraq tidak akan membenarkan tindakan aku ini. Tidak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Bagdad berdasarkan pertimbangan Agama. sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama. Hanya sampai situ saja pengenalan mereka. "
Demikianlah aku meninggalkan Baghdad, Harta benda habis aku bahagi-bahagikan, kecuali sedikit untuk bekal di jalan dan untuk anak2 yang masih kecil.
[Munqiz-Ala Adh-Adhollal]
Penjelasan dan Renungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌷Maksud perkataan Imam Ghazali ini :
"sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama"
adalah begini :
Selama ini penduduk Iraq menganggap Imam Ghazali sebagai tokoh Ulama yang sebenar. Bagi mereka Imam Ghazali ada contoh yang benar2 menduduki tempat tertinggi di dalam agama.
🌷Sekiranya mereka (penduduk Baghdad terutama murid2 beliau) mengetahui tindakan sebenar Imam Ghazali adalah kerana masalah krisis keruhanian yang beliau hadapi, mungkin mereka tidak akan membenarkan beliau pergi. Bahkan mereka tak akan percaya wujud krisis keruhanian pada diri Imam Ghazali. Ini kerana pada sangkaan mereka Imam Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam Agama. Tak mungkin beliau menghadapi krisis keruhanian.
🌷Imam Ghazali habis membahagi-bahagikan semua harta benda beliau. Ini adalah menunjukkan azam, komitmen, keyakinan dan niat tulus ikhlas Imam Ghazali bagi uzlah dan khilwah pada jalan Ahli Sufi (seperti akan datang huraian nya)
🌷mam Ghazali berhelah untuk berziarah ke Makkah padahal tujuannya adalah Syam bertujuan melindungi niat beliau yang ikhlas untuk mujahadah pada jalan keruhanian. Dan supaya tidak berlaku kegemparan di kalangan murid2 beliau.
🌷 Mengajar Agama dan berda'wah adalah sebaik-baik pekerjaan kerana ianya adalah menyambung tugas Anbiya.
Imam Ghazali sedar akan hal ini, tetapi beliau insaf semua itu tiada ertinya dan akan menemui kebinasaan tanpa wujud nya kesucian Tauhid dan keikhlasan yang murni.
🌷Imam Ghazali meninggalkan segala kekayaan, pangkat , kemasyuran dan kemuliaan pada sisi manusia di atas desakan Iman dan Tauhid. Adakah ini bermakna Imam Ghazali mempunyai Iman yang lemah ketika itu?
Jika di pandang dari sudut Tauhid yang murni, begitu lah keadaan nya Imam Ghazali pada saat itu.
Ilmu syari'at yang beliau miliki walaupun begitu tinggi, namun semua itu belum cukup untuk menjernihkan hati kepada Tauhid yang suci murni. Sebalik nya semata2 ilmu syari'at telah membawa kepada syirik2 khafi - riya, 'ujub.
Ini lah bukti nya yang jelas sebagaimana kata2 Ahli Ma'rifat, ilmu syari'at zahir (fiqh) semata2 tidak cukup untuk memperoleh Tauhid yang murni. Ilmu Syari'at zahir ini mesti di gandingkan dengan Ilmu Toriqah / Tasawwuf untuk memperoleh Tauhid yang murni, Tauhid yang sebenar Tauhid jauh dari semua macam syirik khafi dan mazmumah.
Walaupun seseorang alim membaca dan mahir seribu kitab sekalipun, walaupun dia hafal Qur'an serta ratusan ribu hadith sekalipun, walaupun dia mahir di dalam semua ilmu alat sekalipun... namun dia tidak akan menjadi Arif, tidak akan mengenal Allah dengan sebenar kenal. (baca Tauhid yang murni) melainkan dia menaiki bahtera keruhanian di bawah pimpinan seorang Tabib Keruhanian yang mahir. (Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat)
🌷 Sungguh banyak sekali petunjuk dan pengajaran berharga dari kisah seorang yang sudah pun bergelar Ulama Besar, Guru Besar dan Hujjatul Islam kepada generasi ummat kemudian nya, terutama mereka yang sudah bergelar Ulama (ulama fiqh semata2)
bersambung Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan