■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
DALIL BOLEH MENYERU NAMA "YA MUHAMMAD",
"YA RASULULLAH"
SELEPAS KEWAFATAN BAGINDA
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Dalil No. 1
□□□□□□□□
"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah, Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) " kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."
[Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]
[Imam Nawawi di dalam Al-Azkar]
[Imam Shaukani di dalam Tuhfah Az-Zakirin]
Dalil No. 2:
□□□□□□□□
"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut.
[Bab Musailamah Al-Kazzab - Kitab Al Kamil Fit-Tarikh : Imam Ibnu Athir]
[Kisah Musailamah Al Kazab - Kitab Bidayah Wan Nihayah : Imam Ibn Kathir]
[Kisah Musailamah Al Kazzab - Kitab Tarikh Tabari : Imam Ibnu Jarir At- Tabari]
Dalil No. 3:
□□□□□□□□
Imam Nawawi dan Ibnu Taimiyyah juga membawakan kisah yang sama seperti itu yang terjadi kepada Abdullah Ibnu Abbas.
"Abdullah Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kaki nya yang kebas segera pulih.
[Imam Nawawi, Al-Azkar.]
[Ibnu Taymiyyah, Al-Kalim Tayyib]
Dalil No. 4:
□□□□□□□□
Di dalam Tabaqat, Imam Ibnu Sa'ad menulis:
"Selepas beberapa waktu kewafatan Nabi, Urwah Binti Abdul Mutalib (Radhiallahu Anha) berkata: : "Ya Rasulullah! Engkau lah tempat harapan kami"
[Ibnu Sa'ad, Tabaqat Ibn Saad]
Kesimpulan dari kisah2 atas :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🍁Imam Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah2 tersebut berhujjah :
Ini lah dalil nya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah, Wahai kekasih Allah dll selepas kewafatan Baginda.
🍁Ternyata dari kisah2 tersebut yang menjadi perhatian bukan sahaja di haruskan menyeru nama Rasul, bahkan di sana terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "MUHAMMAD" Atau "RASULULLAH"
Ini yang kita sebut dahulu mengambil manfaat penyembuhan penyakit dari "nama Nabi" "pakaian Nabi" dan tubuh jasmani Nabi" dan belum sampai tapi sudah pun terbuka rahsia di sini.
Ternyata ini semua adalah MUKJIZAT bagi Nabi dan
KAROMAH bagi Auliya Allah.
🍁Kisah di atas juga menjadi i'tibar : Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukan lah bermakna kita mempercayai nya ada kuasa dengan sendiri nya. Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan untuk kita.
Inilah fahaman yang betul.
BUKAN i'tiqad kubur Nabi atau Wali Allah itu berkuasa dengan sendiri nya.
Orang bodoh yang paling jahil dari ummat ini pun tahu, makhluk tak ada kuasa apa2. Apa lagi orang cerdik pandai, sepatut nya lebih cerdas otak nya...!
Wallahu A'lam
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
Forum Whatsapp
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Tiada ulasan:
Catat Ulasan