□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Kita telah pelajari tingkatan paling bawah ikhlas pada orang awam adalah :
Seseorang yang ikhlas beribadat kerana Allah (ertinya bukan kerana dunia atau makhluk) tetapi masih terselit di dalam hatinya kemahuan pada ganjaran syurga berupa ni'mat2 kesukaan nafsu umpama bidadari, istana indah dll.
Ikhlas seperti ini adalah ikhlas "kanak-kanak" atau di dalam istilah ahli ma'rifat di sebut umpama "buruh yang bekerja untuk upah". Jika di tawarkan ganjaran mereka akan buat, jika tiada ganjaran mereka tak bekerja. JIka ganjaran tak lumayan, mereka akan buat bermalas-malasan di dalam bekerja.
Demikian lah perumpaan orang ikhlas kerana mengharap suatu ganjaran...!
Kita yang sudah berpuluh tahun beribadah, adakah masih di tangga "ikhlas kanak2" ? Adakah kita masih mengharap pahala... pahala... pahala... ketika beramal? Adakah jiwa kita masih terikat dengan segala kesenangan kesukaan nafsu?
Sepatutnya kita sudah melangkah ke peringkat ke 2 dan 3 Tingkatan Ikhlas peringkat awam.
Apa tingkatan ke2 ikhlas pada sisi orang awam?
Iaitu seseorang hamba ALlah tidak lagi cita2 dalam hati melainkan Allah. Dia beribadat hanya untuk memperoleh keredhaan Allah. Di dalam pemikirannya tiada lagi unsur menagih pahala2, atau menagih syurga berupa kesukaan nafsu.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
IKHLAS peringkat ini, iaitu mengharap REDHA ALLAH semata2 di dalam ibadah adalah jauh lebih baik dari " ikhlas kanak2" atau "ikhlas buruh" yang masih mengharap upah dan ganjaran.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Tetapi ingat......
ada lagi satu halangan bagi hamba Allah pada peringkat ke -2 ini, iaitu :
👉🏼 Dia melihat masih ada daya upaya untuk melakukan ibadah. Dia melihat dirinya ada kekuatan untuk melakukan ketaatan, solat, puasa, zakat, haji dll. Sedangkan "melihat atau merasai diri sendiri ada keupayaan untuk beribadah dan ta'at" adalah syirik khafi (syirik tersembunyi).
Hamba Allah ini perlu mujahadah lagi dengan banyak2 zikrullah, solawat, baca Qur'an dan ibadah2 lain agar dia terlepas dari "gangguan syirik khafi" tadi.
Dengan berkat kesungguhan yang di penuhi Rahmat Allah, hamba ALlah ini akan naik satu tingkat lagi kepada Tingkatan ke-3 ikhlas orang awam. Pada tingkatan ini, hamba Allah itu tidak lagi melihat ada nya daya upaya melakukan ibadah dan ketaatan.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
IKHLAS ketika melihat diri tiada daya upaya untuk melakukan Ibadah adalah Tingkatan ikhlas yang lebih baik dari Tingakatan Pertama Ikhlas Awam.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Tetapi ......
Ada satu "gangguan" halus yang tersisa pada dirinya iaitu dia merasa "dia sudah Ikhlas".......!
Seseorang yang masih merasai dan melihat dirinya "sudah ikhlas" adalah penyakit paling halus pada tingkatan orang awam. Ini kerana "merasa diri sudah ikhlas" adalah masih di dalam golongan "syirik khafi". Ia di katakan syirik khafi lagi kerana dia masih melihat dirinya mempunyai keupayaan untuk melakukan "ikhlas" itu sedangkan pada hakikat nya makhluk tiada daya upaya.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
IKHLAS pada Tingkatan ke 3 ikhlas orang awam tentu lebih baik dari Tingkatan ke 2 dan Pertama. Walaupun ada perasaan tersisa melihat diri sudah ikhlas, tetapi dia masih lebih baik dari sebelum nya. Membuang langsung sifat halus ini memang tersangat susah.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Apabila seseorang hamba Allah berzikir lagi sungguh2 berserta mujahadah, dan dapat melepaskan diri dari "syirik khafi" yang paling halus ini, maka berjaya lah dia dengan izin Allah naik kepada Tingkatan Ikhlas yang suci, ikhlas yang sebersih2 nya yang tiada di campuri sebarang syirik khafi. Ini lah tingkatan ikhlas peringkat pertama pada sisi Ahli Ma'rifat. Ini lah juga Tauhid yang murni, tingkatan pertama Tauhid pada sisi Ahli Ma'rifat.
Tetapi Tingkatan Yang Pertama Ikhlas dan Tauhid yang murni ini tidak akan dapat di capai melainkan dengan mengambil bai'at Toriqah Ahlus Sunnah dan beramal sungguh2 tanpa jemu dengan penuh harapan pada Rahmat Allah.
………………………………………………………
Renungi lah....
Di mana ikhlas kita sekarang?
Apa yang patut kita buat?
Tanya lah diri sendiri...
Renung lah ke dalam hati....
Renunglah apa yang patut kita lakukan untuk memperoleh ikhlas dan Tauhid yang murni .....
kerana....
IKHLAS dan TAUHID yang murni adalah "rahsia" antara rahsia paling halus antara hamba dengan Tuhan nya yang akan menjadi perhitungan penentuan di hadapan Allah nanti.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan