■■■■■■■■■■■■■
Ahlus Sunnah berkeyakinan Al Qur'an adalah Kalamullah yang bersifat Qadim dan BUKAN MAKHLUK.
Ulama Ahlus Sunnah juga sepakat berfatwa : sesiapa mengatakan Al Qur'an itu makhluk, maka dia telah kafir.
Golongan muktazilah berhujjah : Kertas yang kamu pegang itu makhluk, dakwat yang gunakan untuk menulis adalah makhluk, bahasa Arab dan huruf2 nya adalah makhluk. Dengan hujjah ini Muktazilah berpegang bahawa Al Qur'an itu makhluk.
………………………………………………………
Sebelum kita memahami secara menyeluruh berkenaan keyakinan untuk di jadikan pegangan, mari kita melihat beberapa petunjuk ini.
QADIM :
~~~~~
Yang di kehendaki dengan Qadim adalah setiap suatu yang di nisbahkan kepada Allah Taala ; samada yang berupa Af'al Nya, Asma' Nya, Sifat Nya atau Zat Nya yang Maha Suci.
KALAMULLAH
~~~~~~~~~~
Kalamullah adalah "kata-kata Allah" yang tiada huruf dan tiada suara.
Allah Taala itu bersifat dengan "Mutakallimun" iaitu Maha Berkata2. Sifat Allah Maha Berkata2 adalah Qadim bagi Allah Taala.
MAKHLUK
~~~~~~~
Makhluk adalah setiap suatu yang di ciptakan oleh Allah Taala. Iaitu menerima permulaan dan ada kesudahan nya (kemusnahan nya) kecuali di Kehendaki oleh Allah sebalik nya). Erti nya Allah Maha Berkehendak untuk tidak memusnahkan sesuatu dari makhluk ciptaan Nya.
Arasy, Kursi, Syurga, Neraka adalah di antara makhluk yang tidak menerima kebinasaan walaupun ketika berlaku Qiamat.
LUH MAHFUZ
~~~~~~~~~
"Luh Mahfuz" atau " Lauhul Mahfuz" adalah "Papan Suratan yang terpelihara" di Langit Ketujuh di mana "hakikat Al Qur'an" tersimpan sebelum di turunkan ansur2 sedikit demi sedikit kepada Rasulullah sehingga selesai "nuzul" nya.
Waktu Al Qur'an tersimpan di Luh hanya Allah yang mengetahui kerana ia nya berlaku sebelum tercipta nya masa.
WAHYU
~~~~~
Wahyu adalah "nuzul" (turunnya) Al Qur'an kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Ketika Allah menurunkan wahyu, Rasulullah memahami nya lalu Baginda membaca nya di dalam bahasa Arab. Erti nya Al Qur'an yang di baca oleh Rasul itu yang terdiri dari huruf dan suara yang di fahami oleh manusia.
BAGAIMANA CARA MEMAHAMI AL QUR'AN ITU KALAMULLAH YANG QADIM
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ahlus Sunnah meyakini Al Qur'an adalah Kalamullah, kata2 Allah yang mengandungi perintah Allah, Hukum Nya, pengajaran2, kisah2 Nabi dahulu, dll.
Al Qur'an adalah Mukjizat terbesar, petunjuk, penawar dan cahaya bagi orang beriman.
Yang di maksudkan dengan "Al- Qur'an" dan menjadi keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah :
" HAKIKAT Kalam Allah " yang tiada huruf dan tiada suara yang tersimpan di dalam Ilmu Allah.
"Hakikat" ini kemudian nya tersimpan di "Luh Mahfuz " pada waktu yang tidak di ketahui. Kemudian nya di turunkan ansur2 kepada Nabi Muhammad ﷺ. melalui wahyu.
Ketika wahyu di turunkan pada Nabi ﷺ, Baginda membaca nya di dalam bahasa Arab, ertinya "Hakikat Al Qur'an" yang tersimpan di dalam Ilmu Allah (kemudian Luh Mahfuz) di turunkan kepada Nabi di dalam bahasa Arab, maka demikian Nabi membaca nya di dalam bahasa Arab.
Di sini menjadi persoalan besar, di manakah yang di yakini Al Qur'an itu Qadim jika
Al Qur'an itu "di baca oleh
manusia " (iaitu makhluk)
di dalam bahasa Arab (iaitu makhluk),
yang mempunyai suara dan huruf (iaitu makhluk)?
Menurut pertanyaan Muktazilah Bukan kah itu semua makhluk?
Jawapan nya:
Mushaf @ naskah kitab Al Qur'an yang kita pegang yang berupa kertas, tulisan dakwat dan huruf2 bahasa Arab adalah makhluk. Tetapi " hakikat di sebalik setiap huruf " itu adalah Kalamullah yang Qadim.
Orang yang membaca Al Qur'an (dengan memegang satu mushaf Al Qur'an) maka perbuatan membaca nya dan bahasa untuk membaca nya itu makhluk, tetapi "hakikat di sebalik setiap lafaz yang di lontarkan" itu adalah Qadim.
Oleh kerana Mushaf Al Qur'an itu menanggung "Kalamullah" yang Qadim maka kita muliakan nya dan agungkan nya kerana pengagungan itu pada hakikat nya pengagungan kepada Allah Taala.
Kita di larang memegang atau membaca Al Qur'an ketika hadath besar kerana memuliakan Hakikat Kalamullah yang Qadim itu, bukan memuliakan kertas yang bersifat makhluk.
Di sisi yang lain,
Kalamullah itu tiada huruf dan tiada suara. Bagaimana cara supaya manusia dapat mengetahui perintah, hukum hakam dan Kehendak Allah.?
Kalamullah yang Qadim itu tidak dapat di fahami oleh makhluk yang tiada mempunyai keupayaan mengetahui nya.
Maka di sana sudah tentu memerlukan suatu perantaraan yang dapat di fahami oleh manusia. Maka Allah Taala ciptakan huruf dan bahasa dan mengajar manusia mengenal huruf dan bahasa.
Al Qur'an di sisi Allah iaitu Kalamullah yang Qadim yang tiada huruf dan tiada suara di terjemahkan kedalam huruf2, kata2 dan bahasa yang dapat di famami oleh manusia. Sehingga manusia dapat memahami nya, mematuhi nya mengambil manfaat nya.
Dengan demikian fahamlah kita Al Qur'an yang di katakan Qadim itu adalah "hakikat Kalamullah yang tersimpan di dalam Ilmu Allah"
Kita di perintah memuliakan apa sahaja benda yang menanggung Al Qur'an samada berupa kertas, kayu atau batu batan kerana memelihara kesucian Kalamullah yang tersurat pada nya sebagai suatu pengagungan kepada Allah.
KETERANGAN YANG TAK BOLEH DI SANGKAL
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Muktazilah atau mana2 sekta yang percaya Al Qur'an itu makhluk, pasti tersungkur dengan keterangan2 ini :
✳️AL QUR'AN CAHAYA YANG MENERANGI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
سُوۡرَةُ النِّسَاء
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَكُم بُرۡهَـٰنٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ نُورً۬ا مُّبِينً۬ا (١٧٤)
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi "
[An Nisa (4) : Ayat 174]
✳️AL QUR'AN ITU PETUNJUK JALAN KEPADA TAQWA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢)
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
"Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa."
[al-Baqarah (2): Ayat 1-2]
✳️AL QUR'AN RAHMAT, PENAWAR, PENYEMBUH PENYAKIT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
[Yunus (10) : Ayat 57]
✳️AL QUR'AN UNDANG-UNDANG HIDUP UNIVERSAL BAGI MANUSIA
✳️AL QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR
Perhatikan lah,:
💢Mampu kah makhluk menjadi cahaya yang menerangi?
💢Mampu kah makhluk berikan petunjuk hidayah?
💢Mampu kah makhluk menjadi penawar dan Rahmat?
💢Makhluk boleh jadi mukjizat?
Muktazilah dan pengikut2 mereka yang punyai 'tiqad Al Qur'an itu makhluk adalah jelas batil dan sesat dengan kesesatan yang amat nyata.
Aneh nya ....... ajaib nyapendokong2 Muktazilah adalah golongan ilmuan Islam yang hafal Qur'an dan hafal banyak hadith2 Nabi di samping mahir hujjah di dalam berbagai ilmu syariat yang tinggi2.... Di mana silap nya orang2 yang begitu tinggi ilmu ini? Apa punca kesesatan ilmuan ini?
☝🏼👳 penting sebagai muzakarah masa akan datang.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan