Halaman

Jumaat, 20 April 2012

~eiuw..makan dalam talam..???~

teringat pula suatu ketika dahulu penulis pernah mengahdiri program....bersama sohabiah seperjuangan..
setiap kali program.. kami akan di tarbiahkan dengan makan dalam talam, sampaikan pernah suatu kali hadir program yang dalam kalangan orang yg tak biasa makan dalam talam,siap suap menyuap lagi...
ada pula pepatah..
"eee..geli la.. air liur dia melekat kat tgn"

"ewu..saya tak biasa makan ramai2.."

"cukup ke..nak makan ramai2 nie?"

"akak..saya elegikkkk sgt,,"

*                       *                      *



"awk.. kita nak diet la"

"diet ape nye...awak dah kurus kowt..."

"xpe la awak makan la dulu..saya nak makan nanti petang"

"eh awk nie..takkan kita nak makan sorang2..mai la makan skali ngan kita.."

..sang sahabat nie..ttp terus menolak... tp...

"tak baiek tau awk tolak rezki, mak kita pesan..kalau orang bagi tak baik kita tolak..nanti dia akan terasa dan pas2 nie bila kita perlu..awal2 lagi dia akan takkan buat apa penawaran kat awak.."

Hukum Makan Dalam Talam

Ramai yang berpendapat bahawa makan dalam talam ini bukanlah sunnah Rasulullah. Tapi yang baginda sarankan adalah supaya kita makan secara berjemaah. Wah, makan pun perlu berjemaah? Ingatkan solat sahaja yang perlu berjemaah. Subhanallah, indahnya Islam.

“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

^_^
....

 tinniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...