Halaman

Isnin, 28 Disember 2015

Pn. Hati

@☝🏼👳

Kekeliruan memahami makna "mahar"  dan " hantaran"

Ramai yg lebih menitikberatkan "hantaran" berbanding "mahar" sedangkan "mahar"  itu Sunnah sedangkan
" hantaran" adalah adat yg tiada kena mengena dengan syara'

Jadi yg sepatut nya cara syara' dan terbaik utk dapat barakah?

🍁
Fokus :
Perkahwinan adalah antara  Sunnah Rasul yg sangat besar.

🍁
Fokus:
Perkahwinan yang penuh barakah adalah yg mengikut syara' - sunnah Nabi

🍁
Fokus:
Perkahwinan yg barakah mengandung keampunan dan Rahmat Allah bg zuriat yg baik2 dan soleh.

Pn.hati

aku lihat mereka gembira,tapi life mereka sama dengan yang lain.bercinta.berkahwin.menguruskan rumah dan punyai anak.begitulah rutin hariannya..

tapi aku lebih cemburu pada mereka.yg dalam melayari bahtera itu,sentiasa mencari ilmu agama dlm hidup bersama..hidup berAllah.

jika dimata anak kecik Allah itu kecil,maka tanggungjawab ibubapanya menjadikan penglihatan itu besar..

bagaimana nak nmpak besar,jika makayahnya..malas mencari ilmu😔😔..

***
Jodohku 'ustaz' pada akhlaknya tidak pada pangkatnya.

Pn.hati

Perempuan, lelaki yang memuliakan mu..takkan menjentik hatimu dengan cara menghinamu..

Bagaimana menghina?
Dia mempermainkan perasaanmu yg tulus kearahnya..

Ahad, 27 Disember 2015

En.hati 4

[27/12 16:27] Hq Pak Arab: jika pilihan yg tepat...  dua2 pihak akan jawapan yg sama.

tak kira samada mimpi atau ilham atau hati  keyakinan hati...    salah satu boleh di gunakan sbg sandaran
[27/12 16:27] Hq Pak Arab: tak semesti nya mimpi sahaja
[27/12 16:31] Hq Pak Arab: contoh nya..

selepas istikharah 3x...

aminah binti Hassan mendapat mimpi yg dia akan berkahwin dengan Zaid bin Ahmad   dan dia yakin akn mimpi itu.

zaid bin Ahmad pula tak  mendapat apa2 petunjuk mimpi pun..  tetapi Zaid yakin dari keyakinan hati yg kuat bahawa aminah binti Hassan itu  jodoh yg baik untuk dia...

cukup lah tanda2 seperti ini...

En.hati 3

[27/12 15:25] Hq Pak Arab: Macam mana yg dikatakan petunjuk dari istikharah tu ustaz?

~~~~~~~~~~~~~

cara istikharah yg paling baik :

1. solat taubat 2 rakaat
2. solat hajat 2 rakaat
3. solat istikharah mohon petunjuk Allah

buat 3 hari turut2.

Dalam doa mohon Allah Taala tunjukkan samada pilihan itu sesuai.utk hidup. 
Selepas istikharah 3x turut2, Cara mengetahui jawapan nya :

1. Melalui mimpi.   ada tanda2 menunjukkan pilihan itu betul atau salah. umpama nya ada org soleh menunjukkan suatu tanda yg baik atau sebalik nya.

2. lihat pada hati yg jernih.  Jika hati kuat mengatakan itu pilihan nya, maka  pilih la.

jika sebalik nya hati ragu2 maka itu bkn pilihan yg baik.

Wallahu A'lam
[27/12 15:30] Hq Pak Arab: Ustaz.bagaimana hati memang dah katanya..solat istikhoroh mcm terganggu ja

~~~~~~~~~~~~~

jika yg hati yg jernih kata "ya"  teruskan dgn pinangan dan berkahwin...

paling selamat..  ☝🏼👳
[27/12 15:34] Hq Pak Arab: Bg yg jernih hatinya xpa la ustaz..jenis yg hati yg selalu lalai ni mcm mana..nak buat kptsn slps istikharah pun tak pasti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

tak mengapa afiqoh...  sesuai lah dgn peringkat kita.    cuba renung ke dlm hati yg jauh ke dlm...  ada kah itu pilihan nya yg dapat mbawa ke akhirat dan kpd Tuhan...  

hati yg suci takkan menipu.   👳
[27/12 15:42] Hq Pak Arab: Ustaz...macam mana pula klau yg dah dapat petunjuk tapi masih pikir sebab2 lain..cth nya masalah ekonomi...jurang usia...kekurangan fizikal

~~~~~~~~~~~

jika sudah yakin dgn petunjuk Allah, jgn fikir lain2.. 

jila dah yakin teruskan ... nti Allah Taala akn bg jalan keluar insya,Allah
[27/12 15:45] Hq Pak Arab: itu lah sebab nya kita di suruh iatikharah sbb istikharah mohon petunjuk Allah..  ini menepati kebenaran
[27/12 15:46] Hq Pak Arab: selepas istikharah mohon petunjuk...  bila sudah dpt jawapan..  yakin lah itu keputusan terbaik utk hidup kita..   apa2 maslh yg datang kdian hari tak di sesali lg..  kerana kita sudah pun mohon yg terbaik dari Allah Taala...

En.hati 2

[27/12 15:07] Hq Pak Arab: Berkawan antara laki2 dan wanita bukan mahram....  ini satu penyakit "berjangkit"  yg menular di kalangan org Islam.

Ramai yg jadi "lumpuh" sebab penyakit berjangkit ini.    Tetapi ianya tak kelihatan dpt penyakit krn tersembunyi dlm hati.  Mungkin juga kerana sudah jadi kebiasaan di mata masyarakat muslim....!

Ada yg bertanya begini...

" klu mcm tu, apa hal dgn buat kumpulan2 whatsapp, wechat, halaqah sume... kn sama jugak mcm berkawan2"

jawapan nya :
Kita di sini bersaudara seagama, beringat2 antara satu sama lain kpd agama, bukan berkawan antara laki2 dan wanita bkn mahram. 

kne bezakan istilah "kawan" dan bersaudara seagama.  apabila sebut.istilah "kawan"  maka ini bererti teman rapat. 

ini berbeza dgn sedara seagama yg harus dgn syarat jaga batas2 nya.

tetapi ada juga siswa siswi salah guna istilah "sedara seagama " untuk berkawan, berjumpa, bercinta2...  <----  maslh besar ni....
[27/12 15:13] Hq Pak Arab: Islam ajar cara2 utk meminang dan berkahwin.  Yang selamat dan bersih

Apabila sudah berkenan pada seseorang, di suruh merisik melalui org tgh.

Selepas merisik, masing2 buat istikharah samada itu pilihan yg terbaik utk hidup.  Jika kedua2 nya dapat jawapan yg menunjukkan itu bakal pasangan hidup, terus lah bertunang dan tetapkan hari perkahwinan.
[27/12 15:14] Hq Pak Arab: ☝🏼👳 cara yg cukup mudah dan selamat dunia akhirat
[27/12 15:18] Hq Pak Arab: Kdg tu kwn rapat2 bkn nak pinang ke apa

(Suh jauh2 kan terlepaa org 'baik' dlm hidup..tak jumpa lagi la yg terbaik.<--mcm mana ni ustaz)

(Org yg selalu ada time susah senang)..ceewah.

~~~~~~~~~~~~~~~~

hmmm.....
ini yg selalu di jadikan alasan utk berkawan dgn yg bkn mahram...

byk berlaku cm ni  ... .kn.?

👳👳👳
[27/12 15:28] Hq Pak Arab: Adakah ini fitrah kl si perempusn lbh suka yang lelaki bagi peringatan daripada kaum sejenisnya?😁😁😁

~~~~~~~~~~~~~~~~

ayat yg lebih tepat dari sudut kejadian  insan adalah ini...

"fitrah nya laki2 suka pada wanita dan wanita suka pada laki2.  maka Allah Ta'ala jadikan perkahwinan itu wasilah untuk menyatukan kedua nya dgn cara yg HALAL dan SUCI... !"

☝🏼👳 bole fhm kn???

Sabtu, 26 Disember 2015

En.hati1

Cuma aku yang merasa..
Cuma aku yang menyimpan..
Cuma aku yang risau..

Jangan kau hadir lagi dalam hidupku..
Jika dihatimu masih ada dia.

Ceewah..dia..

*
Hati takkan menyatu.jika cuma seorang yang berkehendak.kan

En.hati

Jika hal ini pergi dan hilang.takkan muncul lagi..

Mungkin aku akan jumpa kau kelak..

Jodoh.takkan dtg jika hanya satu hati yg bergerak...ianya berlaku bila dua instrument jiwa yg saling berkait..ingin berhubung antara yg lain.

-doa-

Sabtu, 19 Disember 2015

Re sah

Hati resah je..gelisah je..nak menyibuk je..nak tahu tiap detik ja..nak peduli tentang si dia ja..

Oh..apakah teruknya perasaan ini.

Aku sedar sedang melakukan kesilapan ini..moga Allah lindungi aku dari rasa tak bertuhan..dari rasa lupa Dia murkai.

***

Hang pa nak ka..Allah benci hangpa??.

Perasaan tu memang..tapi kita lah selalu kena doa.untuk hindarinya.

"Awak,tahu kan..yang saya sayang awak.."

Eh tiba2..saja ja..nak cakap yang atas tu je selalu la berdoa untuk diri yang celaru dgn dosa

Isnin, 30 November 2015

Ujian Bergolek

Lelaki hebat, datang memuliakan aku, setelah aku utamakan hakNya..

Alhamdulillah, jika dia jodohku dan jika bukan..kerana telah ada nama yang pantas bagi diriku dariNya..

Aku minta masa yang singkt,yang ringkas dan padat..dia datang dalam keadaan yang deras..lagi dalam keadaan penuh penghormatan..

Aku belajar, hormati diri sendiri..baru org kan hormati kita,jangan merendah diri hingga tak punyai maruah dalam hidup.

Aku tetap terima,andai lelaki itu yg tolak dulu sblm aku telah menerimanya.

Kesungguhannya, aku lihat..dlm memilih..aku lihat..

####

Ahad, 29 November 2015

Abe K...

seminggu ja lagi, abg last akan jadi suami org.kan tambah pikul amanah..setiap kali abg2 nak kawen mesti wujud perasaan..

tak nak kasi..!!

huhu..takut la..nanti abg2 lupakan adiknya ni..😢😢😢😢...

i wish that..i'm ready taken too coz i dont want this feeling again...

So..

"mak tahun depan fiqoh nak kawen.."

agak2 mak abuya jawap apa..?

dan ketika itu,terfikir..lepas sorang2..anak2nya dpt pasangan hidup,nanti anak dah pikul amanah. bagaimana ayahanda bonda?..

moga anak2 tetap terus ingat amanah utama ini..berbuat baik pada ibu bapanya.

itulah..rezki lambat kawen..dpt rezki bersama mak abah..

#persinggahanhidup

Sabtu, 28 November 2015

TauBuat

Aku tinggalkan kisah silamku,yang banyak ajar tentang kesakitan hidup bertuhankan perasaan..bertuhankan kesetiaan yang rapuh..

Detik itu, aku orak langkah..dengan penuh tekad,ini tanda aku sayang pada ummat Nabi Muhammad..

Baginda dah pesan.."sayangi diriku lebih dari yang lain.."

Sambungannya aku tak ingat dah..

Allah uji,datangkan sesuatu 'harapan' untuk ke arah kebaikan.. aku sambut itu..dengan penuh lapang..dan aku tak lupa..tentang tekad ku..aku tegas lagi serius untuk kali ini..

cuma Allah jawapanku..aku ikhlas..andai,suatu masa..aku tak dapat apa yang aku impikan bersamanya. Andai suatu masa..dia dah bahgia dlm hidupnya..Alhamdulillah..

Bagiku, cukuplah..Allah saja jawapannya..aku tolak semuanya..aku sayang,aku buang semuanya..krn sayang aku. Keutamaanku adalah Allah.

Hari ini aku berkongsi kisah hidup..yang aku mulai tekad..kalau ini memang perkara aib..aku ingin ianya jadi pengajaran buat semua. (saya faham kalian tak faham apa yang saya taipkan ni,jika kalian faham.Alhamdulillah..)

Kita nak taubat, kita kena taubuat jugak..tahu untuk buat apa yang patut...tekad lah..gagahlah wahai jiwa2 yang sedang dalam kehancuran..bangkitlah kembali..rapatkan saf kembali..kembalilah pada Islam yang benar.

-Kita jaga Allah,Allah kan jaga kita-

Mak Tam

Hari ni, diamanahkan selama 5 hari jaga anak sedara..full time..pg-mlm..

Oh terasa bagai ibu tabah tanpa suami disisi..andai saat itu ada..

Aku bisik kat anak.."abah mu sedang berjuang dlm agama.."

Moga anak itu kan jadi wira agama mcm abah nya..huhu

Ngantuk aih..masa itu penting.kang jap lagi si kecik ni bangun nak susu.

Ahad, 22 November 2015

Dengannya..aku kembara.


2011-2015. Banyak berbakti bkn kadar pd family,tapi dalam urusan jemaah turut gerak..time banjir..jadi hero. Cantik rancanganNya,tak jadi antara mangsa banjir,tapi sedia berbakti.

Hari ini dah bertukar tangan,moga ia dpt berbakti pada org seterusnya..

JFG..jangan nakai naa,hang kena ingat apa yang aku selalu pesan kat hang time aku tengah drive..time tiba2 hang buek hal..huhu

-eh macam nak buat karangan "Aku Sebuah Kereta"-

Si kembara putih

Rabu, 30 September 2015

Ireland..

Di hujung waktu asar, mendapat berita
"Kak..nak kerja ireland dak, keja ni macam sesuai ngan awak la..nak dak," tanya adik.

Aku ke blur.."hah.. buat lawak ea.."

"Sungguh ni offer 2 tahun..kerja mengajar dan mengasuh anak doktor.."

"Bestnya..boleh blajar cakap orang putih..haha" balasku

"Tapi kena tanya abuya dulu,saya rasa abuya tak kasi.." sambung saya lagi..

....

Pendekkan cerita..abuya izin kan terbang cari pengalaman, sebab ada sedare menetap sana. Dia bukak restoren.

Aku nak jejak, untuk cari ilmu dan pengalaman. hijrah..2 tahun cuma, tak sangka abuya izin lepaskan. Biasanya susah nak dapat keizinan, dalam Malaysia ni. Ada kerja pun susah nak kasi..aih..

"Redha ibu bapa, redha Allah.." saya pegang pesan mak.

Mungkin aku terpaksa titip 'kebencian' di Malaysia untuk hidup di Kejauhan...maaf...

Terlalu sedih untuk katakan..😢😢😢.

Moga jodohku dalam redhaNya..

Jodohku dgn majikan ingt Allah..

Ahad, 27 September 2015

Wangian syurgaaaa

2 weeks i learnt, how to care of u..how to make u sleep..just two weeks,sampaikan tak sempat nak bergambor just u n me/::~...nanti kita jumpa amin dah besar..

Maktam macam meroyan..cium bau bantal amin/::D..tak puas bauan syurga ni..asyik nak bau ja,lepas ni dah hilang bau tu/::'(..

Eh rindu..baru beberapa minit amin melangkah pergi,rasa nak gigittt ja..

Bestnya ada dak kecik kat umah..tak mau dia besar/:,@P/:,@P/:,@P..

subhanallah hebatnya kuasaNya..mencipta makhluk..kecil..boleh dewasa lalu tua..

Isnin, 21 September 2015

Jaga saya ya Allah...

Pernah saya mengalami konflik konvo.
"Tak nak konvo.."

"Malas la konvo.buat rugi.penat."

Suatu masa cari alasan tak nak konvo selagi tak guna duit sendiri untuk ke sana.

Alhamdulillah,Allah sedang membuka jalan. Saat2 akhir mencari rezki.

Saya harap,nanti konvo saya boleh belanja famili. Hepikan diorg tanda kesyukuran. Walaupun,diorang tak harap pun benda tu. Abuya.abang2 sedia nak sponser belanja time konvo ni. Saya tak harap semua tu. (Touching sikit😢😢😢)..terima kasih tetap ingin membantu.walaupun saya tahu kalian tetap adakan untuk gembirakan saya..

Saya tekad,nak ada guna duit sendiri masa hari bahgia nanti.. bak kata adik saya,

"Sekali ja. Ini tanda penghargaan kita studie penat2.."

Saya balas "tak pe,saya bukan pelajar dekan..second class ja kita.buat rugi ja."

Lastly,abang ngah malas pujuk saya..surennder.."ikut fiqoh la.."😂😂😂

(Dalam hati..pujuk laaa.pujuk la saya..suka needs attention family.kurang kasih sayang terasa..haha)

Moga Allah permudahkan perjalanan saya. Allah jagakan saya,saat saya tak terasa terjaga..kuatkan diri saya dalam mencari rezki yang halal ini..jaga ya Allah...

Kadang terfikir,andai tersilap langkah..adakah Allah dah tak jaga saya??😳😳😢😢.m..
Tak mauu itu..saya yang lalai...saya mohon..jaga saya. Dalam perjalanan ini.

Saya suka melangkah sendirian.tapi saya tetap ingat Allah ada. Kala orang lain risaukan saya. Saya cakap dalam hati.

"Allah ada. Dia kan jaga saya.."

Saya tetap sayang orang yang saya sayang..sekalipun..saya mengada2 'manja' pada mereka...maaf...terlalu sayang

Rabu, 9 September 2015

Masak pe'ndang

Halia,bwang putih,serai(dipecahkan).asam keping.daun kunyitikan..garam secukup rasa

Save...try la sedap..skali rasa nak lg..specialnya dia..dia buh daun kunyit..

Makanan ni mak kak ngah yg kasi.saya suka sgggtttt

..untuk healty for our family..

Isnin, 7 September 2015

Dia Bukan Milikku Seorang

Hari ini terdetik untuk menulis apa yang terdetik dihati. Saya sedar, untuk memilih pasangan hidup kelak. Bukan kadar suami mahupun ayah kepada anak2. Namun, saya perlu mendapatkan anak kepada mak abuya,adik lelaki kepada abang2 saya serta abg kepada adik2..cucu kepada atuk dan nenek..anak sedare kepada mak pak sedare...begitulah seterusnya..that person will be a part of our family..

Jangan pentingkan diri k.

Sabtu, 5 September 2015

Memori Botet Datang lagi..

Botet si lelangit hitam, berwarna kelabu. Kurus. Muka selamber. Tak suka dimanja. Cerdik. Suka duk kat org solat.suka tido kt sejadah. Suka gigit tangan saya,kalau saya tak belai telinga dia.kalau time mandi,dia tak gelisah pun.suka over acting. Time ngantuk,kadang tu selamba ja mai duk atas riba.

Kalau orang buat kerja rumah. Dia pun sama2 nak menyibuk

Dia tak hensem.tapi pembersih.pernah sekali buat hal,tp dia tahu orang marah kat dia. Dia jaga diri lepas tu.

Dia banyak ajarkan saya how to love him. When he fell comfort. how to touch him. Banyak lg..datangnya tanpa dijemput,tapi diterima seisi rumah walaupun keadaannya teruk time tu.lama2 dia sihat.. Dia pergi dgn cara tragis. Dilanggar abuya.  Seiring azan subuh...
dia dah takde. Masa tu abuya nak g masjid
Mungkin tayar keta kena kt perut dia.patah kaki.

Beberapa saat terus takde .Tak seksa lama2 .Alhamdulillah.. Sampai masaNya..Allah nak ambik apa yang Dia beri pinjam. Tugas dia dah selesai.. Betul2 rasai kehilangan dia.tiap tempat solat.mana2 tempat yang selalu dia ada.saya teringt.. Arwah baik kucingnya..tido tadi pun mimpi2 buka mata..penuh dgn air mata..saya kan ingat awak sampai bila2..

Jumaat, 4 September 2015

Anak abah Manja

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Abah..macam mana la nanti, kalau syikah banyak esakkannya.

"Syikah,nanti banyak beri senyuman kat dia naa. Ingat segala kebaikan dia,jangan buat dia risau."

Dialog khayalan. Tajuk anak abah manja

Rapuh

Banyak hari saya cuba cari senyuman, tapi ayaq mata ni nak keluar jugak. Macam dah tak de dinding untuk halang. Sakit dah mata..untuk menangis..sejak botet pergi.tangisan ni. Macam murah ja..Allahurabbi..

Maaf untuk kali ini.

Sorang2 pergi..dan saya tetap di sini. Menunggu..kalian kan tetap disisi

Koya..

Telinga fokus mendengar drama dari ikim "bukan menantu pilihan emak" sekali ada motor lalu dengan laju,

"Aih.tak ingat la,kak yah tusyen kan. Ingatkan adik tadi.baru nak hantar kat skoloh. Nasib baik tak terlepas cabang,"

Padahal baru lepas hantar adik bengkel kat sekolah.aihhhh.cik kak.

Abih cerita..lagu lafaz sakinah dimainkan..

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Dah.sambung sendiri nyanyi.😅😅.

#JomAl-kahfi..

Khamis, 3 September 2015

Cheese wedges

Alhamdulillah, baru selesai membuat sos chesse, esok baru buat kentangnya.

Banyak kentang kat rumah hasil daripada tanda ingatan kasih sayang besan mak. Dia kasi kentang😂😂. So selain buat karipap sardin. Saya rasa nak try buat cheese wedges untuk adik2.

Mak abuya tak de,diorang pi kl. Jenguk nenda,banyak hari dah masuk hospital. Nenda asyik sebut nama abuya dan mak ja..( syafakillah mek, maafkan cucunda tak dapat jenguk dan jaga lagi. Amanah abuya untuk urus adik2 di rumah).

Hari ini masak healty sikit. Sup ayam+sambal kicap+ulam timun...so sihat.

Tadi baru buat sos chesse. Tujuan sebenarnya, nak prepare bekal untuk adik saya. Dia nak pi u dah..jauh nun uum. Biasanya mak akan kasi bekal untuk anak2 yang nak pi jauh2(moment ni selalu buat saya tersentuh tiap kali nak melangkah keluar jauh2). Kali ini, saya nak buatkan kentang cheese wedges. Walaupun tak pernah buat. Saya google.(harap diorg dapat telan esok😆😆😆).

Terfikir..bahaya kalau saya jadi ibu.masak yang tak healty untuk anak2 (bukan sokmo pun.tak pe kan..insyaAllah,saya kan balance makanan untuk orang yang saya sayang). Adik2 amanah untuk saya jaga, walaupun terpaksa korbankan impian saya. Teringat adik tirah saya pesan.

"Duk kat rumah ini pun rezki kita. Walaupun tak dapat pergi iv lagi.kenkangan urusan keluarga. Diorg need us,"

Alhamdulillah.saya sedang laluinya. Walaupun ada moment yang tak dapat saya terima,tapi Allah sedang tarbiyah saya untuk menerima dengan redha.

Dalam hati semat..

"Ya Allah,saya tahu.Engkau berikan yang terbaik untuk saya. Allah sedang beri 'hadiah' untuk saya..ya Allah saya mohon. Diri ini tetap teguh denganMu..thabitt."

...

Tukang cuci pinggan mangkuk lepas saya masak dah nak pi u..😭😭😭😭. Maaf utiq sepanjang cuti,  saya banyak lukakan (buli) awak.awak baik..ngkau mengerti kan kakakmu bagaimana..terima kasih,terima saya seadanya..

Keluarga itu anugrah terindah...

Rabu, 2 September 2015

Imimpian

Semua orang ada impian dalam hidup. Anak kecil pun ada..

"Ultraman..superman"

Misi menyelamatkan orang yang dia sayang. Selamatkan dunia.

Namun, kadang dalam selaan waktu ini. Mungkin ada sesebuah impian kita kena korbankan demi menyelamatkan 'perasaan' orang yang kita sayang.

Moga Allah berikan rasa korban itu penuh dengan keredhaan..perit ya. Memang, Allah kan uji..berdoalah untuk tabah menghadapinya.

Hari ini gelap,
terpadam kerana tiupan manusia,
Esok nyalaan sinaran,
kerana mentariNya ada.

Nota hati ;)

Selasa, 1 September 2015

Nota murid

Perkara yang wajib mandi ada 6 :

1. Jenazah
2.Bersetubuh
3.Keluar air mani
4.haid
5.nifas
6.wiladah

P/s:  kalau salah mohon betulkan,tq (;

Amelia Roslea

Saya menjadi tetamu khasnya, tak kenal pun dia. Majlisnya begitu gah sekali, rupanya dia anak orang kenamaan. Di sisi saya, sepupunya..solehah kelihatan dan begitu ramah.

Saat menanti ketibaan pengantin, wajah2 ceria berubah kepada tangisan.

Terbujur kaku di hadapan, jenazah. Dan dialah pengantin tu..Amelia. air mata melaju keluar. Sepupunya hairan kenapa saya terlebih menangis..terlalu sangat esakkan tu.

Saya meminta izin untuk keluar seketika...dan berlalu pergi..

Bangun dari lena. Mimpi rupanya, tapi siapakah Amelia itu??

Siapa dia tak penting, tapi mesej nak disampaikan.. jodoh kita mungkin ajal terlebih dahulu..jika tidak berjodohan 'pengantin' di dunia...insyaAllah ada di jannah.

Persoalannya..

Sedia kah untuk sebuah 'hidup' yang sebenar2 hidup. Kematian.

Selasa, 28 April 2015

Ketika di Bandar Terengganu

Seorang di pulau duyung, seorang lagi di stadium terengganu..waktu yang sama hati terdetik..apakan daya..jodoh ketika itu. tiada, mungkin next time..insyaAllah

Jodoh itu memang perancanganNya..tapi apa usaha sebagai manusia, perlu didayakan..

Terasa dekat..ingatkan khayalan, tapi sebenarnya tak.

Hati terdetik cuma mainankah..??

Isnin, 27 April 2015

Bah Merah 2014

Bismillah..
Rasanya dah lama saya nak menulis tentang peristiwa banjir besar yang berlaku di banyak tempat kebanyakkan tempat di Malaysia.

Dalam lipat sejarah itu, salah seorangnya Alhamdulillah..Allah pilih saya untuk menghadapinya. Walaupun ianya suatu yang perit untuk hadapi. Sebagai hambaNya..akurlah dengan segala kehendakNya yang sebaik-baik perancang.

23/12/2014

Pagi itu, rasa keberatan sangat untuk ke tempat kerja. Kali pertamanya selama 4bulan saya praktikal di Pejabat Agama Tanah Merah, itulah kali pertama saya mohon cuti. Alhamdulillah, cuti saya diterima disebabkan alasan saya sukar untuk keluar, kerana air sudah melimpah di persekitaran untuk menuju ke tempat kerja.

Hari itu, kakak ipar saya yang di bekerja di Klinik Gual Ipoh sudah tidak ke tempat kerja kerana dinaiki air. Di rumah tinggal saya, 2 orang adik, dan seorang kak ipar. Ketika itu, abang ke dua saya, abe shakhir tetap pergi ke tempat kerja. Emak seperti biasa akan balik tika hujung minggu sahaja, kerana menemani abuya yang bekerja di Kota Bharu, sesekali balik ke rumah tika ada majlis ilmu di sekitar Tanah Merah.

Hari tu, hujan tidak berhenti dari pagi. Saya hanya terbaring kesejukkan di atas katil. Melayan whats app yang masuk. Kejadian apa, masing2 sibuk membuat laporan banjir. Kami di rumah sudah banyak hari tidak membuka televisyen, kesibukkan untuk bayar bill astro. Tapi pada hari itu, sepatutnya dah bileh tengok tv. Entah bagaimana. Rasa itu tiada.

Sahabat saya dari Johor, sejak malam itu selalu bertanyakan tentang keadaan banjir di Kelantan. Saya heran kenapa dia terlalu risau. Saya tidakbertanya banyak. Membalas apa yang di tanya. Segala perkembangn dia meminta saya untuk terus info kepadanya. Ketika itu, saya mendapat info seluruh jalan di Kelantan sudah tutup, jalan udara sahaja boleh. ALLAHURABBI...hari itu. Sungguh..perasaan saya tak terusik langsung dengan hal yang berlaku. Tidak memikirkan apa yang berlaku. Kepelikkan apakah.. langit mendung..hujan renyai2. Dalam whatsapp..orang semua kecoh. Tapi saya masih tidak hiraukan. Menganggap.. "rumah ini tak biasa kena..air cuma lalu sahaja.ketika banjir besar dulu".

Waktu berlalu pantas. Abe shakhir pesan segera dengan abuya untuk balik ke Tanah Merah secepat mungkin. Keadaan makin teruk.

InsyaAllah..saya akan sambung..

Khamis, 23 April 2015

Kekasih halal atau khayalan

Binatang pun perlukan kasih sayang inikan pula manusia yang berakal..
Kalau hangpa tak cayaa ce tengok kucing..selalu nak dapatkan perhatian kita..(macam mana pulak dengan hewan[haiwan] berbisa..😰)

Hari ini saya tak mahu cerita pasal binatang, saya nak cerita pasal.. yang tajuk kat atas tu la..ya kekasih halal atau khayalan.

Selepas tengok cerita pengantin malam, ada part yang mampu sentuh hati ini, yang menyebabkan saya ingin menulis..kisah suaminya terpaksa mencari ruang hati sunyi kerana kesibukkan isteri dengan karier. Dalam cerita itu, memang suaminya benar2 mencintai isterinya, namun disebabkan ikutkan nafsu..dia layan dengan perempuan lain yang telah menyintai dia..sedangkan lelaki ini cuma memenuhi ruang sunyi yang tak dapat di isi oleh isterinya.

Ahhh..panjang pulak..🙊

Diringkaskan cerita lelaki ini tidak ingin berkahwin dengan wanita yang ada kala dia kesunyiaan. Tetap setia dengan isterinya..

Tengoklah..betapa hebatnya penangan cinta seorang kekasih halal..memang dia dikhianati tapi akhirnya, tetap dipilih untuk setia dari seorang suami.

Mungkin begitu kot lelaki..yang hadir dalam hidupmu..yang tak serius denganmu..cuma khayalan dia ja..nak ambik perhatian..belaian...

Betapa pendeknya akal wanita di situ.
Mudahh..hanyut dengan permainan sementara..(kesian jugak...)

Nasihat saya..mahalkan dirimu pada lelaki yang kau cintai. Walaupun dia kan layan karenah 'cinta' yang kau berikan..tapi itu cuma mainan perasaan hanya kau sorang ja yang rasai.

Setialah..pada dia yang sedia untuk sentiasa di sisimu..yang berani menjaga karenah bodohmu. Yang melafaz akad dirimu..mengangkat darjatmu..sebagai kekasih halal....bermaruah..

#bedtimestoryjustdreaming...??am i??😄😄😄

Knock the door and u will know. Who there

Sabtu, 18 April 2015

Anak gadis ganu

Perjalanan hari ini, bersama teman seperjuangan ijazah..memenuhi ruang2 penulisan kajian..ahhh tesis gelarannya.

Saya bukan nak cerita tentang tesis tapi..suatu perubahan yang saya lihat dalam kalangan anak gadis.

Comei2 semua..ya mereka bergaya sekali, di arus pengayaan fesyen yang wahh..cantik bangat..

Tapi sayang, tertutup..tapi tak tepati syariat.

Saya tak salah kan anak gadis ini. Mereka masih mencuba..nah yang mereka cipta fesyen ni..wanita. tahu hukumnya kah..???

Allahurabbi..calaran ini..ubatilah..anak gadis itu..adik2 ku..anak2 ku..yang bakal ganti kita kelak..

Mereka cantik, perelokkan dengan gaya islami

#hari ini di library awam ganu..tq noyu sudi berpanas terik menaiki buraq dua tayar😂😂😂 ini kenangan kita.mungkin jadi kenangan nanti..

Khamis, 16 April 2015

Setelah Sekian Lama..

Bismillah...dengan namaNya yang Maha penyayang lagi maha mengasihani

Alhamdulillah,hari ini baru saja mengisntallkan app blogger dalam fon. Dah lama sebenarnya niat untuk memanfaatkan telefon ini dengan menulis..dan terus menulis, Alhamdulillah..

Saat saya meminta,teringin..Allah tak izin ketika itu..fahamlah sekarang,ini baru waktuNya..sabar..doa..

Jika ianya baik bagiku maka takdirkanlah..jika tidak,jauhkanlah dari hidupku..Allahurabbi

Untuk meneruskan hari2 tanpa memiliki sesuatu yang kita inginkan dalam hidup,itu memang perit.(jangan tipu deh😄)memang semua kan lalui saat2 begini,

Cuma...tiap orang beza hadapinya..ada yang sabar,kan tenang,ada orang yang tak sabar..ermm..tindakkan tidak sabarnya dia..

Ah...apa yang saya celotehkan ini???

Maaf ya kawan2 saya sedang cari inspirasi untuk menulis,belajar menulis..insyaAllah,jika diizinNya lagi,saya kan cerita tentang beberapa pengalaman...2014..

Coretan entah apa2,

Afiqah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...