Bismillah..
Rasanya dah lama saya nak menulis tentang peristiwa banjir besar yang berlaku di banyak tempat kebanyakkan tempat di Malaysia.
Dalam lipat sejarah itu, salah seorangnya Alhamdulillah..Allah pilih saya untuk menghadapinya. Walaupun ianya suatu yang perit untuk hadapi. Sebagai hambaNya..akurlah dengan segala kehendakNya yang sebaik-baik perancang.
23/12/2014
Pagi itu, rasa keberatan sangat untuk ke tempat kerja. Kali pertamanya selama 4bulan saya praktikal di Pejabat Agama Tanah Merah, itulah kali pertama saya mohon cuti. Alhamdulillah, cuti saya diterima disebabkan alasan saya sukar untuk keluar, kerana air sudah melimpah di persekitaran untuk menuju ke tempat kerja.
Hari itu, kakak ipar saya yang di bekerja di Klinik Gual Ipoh sudah tidak ke tempat kerja kerana dinaiki air. Di rumah tinggal saya, 2 orang adik, dan seorang kak ipar. Ketika itu, abang ke dua saya, abe shakhir tetap pergi ke tempat kerja. Emak seperti biasa akan balik tika hujung minggu sahaja, kerana menemani abuya yang bekerja di Kota Bharu, sesekali balik ke rumah tika ada majlis ilmu di sekitar Tanah Merah.
Hari tu, hujan tidak berhenti dari pagi. Saya hanya terbaring kesejukkan di atas katil. Melayan whats app yang masuk. Kejadian apa, masing2 sibuk membuat laporan banjir. Kami di rumah sudah banyak hari tidak membuka televisyen, kesibukkan untuk bayar bill astro. Tapi pada hari itu, sepatutnya dah bileh tengok tv. Entah bagaimana. Rasa itu tiada.
Sahabat saya dari Johor, sejak malam itu selalu bertanyakan tentang keadaan banjir di Kelantan. Saya heran kenapa dia terlalu risau. Saya tidakbertanya banyak. Membalas apa yang di tanya. Segala perkembangn dia meminta saya untuk terus info kepadanya. Ketika itu, saya mendapat info seluruh jalan di Kelantan sudah tutup, jalan udara sahaja boleh. ALLAHURABBI...hari itu. Sungguh..perasaan saya tak terusik langsung dengan hal yang berlaku. Tidak memikirkan apa yang berlaku. Kepelikkan apakah.. langit mendung..hujan renyai2. Dalam whatsapp..orang semua kecoh. Tapi saya masih tidak hiraukan. Menganggap.. "rumah ini tak biasa kena..air cuma lalu sahaja.ketika banjir besar dulu".
Waktu berlalu pantas. Abe shakhir pesan segera dengan abuya untuk balik ke Tanah Merah secepat mungkin. Keadaan makin teruk.
InsyaAllah..saya akan sambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan