Halaman

Jumaat, 5 Februari 2016

BERAPA LAMA DUDUK TINGKATAN IKHLAS PERINGKAT BAWAH?


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Kita telah pelajari tingkatan paling bawah ikhlas pada orang awam  adalah :

Seseorang yang ikhlas beribadat kerana Allah (ertinya bukan kerana dunia atau makhluk)  tetapi masih terselit di dalam hatinya kemahuan pada ganjaran syurga berupa ni'mat2 kesukaan nafsu umpama bidadari, istana indah dll. 

Ikhlas seperti ini adalah ikhlas "kanak-kanak"   atau di dalam istilah ahli ma'rifat di sebut umpama "buruh yang bekerja untuk upah".   Jika di tawarkan ganjaran mereka akan buat, jika tiada ganjaran mereka tak bekerja.  JIka ganjaran tak lumayan, mereka akan buat bermalas-malasan di dalam bekerja. 

Demikian lah perumpaan orang ikhlas kerana mengharap suatu ganjaran...!

Kita yang sudah berpuluh tahun beribadah, adakah masih di tangga "ikhlas kanak2"  ?  Adakah kita masih mengharap pahala...  pahala... pahala... ketika beramal?  Adakah jiwa kita masih terikat dengan segala kesenangan kesukaan nafsu?  

Sepatutnya kita sudah melangkah ke peringkat ke 2 dan 3 Tingkatan Ikhlas peringkat awam.  

Apa tingkatan ke2 ikhlas pada sisi orang awam?

Iaitu seseorang hamba ALlah tidak lagi cita2 dalam hati melainkan Allah.   Dia beribadat hanya untuk memperoleh keredhaan Allah.  Di dalam pemikirannya tiada lagi unsur menagih pahala2, atau menagih syurga berupa kesukaan nafsu.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS peringkat ini, iaitu mengharap REDHA ALLAH semata2 di dalam ibadah adalah jauh  lebih baik dari " ikhlas kanak2"   atau "ikhlas buruh"  yang masih mengharap upah dan ganjaran.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Tetapi ingat......

ada lagi satu halangan bagi hamba Allah pada peringkat ke -2 ini, iaitu : 

👉🏼 Dia melihat masih ada daya upaya untuk melakukan ibadah.  Dia melihat dirinya ada kekuatan untuk melakukan ketaatan, solat, puasa, zakat, haji dll.  Sedangkan "melihat atau merasai diri sendiri ada keupayaan untuk beribadah dan ta'at"   adalah syirik khafi (syirik tersembunyi).  

Hamba Allah ini perlu mujahadah lagi dengan banyak2 zikrullah, solawat, baca Qur'an dan ibadah2 lain agar dia terlepas dari "gangguan syirik khafi" tadi. 

Dengan berkat kesungguhan yang di penuhi  Rahmat Allah, hamba ALlah ini akan naik  satu tingkat lagi kepada Tingkatan ke-3 ikhlas orang awam.   Pada tingkatan ini, hamba Allah itu tidak lagi melihat ada nya daya upaya melakukan ibadah dan ketaatan.  

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS ketika melihat diri tiada daya upaya untuk melakukan Ibadah adalah Tingkatan ikhlas yang lebih baik dari Tingakatan Pertama Ikhlas Awam.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Tetapi ......

Ada satu "gangguan" halus yang tersisa pada dirinya iaitu dia merasa "dia sudah Ikhlas".......!

Seseorang yang masih merasai dan melihat dirinya "sudah ikhlas"  adalah penyakit paling halus pada tingkatan orang awam.  Ini kerana "merasa diri sudah ikhlas"  adalah masih di dalam golongan "syirik khafi".   Ia di katakan syirik khafi lagi kerana dia masih melihat dirinya mempunyai keupayaan untuk melakukan "ikhlas" itu sedangkan pada hakikat nya makhluk tiada daya upaya. 

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

IKHLAS pada Tingkatan ke 3 ikhlas orang awam tentu lebih baik dari Tingkatan ke 2 dan Pertama.   Walaupun ada perasaan tersisa melihat diri sudah ikhlas, tetapi dia masih lebih baik dari sebelum nya.  Membuang langsung sifat halus ini memang tersangat susah.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Apabila seseorang hamba Allah berzikir lagi sungguh2 berserta mujahadah, dan dapat melepaskan diri dari "syirik khafi" yang paling halus ini, maka berjaya lah dia dengan izin Allah naik kepada Tingkatan Ikhlas yang suci, ikhlas yang sebersih2 nya yang tiada di campuri sebarang syirik khafi.   Ini lah tingkatan ikhlas peringkat pertama pada sisi Ahli Ma'rifat.  Ini lah juga Tauhid yang murni, tingkatan pertama Tauhid pada sisi Ahli Ma'rifat.

Tetapi Tingkatan Yang Pertama Ikhlas dan Tauhid yang murni ini tidak akan dapat di capai melainkan dengan mengambil bai'at Toriqah Ahlus Sunnah dan beramal sungguh2 tanpa jemu dengan penuh harapan pada Rahmat Allah.  

………………………………………………………

Renungi lah....

Di mana ikhlas kita sekarang?
Apa yang patut kita buat?
Tanya lah diri sendiri...  
Renung lah ke dalam hati....
Renunglah apa yang patut kita lakukan untuk memperoleh ikhlas dan Tauhid yang murni .....

kerana....

IKHLAS  dan TAUHID yang murni adalah "rahsia"  antara rahsia paling halus antara hamba dengan Tuhan nya yang akan menjadi perhitungan penentuan di hadapan Allah nanti.

Wallahu A'lam

Khamis, 4 Februari 2016

Nasihat Untuk Anak Muridku (Bakal Pengantin Baru)


Bersempena dengan perkahwinan muridku Mohd Sabhi Wajdi Bin Mat Asri dengan pasangannya Nur Shuhada Binti A Halim juga buat semua anak-anak yang akan dan sedang melayari bahtera rumahtangga.

Kami titipkan disini sebuah nasihat sebagai seorang Guru kepada Muridnya agar bahtera rumah tangga dilayari dengan sempurna hingga sampai ke destinasinya.

Sekalipun badai, ombak, bongkah ais, ribut taufan dan batu karang berada di atas laluan samudera tetapi tatkala nakhoda seorang yang berkemahiran, maka bahtera dan penumpangnya tetap selamat bahkan dapat mengelakkan dari terumbang-ambing serta ke arah bahaya mahupun karam.

Antara nasihatku ialah:

1. Nawaitukan perkahwinan kerana ALLAH SWT jua.

2. Matlamat untuk mencari mardhatillah dan mendapatkan pasangan yang halal serta dikurniakan zuriat yang solehah merupakan cita-cita yang murni lagi luhur.

3. Jauhi dari perkara yang haram terutama sumber rezeki dan makanan agar keberkatan rumah tangga sentiasa diperolehi dan diraih.

4. Lazimi solat malam kerana nas hadis,disebut dengan kalimah ALLAH SWT merahmati suami atau isteri, ia adalah kunci penyelesaian masalah dalam kehidupan.

5. Lazimilah solat berjemaah kerana ia mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

6. Istiqamah menghadiri majlis ilmu agama kerana ia membentuk keperibadian serta menambahkan nikmat dalam kehidupan.

7. Jangan besarkan perkara yang kecil sebaliknya perkecilkan masalah yang besar. Agar masalah dapat diselesaikan dengan baik.

8. Elakkan wasangka dan buruk sangka terhadap pasangan kerana syaitan akan was-waskan kita dalam kehidupan.

9. Jauhilah daripada cita-cita untuk berpisah. Kerana itulah cita-cita syaitan seperti didalam nas.

10. Budayakan meminta maaf antara pasangan kerana ia akan mengendurkan ketegangan dan kemarahan.

11. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga untuk berdiskusi dalam mencari penyelesaian.

12. Elakkan dari mengadu permasalahan kepada kedua ibu bapa dan mertua. Tetapi selesaikan dengan cara yang baik.

Ingatlah bahawa rumah tangga tidak ada yang sempurna. Kerana itulah manusia diciptakan dengan kekurangan, sebab pasanganlah akan membuatkan kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Cukuplah sekadar itu nasihat dan wasiat daripadaku dan ingatlah:

➡Yang menyatukan hati kita adalah ALLAH SWT.
➡Yang menyelesaikan masalah kita adalah ALLAH SWT.
➡ Yang rezekikan kita adalah ALLAH SWT.
➡ Yang kurniakan zuriat adalah ALLAH SWT.

Justeru, ibadah, berdoa dan mintalah kepada-Nya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga ALLAH SWT kurniakan pasangan ini kebahagiaan menerangi sinar hidup dan diberkati ALLAH SWT sehingga menemui-Nya.

Gurumu,
SS Tuan Guru Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Khamis
5.40 Petang
4 Februari 2016.

(Catatan oleh : Ust.Hashim Mohd. Noor PA Urusan)

Selamat Pengantin Baru.

Kami tanya ustaz syed aboo jawab

Ustaz, kata imam Jilani tu..untuk fatwa hati..untuk diri sendiri je kan

⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆

ye maksud beliau untuk diri sendiri.  Apabila bertembung suatu keadaan harus yang tiada ketentuan hukum,  maka di sana lah berguna "pendapat" hati ini...

kerana hati yang jujur, hati yang suci, hati yg ikhlas, hati penuh Iman tidak akan menipu.

tapi jangan pulak pusingkan makna "minta fatwa pada hati"   dengan makna " mentafsirkan Ayat Qur'an dan Hadith Nabi menggunakan pemikiran sendiri. "  👈🏽 ini kebinasaan. 

Kita sudah huraikan sebelum ini...

Wallahu A'lam

🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

Jazakallah khair ustaz

SABAR DENGAN PASANGAN

Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi, “Seseorang boleh diangkat darjatnya oleh Allah سبحانه و تعالى dengan bersabar dengan perkara yang tak disukainya pada pasangannya.”

Sebab Allah menjanjikan - “Jika kamu tak suka pada pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah سبحانه و تعالى berjanji akan berikan kebaikan yang banyak.”

Sabar dan Allah akan beri kebaikan yang banyak, atau jika kamu tak sabar, maka akan berlaku perceraian.

Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan: Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang. Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya.

Lalu ditanya padanya, “Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu.”

Jawabnya, “Ya, dulu saya diganggu isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak. Tapi sekarang isteri saya sudah meninggal dunia dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya .”

Intinya - Peganglah apa yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى untuk mendahulukan ehsan berbanding adil!

Beri hak pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri, bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya.

Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita, maka kehidupan rumah tangga kita macam di syurga. Kalau tak percaya - buat ;)

- disunting daripada Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Rabu, 3 Februari 2016

TAUBAT NASUHA

ِ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
       
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Setiap insan tidak terlepas dari kesilapan, kelalaian dan dosa!

Bahkan makna "insan" adalah tempat lupa dan lalai.  Oleh kerana sifat asal kejadian insan yang tidak terlepas dari dosa, maka  Allah Ta'ala sediakan jalan kembali kepada Nya dengan bertaubat ....!

Bahkan Allah Ta'ala sangat mengasihi  hamba2 Nya yang bertaubat dan menyucikan hati nya.

Firman Allah :

ُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)

"....Sesungguh nya Allah sangat menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"
[Al-Baqarah : 222]

Rasulullah ﷺ..memuji manusia2 yang berdosa yang segera bertaubat sebagai manusia terbaik....!

Sabda Rasulullah ﷺ. :

"Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah."
[Imam Tirmizi]

Namun hendaklah di ingat setiap pekerjaan di dalam Agama ada hukum, syarat, peraturan dan adab tertentu.

Taubat yang sebenar iaitu "TAUBAT NASUHA"  adalah taubat yang di terima oleh Allah apabila ia nya menepati syarat2 nya.

SYARAT2 TAUBAT YG MAQBUL :
○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○

(1) Segera berhenti dari melakukan nya.

(2) Menyesal sungguh2 di atas perbuatan nya.

(3) Berjanji tidak mengulangi dosa2 tersebut.

(4) Gantikan Haq Allah.
Jika kesalahan nya dengan haq Allah maka hendaklah di "qadha" - di ganti segala kewajipan (fardhu) yang di tinggalkan nya.

(5) Gantikan haq insan.
Jika kesalahan nya sesama manusia hendaklah di pulangkan hak nya atau di minta halal dari nya.

(6) Taubat di lakukan di dalam waktu yg di haruskan iaitu :
  (i)  Sebelum nyawa sampai halqum.
  (ii) Sebelum matahari terbit dari Barat.

(7) Ikhlas

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Kebanyakan kita tahu dan sedar 3 perkara teratas.  Sedangkan Taubat yang sebenar dan kesempurnaan Taubat adalah menunaikan kesemua syarat2 tersebut.

Insya Allah bersambung huraiannya...

Selasa, 2 Februari 2016

Kisah Imam Ghazali siri ke 8

sambungan ...

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

IMAM GHAZALI TEMUI MUTIARA YANG TIADA TERNILAI HARGANYA.

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab Munqiz Ala-Adh Dholal :

"Selama waktu berkhilwah itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya )  Yang ku katakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum  Sufi (Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid )  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang di kehendaki Allah Ta’ala.  Merekalah  golongan yang paling utama cara2 hidup nya, paling tepat tindak laku nya dan paling tinggi budipekertinya. 

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu di himpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, di terangi cahaya Kenabian. 

Di dunia tiada cahaya yang lebih terang dari nya. Pendeknya, apakah yang d katakana orang tentang suatu di jalan yang di mulai – sebagai syarat pertama – dengan membersihkan hati, mengosongkannya sama sekali dari segala suatu selai Allah Ta’ala?  Sedang kunci pembuka pintu -nya laksana takbiratul ihram bagi solat ialah istighraq hati denga zikir kepada Allah.  Akhir nya sama sekali fana’ pada Allah Ta’ala ;  keadaan fana’ ini penutup bagi taraf pertama, yang hampir masih didalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini sebenranya merupakan permulaan toriqat sedang yang sebelumnya itu hanya lah merupakan dihliz(kecil) menunjuk kepada nya.

Dari awal Toriqat ini mulai lah peristiwa2 mukasyafah dan musyahadah hingga akhirnya dalam keadaan  jaga mereka dapat melihat Malaikat dan arwah para Nabi, mendengar suara mereka dan mendapat pelajaran dari mereka. Dari tingkat ini  naik pula ke beberapa tingkatan yang meninggi jauh di atas ukuran kata2.  Tiap usaha untuk melukiskannya dengan kata2 tentulah akan sia2, sebab setiap kata yang di pakai pastilah mengandung salah faham yang tak mungkin menghindarkannya.

Akhir nya sampailah ia ke darjat yang begitu dekat kepada Nya, hingga ada orang yang hampir mengiranya “hulul”  atau “ittihad” atau “wusul”  semua kiraan itu salah dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami Al-Maqsidul Aqsa (Tujuan Terakhir).   Barangsiapa mengalami nya hanya akan dapat mengatakan bahawa itu suatu hal yang tak dapat di terangkan, indah, baik, utama, dan jangan lah lagi bertanya.

Pendeknya barangsiapa yang belum di kurnia Tuhan mengalaminya belum lah ia mengenal haqiqat Kenabian.  Lebih dari namanya belaka. Sebenarnya karomah Auliya adalah bidayah Anbiya’  yang demikian itu adalah hal Rasulullah  ﷺ  ketika khilwah di bukit Hira’  hingga orang2 Arab berkata Muhammad jatuh cinta kepada Tuhannya. Hal ini dapat di faham dengan “zauq” oleh orang yang melalui jalannya. 

Adapun orang yang belum mengalami nya pun dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan Kaum Ahli Sufi itu atau dengan membaca huraian2 seperti yang ada pada karangan kami, “Ajaaibul Qalb” (keajaiban Hati) iaitu sebahagian dari KItab kami Ihya Ulumuddin.  Mencapai suatu pengertian dengan alasan dan bukti keterangan adalah ilmu namanya ;  mengalaminya bernama “zauq”  ;  dan menerimanya kerana yaqin (dengan penglihatan matahati - pent) adalah  Iman. Jadi adalah tiga darjat

Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]

Di luar mereka adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.  Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَل َىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ (١٦)

"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.

[Muhammad (47) : Ayat 16]

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23)

[Muhammad (47) : Ayat 23]


[Munqiz Ala-Adh Dholal]

PENJELASAN DAN RENUNGAN :
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

🌷Imam Ghazali memperoleh mutiara Rahsia yang tak terhitung banyak nya hasil dari persulukan beliau mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, yakni ilmu yang beliau tidak mendapat nya sebelum beliau memasuki dunia Ma'rifat. 

🌷Beliau berkata "tak mungkin di bahas ilmu yang ku perolehi dengan mendalam "  iaitu ilmu yang di peroleh sewaktu suluk beliau kerana ianya merupakan hakikat Tauhid dan hakikat Ikhlas yang terpancar dari Cahaya Ketuhanan. Bukan semata2 teori aqal.  Tetapi Ianya merupakan Ilmu "zauq"  (ilmu pemerasaan hati dan ruh) dan ilmu ladunni (ilmu yang di ajar oleh Allah Ta'ala kepada hamba2 pilihan nya) dan Ilmu Mukasyafah (ilmu yang terhasil pandangan ruh kepada  Zat Tuhan yang Laisa Kamithlihi Syai'un)

🌷Permulaan orang yang mendapat Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah adalah ketika pandangan matahati nya melihat fana' perbuatan makhluk (binasa sekalian perbuatan makhluk nibah kepada perbuatan Allah ta'ala).  Pada peringkat ini seseorang hamba Allah yang salik akan memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tingkatan Pertama Tauhid pada jalan Ma'rifat Ilahiyyah.  Tauhid ini lah permulaaan Tauhid yang murni, yang tiada lagi syirik khafi atau mazmumah di dalam nya.

🌷Imam Ghazali memperoleh Tauhid yang murni setelah mujahadah mengikut disiplin Sufi sedangkan sebelum nya beliau bergelumang dengan berbagai syirik khafi dan mazmumah yang tak dapat di engkari.

🌷 Imam Ghazali mendapat keyakinan yang pasti bahawa sesiapa yang belum memasuki dunia Ma'rifat, tidak akan memperoleh Hakikat Tauhid, tiada akan mengetahui hakikat Kenabian kecuali sekadar mengenal nama nya saja.  Namun mereka yang belum memperoleh hakikatnya masih boleh memahami nya dan menerima kebenarannya dengan cara bergaul dengan Ahli Sufi.

🌷Selain dari mereka..... iaitu selain dari mereka yang mendapat hakikat nya dan juga mereka yang mengakui kebenaran Ahli Ma'rifat secara lisan ... selain dari mereka ini semua adalah golongan yang mengikuti hawa nafsu dan terttutup matahati mereka. (sebagaimana Firman Allah di atas tadi)

🌷Akhir nya Imam Ghazali membuat kesimpulan, tiada jalan yang lebih baik untuk memperoleh keredhaan Allah melainkan dengan mengikuti langkah2 Ahli Sufi kerana merekalah yang sebenar2nya mengikuti Rasul di dalam setiap gerak geri dan perlakuan Baginda.

🌷Wasiat dari pengalaman Imam Ghazali ini adalah suatu yang paling berharga bagi kita Ummat Islam.  Lebih2 lagi perutusan Imam Ghazali  ini adalah suatu peringatan paling penting kepada Ulama fiqh yang semata2 menitikberatkan hukum hakam syari'at sedangkan Toriqat danTasawwuf di abaikan. Lihat dan ambil i'tibar lah wahai orang2 alim yang berasa hebat dengan ilmu sedikit yang kalian miliki .... Sedangkan Imam Ghazali yang memiliki ilmu2 Syari'at yang tinggi ;  hafal Qur'an, hafal ratusan ribu Hadith Nabi, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, sirah dll,  masih belum merasai hakikat Iman sehingga lah beliau menjalani Jalan Ma'rifat,  apa hebat ilmu kalian berbanding dengan Ilmu Ghazali itu?

🌷Mereka yang belum berpeluang memasuki Jalan Ma'rifat Ketuhanan kerana belum bertemu Shaikh Mursyid @ Guru keruhanian yang siddiq, masih berpelung merasai pada pemikiran "keindahan Ma'rifat "  itu dengan cara bersahabat dengan orang2 yang pernah berdamping dengan Ahli Ma'rifat atau dengan cara mentelaah kitab2 Karangan Ahli Ma'rifat yang terkenal di kalangan Ahlus Sunnah seperti Imam Hasan Al Basri. Imam Sufyan Ath-Thawri,  Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Jilani, Imam Sazili, Imam Ibn Atho Illah, Imam Sayuthi, Imam Qastolani, Imam Qushairi, Imam Haithami dan ramai lagi Auliya Allah yang memperoleh kemuliaan tinggi di sisi Allah Ta'ala.  Moga ALlah Ta'ala meredhai mereka sekaliannya.

Semoga Allah Ta'ala kurniakan kita ilmu sepertimana yang di anugerahkan kepada kekasih2 Nya.

Wallahu A'lam

Renung

Kalau kita menerima seseorang kerana Allah, bila dia buat tak kena di mata kita..kita tak senang dengan dia.. cuba kita ingat dan renung kembali.. segala datang dariNya. Belajarlah untuk terima dia seadaNya apapun dirinya.

Jika kita pilih dia kerana sayangkanNya..percayalah..lama-lama Allah kan wujud nilai kasih sayang tu..pada dia..subhanallah cantikkan kalau kita sayangNya..Allah kan perlahan-lahan titip rasa kasih tu keranaNya...

Kisah Imam Ghazali Siri ke-7

Sambungan....

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Imam Ghazali didalam Uzlah dan khilwah (pengasingan diri)

Kata Imam Ghazali di dalam kitab beliau "Munqiz Ala-Adh Dolal" :

"Di tanah syam aku tinggal kira-kira dua tahun melakukan 'uzlah, khilwah,  riadah dan mujahadah menurut ilmu Tasawwuf yang telah aku pelajari. Semua itu untuk menjernihkan batin agar supaya mudah berzikir kepada Allah Ta'ala sebagaimana semestinya.

Lama aku beri”tikaf di masjid kota damsyik di atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup.

Dari damsyik aku pergi ke Baitulmaqdis dimana setiap hari aku masuk Qubbatus-sajrah dan tinggal di situ dengan pintu tertutup. 

Akhirnya timbullah keinginan hatiku untuk ibadah haji berziarah ke Makkah,Madinah dan Maqam Rasullullah ﷺ.

Kemudian kerana rindu untuk melihat anak-anak, pulanglah aku kembali ke rumah satu keadaan yang dahulunya tak pernah terlintas dalam hatiku.

Meski pun begitu namun aku tetap beruzlah, khilwah menjernihkan batin untuk berzikir. Berbagai peristiwa masa urusan keluarga dan keperluan hidup mempengaruhi tujuan dan merintangi kerjernihan khilwah. Hanyalah sewaktu-waktu sahaja dapat kesempatan yang sempurna namun tak putus asa dan khilwah dapat juga di jalankan. Yang demikian itu berlaku kira-kira 10 tahun.

[Munqiz Ala- Adh Dholal]

Penjelasan dan remungan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Setelah meninggalkan Baghdad  Imam Ghazali telah berbai'at kepada Shaikh Mursyid lalu masuk suluk @ khilawah @ uzlah terus untuk jangka waktu yang sangat lama. (lebih 10 tahun mujahadah sungguh2 pada jalan keruhanian)

Di dalam beberapa kitab Ulama lain di jelaskan bahawa guru pertama beliau pada Ilmu Keruhanian  (Toriqah dan Tasawwuf ) adalah Shaikh Abu Ali Farmadi.  Shaikh ini cuma dikenali sebagai tukang kasut.

🌷 Di dalam usaha beliau khilwah @ persulukan, terjadi berbagai rintangan dan cobaan. Tetapi di sebabkan keazaman yg kukuh, beliau terus hadapi nya dengan penuh kesabaran.

Ini adalah cobaan dan cabaran yang akan di hadapi oleh semua murid yang salik.  Mereka akan menerima ujian dan berbagai gangguan di dalam perjalanan nya.  Gangguan tersebut dari nafsu, syaiton, dunia dan makhluk akan cuba menghalang perjalanan nya kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Istana yang bakal di capai adalah jauh lebih hebat dari segala macam istana atas muka bumi.  Raja yang menanti adalah Raja segala Raja yang mencipta dan memerintah alam semesta.

Untuk mencapai mutiara berharga itu sudah pasti banyak rintangan nya.  Hanya mereka benar2 jujur ikhlas dan cekal akan sampai destinasi terakhir itu.

🌷 Sewaktu khilwah @ uzlah, terjadi berbagai peristiwa menakjubkan yang beliau sendiri tak terfikir sebelum nya. Erti nya Allah Ta'ala membukakan bagi beliau beberapa banyak Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah,  ilmu hikmah kebijaksanaan, rahsia2 Ketuhanan dan rahsia2 makhluk yang amat banyak.

🌷 Di hujung persulukan @ khilwah, beliau mendapat kesimpulan kukuh berkenaan Ahli Sufi.   Beliau yaqin ahli Sufi @ Ahli Ma' rifat  @ Shaikh Mursyid @ Imam Toriqah adalah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya. 

Imam Ghazali mendapat keyakinan teguh bahawa mereka yang tersebut itu lah yang benar2 berpegang kepada tali Allah untuk memperoleh keredhaan Allah.

Bersambung kisah...  insya Allah

Isnin, 1 Februari 2016

sambungan kisah Imam Ghazali ..... (siri 6)


■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Imam Ghazali meninggalkan kota Baghdad

Setelah berhempas pulas selama 6 bulan, menghadapi tekanan perasaan dan hati yang sakit, berperang di antara kemasyuran, pangkat kekayaan yang di bisikkan oleh syaitan dan nafsu, maka akhirnya Al-Ghazali mendapat petunjuk untuk meninggalakan kota Bagdad, kota yang telah memberikan seribu kemasyuran dan kebanggaan!

Kata Imam Ghazali :

"Akhir nya aku berhasil keluar dari Baghdad dengan tidak menggemparkan. ...!

Penduduk Iraq tidak akan membenarkan tindakan aku ini. Tidak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Bagdad berdasarkan pertimbangan Agama. sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama. Hanya sampai situ saja pengenalan mereka. "
Demikianlah aku meninggalkan Baghdad, Harta benda habis aku bahagi-bahagikan, kecuali sedikit untuk bekal di jalan dan untuk anak2 yang masih kecil.

[Munqiz-Ala Adh-Adhollal]

Penjelasan dan Renungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Maksud perkataan Imam Ghazali ini :

"sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama"

adalah begini :

Selama ini penduduk Iraq menganggap Imam Ghazali sebagai tokoh Ulama yang sebenar. Bagi mereka Imam Ghazali ada contoh yang benar2 menduduki tempat tertinggi di dalam agama.

🌷Sekiranya mereka (penduduk Baghdad terutama murid2 beliau) mengetahui tindakan sebenar Imam Ghazali adalah kerana masalah krisis keruhanian yang beliau hadapi, mungkin mereka tidak akan membenarkan beliau pergi. Bahkan mereka tak akan percaya wujud krisis keruhanian pada diri Imam Ghazali.   Ini kerana pada sangkaan mereka Imam Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam Agama. Tak mungkin beliau menghadapi krisis keruhanian.

🌷Imam Ghazali habis membahagi-bahagikan semua harta benda beliau.  Ini adalah menunjukkan azam, komitmen, keyakinan dan niat tulus ikhlas Imam Ghazali bagi uzlah dan khilwah pada jalan Ahli Sufi (seperti akan datang huraian nya)

🌷mam Ghazali berhelah untuk berziarah ke Makkah padahal tujuannya adalah Syam bertujuan melindungi niat beliau yang ikhlas untuk mujahadah pada jalan keruhanian. Dan supaya tidak berlaku kegemparan di kalangan murid2 beliau.

🌷 Mengajar Agama dan berda'wah  adalah sebaik-baik pekerjaan kerana ianya adalah menyambung tugas Anbiya.

Imam Ghazali sedar akan hal ini, tetapi beliau insaf semua itu tiada ertinya dan akan menemui kebinasaan tanpa wujud nya kesucian Tauhid dan keikhlasan yang murni.

🌷Imam Ghazali meninggalkan segala kekayaan, pangkat , kemasyuran dan kemuliaan pada sisi manusia di atas desakan Iman dan Tauhid.  Adakah ini bermakna Imam Ghazali mempunyai Iman yang lemah ketika itu?

Jika di pandang dari sudut Tauhid yang murni, begitu lah keadaan nya Imam Ghazali pada saat itu.

Ilmu syari'at yang beliau miliki walaupun begitu tinggi, namun semua itu belum cukup untuk menjernihkan hati kepada Tauhid yang suci murni.  Sebalik nya semata2 ilmu syari'at telah membawa kepada syirik2 khafi - riya, 'ujub.

Ini lah bukti nya yang jelas sebagaimana kata2 Ahli Ma'rifat,  ilmu syari'at zahir (fiqh) semata2 tidak cukup untuk memperoleh Tauhid yang murni.  Ilmu Syari'at zahir ini mesti di gandingkan dengan Ilmu Toriqah / Tasawwuf untuk memperoleh Tauhid yang murni, Tauhid yang sebenar Tauhid jauh dari semua macam syirik khafi dan mazmumah. 

Walaupun seseorang alim membaca dan mahir seribu kitab sekalipun,  walaupun dia hafal Qur'an serta ratusan ribu hadith sekalipun, walaupun dia mahir di dalam semua ilmu alat sekalipun...  namun dia tidak akan menjadi Arif,  tidak akan mengenal Allah dengan sebenar kenal.  (baca Tauhid yang murni) melainkan dia menaiki bahtera keruhanian di bawah pimpinan seorang Tabib Keruhanian yang mahir.  (Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat)

🌷 Sungguh banyak sekali petunjuk dan pengajaran berharga dari kisah seorang yang sudah pun bergelar Ulama Besar, Guru Besar dan Hujjatul Islam kepada generasi ummat kemudian nya, terutama mereka yang sudah bergelar Ulama (ulama fiqh semata2)

bersambung Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...