Bismillah…
Penulis tiada patah untuk dibicarakan tapi kali ini penulis
bingkiskan ‘nada2 suara’ apa yang sedang
berlaku dalam kalangan mereka yang bermujahadah dalam mengarapkan cinta tanpa
noda. Sering kali penulis lihat dan baca dengan kekecewaan yang berlaku…kesetiaan
yang didambakan tapi akhirnya tahu orang yang dipercayainya rupa2nya hanyalah
manis di mulut,jenis yang peramah sangat dengan semua perempuan. Teringat
kata-kata ustazah Fatimah Syarhah.. ‘’jika sebelumnya dia dah berani
mesej-mesej,telefon-telefon dengan perempuan bukan mahramnya untuk hal-hal yang
bukan mustahak @ urusan penting, tak mustahil suatu hari dia akan
kecewakanmu”…tak mustahil jika dia bukan yg setia untukmu..(penulis
tambah..hehehe)…Teringat dengan kata-kata sahabat ‘’jadikanlah ianya terakhir
bagimu’’. Laila moden kini itu bukan seperti kisah laila majnun tanpa menyelongkar
kehidupan(risik-risik)..tidak sekadar menerima apa yang ‘terapung dipermukaan
air’ semata.
^ ^ ^
Situasi 1: (mesej)
A: ‘anti,boleh tak tunggu ana?’
B: ‘berapa tahun harus ana tunggu?”
A: ‘4 tahun lagi,lepas ana habis belajar dan kerja’
B: ‘baiklah ana akan tunggu anta ‘
Situasi 2: (mesej)
A: ‘anti boleh tunggu ana?’
B: ‘sebelum ada kata putus,anta dah mintak izin dengan wali
ana?’
A: ‘ana akan bagitau pada wali anti lepas ana dah
benar-benar bersedia’
B: ‘emm,baiklah’
Situasi 3:
Tidak direct terus kepada pasangan yang A mahukan,tapi A
menggunakan orang tengah yang dipercayainya, untuk mengelak dirinya dari kecewa
ditolak oleh B (caranya lebih terhormat). selepas mendapat jawapan dari B. A
tidak berhubung dengan B tapi terus kepada walinya,menyatakan hasrat dan
keinginannya (keberanian yang mematangkan). Tidak berhubung direct melainkan ada
orang tengah yang mengetauhinya.
^
^
^
Solusinya biarlah pembaca yang memberi jawapan untuk menilai
yang manakah lebih baik digunakan. RAPUH
mahupun KUKUH, tanyalah iman untuk menjawapnya..’fatwa hati’..jangan diikut
nafsu untuk menjawapannya kerana anda akan bertemu rapuh,nilainya sekejap dan
cinta yang suci anda akan ternoda..hati-hatilah dalam memandu arah hati anda.
~hatimu pasti tak resah atau kecewa bila ianya kerana
Allah…tidak meletakkan sesuatu milikmu,semuanya milik Alllah,..tenang bila
ianya bukan milikmu..pastikan dapat redha Allah dengan tiap tanduk yang
tertingkah kerana kita mahukan cinta ini sampai syurga hendaknya..insya-Allah~
Hati terpaut..
Aduhai jika tak kuat..
Usah menyatakan hasrat..
Jangan buat kata-kata..
Jika benar dirimu sedang berusaha..
Untuk tidak meletakkan taqdir semata..
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan