Halaman

Ahad, 29 Julai 2012

~PE itu IKHTILAT?~


Bismillah..

Realiti pada hari ini kita dapat melihat betapa pergaulan yang berlaku antara lelaki dan perempuan telah tersasar dari apa yang telah ditetapkan dalam landasan Islam. Dalam fenomena ini ,perkataan ‘ikhtilat’ iaitu pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.
Oleh itu, ulama’-ulama’  Islam sebelumnya secara tegas menghukumkan masaalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula di dididk agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditgah pada masa dahulu.
 
BAHASA
Dari segi bahaaa ikhtilat beerti: meramukan/mengaulkan sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

ISTILAH SYARIAT
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: percampuran lelaki dengan wanita adalah perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau persendirian. Percampuan di suatu tempat selalunya menyebabka mereka bertemu antara satu sama lain,berpandangan dan bertegur sapa.

Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaannya?

Jawapannya ialah : Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.


PERCAMPURAN YANG DIHARUSKAN
Setelah kita mengetahui asal hokum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihidarkan kecuali keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.


Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).

Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1.      Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2.      Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3.      Ikhtilat kerana menjadi saksi.

Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah ayat 282. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4.      Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar

Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.


5.      Ikhtilat kerana melayan tetamu.

Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (S.A.W.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda (S.A.W).

6.      Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (S.A.W.) dan bertamukan Baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama Baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7.      Ikhtilat dalam kenderaan awam.

Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8.      Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.

Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana masalah syariah.

Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9.      Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.




10.  Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.



insya-Allah bersambung...
masih dalam carian...jika ada yang sudi membantu blh email saya.. terima Qas3h...

^___^
inniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...