Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

bila aQu kata sayang.. e_e

Bismillah..
sudah lama penulis tidak menjengah diruangan ini...perjalanan seorang bergelar hamba pasti ada tiap cerita yang tersendiri..bagaikan ayat-ayat novel yang tertinta cantik di helaian penuh corak. Kitalah pengukir tiap langkah yg tertinta ditiap bait2 ayat novel hidup kita. Hari ni makin kelam utk penulis mengarap sesuatu utk tiap yang membaca. Diharapkan kelam yg tersemat akan menyuburkan suatu yang boleh meransang jiwa tiap diri ini bergelar hamba.

penulis terlihat ada gelagat suram anak kecil yang bersendirian,
asyik bermain i-pad. itu perkara biasa bagi kita hari ini,baliknya dia bersendirian bermain rancak,tapi hatinya merengek tiada ibu dan ayah di sisi...
diluahkan rasa melalui mainan. segala yang dipinta pasti dia dapat. ibu dan ayah sibuk mencari nafkah utk keluarga tercinta,tapi cinta itu dinukilkan dalam erti dapat memberi segala keperluan utk keluarga,hingga lupa pada keperluan dlm diri anak kecil. mahu sentuhan,bimbingan mengenal Allah.

penulis melihat ada gelagat anak kecil yang di didik penuh dengan kesukaran utk mendptkan sesuatu. hatinya tetap merengek kerana tidak dapat apa yang dia mahu. namun dalam diam ibu bapanya sedang mendidik dengan kesabaran,keikhlasan. bila anak itu besar baru dia mampu tersenyum dengan tiap tingkah ibubapanya. dia secara sendiri dapat merasai sentuhan meskipun dia tidak mampu memiliki dan mendapatkan apa yang dia mahu tapi dia dapat apa yang dia perlu dalam hidupnya.
                                                    gambar pilihan utk hiasan..u_u

dalam memberi sesuatu kepada org yang kita sayang, tak semestinya kita perlu memberi segala-galanya yang dia mahu..tapi memberi apa yang dia perlu dalam hidupnya. sebab kasih itu tersemat dalam hati ianya dapat menyentuh tiap jiwa.usah risau dan bimbang jika rasa cinta itu tidak sampai dalam diri org yg kita sayang tapi detik itu akan sampai jika ianya berlaku semuanya krn Allah.
ketauhilah tiap pengorbanan ada pasti ada redha Allah. kita sedang mencari redhaNya bukan redha manusia,jika redha manusia yang kita tunduk..lama-lama manusia itu pasti akan menyalahkan kita jika ianya berlaku kesilapan...

sayangilah mereka kerana Allah...
palitkan rasa cinta itu kerana Allah...
ucapan kasih tidak semestinya WAJIB dilontarkan pada tiap kata..
tapi terukir indah dengan tiap tingkah...

 Q _ Q

 inniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...