Bismillah..
Realiti pada hari ini kita dapat
melihat betapa pergaulan yang berlaku antara lelaki dan perempuan telah tersasar
dari apa yang telah ditetapkan dalam landasan Islam. Dalam fenomena ini ,perkataan
‘ikhtilat’ iaitu pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi tentu sekali
menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.
Oleh itu, ulama’-ulama’ Islam sebelumnya secara tegas menghukumkan
masaalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita
Islam pula di dididk agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu
isu wanita bekerja apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditgah pada masa
dahulu.
BAHASA
Dari segi bahaaa ikhtilat beerti:
meramukan/mengaulkan sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
ISTILAH SYARIAT
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini
ialah: percampuran lelaki dengan wanita adalah perkumpulan mereka pada satu
tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau persendirian. Percampuan di suatu
tempat selalunya menyebabka mereka bertemu antara satu sama lain,berpandangan
dan bertegur sapa.
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau
halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah
wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni
adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan
lelaki, tanpa ada perbezaannya?
Jawapannya ialah :
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa
pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki.
Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame lelaki adalah harus, tetapi pergaulan
lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan
wanita adalah haram, bukan harus.
PERCAMPURAN YANG DIHARUSKAN
Setelah kita mengetahui asal hokum pergaulan
antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang
wajib dihidarkan kecuali keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd.
Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal fi
al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut
seperti di bawah.
Pertama : Harus kerana terpaksa
(dhorurah).
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh
Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan
dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya.
Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika
seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan,
jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika
dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah
wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang
lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada
diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan
perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap
mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1.
Ikhtilat
kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus
bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan
tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat
(berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
2.
Ikhtilat
kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita
harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua
perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti
ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa,
tertuduh, saksi dan lain-lain.
3.
Ikhtilat
kerana menjadi saksi.
Islam
mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan
hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah ayat 282.
Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4.
Ikhtilat
kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu
Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab
(r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu
beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
5.
Ikhtilat
kerana melayan tetamu.
Harus
bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei
seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur
dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani
Rasulullah (S.A.W.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk
Baginda (S.A.W).
6.
Ikhtilat
kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus
bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan
tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga
yang ingin memuliakan Rasulullah (S.A.W.) dan bertamukan Baginda. Oleh kerana
makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka
makan bersama-sama Baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu
duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana
mengutamakan tetamu.
7.
Ikhtilat
dalam kenderaan awam.
Harus
bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan,
walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk
menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa
menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang
lain dari kalangan lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya.
Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.
8.
Ikhtilat
dalam kerja-kerja jihad.
Antara
contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan
seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana
masalah syariah.
Bukhari
menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama
Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan dan menghantar jenazah yang
terbunuh ke Madinah.
9.
Ikhtilat
untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara
suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari
meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W.) keluar pada satu hari raya dan
sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita.
Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah
Bilal.
10.
Ikhtilat
dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut
dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba
atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut.
Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama
suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu
menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan
berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada
satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab
Islamiah.
masih dalam carian...jika ada yang sudi membantu blh email saya.. terima Qas3h...
^___^
inniakhofullah@butterwrdfly