Halaman

Rabu, 30 September 2015

Ireland..

Di hujung waktu asar, mendapat berita
"Kak..nak kerja ireland dak, keja ni macam sesuai ngan awak la..nak dak," tanya adik.

Aku ke blur.."hah.. buat lawak ea.."

"Sungguh ni offer 2 tahun..kerja mengajar dan mengasuh anak doktor.."

"Bestnya..boleh blajar cakap orang putih..haha" balasku

"Tapi kena tanya abuya dulu,saya rasa abuya tak kasi.." sambung saya lagi..

....

Pendekkan cerita..abuya izin kan terbang cari pengalaman, sebab ada sedare menetap sana. Dia bukak restoren.

Aku nak jejak, untuk cari ilmu dan pengalaman. hijrah..2 tahun cuma, tak sangka abuya izin lepaskan. Biasanya susah nak dapat keizinan, dalam Malaysia ni. Ada kerja pun susah nak kasi..aih..

"Redha ibu bapa, redha Allah.." saya pegang pesan mak.

Mungkin aku terpaksa titip 'kebencian' di Malaysia untuk hidup di Kejauhan...maaf...

Terlalu sedih untuk katakan..😢😢😢.

Moga jodohku dalam redhaNya..

Jodohku dgn majikan ingt Allah..

Ahad, 27 September 2015

Wangian syurgaaaa

2 weeks i learnt, how to care of u..how to make u sleep..just two weeks,sampaikan tak sempat nak bergambor just u n me/::~...nanti kita jumpa amin dah besar..

Maktam macam meroyan..cium bau bantal amin/::D..tak puas bauan syurga ni..asyik nak bau ja,lepas ni dah hilang bau tu/::'(..

Eh rindu..baru beberapa minit amin melangkah pergi,rasa nak gigittt ja..

Bestnya ada dak kecik kat umah..tak mau dia besar/:,@P/:,@P/:,@P..

subhanallah hebatnya kuasaNya..mencipta makhluk..kecil..boleh dewasa lalu tua..

Isnin, 21 September 2015

Jaga saya ya Allah...

Pernah saya mengalami konflik konvo.
"Tak nak konvo.."

"Malas la konvo.buat rugi.penat."

Suatu masa cari alasan tak nak konvo selagi tak guna duit sendiri untuk ke sana.

Alhamdulillah,Allah sedang membuka jalan. Saat2 akhir mencari rezki.

Saya harap,nanti konvo saya boleh belanja famili. Hepikan diorg tanda kesyukuran. Walaupun,diorang tak harap pun benda tu. Abuya.abang2 sedia nak sponser belanja time konvo ni. Saya tak harap semua tu. (Touching sikit😢😢😢)..terima kasih tetap ingin membantu.walaupun saya tahu kalian tetap adakan untuk gembirakan saya..

Saya tekad,nak ada guna duit sendiri masa hari bahgia nanti.. bak kata adik saya,

"Sekali ja. Ini tanda penghargaan kita studie penat2.."

Saya balas "tak pe,saya bukan pelajar dekan..second class ja kita.buat rugi ja."

Lastly,abang ngah malas pujuk saya..surennder.."ikut fiqoh la.."😂😂😂

(Dalam hati..pujuk laaa.pujuk la saya..suka needs attention family.kurang kasih sayang terasa..haha)

Moga Allah permudahkan perjalanan saya. Allah jagakan saya,saat saya tak terasa terjaga..kuatkan diri saya dalam mencari rezki yang halal ini..jaga ya Allah...

Kadang terfikir,andai tersilap langkah..adakah Allah dah tak jaga saya??😳😳😢😢.m..
Tak mauu itu..saya yang lalai...saya mohon..jaga saya. Dalam perjalanan ini.

Saya suka melangkah sendirian.tapi saya tetap ingat Allah ada. Kala orang lain risaukan saya. Saya cakap dalam hati.

"Allah ada. Dia kan jaga saya.."

Saya tetap sayang orang yang saya sayang..sekalipun..saya mengada2 'manja' pada mereka...maaf...terlalu sayang

Rabu, 9 September 2015

Masak pe'ndang

Halia,bwang putih,serai(dipecahkan).asam keping.daun kunyitikan..garam secukup rasa

Save...try la sedap..skali rasa nak lg..specialnya dia..dia buh daun kunyit..

Makanan ni mak kak ngah yg kasi.saya suka sgggtttt

..untuk healty for our family..

Isnin, 7 September 2015

Dia Bukan Milikku Seorang

Hari ini terdetik untuk menulis apa yang terdetik dihati. Saya sedar, untuk memilih pasangan hidup kelak. Bukan kadar suami mahupun ayah kepada anak2. Namun, saya perlu mendapatkan anak kepada mak abuya,adik lelaki kepada abang2 saya serta abg kepada adik2..cucu kepada atuk dan nenek..anak sedare kepada mak pak sedare...begitulah seterusnya..that person will be a part of our family..

Jangan pentingkan diri k.

Sabtu, 5 September 2015

Memori Botet Datang lagi..

Botet si lelangit hitam, berwarna kelabu. Kurus. Muka selamber. Tak suka dimanja. Cerdik. Suka duk kat org solat.suka tido kt sejadah. Suka gigit tangan saya,kalau saya tak belai telinga dia.kalau time mandi,dia tak gelisah pun.suka over acting. Time ngantuk,kadang tu selamba ja mai duk atas riba.

Kalau orang buat kerja rumah. Dia pun sama2 nak menyibuk

Dia tak hensem.tapi pembersih.pernah sekali buat hal,tp dia tahu orang marah kat dia. Dia jaga diri lepas tu.

Dia banyak ajarkan saya how to love him. When he fell comfort. how to touch him. Banyak lg..datangnya tanpa dijemput,tapi diterima seisi rumah walaupun keadaannya teruk time tu.lama2 dia sihat.. Dia pergi dgn cara tragis. Dilanggar abuya.  Seiring azan subuh...
dia dah takde. Masa tu abuya nak g masjid
Mungkin tayar keta kena kt perut dia.patah kaki.

Beberapa saat terus takde .Tak seksa lama2 .Alhamdulillah.. Sampai masaNya..Allah nak ambik apa yang Dia beri pinjam. Tugas dia dah selesai.. Betul2 rasai kehilangan dia.tiap tempat solat.mana2 tempat yang selalu dia ada.saya teringt.. Arwah baik kucingnya..tido tadi pun mimpi2 buka mata..penuh dgn air mata..saya kan ingat awak sampai bila2..

Jumaat, 4 September 2015

Anak abah Manja

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Abah..macam mana la nanti, kalau syikah banyak esakkannya.

"Syikah,nanti banyak beri senyuman kat dia naa. Ingat segala kebaikan dia,jangan buat dia risau."

Dialog khayalan. Tajuk anak abah manja

Rapuh

Banyak hari saya cuba cari senyuman, tapi ayaq mata ni nak keluar jugak. Macam dah tak de dinding untuk halang. Sakit dah mata..untuk menangis..sejak botet pergi.tangisan ni. Macam murah ja..Allahurabbi..

Maaf untuk kali ini.

Sorang2 pergi..dan saya tetap di sini. Menunggu..kalian kan tetap disisi

Koya..

Telinga fokus mendengar drama dari ikim "bukan menantu pilihan emak" sekali ada motor lalu dengan laju,

"Aih.tak ingat la,kak yah tusyen kan. Ingatkan adik tadi.baru nak hantar kat skoloh. Nasib baik tak terlepas cabang,"

Padahal baru lepas hantar adik bengkel kat sekolah.aihhhh.cik kak.

Abih cerita..lagu lafaz sakinah dimainkan..

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Dah.sambung sendiri nyanyi.😅😅.

#JomAl-kahfi..

Khamis, 3 September 2015

Cheese wedges

Alhamdulillah, baru selesai membuat sos chesse, esok baru buat kentangnya.

Banyak kentang kat rumah hasil daripada tanda ingatan kasih sayang besan mak. Dia kasi kentang😂😂. So selain buat karipap sardin. Saya rasa nak try buat cheese wedges untuk adik2.

Mak abuya tak de,diorang pi kl. Jenguk nenda,banyak hari dah masuk hospital. Nenda asyik sebut nama abuya dan mak ja..( syafakillah mek, maafkan cucunda tak dapat jenguk dan jaga lagi. Amanah abuya untuk urus adik2 di rumah).

Hari ini masak healty sikit. Sup ayam+sambal kicap+ulam timun...so sihat.

Tadi baru buat sos chesse. Tujuan sebenarnya, nak prepare bekal untuk adik saya. Dia nak pi u dah..jauh nun uum. Biasanya mak akan kasi bekal untuk anak2 yang nak pi jauh2(moment ni selalu buat saya tersentuh tiap kali nak melangkah keluar jauh2). Kali ini, saya nak buatkan kentang cheese wedges. Walaupun tak pernah buat. Saya google.(harap diorg dapat telan esok😆😆😆).

Terfikir..bahaya kalau saya jadi ibu.masak yang tak healty untuk anak2 (bukan sokmo pun.tak pe kan..insyaAllah,saya kan balance makanan untuk orang yang saya sayang). Adik2 amanah untuk saya jaga, walaupun terpaksa korbankan impian saya. Teringat adik tirah saya pesan.

"Duk kat rumah ini pun rezki kita. Walaupun tak dapat pergi iv lagi.kenkangan urusan keluarga. Diorg need us,"

Alhamdulillah.saya sedang laluinya. Walaupun ada moment yang tak dapat saya terima,tapi Allah sedang tarbiyah saya untuk menerima dengan redha.

Dalam hati semat..

"Ya Allah,saya tahu.Engkau berikan yang terbaik untuk saya. Allah sedang beri 'hadiah' untuk saya..ya Allah saya mohon. Diri ini tetap teguh denganMu..thabitt."

...

Tukang cuci pinggan mangkuk lepas saya masak dah nak pi u..😭😭😭😭. Maaf utiq sepanjang cuti,  saya banyak lukakan (buli) awak.awak baik..ngkau mengerti kan kakakmu bagaimana..terima kasih,terima saya seadanya..

Keluarga itu anugrah terindah...

Rabu, 2 September 2015

Imimpian

Semua orang ada impian dalam hidup. Anak kecil pun ada..

"Ultraman..superman"

Misi menyelamatkan orang yang dia sayang. Selamatkan dunia.

Namun, kadang dalam selaan waktu ini. Mungkin ada sesebuah impian kita kena korbankan demi menyelamatkan 'perasaan' orang yang kita sayang.

Moga Allah berikan rasa korban itu penuh dengan keredhaan..perit ya. Memang, Allah kan uji..berdoalah untuk tabah menghadapinya.

Hari ini gelap,
terpadam kerana tiupan manusia,
Esok nyalaan sinaran,
kerana mentariNya ada.

Nota hati ;)

Selasa, 1 September 2015

Nota murid

Perkara yang wajib mandi ada 6 :

1. Jenazah
2.Bersetubuh
3.Keluar air mani
4.haid
5.nifas
6.wiladah

P/s:  kalau salah mohon betulkan,tq (;

Amelia Roslea

Saya menjadi tetamu khasnya, tak kenal pun dia. Majlisnya begitu gah sekali, rupanya dia anak orang kenamaan. Di sisi saya, sepupunya..solehah kelihatan dan begitu ramah.

Saat menanti ketibaan pengantin, wajah2 ceria berubah kepada tangisan.

Terbujur kaku di hadapan, jenazah. Dan dialah pengantin tu..Amelia. air mata melaju keluar. Sepupunya hairan kenapa saya terlebih menangis..terlalu sangat esakkan tu.

Saya meminta izin untuk keluar seketika...dan berlalu pergi..

Bangun dari lena. Mimpi rupanya, tapi siapakah Amelia itu??

Siapa dia tak penting, tapi mesej nak disampaikan.. jodoh kita mungkin ajal terlebih dahulu..jika tidak berjodohan 'pengantin' di dunia...insyaAllah ada di jannah.

Persoalannya..

Sedia kah untuk sebuah 'hidup' yang sebenar2 hidup. Kematian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...