Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

lafazQu..


 Bismillah..

Angin berlalu menyapa hanya ingin bersentuhan pipi…bukan untuk dijaga seperti oxsigen…penulis bukan mahu menceritakan galaksi…tumbuhan…tapi RASA… ya rasa yang mereka selalu terfikir soal jiwa…pengisian..apa??jiwa bila tak terisi sebaiknya..macam-macam la yang datang…kali ini istilah menunggu muncul,penulis menyedari hati mereka…tak payah nak tunggu sangat la.. cinta dalam diam..’kononnya’ bukan melanggar fitrah..namun rasa itu buat kita lalai..

Gadis-gadis solehah..tak perlu tunggu la..ingat Allah,gantikan rasa itu bermujahadah melawan rasa yang boleh buat kita lalai..

Kalau ada jodoh kita dengan ‘dia’ yang kita tunggu tu..ada la…nanti ada orang yang akan bagi salam ketuk pintu rumah tu..(hehehe)..kalau benar-benar itu ada..yakinlah pada Allah pengatur segalanya..jaga hati betul-betul..untuk yg halal saja…rugi lah memberi pada mereka yang bukan untuk kita…

Rugi hati ini terhiris..rasa yang menghiris hati sendiri…manisnya jika ia terjaga rapi..yang lama tu..mungkin kisah lalu,jadikan pengajaran..bersihkan diri balik..insya-Allah ada la tu…ingaT 

BERSANGKA BAIKLah terhadap Allah. Jika yang kau ingini itu bukan untuk mu..pasti Dia mengantikan yang lebih baik…ooo..rugi tu asyik fikir yang lama..hehehe..dia dah bahagia dengan yang lain..dia bukan jodoh kamu la tu…


Assalamualaikum…

Cinta akan datang…

Salamnya..

Akan tersambut..

Dengan satu lafaz..

Yang halal..

Assalamualaikum…

Kasih akan terbalas..

Bila kasih pada yang berhaQ..

Assalamualaikum…

Ukhwah terjalin benar kerana Allah…

inniakhofullah@butterwrdfly

Isnin, 29 Oktober 2012

Wanita Islam Bekerja Di Luar Rumah: Tugas Asal, Syarat dan Realiti

Dilema Wanita

Belajar di peringkat menengah, kemudian ke universiti, setelah itu bekerja sepenuh masa dan kemudiannya ‘double shift”, perkahwinan dan melahirkan anak tidak termasuk keutamaan saya! Saya berkahwin ketika berusia 25 tahun dan dianugerahkan dua orang anak yang jarak usia antara keduanya tidak lebih dari sebelas bulan hingga saya terpaksa berhenti kerja. Keadaan saya yang meninggalkan alam pekerjaan itu menyebabkan pada masa ini saya berhadapan dengan banyak tekanan dari masyarakat, suatu perkara yang menjadikan saya ragu-ragu terhadap kebenaran keputusan yang telah saya buat. Semua ini mendorong saya untuk melakukan penyelidikan berkenaan topik: “Wanita bekerja di luar rumah”. Soalan ini selalu membelenggu saya; adakah apa yang saya usahakan dalam pekerjaan saya ini untuk merealisasikan kepuasan diri, kebahagiaan palsu atau hakiki?


Untuk menjawab persoalan ini saya mesti memahami sebab saya berusaha dalam pekerjaan saya sepanjang hidup saya. Lalu saya sampai kepada jawapan bahawa sebabnya adalah kembali kepada konsep-konsep yang saya ambil dari persekitaran hidup saya dan juga rakan-rakan sebaya saya. Konsep-konsep ini dapat disimpulkan pada wanita itu tugas asalnya adalah seorang pekerja, bukan ibu ataupun pengatur rumahtangga. Tugas dan gaji khususnya itulah yang akan merealisasikan kepuasan dirinya dan kebahagiaannya. Saya tidak mencela kedua ibu bapa saya kerana telah mendidik saya dengan konsep-konsep yang salah ini kerana ini merupakan natijah semulajadi yang terhasil kerana umat berhadapan dengan perang budaya kapitalis secara luarbiasa dengan pelbagai cara dari media, iklan, episod drama dan juga filem-filem, metodologi pendidikan dan program kebudayaan, pimpinan pemikiran dan politik yang disuburkan melalui tapak tangan Barat dan dipelihara dengan baik oleh mereka, barangkali juga dalam asuhan mereka.

Sementara kita umat Islam ini sesungguhnya menjadikan syariat sebagai tolok ukur perbuatan kita. Agar kita dapat mengeluarkan sesuatu hukum syarak, kita hendaklah mengetahui realiti supaya hukumnya dapat diterbitkan. Oleh itu kita bermula dari awal dengan mengetahui kewajipan asal bagi wanita kemudian baru beralih pada kewajipannya sebagai isteri, hukum syarak berkenaan tugasnya, syarat-syarat ia bekerja di luar rumah dan masalah sebenar berkaitan tugas ini.
Hukum asal wanita itu adalah menjadi ibu dan pengatur rumahtangga. Ia adalah kehormatan yang wajib dijaga:
Sesungguhnya perkataan pengatur rumahtangga tidak bermaksud bahawa wanita adalah pembantu rumah atau khadam bahkan ia bermaksud bahawa wanita adalah pengurus rumahtangganya dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya sepertimana yang disebutkan dalam hadith:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya.”

Maka wanita adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. Dia merupakan pemimpin dalam mendidik anak-anaknya, dalam mengajarkan mereka, membaguskan akhlak mereka, membina pemikiran mereka. Supaya wanita dapat melakukan peranan ini, dia hendaklah menyiapkan dirinya dengan menuntut ilmu dan pengetahuan syarak dengan kadar yang diperlukannya dan yang membolehkannya melaksanakan kewajipan ini. Lelaki pula, sama ada bapa, abang atau suami wajib menyediakan perkara-perkara tersebut untuknya. Sementara keadaan dirinya yang merupakan kehormatan yang wajib dijaga, Islam telah menjadikan kematian dalam rangka memelihara kehormatan ini sebagai syahid. Manakala fungsinya sebagai ibu adalah dirinya yang merupakan tiang dalam membina keperibadian adalah satu perkara yang bukan teori atau khayalan. Allah SWT ketika hendak memberikan contoh kepada orang-orang yang beriman, memilih untuk mencontohkannya dengan seorang wanita “Dan dijadikan contoh oleh Allah kepada orang-orang yang beriman, isteri Firaun” kemudian Dia berfirman: “Dan Maryam anak Imran”. Hal ini meskipun menunjukkan kepada sesuatu perkara, ia sesungguhnya menunjukkan keagungan peranan wanita dalam membina keperibadian-keperibadian. Demikian juga apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW: “Ambillah setengah agama kamu dari al-Humaira’ ini, iaitu ummul mu’minin Aisyah.”

Tidak ragu lagi bahawa hal ini menetapkan tanggungjawab atas wanita, iaitu hendaklah ia pertama-tama sekali melihat kepada dirinya dengan pandangan yang mendalam, yang benar hingga dia dapat melihat dan merasakan keagungan tempatnya dalam Islam dan memahami bahawa ia merupakan nadi kehidupan dalam keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya dia berkhidmat kepada urusan rumah dan kebaikan keluarganya, dan dialah yang bertanggungjawab supaya Allah itu dingati dengan banyak di rumahnya. Allah disucikan dan dipuji pada pagi dan malam hari di rumahnya. Solat dilaksanakan, dan al-Qur’an pula dibaca di dalamnya. Sementara anak-anaknya pula dididik seperti ia mendidik dirinya untuk memikul dakwah, ketaatan, berkorban dan memberi di jalan Allah, sementara gangguan dari manusia atau pihak pemerintah tidak dapat memudaratkannya.

Sesungguhnya kewajipan isteri terhadap suaminya banyak sekali sepertimana jua tanggungjawab suami terhadapnya. Belum dikira lagi semua kewajipan syaraknya sebagai manusia; seperti solat, puasa, zakat, haji, berlaku benar, menunaikan amanah, menutup aurat, taat kepada suami, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahmi, menuntut ilmu, muhasabah pemerintah, jihad defensif, melakukan amar ma’ruf nahy munkar, memikul dakwah, membai’at pemimpin umat Islam, melazimi berbuat taat dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian kefardhuan yang berkaitan dengan wanita dan yang meliputi semua aspek kehidupan termasuk: ibadat, muamalat, uqubat, makanan, pakaian dan akhlak. Oleh itu, peranan wanita Islam tidak terhad di rumah sahaja meskipun keibuan dan tugasnya di rumah adalah tugas asalnya, tetapi menjangkau kepada semua aspek kehidupan Islam.

Kewajipannya sebagai isteri boleh diringkaskan seperti berikut:

1.    Mentaati suami dalam perkara kebaikan:
a.    Rasulullah SAW telah memerintahkan hal tersebut: “Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, ia akan masuk syurga.”

b.    Allah SWT juga berfirman: “Seorang lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan terhadap harta yang dinafkahkan oleh mereka.” Juga, “Dan bagi lelaki itu satu darjat atas kaum wanita.” Kepimpinan suami atas isterinya adalah kepimpinan berupa pemeliharaan, bukan kepimpinan pemerintahan. Si isteri diwajibkan untuk taat. Suami wajib menafkahinya mengikut yang makruf dan memerintahkannya dengan perkara yang membawa kepada mentaati Allah Ta’ala dan si suami tidak sekali-kali memiliki kuasa ke atasnya jika dia memerintahkannya untuk berbuat maksiat kepada Allah. Na’uzubillah.

c.    Memelihara kemuliaannya serta perasaannya dengan menjaga matanya, telinganya dan perasaannya. Janganlah dia melihat pada isterinya, di rumah selain yang dapat menyukakannya dan tidak mendengar melainkan perkataan yang diredhai dan juga tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya.

d.    Menjaga agamanya dan kehormatannya. Hal itu dilakukan dengan menjauhkan diri dari bertabarruj dan menayang dirinya kepada lelaki asing di dalam dan luar rumah. Seorang wanita tidak akan menunjukkan perhiasannya melainkan kepada suaminya. Wanita solehah adalah yang sentiasa beribadat kepada Allah, memastikan agar suaminya menerapkan Islam pada dirinya, keluarganya dan hidup dengan dakwah dan tingkahlaku Islam.


2.    Melaksanakan pengurusan rumah tanggga menerusi:
a.    Berkhidmat kepada suami dan menunaikan permintaannya yang berupa perkara maknawi dan materi.

b.    Memerhatikan pandangan serta pendengaran suami agar sentiasa melihat rumah dalam keadaan bersih, teratur dan sebagainya

c.    Menjaga harta suaminya dan memeliharanya meski apa jua jenisnya. Ia tidak boleh membelanjakan harta suaminya tanpa izinnya.

d.    Berusaha untuk memperoleh keredhaannya dan memasukkan rasa gembira dalam hatinya. Jika dia pulang ke rumah, disambut dengan keadaan bersih dan berhias.

3.    Mendidik dan membesarkan anak-anak:
a.    Wanita hendaklah mendidik anak-anaknya dengan baik, iaitu sabar, lemah lembut dan belas kasihan. Janganlah dia memarahi anak-anaknya di hadapan suaminya. Jangan mendoakan keburukan terhadap mereka. Jangan mencela atau memukul mereka kerana sesungguhnya hal itu dapat menyakiti hatinya. Tambahan pula mendoakan keburukan terhadap anak-anak adalah satu perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda: “Janganlah kamu doakan keburukan terhadap diri kamu, dan janganlah kamu doakan keburukan terhadap anak-anak kamu, janganlah kamu doakan keburukan terhadap harta kamu, kerana (tatkala kamu berdoa) mungkin tepat pada waktu mustajab, lantas Allah kabulkan doa kamu ( membuatkan kamu menyesal).”  [HR Abu Dawud].

b.    Hendaklah mendidik anak-anaknya mengenai bersuci, menjaga kebersihan, memelihara diri, berani, tidak bercakap kosong agar mereka tumbuh sebagai umat Islam, hidup dengan Islam dan untuk Islam. Allah akan memperbanyakkan kebaikan bagi mereka dalam masyarakat dan Rasulullah SAW membangga-banggakan mereka dan yang seperti mereka di akhirat kelak.

Kita simpulkan dari semua ini, bahawa kewajipan wanita sebagai manusia, isteri dan ibu adalah banyak dan rumit. Apatah lagi jika ditambah semua itu dengan tugasnya di luar rumah untuk tempoh masa yang panjang hingga lapan atau sembilan jam baru pulang ke rumah. Ia menantikan siapa yang akan melayannya, bukan dia yang melayan suami dan anak-anaknya! Terhasillah dari situ masalah-masalah rumahtangga, perkelahian dan pertengkaran disebabkan tekanan melampau dan keletihan yang dideritai oleh wanita. Jika Allah telah menyamakan ganjaran wanita yang memelihara rumahtangganya dan ahli keluarganya dengan ganjaran mujahid maka ini sesungguhnya menunjukkan tahap kepentingan tugas ini serta menunjukkan bahawa ia adalah tugas asasi yang disediakan untuk wanita.

Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?” Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka: “Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?” Para sahabat menjawab serentak: “Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!” Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata: “Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.” Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.”


petikan: garapan al-ahibbatu, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15611.msg278488;topicseen#new  inniakhofullah@butterwrdfly

amanah Qu..

Bismillah..

tiada kata yang mampu terucap melainkan syukur jika apa yang terlintas di hati ini benar..bukan mainan..bukan jua main tarik tali...tidak mengharapkan melainkan jika ianya benar-benar dari tarbiah Allah.penulis tak mahu bercoleteh panjang kali ni nak bercerita soal materialistik yang plastik...

marah benar agaknya diri ini bila bertemu dengan orang kaya...kenapa ya?? maaf jika anda bukan yang penulis temui janganlah terasa..kerana tujuan ini untuk bagi penceahan tentang apa yang sering meracau di jiwa penulis seorang yang sederhana..(Alhamdulillah cukup semuanya,meskipun tak dapat penuhi setiap benda yang baru lagi update)..syukur apa yang ada..usah membenci atau berdengki dengan orang lain yang kita nampak gah..hargailah yang ada itu la yang lebih gah..kan..syukur...itu GAH yang mahal tau...ingatkan Allah sokmo..

penulis amat kesal dengan sikap mereka..yang 'kaya' ya kaya la dari segi harta..bertimbun..sampai kan sombong..mana taknya..dengan sedekah pun nak berkira..anak yatim..saudara mara..ni untuk keluarganya..keluarganyalah..anak-anak jer,suami..yang adik- beradik nampak susah tu tak tolongnya,tu yang dekat tu..kaum kerabat tak mahu di tolongnya..orang lain lagi la..emm..entahlah sedar atau tidak..mekah selalu je pergi..masih ada lagi yang memerlukan duit tu untuk sambung belajar ke..bantu mereka..(memanglah duit anda suka hati la) pahala itu lain tau..ingat tu...PENGORBANAN ANDA itu MAHAL..tiket syurga..tak reti la nk berbicara dengan orang kaya ni..dah la berpendidikan..tapi tak faham-faham jugak...memang kurang la tu...(bukan marah..nasihat jer) sebab sayang la ..penulis bagi tau ni..ye la takut2 anda pelupa..manusiakan mudah lupa..mulut anda lancang mengatakan itu..ini..sampai terguris hati mereka yang kekurangan..

HARTA anda AMANAH untuk memberi seadilnya..kepada mereka yang MEMERLUKAN...

inniakhofullah@butterwrdfly

Ahad, 28 Oktober 2012

raya korban resipie..

Bismillah..

tahun ni first time raya kat umah sendiri..(mak n abuya paling gumbiro)..tapi tak lengkap tanpa yang terchenta...adindaku yang berada di kedah..orang study lagi..emm memang merasai makna pengorbanan apo..

respi pertama..orang klate panggil air ase..orang luar tak tau la buat tak benda ni..makan ngan perut lembu r..

4/5 bawang merah..
4/5 limau nipis..
belachan..(warna merah ye)
garam secukup rasa
cili...suko hati la nak masukkan beraponye..
..air panas..sikit jer...
tipsnya..

bawang tu..jangan mayang tau belah jer..pastu tumbuk2 dalam lesung la..pastu..cili n garam masukkan sekali nanti terpecik mato..tak pasai masuk ospital(hehe) past..ratakan...tumbuk2..
lepas tu..perah limau tu..then..masukan sedikit jer air panas..nak kasih garam tadi n bahan2 lain larut..

haa...masa masukkan perut lembu tu..pastikan yang hangat2 lagi ye..baru best
(AMARAN resipi ni untuk 'ibu' nya..nanti nak makan jangan masukkan semua sekali)

kuah kacang BONDA terchenta..

6 bawang merah...6 batang serai..(bahan ni di blender) kacau sampai garing.. lada kering(agak ler nak pedas letak lebih)lengkuas..halia..(bawang putih rasanya tak letak..aish lupo..nanti akan update ngan dear mak balik..) gula 6 sudu,nisan(orang luar panggil apo ye..lupo la)..1 kilo kacang tanah yang telah digoreng n ditumbuk..
(MAAF RESEPI NI TAK LENGKAP LAGI...akan update semula lupa la...walaupun dah dua kali masak ni..penulis tak fokus sangat la..kihkih)

inniakhofullah@butterwrdfly

Jumaat, 26 Oktober 2012

nak ketuk tang mana nie??


Bismillah…
Alhamdulillah dengan berlapang dada dalam apa pun yang di lakukan pasti ada jalan keluarnya..
Fikrah..apa ya fikrah..(google sendiri)
Penulis berhadapan dengan insane yang hebat dalam aspek ilmu agamanya..bual bicaranya begitu tinggi..dia ajarkan penulis apa yang penulis mahu, namun (masih tersekat) kenapa tersekat..kerana satu je yang menyekat..pandangannya terhadap medan politik yang dibawakan oleh Pas..penulis akui politik sekarang dikuasai oleh barat,rosak kacau bilau Negara....tak terfikirkah dia pas adalah satu-satunya yang memperkenalkan(memperjuangkan) cara Islam di parlimen..dun? jika mereka di mesir..siapa ya yang naik kali ini??apa yang mereka bawakan??bagaimana mereka sekarang??perlahan-lahan suasana cara Islam dimasukkan..
Sepatunya dia yang hebat ilmu agama itulah bersatu hati..berpadu tenaga..menjelaskan apa yang kurangnya..apa yang bocornya…bukan memecah belahkan lagi..kita ini saudara..yang saling bertaut antara satu sama lain…bukan mengutuk ini..mengata itu..dalam diam..bersatulah kita…MAHU KAH??mungkin dia punyai alasan mengapa..ya?? penulis akur dengan pendiriannya..Cuma penulis kesal dia tidak mahu bersama..BIASAKAH DIA AJARKAN PENULIS erti ISLAM SEAWAL-AWALNYA??dari alif…sampai ya..dari awal…hingga mengerti..hingga..penulis mahukan itu..tersekatkah..??kita tak sefikrah..kita sebenarnya mahukan kedaulatan ISLAM.,,,payahnya kita nak bersatu sebab apa ya??
Duduklah diruangan ini mengajar dari awalnya..JAGA DIRI..bagaimana ya??bentuk kan dari awal..bagaimana ya?
Penulis benar-benar cemburui pada kenyataan..yang katanya kita tak boleh bergabungan sedangkan kita mahukan perkara yang sama..penulis tak suka membuang waktu yang kita bertelingkah pada urusan itu..sedangkan tiada tindakan yang mengubahnya..hanya letih berbicara..masing-masing mahu mempertahankan apa yang dibawa..tiada titik pertemuan. Cuba cari persamaan antara kita ceritakan tentang dirimu..dengarkan pula dari pas(bukan penulis)..kemudian kita bicarakan apa yang kita bezakan..kita perbetulkan..sebab kita nak yang 1…tujuan kita sama..itu solusinya..jangan biarkan analogi rumput pula terkena racun..memakan orang yang kita sayang…melepaskan orang yang kita mahu dia bersama kita…
Dari adam dan hawa…tiada yang mulia..kita semua sama melainkan taQwa yang bezanya..ajarkan penulis makna…itu dan ini..penulis buta akannya…penulis masih bertatih meskipun usia makin memamah. Ruginya hidup ini andai setiap langkah hanya kosong…usaha…penulis berusaha..tengah berusahalah ini.pembimbingnya …emm..(tiada masa sebenarnya,sebab terisi dengan usaha tiada Nampak bayangnya)
p/s:anda telah membuka hati,fikiran..untuk urat otak ligat gerak, terima Qas3h..sesiapa yang tidak berterimaQas3h kpd manusia yang telah menolongnya…dia tidak berterimaQas3h pada Allah…Alhamdulillah…syukur..andai ada titik pertemuan yang penulis arju minallah…lemahnya diri ini dalam bicara..itu diri ini yang kurang..maaf andai penulisan ini telah menguris calar iman anda bergelar orang yang soleh…
inniakhofullah@butterwrdfly

Selasa, 23 Oktober 2012

jadikan aQu yang pertama..

Bismillah...



kali ini, sebelum penulis balik kampung..nak raya haji...bukan nak cerita pasal tu..sebab dah ramai ceritanya..tak cukup lagi kah...??

yang penting pembaca ambil pengajaran dari apa yang ada pada aid adha ni.

"awak sudi jadi madu saya tak?" pelawaan kawan yang masih belum berkahwin...

"emm nanti sya fikir dulu..kenapa ye..??boleh jugak saya jadi madu awak" balas Qu dengan nada bergurau..

 "cincin tu dia kasi duakan..kasi kat saya satu awak sanggup tak?saya nak pinjam sampai petang ni boleh?"kata Qu sambil menarik tangannya..dan mencabut cincin tu dari jari yang halus tu..

dalam minda saja nak tengok apa rasanya seorang perempuan apabila melafazkan itu..adakah lahir dari hati mahu pun bibir..

penulis pakai cincin itu..sesekali dia menjeling cincin yang berada dijari penulis...jelezz la tu..(hehehe)

ini baru berkongsi cincin..hati??sanggupkah..


itulah al-kisahnya..

bagi penulis sendiri bukan menolak poligami..tapi bagi penulis biarlah istilah kedua tiada dalam hidup ber'honey'...(wah ungkapan cinta tu)

perit la pulak rasanya bila sebut honey sebab selalu makan honey..tutp rasa juga pahit dihujung..biasalah tu hidup pastinya ada dugaan..

pernah suatu ketika roomate bertanyakan mahukah hidup bermadu?

penulis menjawab...saya izinkan jika..saya tidak mampu lagi berupaya untuk berkhidmat pada suami...sebab pernikahan itu bukannya untuk kita tapi untuk agama..TANGGUNGJAWAB itu penting..

tapi mahu..p..e...r..t..a..m..a..yang hadir dalam kehidupan baru bergelar 'tabir..pintu..tirai..apa-apa lah istilah untuk perkahwinan.

emm tak nak guna lah istilah nombor tu..sebab tak minat matematik...

malas dah bercerita..harap pembaca mampu ambil pengajarannya..

aQu insan biasa..

yang mahukan rasa..

untuk dikongsi citarasa..

namun..


aQu cemburui..

jika hati ini sangsi..

dengan setiap kongsi..

tanpa diadili..

mengertikah engkau..

perasaan ini..andai saja..

dirimu melihat aQu dengan lelaki lain..

pastinya ada rasa itu..

tapi tidaklah kau kata..

kerna aQu milikmu

ya pasti hanya hati ini milikmu...

setianya aQu dengan lafaz yang terucap..

setia jualah engkau..dengan janji terikat..

kerana Allah pasti melihat..

setiap tingkahmu..


p/s: tak tau sanggup tak ni =,='....hohooo..

inniakhofullah@butterwrdfly

Sabtu, 20 Oktober 2012

~nota sepi~


Bismillah

Dah lama rasanya penulis bersembunyi disebalik tirai kehidupan bergelar diri seorang hamba. Alhamdulillah sepanjang perjalanan penulis sampai jua ke hari ini dengan baik. ia bermula segalanya dari mind set kita. Mahu apa untuk hari ini..terdetik hati nak bercerita sentuhan yang buatkan penulis dah lama tak menangis “hati keras” mungkin kowt..tapi hanya Allah saja yang tahu mengapa penulis tidak mengeluarkan airmata ini (wah cerita sedey pulak ye).


“ustazah..ustazah..saya nak baca ini,” amira (anak kecil yang berumur 8 tahun) menunjukkan buku iQra’.


Panggilan itu tidak layak untuk diri ini yang masih kosong dalam diri. Amira anak kecil yang tinggal dirumah anak yatim…Baitul Cakna,Terengganu…Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan untuk ke sana setelah berkali-kali ter cancel..
Anak-anak kecil biasalah mahukan perhatian, mereka lebih-lebih lagi..tidak cukup rasa yang seperti anak-anak lain. Alhamdulillah…

Mereka benar-benar aktif. Terkadang tak sempat nak gapai ‘harapan’ mereka untuk sentuhan itu. pertama kali…

Apa pun yang penting..agama..mereka perlu di didik dengan suasana agama….dengan agama yang haQ lah mereka mampu hidup..penuh dengan pemerhatian Qaseh sayang daripada Allah…
Cukuplah untuk itu saja mampu mengarap..kerna hati ini tidak sanggup lagi untuk berbicara tanpa kita sendirilah yang merasainya..rasailah getaran ini pembaca…sudikanlah kalian untuk menjengah mereka..didik hati mencintai manusia lain yang kita sering lupa kehadirannya.


nota kecil hati: suatu hari nanti penulis akan bawa bakal anak-anak penulis ke sana..biar mereka merasai erti syukur dalam bersederhana (harapanQu bakal zauj) bersaksikan ini penulis catatkan sebagai peringatan diri ini yang sering lalai.

T_T 
p/s: masih ada yang sayang..hati ini telah 'kau' curi..

inniakhofullah@butterwrdfly

Selasa, 16 Oktober 2012

cuba..meskipun tak sempurna..

10 Ciri-ciri Peribadi Muslim-Hasan al-Banna

Hasan al-Banna adalah tokoh besar dalam sejarah dakwah. Beliau pernah menggariskan 10 ciri-ciri penting dalam usaha pembentukan peribadi Muslim. Moga Allah sentiasa merahmati beliau dan memberi kekuatan untuk setiap dai yang mengambil suntikan motivasi perjuangan beliau. Semalam saya telah turun berkempen. Berkempen kepada anak-anak didik saya. Berkempen untuk dipraktikkan 10 ciri-ciri peribadi Muslim. Berkempen untuk melahirkan peribadi-peribadi unggul, yang bakal mencorakkan masa depan ummah dan negara....

Saya telah berkempen di sini hampir dua tahun, langkah seterusnya adalah untuk melihat kefahaman ini diterjemahkan, diparaktikkan dengan semaksima yang mungkin...

10 CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM

1. Salimul Aqidah.

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya:'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah sallallah ‘alahi wasallam mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul sallallah ’alaihi wasallam yang penting, dalam satu hadisnya; beliau menyatakan: 'solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul sallallah ’alaihi wasallam yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq.

Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah sallallah ’alaihi wasallam ditutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur'an, Allah berfirman yang artinya: 'Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim, dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim selalu dalam keadaan lemah dan kesakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk perkara yang penting, maka Rasulullah sallallah alaihi wasallam bersabda yang artinya: 'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri.

Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fathonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: 'pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.'Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Untuk itu seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Biasakah kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang ertinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapatmenerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi.

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada dengan seseorang itu berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah sallallah ’alaihi wasallam bersabda yang artinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun 'ala Waqtihi.

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah s.w.t banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.' Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi sallalla ‘alaihi wasallam adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syu'unihi.

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama,maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kesinambungan dan penguasaan ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun 'alal Kasbi.

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Naafi'un Lighoirihi.

Bermanfaat bagi orang lain (nafi'un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.

Jazakumullah Khairan Kathira!


 Rujukan :  http://pewariskecemerlangan.blogspot.com/2008/10/10-ciri-ciri-peribadi-muslim-hasan-al.html


dia yang MAHAL...insya-Allah.. e_e
inniakhofullah@butterwrdfly

Khamis, 11 Oktober 2012

~* MANISNYA IMAN, INDAHNYA PERNANTIAN *~


Jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah...

Demi ALLAH, dia tidak datang Kerana kecantikan dan ketampanan, kepintaran ataupun kekayaan..
Tetapi ALLAH lah yang menggerakkan HATI.. hatimu dan hatinya.. ♥

Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dan kunci ''hatimu'', ALLAH akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang TEPAT..

Yakinlah padaNya.. InsyaALLAH..
 
inniakhofullah@butterwrdfly

itulah aQu

Bismillah...

tidak membaca..makna tidak menulis..meskipun tulisan itu dapat terukir dengan pengalaman yang terselit. betapa diri kita memerlukan sesuatu titipan ilmu. bercakap..bertanya bila kita cemburu..yang cemburu.."mencemburui kenyataan"

a: awak..kenapa awak tolak cinta saya?
b: (ish tak faham bahasa la dia ni) saya tak boleh go on dengan awak.

pernahkah anda mengalaminya??tak mengalami pun tak pe apa yang ..tapi pernah dengarkan..

si A..bukan tidak menerima kenyataan..tapi dia nak tahu mengapa dan apa jawapan yang masih tergantung..si B pulak janganlah nak perasaan bila di tanya begitu..si A tu bukannya terhegeh2 sangat dengan si B tapi dia hanya pelik..itu je..

kita mudah terprasangka dengan apa yang persoalan terjah. yang problem nya bila prangsangka itu tidak ditanya..hanya diam membisu....

p/s:entah apa la yang penulis nak bagi tau pada pembaca..pembaca tak nak tanya ke..hehe..sebenarnya penulis mahu pembaca banyakkan bertanya berbanding berdiamkan diri..sebab bimbang orang akan kata kita "TAK FAHAM KA...LEMBAB LA"jangan menerima saja apa yang berada didepan mata tanpa berfikir apakah ia..bagaimana..mengapa..

OK la sikit saja titipan kali ini sebab penulis ni malas membaca...malas membaca tumpul otak nak bersuara lantang...

u_U' 

"mata dah letih..sangat letih..otak pula resah..untuk tahu..sEMANGAT ITU KEKUATAN YANG PALING kuat..." anak kecil la biasanya mengerti apa yang dimaksudkan "cemburu pada kenyataan" belajar ari mereka..luv u kids
                     inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...