akhir-akhir ini ana temui ramai..
ramai daie lari...
ana tercari-cari di mana puncanya..
setelah itu ana temui..
buku lama fathi yakan..
di dalam merungkai segala-galanya yang selama ini para daie
tertanya setiap persoalan ini ada pada buku ini..
وََلنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعَْلمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْ ُ كمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ َأخْبَارَ ُ كمْ
maksudnya:" Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami
tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang
yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat
mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Surah
Muhammad, Ayat: 31)'''
Allah..menjelaskan lagi pada para daie
Allah berfirman:
إِ ْ ن يَمْسَسْ ُ كمْ قَرْحٌ َفَقدْ مَسَّ الَْقوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ اْلَأيَّامُ نُدَاوُِلهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعَْلمَ اللَّهُ الَّذِينَ
ءَامَنُوا وَيَتَّخِ َ ذ مِنْ ُ كمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ َلا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ .وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَيَمْحَقَ
الْ َ كافِرِينَ .
Yang bermaksud: Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka
(tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu
telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar)
dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa
kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya
menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orangorang
yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah
menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan
(ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya
Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan
membinasakan orang-orang yang kafir. (Surah Aali Imran, Ayat: 140 - 141).
ingatlah para daie jangan pernah tinggalkan dalam setiap langkahmu ke jalan jihad dengan nama Allah
kerana setiap langkah kita pasti ada rintangan yang amat berat untuk kita hadapi sendirian tanpa beklaan apapun..
bersedialah antum dengan segalanya cobaan kerana jalan yang kita lalui ini..
tidak dihamparkan karpet merah..
wang berjuta-juta..
ada penghawa dingin setiap tempat..
tapi jalan yang kita lalui ini penuh duri..
harta sentiasa habis..
sentiasa dengan panas terik..kadang-kadang disimbah hujan..
kerana..
syurga itu harganya terlalu bernilai..
Allah s.w.t berfirman:
وَنَبُْلو ُ كمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنًَة وَإَِليْنَا تُرْجَعُو َ ن
Yang bermaksud: Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah Al-
Anbiyaa', Ayat: 35).
Allah s.w.t berfirman lagi:
َأحَسِبَ النَّاسُ َأ ْ ن يُتْرَكُوا َأ ْ ن يَُقوُلوا ءَامَنَّا وَهُمْ َلا يُفْتَنُو َ ن
Yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)? (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 2).
ingat ini untuk kita bersama ana harap para daie yang belum habis baca buku ini bacalah dan hayati...takbir..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan