Bila buka blog2 sahabat rasa diri ini masih kurang ilmu untuk berkongsi sesama saudara..tapi mengingatkan ‘ilmu walaupun yang sedikit harus disebarkan’ membuatkan diri ini rasa tercabar untuk senantiasa menambah dan berkongsi walaupun ‘setitis air(ilmuku) dari laut(ilmu Allah)’.
Kali ini ana ingin berkongsi pengamalan mungkin para sahabat pernah mengalaminya seperti ana.
Bismillah..kisah bermula di stesen bas Pasir Mas..
Pada ketika itu ana bersama 2 org sahabat yang masing-masing ingin pulang ke destinasi masing2. Semasa mencari tempat duduk mataku terlihat seketika pada seorang lelaki yang dalam lingkungan 30-an kerana dia melihat kami bertiga aneh..entahlah apa difikirannya, ana tidak menghiraukannya. 5 minit kemudian bas untuk ke destinasi ana tiba..kebetulan pada ketika itu juga bas destinasi sahabat ana pun sampai..kami berpecah.
Pemandu bas yang ana naik turun sekejap dari bas, pintu masuk terbuka..perkara ni biasa bagi destinasi ana yang jarang orang naik kerana jalan yang di laluinya jauh di samping tu ada bas yang destinasi yang sama tapi short cut..ana pilih tempat belakang walaupun di hadapan masih kosong kerana ada suatu peristiwa yang pernah berlaku pada ana insya-Allah suatu masa ana akan ceritakan. Lama sungguh ana duduk di dalam bas. Sehinggalah…lelaki itu muncul atau lebih baik ana panggil pak cik.
Dia duduk di hadapan kerusi ana duduk. Ana pun hairan kenapa dia duduk belakang sedangkan tempat duduk di depan masih ada yang kosong. Dalam fikiran terhenti di situ tak mahu think negative. Ana buat keputusan untuk duduk di depan sementara sebab jap lagi senang dapat buat bayaran terus.
15 minit kemudian pemandu bas itu pun sampai.. setelah buat bayaran ana mengambil tempat belakang tadi. Pak cik itu memulakan bicara menanyakan ana buat apa di Pasir Mas..ana menjawab dengan ringkas. Kemudian dia menyoalku kembali apa makna surah Al-Fatihah..? bunyi enjin bas menyebabkan ana kurang dengar dan menyuruhnya mengulang kembali..Alhamdulillah..ana dapat jawab soalan yang di Tanya tapi kurang memuaskan hatinya kerana dia mahu setiap satu perkataan makna..tapi ana jawab berdasarkan ringkasan ana. Dia beritahu ana harus bersyukur kerana tahu apa maknanya kerana ana bersekolah di sekolah agama (arab) dia menambah lagi pada bicaranya betapa dia kecewa akan betapa ramai lagi remaja yang tidak tahu makna dalam bacaan solatnya apatah lagi ada ramai tidak tahu untuk solat…Masya-Allah..
Bila dia beritahu bahawa dia tahu tentang diri ana..ana terkejut..dalam diri ana terfikir adakah dia dlm kalangan orang yang boleh baca fikiran manusia lain..tangan kaki jadi sejuk padahal aircond bas tidaklah terlalu kuat…
Besambung..insya-Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan