Halaman

Jumaat, 4 Disember 2009

we love Tok Guru

Bismillah..


Alhamdulillah.. kemarin ana dapat mengikuti himpunan beramai-ramai atas
sokongan kepada pimpinan Tok Guru yang bertempat di Medan Ilmu KB. Jiwa ana begitu tersentuh apabila
mendengar kata-kata ikhlas daripada kaum lain yang mana mengatakan 'kami aman' dibawah pimpinan Tok Guru. Begitu indahnya di bawah naungan syariat Islam sehinggakan agama lain pun merasa aman bersama naungannya.

lebih 10,000 orang yang menyertai himpunan ini dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa dipaksa. Rasa bangga lagi apa bila ana melihat kelibat pak cik tua yang bertongkat memakai kain berwarna merah diikat atas kepala 'we love tok guru' begitu bersemangat walaupun sudah tua tapi semangat masih membara seperti anak-anak muda.Walaupun hujan sekejap-sekejap yang membasahi Medan Ilmu semasa berhimpunan diadakan orang ramai tetap tidak berganjak di tempat masing-masing sehinggalah tamatnya majlis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...