Halaman

Ahad, 9 September 2012

tanggung...dan jawab...


Bismillah..

Dalam lingkaran yang jauh dari keluarga mungkin salah satu yang membuahkan kekuatan unutk mencetuskan rasa kasih syang berlainan jenis..selain FITRAH itu memang suatu kemestian dalam hidup bergelar manusia. Pasangan kekasih yang sedang berdua-duan tanpa segan silu di kafe meskipun dalam tempat terbuka seperti pasangan yang sudah bernikah mencuit tangan untuk mengarap.

“kalau rindu yang datang tanpa menikah itu berbeza dengan rindu yang hadir selepas ada ikatan yang sah”- kata pensyarah penulis yang mengajar dalam subjek keluarga dan kekeluargaan.

Bila di tanya mengapa, jawapannya… “rindu sebelum nikah itu ‘GALOKS’(dalek Terengganu,maksudnya untuk suka2) rindu selepas pula adalah tanggungjawab”

Dari sini mungkin timbul rasa keliru..apakah benar(yang ber’couple’) mempunyai rasa tanggungjawab…

Ramai yang kata ‘’mahu menikah dengannya”..namun berapa ramai yang berfikir..”APA TANGGUNGJAWABNYA”…

BERSEDIAKAH anda? Untuk menerima tanggungjawab ini yang diamanahkan oleh Allah..?
Rasa cinta itu terlaksana dengan pelaksanaan tanggungjawab, mengertikah apa tanggungjawab yang bakal dihadapi?

Katanya mahu cinta sampai syurga tapi nak melakukan ke arah itu tiada, mana tidaknya..berhari-hari berdepan dengan murka Allah..

Pernahkah terfikir soal kasih yang sudah halal bagi kita berjalan dengan lancar..?? contohnya..DENGAN IBUBAPA..ADIK BERADIK…  itulah antara tanggungjawab..
Perkahwinan bukan suatu mainan anak kecil ‘pondok-pondok’ tapi suatu binaan yang penuh tanggungjawab dan berterusan..sampai ke syurga..bukan sekadar memuaskan hanya di dunia sahaja.
Belajarlah dahulu bertanggungjwab pada kelompok yang kecil..bila dah ada kemampuan barulah mula beralih ke tanggungjawab yang baru. Tapi perlu DINGATKAN bila beralih..tanggungjawab yang lama jangan ditinggalkan, bila kalian meninggalkkan beerti anda telah gagal…dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Sebenarnya dalam syariat Islam telah mengajar caranya mengatur FITRAH sebaikknya, kita inilah yang kena RAJIN2 mentelaah..memahami..melaksanakan..insya-Allah segala urusan dipermudahkan.



Hati ini,
Tidak pernah terdetik..
Rasa rindu yang tidak halal,
Mencurahkan rasa pada yang bukan haQ,
Jika ada,
Itu hanyalah khayalan..
Yang tak perlu dilayan..
Kerana telah berjanji..
Bersedia hanya pada yang bertanggungjawab…
Tanggungjawab itu berat,
Namun kerana Allah..
Ia terlaksana..
Cinta sampai syurga..


jaga diri dan hati betul2...
^_^
inniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...