Halaman

Rabu, 22 Ogos 2012

~dont let me g0~


Bismillah..
Terkenangkan seseorang yang telah kematian ayah bondanya tercinta, rasanya tahun ini mereka sekeluarga beraya tidak seperti tahun yang sebelumnya. Kesedihan terpancar dari riak tulisannya yang penulis terbaca dari laman fbnya. Namun penulis dapat merasakan mereka  tabah dalam meraikan hari yang bersatunya sanak saudara, yang jauh didekatkan..yg dekat dieratkan. Penulis tak mahu bercoleteh panjang tentang mereka kali ini tapi, dari itulah inspirasi untuk penulis mencoretkan rasa ini untuk dikongsi asbabnya(sebabnya) ia juga ada kaitan dengan kita sebagai manusia. Teringat dengan kata2 dari mak penulis semasa menziarahi sanak saudara “mak nak anak-anak mak kenal dengan saudara mara kita yang jauh-jauh,nanti mak tak mahu hubungan ini terputus kalau mak dah tak de, ramai yang sekarang bila mak ayah dia meninggal..anak-anak dah tak kenal,ziarah mereka yang ada, sayang terputus macam tu je”. Terfikir sejenak bahawa itulah kita anak muda zaman sekarang termasuklah penulis yang mengambil mudah perkara ni, masa melawat mereka time raya, hanya kenal rupa,nama lepas tu hanya tinggal ingat-ingat lupa..nama pun dah tak kenal. Sakit pening mereka pun tak tahu. Teruk benar kita hari ini bergelar anak muda yang sibuk dengan aktiviti kita. Cubalah dekati mereka, biarlah mereka tak kenal pun dengan kita buat masa ini tapi kita kenalkan diri kita ni siapa..anak siapa..apa hubungannya..pergi lah tempat di mana ayah bonda kita pernah bawa sebelum ini. Jika ada yang ego,ingatlah ego itu sekejap Cuma.bertahanlah dengan karenah mereka. Takkan kerana terasa je,dah tak nak berhubung lagi.
Ingatlah kita ini sebenarnya memang saudara dan kita punyai keluarga yang besar..besar sangat, dan untuk jaganya semua tak sempat seluruhnya, yang dekat..cubalah untuk kasih..  yang jauh dirindui lagi dikenang..berhubunglah selalu. Muka tak malu..malu ker??hihihi (bgtau dlm hati sayang,rindu,dan hubungan ini kerana Allah) mula-mula malu..lama-lama..biasa la tu, lunturkanlah rasa yang tak tenang resah itu, insya-Allah pasti Allah akan permudahkan urusan kalian. Bila kita lakukan kerana Allah..yakinlah yang Dia pasti ada menolong untukmu..


Seseorang..

Jangan bersedih hati tahun ini..

 Kerana tiada ayah dan bonda..

Curahkan kesepian hidup itu..

Dengan ukhuwah fillah..

Siapa yang pernah bersilaturahim,

Oleh abah dan mak suatu ketika dahulu…

Kerana,

Hari ini diri ini telah melihat..

Suatu tangisan rindu dari dia..

Dan tangisan itu..Terubat
  
dengan kehadiran diri ini dekatnya..



^_^
 sama-sama beramal…sama-sama beringatinniakhofullah@butterwrdfly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...