Bismillah…
Lampiran ini sebenarnya untuk yang tersayang. Walaupun ianya
tercatat di blog, tetap terselit di hati. Penulis mahu semua tahu bahawa dia
adalah abang yang penulis sentiasa hormati, rasa kasih ini bukan dipaksa dengan
ikatan namun ia terlahir atas dasar cinta yang telah ditanam kerana Allah.
Cinta yang telah abang pamerkan kerana cinta membuatkan diri ini sentiasa
senang dengan abang.
Coretan hati:
Abang,
MasihQu ingat saatnya,
Membonceng basikal buruk,
Abang membawaQu suatu tempat,
Meskipun rasa berat nak melangkah,
Kerana mahu main-main saja,
Abang mahuQu terisi dengan asas agama..
Namun kerana pujukan abang..
Akhirnya diri akur,
Abang,
Masih segar dingatanQu,
Abang membaca al-Quran dihadapan tok guru,
Ketika itu sungguh asyik Qu lihat..
Bibirmu lancar membaca hafalan al-Quran,
Abang,
Ketika melangkah masuk ke alam persekolahan,
Ketika diri ‘dibuli’
oleh jejaka-jejaka kecil
Abang lah hero dihatiQu..
Sehinggakan jejaka itu takut untuk mendekat,
Abang,
Ingatkah lagi pernah menjahit,
Tudung yang tertutup mengikut syariat,
Ianya masih utuhQu pakai sehingga kini,
Abang,
Walaupun jarak jauh,
Pernah memisahkan kita untuk berkongsi rasa,
Abang tetap bertanyakan tentangQu,
Pernah diri terasa tidak bermaya saatnya kita berjauhan,
Namun abang tak pernah lekang menasihat,
Memberi ubat semangat di jiwa,
Abang,
kini dirimu sudah@bakal..
bergelar suami orang,
aQu mengharapkan cintamu itu,
tak pernah pudar,
kerana seseorang yang telah hadir dalam hidupmu,
mampu mengisi ruang fitrahmu,
Abang,
Jangan di lupa ayahanda dan bonda,
Masih dalam tanggunganmu,
Mereka adalah amanah Allah untukmu,
WalaupunQu tahu mungkin ianya berat,
Namun gagahilah dirimu,
Sebagaimana dulu,
Dirimu gagah menjadi ‘Hero’Qu,
Jadilah pula ‘hero’ di mata,
Pendamping hidupmu,
Mereka pasti memahami dirimu..
Coretan hati ini ada kaitannya buat insan yang bergelar
ar-rijal(lelaki). Bait-bait yang terukir ini penulis menyusun dari peringkat
asas peranan antum wahai qawwam. Kalian adalah imam yang sentiasa menjadi
pelindung bagi nisa’ @mar’ah @ perempuan.. segagah mana pun dirimu namun hatimu
pasti terkadang akan lemah dek kerana mar’ah. Jadilah hero yang mampu
menegakkan syariat Allah bermula dari keluarga ayah bondamu..kemudian keluarga
yang sudah @bakal kalian jadi nakhoda pelayaran. Pandulah ianya dengan penuh
keimanan rasa cinta kerana@kepada Allah,nescaya mar’ah akan tenang disampingmu
akan redha dengan apa yang terOmbak dalam lautan ujian. Jangan pernah rasa
bahagia jika dirimu sentiasa mencari redha manusia nescaya kebahagian yang
dirmu harapkan pasti hancur.
~bahagiakan diriQu dengan cinta Ilahi~
^______^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan