rasa benar2 ingin menitip sesuatu utk semua...mungkin suatu hari nanti akan terkena pada diri kita...belum pasti..
tynlah,kongsilah kepada sesiapa pun yg anda percayai.tapi akhirnya kpd Allah jualah kita berserah dirikan..???
* * *
“Apabila datang meminang kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.”
susahnya nak hadapi getiran dihati...di paling ke kiri di kanan berbisik..dipaling ke belakang di depan pula mencuit...
nasib badan...sekarang Allah sedang menguji hatimu...
"debor ase" slang terengganu menggangu fikiran...
"akak camner nk hadapi mslh nie" tyn 'syuhada'(nama sandaran) ttg pendapat dr kak senior..
"kalau org yg soleh,susah juga kita nk tolak, pe yg perlu buat istikharahlah..di situ ad jwpnnya"
* * *
apa yg nak di'kabo'kan kat sini keputsan yg terbaiek dari Allah, sejauh manapun kita menolak sesuatu mslh i2 akan datang menerjah di ruang lingkup 'udara' fikiran...
bila mana kita dah berserah pasti jwpnnya kita ikhlas...
jgn terus menerima @ menolak..tp minta dulu ditangguhkan utk minta nasrullah...
kalau di terima secara bulat2..rugi... di tolak...pun rugi...
bila dah ada cara yg baik maka mintalah petunjuk Allah...
* * *
Ok camni, untuk berumahtangga perlukan persediaan yg rapi dari segi mental dan rohani. Perlukan persiapan diri untuk melayari bahtera. Kalau masa yg muda ni diperuntukkan untk habiskan dan focus ada belajar, mita tangguh dahulu pada satu masa yg rasa sesuai dan diizinkan. bukan bermaksud menolak, tapi minta untuk tangguhkan.
Seeloknya tanya pendapat ibu ayah camana. Keputusan ibu ayah lebih tepat dan mereka lebih tau apa yg terbaik untuk anak mereka. Redha Allah di bawah redha ibu bapa.. Jodoh itu urusan dan rahsia besar Allah. Istikharah, mohon keputusan dari Allah.. -mesej dr seorg teman syuhada...
* * *
amboi...kalau msk istikharah jer,,,terus nk msk bab utk pilih pasangan hidup...
gedik tol...!!!
tak semestinyer.. sblm exam ke...hari2 pun blh buat sbb nk mdptkan petunjuk dr Allah setiap derapan langkah harian kita..tiap keputusan sesuatu...
blh la istikharah..bukankah setiap keputusan i2 berkaitan dgn hidup kita...
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama,
sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ
،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ،
وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ،
اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
............ خَيْرٌ
لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ
كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ
أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ
كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
"Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan
saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang
baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu."
........
HARAMKAH aku rela hatiku jatuh cinta...
HARAMKAH aku rela hatiku menunggunya...
aku MANUSIA biasa...
Allah jagalah hatiku agar tidak melanggar..
aku ingin cinta yg HALAL...
dimata DUNIA jua AKHIRAT...
tak mungikn aku BERDUSTA pada cinta ini...
p/s:petikan lagu halim devotesss tetiba muncul dlm fb..
^_^
selamat beramal...
inniakhofullah@butterwrdfly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan