Dalam penglihatanku, aku melihat daun yang mempunyai pelbagai bentuk . Ada yang besar ada yang kecil. Warna daun bukan sekadar hijau ada merah,kuning, coklat. Kemudian pengalihan penglihatanku pada tanah walau pelbagai nama di gelar namun hakikatnya ia sejenis yang sama..
Banyak lagi perkara jika kita boleh melihat,air…isi dalam air…
Kemudian aku berfikir cipta Allah mengingatkan aku agar tidak memandang rendah pada orang lain dan tidak pula terlampau mengangumi orang kita Nampak lebih hebat dari yang lemah.
Seperti yang ku lihat daun,air,pasir, mempunyai pelbagai fungsi walau dalam jenis yang sama,begitu juga manusia.
Kadang –kadang ku sedih sendirian melihat mereka memandang rendah pada yang mempunyai daya yang rendah. Sedangkan mereka tidak melihat bahawa sesiapa jua di atas muka bumi ini mempunyai bakat yang tersendiri, umpama semut kita kadang melihatnya sebagai perosak namun hakikatnya,kalau semut-semut tidak makan sesuatu yang buruk seperti daun yang hampir reput di mamah usia,ai membusuklah daun tu bila dibasahi oleh hujan berlampukan cahaya matahari.
Sesetengah ibubapa bila anak-anak nak memilih kos dalam bidang yang diminati…dibangkang..
Ambil kos doctor la..jurutera la..
Si anak pula yang terpaksa menanggung beban..ada yang berjalan di sekerat jalan bagi yang Berjaya menghadapi tekanan dalam tempat kerja,
“tak best jadi doctor,tiada life langsung”
“on-call,on-call”
Sampai satu saat kerajaan terpaksa membekukan kos perubatan sebab terlalu ramai yang mahu jadi DOKTOR…
Cara ideology kanak-kanak juga terbantut pemikiran..
“tengok doctor..ada rumah besar,kereta besar..”
Bila di Tanya nanti besar nak jadi apa..DOKTOR jawab mereka
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai minda yang kreatif..tengok saja gelagat mereka,bemain masak-masak,dalam lukisan..
Sampai dewasa,ada pelbagai tahap manusia..ramai persaingan..
Ideology dari kecil akan menghantui masa dewasa mereka…
Kita nak salahkan siapa jika kita sendiri di ‘Ideology’ kan sebegitu rupa,
Fikir-fikirkanlah bersama…
Jurutera yang hebat membina bangunan-bangunan yang canggih dari hasil tangan orang-orang di pandang rendah kerana gaji mereka yang ciput…
Orang-orang yang hebat ..kalau diteliti orang2 yang biasa2 saja dibelakangnya bertungkus lumus..
Penat lelah mereka haruslah dihargai sesekali,jangan terlampau sombong jika kita diatas kiranya orang yang dibawah kita pandang hina pada mereka tiada ertinya kalau diatas kerana bermegah yang bukan milikmu sendiri..malulah pada diri sendiri…
Dari bait-bait madah ini terfikir dalam hati bahawa mengapa Allah menciptakan orang miskin dan kaya…tak kiralah dari segi ilmunya…hartanya…ini kalau diciptakan semuanya sama..maka tiada bezanya…begitu membosankan dunia ini..,asbab itu janganlah merungut andai kita tidak memiliki apa yang diingini dalam pandangan manusia tapi kesal..lah kiranya kita tak menghargai apa yang kita ada mana tahu apa yang kita miliki sebenarnya boleh membuatkan kita hebat antara yang hebat…banyakkan melihat diri dari dalam diri bukan luar diri bila kita lihat luar diri maka kita akan melihat diri orang lain menyebabkan kita kecewa dengan diri sendiri..betapa lemahnya terasa pada saat itu…ish…..nak bangkit pun susah…
Kesempatan itu masih ada padamu jangan looooook back…you great dear…perkara yang melemahkan adalah melemahkan diri sendiri..dont ever think about the other mind but your mind….inniakhofullah@butterwrdfly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan