Halaman

Khamis, 26 Mei 2011

Muhammad al-Fateh...


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
 
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh
  
Jangan hanya berani melanggar larangan Allah, memakan benda haram..
 
 
 
Tentera Yahudi pun tidak sanggup makan anjing dan katak
Monyet dipanggang.inniakhofullah@butterwrdfly

Rabu, 25 Mei 2011

'hebat' man

Dalam penglihatanku, aku melihat daun yang mempunyai pelbagai bentuk . Ada yang besar ada yang kecil. Warna daun bukan sekadar hijau ada merah,kuning, coklat. Kemudian pengalihan penglihatanku pada tanah walau pelbagai nama di gelar namun hakikatnya ia sejenis yang sama..
Banyak lagi perkara jika kita boleh melihat,air…isi dalam air…
Kemudian aku berfikir cipta Allah mengingatkan aku agar tidak memandang rendah pada orang lain dan tidak pula terlampau mengangumi orang kita Nampak lebih hebat dari yang lemah.
Seperti yang ku lihat daun,air,pasir, mempunyai pelbagai fungsi walau dalam jenis yang sama,begitu juga manusia.
Kadang –kadang ku sedih sendirian melihat mereka memandang rendah pada yang mempunyai daya yang rendah. Sedangkan mereka tidak melihat bahawa sesiapa jua di atas muka bumi ini mempunyai bakat yang tersendiri, umpama semut kita kadang melihatnya sebagai perosak namun hakikatnya,kalau semut-semut tidak makan sesuatu yang buruk seperti daun yang hampir reput di mamah usia,ai membusuklah daun tu bila dibasahi oleh hujan berlampukan cahaya matahari.
Sesetengah ibubapa bila anak-anak nak memilih kos dalam bidang yang diminati…dibangkang..
Ambil kos doctor la..jurutera la..
Si anak pula yang terpaksa menanggung beban..ada yang berjalan di sekerat jalan bagi yang Berjaya menghadapi tekanan dalam tempat kerja,
 “tak best jadi doctor,tiada life langsung”
“on-call,on-call”
Sampai satu saat kerajaan terpaksa membekukan kos perubatan sebab terlalu ramai yang mahu jadi DOKTOR…
Cara ideology kanak-kanak juga terbantut pemikiran..
“tengok doctor..ada rumah besar,kereta besar..”
Bila di Tanya nanti besar nak jadi apa..DOKTOR jawab mereka
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai minda yang kreatif..tengok saja gelagat mereka,bemain masak-masak,dalam lukisan..
Sampai dewasa,ada pelbagai tahap manusia..ramai persaingan..
Ideology dari kecil akan menghantui masa dewasa mereka…
Kita nak salahkan siapa jika kita sendiri di ‘Ideology’ kan sebegitu rupa,
Fikir-fikirkanlah bersama…
Jurutera yang hebat membina bangunan-bangunan yang canggih dari hasil tangan orang-orang di pandang rendah  kerana gaji mereka yang ciput…
Orang-orang yang hebat ..kalau diteliti orang2 yang biasa2 saja dibelakangnya bertungkus lumus..
Penat lelah mereka haruslah dihargai sesekali,jangan terlampau sombong jika kita diatas kiranya orang yang dibawah kita pandang hina pada mereka tiada ertinya kalau diatas kerana bermegah yang bukan milikmu sendiri..malulah pada diri sendiri…
Dari bait-bait madah ini terfikir dalam hati bahawa mengapa Allah menciptakan orang miskin dan kaya…tak kiralah dari segi ilmunya…hartanya…ini kalau diciptakan semuanya sama..maka tiada bezanya…begitu membosankan dunia ini..,asbab itu janganlah merungut andai kita tidak memiliki apa yang diingini dalam pandangan manusia tapi kesal..lah kiranya kita tak menghargai apa yang kita ada mana tahu apa yang kita miliki sebenarnya boleh membuatkan kita hebat antara yang hebat…banyakkan melihat diri dari dalam diri bukan luar diri bila kita lihat luar diri maka kita akan melihat diri orang lain menyebabkan kita kecewa dengan diri sendiri..betapa lemahnya terasa pada saat itu…ish…..nak bangkit pun susah…
Kesempatan itu masih ada padamu jangan looooook back…you great dear…perkara yang melemahkan adalah melemahkan diri sendiri..dont ever think about the other mind but your mind….
inniakhofullah@butterwrdfly

Khamis, 5 Mei 2011

lukisan nadi


Buah fikiran terasa mengelegak,airnya macam nak keluar dari hujung jari jemari,sudah tiba masanya pula jari ini meng‘exercise’kan  otak yang ‘berlemak’ untuk keluar ‘peluh’ makin disimpan, alamak.. ‘obesiti’ pulak nanti.
“did you happy if give up with this problem...?”
 mesti ramai yang jawap “no”dengan mulut bagai cawan terbalik,riak wajah pula tunduk kesedihan.
 Jadi apa solution yang kita patut ambil.
...that’s right “solution”...
 Kadang-kadang kita hampir terlupa kebanyakannya always think of problem if waktu amat tersepit bagai batu besar yang menghempap dada terasa sesak sukar bernafas. Kepala macam nak pecah je asyik bak kata orang kedah “dok pikiaq masaaloh,masaloh,masaaloh” sampai demam dibuatnya.  Teringat bait-bait hubbu akhi dikala diri dirundung pilu...”jangan tunggu pada pintu yang tertutup padamu tapi pergilah pada pintu-pintu yang masih terbuka untukmu...”kata-kata ini akan sentiasa tersemat dalam hati [thanks brother]. Kita masih ada ruang dan peluang lain,mungkin apa yang kita nantikan itu bukanlah terbaik untuk kita hatta kita terasa it’s the best for me but you must remember that...Allah lebih arif. Biarlah dunia ini mengatakan...”ish ruginya...” “emm tak de peluang dah untuk hang lepas nie...” “abislah hang..”
teringat pula
 “it’s about your ...mind..”
  “lantak pi la depa mau kata apa yang penting,apa tindakkan hang”.
 Disaat diri ‘dicucuk duri’ apa yang ada pada kita dalam mind kita the first thing...emm..apa ye...,
 adakah kesabaran..
.tapi rasanya tak kot...
mungkin,
aduh..”sakitnyo”
keluhan kesakitan maybe it’s biasa for kita tapi yang pertama itulah yang boleh kita lupa sesuatu yang lebih utama...Allah...
keluhan dari hambanya itu merupakan perkara normal tapi kalau keluhan yang merungut..maka seolah-olah bersungut kerana perbuatan-Nya.
             “Barangsiapa yang bersedih kerana kehidupan dunia beerti
                                        dia telah marah pada tuhannya”-[poster yang tertampal dalam bilik]
Ikhlas tidak beerti kita mengalah..
. tapi ikhlas dalam menerimanya dengan mencari jalan keluar “find out way” ingatkan dalam diri hidup ini sering dikecam masaalah..what ever you’re motivated to the other people..hakikatnya kita adalah manusia bersifat lemah..dengan positive thinking that..masaalah sebenarnya untuk buat kita kuat dari kelemahan itulah sebabnya masalah senantiasa bertamu ‘tetamu yang tidak diundang’. Bila dah terasa ‘aman’ from problem jangan sampaikan kata “I’m strong” sombong pulak bunyinya bila ruang dan peluang itu ada...but katakanlah “I’m strong because of Allah..”
Rasanya cukuplah bingkisan kerinduan buat hati dikala hati-hati terasa perit untuk bangkit. Kalau panjang nanti boring pulak pada sohabiah sebab ikut kajian sekarang nie amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dah merosot..jadi jom sama-sama ‘bertanding’ baca buku walau hakikatnya hadiah takkan dapat tapi hadiah yang lebih bernilai iaitu  kayanya dengan pemikiran..”ai baca buku yang kita study,okay pe..dah nama ilmu jugak tu “ ya that’s good but luaskan lagi ‘aura energy’ mind kita.
-tintainniakhofullah-
p/s: asif jiddan kiranya cara penulisan ini macam “nasi campur” saje utk baik pulih pe yang telah lama tinggalkan    
inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...