Ahlan wa sahlan ya akhi ihsan…
Bismillah..
qalamku ingin bermadah kegembiraan bertaut qaseh yg menumpang secebis ikatan kekeluargaan dalam hati..18/8/2011..tarikh keramat kelahiran putra dari Kemboja berusia 19 thn,tiba dalam keluarga kami. Ramadhan yg penuh barokah kehadiran putra bongsu itu tidak ku anggap sebagai adik angkat..tapi adik kandung sendiri(moga Allah memelihara kami agar tidak membawa kemurkaannya)insan soleh ini telah menitiskan airmata bonda tercinta taktala mendengar cerita hajatnya ingin sekali punya qaseh di Malaysia,alunan suara yg penuh kesyahduaan ketika mengimamkan solat,membuatkan bondaku rasa lagi tersentuh…
subhanallah..
jadikan cinta kami bertaut kerana Allah..
pada mulanya kekok,ish susahnya nk dekat dengan saudara baru nie,,,lelaki pulak tu . berbetulan aku tak punya adik lelaki,benar2 melonjat gembira hati ini..ihsan..nama seindah tuan empunya badan,pendiam pelahan bila bercakap namun nada dalam solat akan berubah penuh semangat.
Aku cuba untuk mesra agar dia tidak segan (rasa terpinggir)..
Diri terasa kagum pada anak Kemboja..bila melihat dia sanggup bersusah payah kerana ilmu. Allah mengangkat darjat bagi mereka yg berilmu.ibunya yg sakit tenat merelakan ihsan untuk menuntut ilmu agama di perantauan,anak lelaki sulung ini mempunyai jati diri yg kuat. Tanpa berbekalkan harta yg melimpah diri merantau jauh meninggalkan adik dan ibunya,ayahnya telah meninggal dunia sejak dia berusia 7 thn. Semata-mata kerana ilmu diri merantau jauh dinegara asing..bahasa yg berbeza..
“apa yg ihsan buat kalau tiada duit masa belajar”-bondaku bertanya
“akan pergi Bandar kota baru cuci kain ke..macam-macam”-ihsan
Begitu memiliki hati yg cekal berusaha kerana ilmu,dia benar-benar minat ilmu agama. Moga kesusahan yg dialami,ilmu yg ditagih,berkat diperoleh.
Betapa bertuahnya kita sumber kewangan masih mudah diperoleh namun masih bermalas-malasan untuk menuntut ilmu,alangkah ruginya…
Benarlah kata imam syafie:
‘Seseorg tidak akn Berjaya dlm menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan’
Hati terkedu bila membaca teks dari buku gen-Q 2,kisah yg benar2 berlaku di Malaysia..
‘BOSAN!bukan penting sangat pun subjek tu’-pelajar mengeluh untuk tidak mahu menitik beratkan subjek pendidikan Islam,sampaikan bapa pelajar menelefon gurunya.mengiakan saja kehendak si anak untuk tidak mengikuti subjek itu. Kerana alasannya,kena mengikuti kelas tambahan yg lebih penting utk peperiksaan…
Apa dah jadi ilmu farduain..fardu kifayah..entah yg mana lebih penting,masyarakat keliru,..
Pemikiran manakah anak-anak Islam Malaysia sekarang…Malaysia sebuah Negara rasmi agamanya Islam ekonominya tanpa menyekat,namun generasi akan datang semput ilmu agama,
MALAYSIA..KEMBOJA…
Dua Negara yg masih dalam kajianku…inniakhofullah@butterwrdfly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan