Halaman

Ahad, 13 April 2014

kucing jalanan

dengan nama Allah yang Maha pemurah  lagi Maha mengasihani

pernah kah anda terlihat kucing dijalanan?
banyak dan kerap kot..ada dekat restoran..pasar2...kadang tu datang menghimpit
minta simpati dikelilingnya..

hati saya berdetak melihat kucing jalanan...malam yang gelap..
berjalan dengan selambanya..terfikir..ia binatang..tak punyai akal yang hebat seperti kurniaan kepada manusia..relax saja..tak resah diwajahnya dengan apa yang dihadapan mereka..

malunya dengan makhlukNya..sedangkan aku sebagai khalifah..teruji dengan rasa begitu...=.='


inniakhofullah@butterwrdfly

Ahad, 23 Februari 2014

Bersediakah hidup berkongsi?

 

Perkataan kongsi tu mungkin terlihat perkataan madu agak sensitive buat perempuan. 

Cerita di gerai semasa cuti sem yang lalu,ketika itu kami menjual makanan sunnah :

“cik,madu ni asli ka?”tanya seorang pelanggan kepada kami

“kalau cik nak tau madu ni ori ke tak tunggu suami bawa pulang nanti” sampuk kawan.

Kami hanya saling berpandang dan ketawa kecil.

Perempuan tak dinafikan dengan kecemburuannya yang menebal. Ianya terbukti dengan kisah saidatina Aisyah, apabila baginda Rasulullah selalu saja menyebut nama saidatina Khadhijah sekalipun empunya diri telah tiada, tapi ianya terkawal dengan adanya ilmu pada diri Aisyah.

Sanggupkah kalian perempuan berkongsi?

Suatu masa kamu,perlu berkongsi…sebab suamimu itu bukan untuk mu sahaja..tugasnya meluas.
Harus diingati itu,bersedia memberi titisan semangat dalam perjuangan apa jua bidang yang diceburi..bukan dengan dicemburui…dia ketua…bukan ketua keluarga saja.
Tapi perlu bergiat dalam masyarakat. Mungkin ianya digelar untuk ummah.

#luaskan makna kongsi…bukan pada nilaian ungkapan madu saja

inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...