Halaman

Isnin, 18 Januari 2016

Forever

"Saya ikhlas mencintai kamu

Dan saya harap, kamu tak muncul lagi di hadapan saya. Jika muncul,kamu dalam bahaya"

***

Kepercayaan yang diberi, tapi  dikhianati.. sukar untuk terima kembali..

Hati paling dalam, mencintainya namun.. aku juga perlu menghormati cintanya dia....

Ahad, 17 Januari 2016

Travelog Bibik ke Liverpool

dab-adab bermusafir

Niatkan musafir itu untuk pahala ibadat. Tujuan bermusafir dengan niat yang baik, bukan atas tujuan maksiat.Selesaikan dulu masalah hutang dan mohon maaf dengan orang sekitar.Ada mahram.Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.Pakaian menutup aurat dan bersederhana dalam berhias.Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang ditinggalkan dan memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju. Cukup perbelanjaan.Mengenalpasti arah kiblat dan menyediakan peralatan yang perlu untuk mengetahui waktu solat.

Kenapa perlunya adab bermusafir ?

Supaya perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.Sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang dilantik akan menyelesaikannya.Supaya tidak berlaku kerosakan alam.

SOALAN BERKAITAN CARA SOLAT SEMASA DALAM PENERBANGAN :

[hide-this-part morelink=”Bagaimanakah cara solat yang perlu dipraktikkan oleh seseorang yang berada di dalam kapal terbang, sedangkan dia akan melalui satu perjalanan yang jauh (musafir) tanpa henti. Bagaimana sekiranya waktu solat itu adalah waktu solat yang tidak boleh dijamak seperti Solat Subuh?”]

• Solat yang lebih aula ialah bersambung dengan bumi. Bagi Mazhab Maliki tidak boleh kerana berada di udara (tidak bersambung dengan bumi), tetapi pendapat jumhur (Imam-imam selain Maliki) mengharuskan solat di dalam kapal terbang.

• Praktikal:

Bersuci/berwuduk. kalau tiada air bertayammum.Memeriksa arah kiblat – kebanyakan pilot tahu sebelah mana arah kiblat. Kebanyakan pesawat sekarang ada penunjuk arah kiblat.Mengetahui waktu untuk solat qasar atau jamak.Sekiranya tidak mampu berdiri kerana pening atau gayat boleh duduk.

• Antara rukun-rukun solat yang berkaitan dengan isu ini ialah berdiri dan mengadap kiblat. Tidak dapat tidak, mesti mengadap kiblat dan berdiri kecuali ada keuzuran. Jika semasa dalam flight kita menunaikan solat sunat, tidak ada masalah mengadap kiblat atau pun tidak.Tetapi untuk menunaikan solat fardhu mengadap kiblat adalah wajib. Jika kita tidak tahu arah kiblat atau tiada alatan yang menunjukkan arah kiblat di dalam pesawat tersebut maka wajib bagi kita bertanya anak-anak kapal (pramugara/ri)

• Waktu solat subuh – bila terbit fajar, bermakna untuk mengenal pasti waktu solat hendaklah dilihat pada cermin tingkap pesawat. selagi tidak kelihatan selagi itu waktu solat belum masuk walaupun panjang masanya berada dlm pesawat. jika takut luput waktu solat sebelum sampai ke destinasi, diharuskan solat hormat waktu tapi mesti diulang kembali solat subuh tersebut bila sampai di destinasi.

[/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”Bagaimana pula sekiranya waktu solat tersebut boleh dijama’ dan penerbangannya akan berhenti (transit) seketika di mana-mana destinasi?”]

• Jika kita merasa masa musafir kita mengambil masa yang lama sebagai contoh, 13 jam,  boleh jadi satu solat akan terlepas. Jadi pada masa itu dibolehkan kita jamak solat kita walaupun kita belum memulakan musafir. Tapi ingat Jamak sahaja (menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu), tidak boleh qasar (memendekkan rakaat solat daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat). Sebaiknya kita keluar dulu sedikit daripada rumah sebelum melakukan solat jamak. Ini berdasarkan dalil dari Surah An-Nisa, ayat 101 yang bermakud, “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang”

• Ini adalah kerana syarat untuk jamak solat tidak sama dengan syarat qasar solat. Syarat untuk qasar mestilah pemusafiran itu melebihi 2 marhalah (90 km), manakala syarat untuk jamak tidak semestinya berlaku musafir. Sebagai contoh, jika seorang doktor yang membedah pesakit mengambil masa yang lama mereka boleh menjamakkan solat.

[/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”Apakah yang di maksudkan dengan ‘solat hormat waktu?”]

• Soalan No.3 dan No.4 ini lebih kurang sahaja isunya dan ada kaitan juga dengan soalan No.1 di atas. Jawapan ini dipetik daripada buku ANDA BERTANYA; USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN MASALAH SEMASA, muka surat 29 dan soalannya berbunyi:

Saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Belgium. ketika berada dalam pesawat, waktu subuh sudah masuk. Bimbang tidak sempat bersolat apabila kapal terbang mendarat, saya bersolat di atas kapal terbang. Apabila mendarat, saya dapati waktu solat masih berbaki. menurut seorang rakan, saya perlu bersolat semula kerana solat yang saya lakukan sebelum ini adalah solat bagi menghormati waktu. apakah solat subuh yang saya lakukan di atas kapal terbang sah? apa pula yang dimaksudkan dengan solat menghormati waktu?

Jawapan : Sekiranya saudara bersolat di dalam kapal terbang dengan cukup rukun syarat yang ditetapkan bagi solat di dalam kapal terbang, maka tidak wajib mengulanginya selepas mendarat walau pun waktu solat masih ada.

Sememangnya wujud istilah solat menghormati waktu sebagaimana yang disebut oleh sarjana-sarjana fikah dalam kitab-kitab yang muktabar. Solat menghormati waktu ialah solat yang dikerjakan dengan kurang syarat-syarat sah solat seperti seperti solat dalam kapal terbang ketika tidak mempunyai wuduk atau tidak mengadap kiblat dan sebagainya. Namun apabila mendarat wajib diulangi semula solat tersebut.

Oleh itu, sekiranya saudara bersolat di dalam kapal terbang dalam keadaan tidak berwuduk (atau tidak cukup syarat-syarat sah solat), wajib diulangi semula selepas mendarat.

[/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”Sekiranya sesorang itu dalam keadan berhadas kecil (tiada wudhu’), apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkannya solat?”]

• Berusaha mencari air untuk berwuduk. Jika tidak ada air, maka hendaklah bertayamum. Jika semuanya tidak ada, maka hendaklah menunaikan juga solat fardhu itu tanpa wuduk. Bukan solat biasa tapi solat hormat waktu.

• Berwuduk juga antara syarat sah solat

syarat sah solat :Suci daripada hadas kecil dan besarMengadap kiblatMasuk waktuSuci badan, pakaian dan tempat sujudMenutup aurat

**Jika berada di dalam pesawat dan takut luput waktu solat, diharuskan solat tanpa wuduk tapi mesti diulang kembali solat tersebut apabila tiba di destinasi.

[/hide-this-part]

[hide-this-part morelink=”Adakah solat yang dilakukan semasa dalam perjalanan/penerbangan di atas kapal terbang tadi perlu di qadha’ balik?”]

•  Ya. Perlu qadha’  jika tidak cukup syarat sah solat.

[/hide-this-part]

TAMBAHAN : Masalah Mengadap Kiblat

Almarhum Alim Al-A’llamah Al-Fadhilatul Syeikh A’tiyah Saqor (Mantan Ketua Majlis Fatwa Universiti Azhar) menulis dalam kitab beliau Mausu’ah Ahsanil Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam:

Sebagaimana diketahui umum bahawa mengadap kiblat itu adalah antara syarat sah solat, bermakna solat tanpa mengadap kiblat solat tersebut tidak sah. Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 144 :

Maksudnya: Maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Solat Fardhu – wajib mengadap kiblat samada waktu musafir atau waktu tidak musafir.

Solat Sunat – Jika dalam musafir dibolehkan mengikut mana-mana arah jika ada masalah untuk mengadap kiblat. Jika tidak musafir mengadap kiblat adalah wajib.

عن عامر بن ربيعة قال: “رأيت رسول  الله يصلى على راحلته حيث توجهت به. وزاد البخارى: يومئ 

Maksudnya: Dari Amir bin Rabiah radhiyallahu ‘anhu berkata,”Aku melihat Rasulullah saw solat di atas untanya dengan menghadap kemana pun arah untanya. Imam Bukhari menambahkan : “Beliau membungkuk (saat rukuk dan sujud)”

Perlu diketahui,  hadis di atas ini bukan untuk solat fardhu kerana Nabi saw tak pernah solat fardhu kecuali mengadap kiblat. Arah unta Baginda saw pada ketika itu mengadap ke arah Madinah bukan ke arah Mekah (Ka’abah). Bermaksud solat sunat yang baginda tunaikan itu mengadap Madinah dan membelakangi Mekkah (Kaabah).  Hadis di atas juga merujuk kepada binatang tunggangan bukan kenderaan moden hari ini.

Jika bermusafir dengan menaiki kapal terbang, keretapi, feri, kapal selam – wajib mengadap kiblat selagi mampu dan tidak boleh mengadap selain arah kiblat. Jika sedang solat mengadap arah kiblat dan pada ketika itu kenderaan yang kita naiki itu berpusing ke arah lain (bukan arah kiblat) wajib kita memusingkan badan kita mengadap arah kiblat sekadar yang mampu/boleh. Jika sempurna syarat sah solat tak perlu ulang balik solat tersebut.

Jika bermusafir dengan kereta – solat dalam kereta susah untuk melakukan rukuk dan sujud maka solatlah di luar kereta sekiranya aman, tiada gangguan dan ancaman bahaya. Menjadi haram hukumnya solat di dalam kereta pada ketika itu jika tiada kebimbangan tersebut dan tiada sebarang masalah. Sekiranya sempurna syarat sah solat, maka  tidak perlu ulang semula solat tersebut.

Kami berharap, sedikit panduan yang diberikan ini membantu anda sepanjang permusafiran.

Disediakan oleh :

Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

(Dipetikdari blog lain...)

Sabtu, 16 Januari 2016

Travelog Bibik ke Liverpool

Nak bertaip semalam sebenarnya, tapi tak sempat. Allahurabbi, 14 hari sahaja lagi untuk saya terbang ke sana. Segala persiapan belum di buat. Passport dan tiket belum di buat. Sebenarnya, segala persiapan tersebut. Mungkin kadar luaran sahaja yang utama itu persiapan hati untuk menghadapi lebih sukar. Meninggalkan orang-orang tersayang.

Allah kan ada jaga mereka. Sebelum ini pun, Allah juga yang menjaga mereka. Dekat atau jauh itu cuma jarak, keutamaannya hati sedia maklum. Allah itu ada.

Ahad,17/12/2015
Subang, Malaysia

Khamis, 14 Januari 2016

Travelog Bibik ke Liverpool

Hati terasa berat, namun mengagahkan jiwa untuk menghadapinya kelak. Istikhoroh serta isthisyarah sedang dilalui, moga Allah beri jalan kelapangan serta penuh redha dalam tiap langkah.

Abuyalah orang yang paling banyak beri sokongan sementara mak pula,tetap menyokong cuma sedikit risau akan anaknya. Apakah kan penat? Jadi bibik.

Moga ini titik pentarbiyahanku untuk jadi isteri solehah.huhu..(gurau saja.jika benar..aamin). Namun tujuan utamaku adalah untuk belajar ditarbiyah tentang hidupan.

Apakah saya akan sabar dengan ragam mereka?

Apa yang penting itu,dirisendiri mampukah melihat tiap yang terjadi itu Allah..hati menunduk padaNya.

Minggu depan, insyaAllah interview dengan adik ipar majikanku di ampang. Setelah aku berinterview dengan majikanku, Halimah namanya, tapi saya panggil dia Kak Mim. Kami berinterview melalui whatsapp sahaja. Terlihat profile picture keluarga mereka. Soleh lagi solehah. Moga saya dapat kutip ilmu dari mereka kelak. InsyaAllah amin..

Abuya dan mak..segalanya setelah Allah dan Rasul. Mereka juga berkorban hati dan perasaan, bukan saya seorang. Saya perlu 'beri' mereka sesuatu yang buatkan mereka lega.

Jumaat,5/1/2016
00:01,Subang,Malaysia

Rabu, 13 Januari 2016

Sunnah

SUNNAH NABI adalah setiap perkara yang berhubung dengan Nabi berupa perkataan, perbuatan atau suatu yg di diamkan,  samada ianya sebelum di utus menjadi Nabi atau sesudah nya,  Termasuk juga di dalam nya tubuh dan sifat2 fizikal Nabi.

Dengan demikian nikah kahwin, cara Nabi berpakaian, cara makan minum, cara Nabi muamalah dll adalah di katakan seluruh nya SUNNAH. 

Walaupun Nabi melakukan suatu pekerjaan yg Nabi buat sebum Kenabian ... misal nya menternak kambing... 👈🏽 ini SUNNAH.

Atau Nabi berniaga sebelum perintah Kenabian.. 👈🏽  ini SUNNAH

demikian lain2 nya.

Darpada istilah umum SUNNAH ini kemudian lahir pembahagian hukum yang menentukan kedudukan nya yang pasti, ini  adalah terdiri 5 hukum:

1. Wajib
2. Sunnat
3. Haram
4. Makruh
5. Harus

Contoh 1:
~~~~~~~
Solat Tahajjud - SUNNAH

ikut pembahagian hukum.
Rasul -wajib
Ummat - sunnat.

contoh 2 :
~~~~~~~
makan minum : SUNNAH

ikut bahagi hukum.:
Rasul - harus
Ummat - harus

contoh 3 :
~~~~~~~
tidur - SUNNAH

ikut bahagi hukum:
Rasul -harus
Ummat - harus

contoh 4:
~~~~~~
Pakai serban - SUNNAH

Bahagi hukum :
ummat yang lelaki - sunnat
ummat yg perempuan - haram

contoh 5 :
~~~~~~~

Berkahwin lebih dari 4 isteri satu masa.
Rasul - harus
Ummat yg laki2 - berbeza2 berdasarkan kelayakan.

Begitu lah ringkas nya.
Harap dapat kefahaman.

Wallahu A'lam

-Ikhlas-

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MEMAHAMI TUNTUTAN IKHLAS DAN HAKIKAT IKHLAS....!
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUQADDIMAH
□□□□□□□□□□□□

Di mana-mana forum Islam, ceramah, diskusi, di dalam Majallah bercorak Islam, buku2 Islam,  kita sering mendengar perkataan Ikhlas.  Khususnya ketika bicara bab ibadah, para penceramah pasti tidak tertinggal untuk memperingatkan pentingnya "Ikhlas". Bahkan di dalam perbualan dan hubungan sesama orang Islam, perkataan "ikhlas"  sering di gunakan ketika menuntut sesuatu daripada orang lain! Tetapi apakah makna "ikhlas" yang sebenar menurut Islam? Apakah hakikat ikhlas menurut Ilmu Tauhid? Apakah tuntutan Allah terhadap hamba2 Nya darihal " ikhlas "?

KEWAJIPAN IKHLAS
□□□□□□□□□□□□□□□□

Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi  setiap ibadah. 

Firman Allah :

وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, 

[Al-Bayyinah: 5] 

Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal.  Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, 

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah.

[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i] 

HAKIKAT IKHLAS ADALAH TAUHID:
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.

Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah! 

PEMBAHAGIAN IKHLAS
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Umum nya kita fahami, ikhlas adalah

"mengerjakan suatu amal semata2 kerana Allah"

Tetapi pengertian ini perlu di halusi secara Tauhid @ Ma'rifat supaya kita tak terkeliru dengan fahaman sempit.

Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti : 

1. Ikhlas orang awam 
2. Ikhlas orang abrar 
3. Ikhlas orang Arif 

Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:

🍁1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan 

🍁2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan 

🍁3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan

Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas,. Insya Allah.

IKHLAS ORANG AWAM
□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Tingakatan Pertama(awam): 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan amal  ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga. 

Tingkatan ke 2 (awam): 
~~~~~~~~~~~~~~~

Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menunut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah). 

Tingkatan ke 3: (awam)
~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Melakukan amal ibadah  dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas. 

Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke 3 lebih baik daripada tingkatan ke 2 dan tingkatan pertama. 

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf)  Namun apabila di renungi pada sisi Tasawwuf /Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan. 

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sis i Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya, bagaimana tuntutannya. 

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL dan rupa nya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat. 

Firman Allah:

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera(daripada syirik) 

[Asy-syuara : 88,89] 

Jika anda bertanya bukan kah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya? 

Benar! 

Semua kejadian selepas kematian di kisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan di perolehi oleh orang2 beriman berupa syurga juga di ceritakan di dalamnya. Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut. Atau dia menjadikan nya sebagai matlamat sampingan. Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cedera lah ikhlasnya. 

Jika anda bertanya lagi,  Apa gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk di jadikan impian? 

Kita menjawab :

Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman. Atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam.  Namun ianya tidak patut terus menerus di dalam keadaan tersebut.  

WALAU BAGAIMANA pun kita tegaskan kesimpulannya: 

Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlu lah di didik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling dari nya dan tumpukan niat semata2 biWajhillah. (semata2 kerana Wajah Allah)

Jika kalian bertanya lagi:

Mengapa orang yang berasa diri dia sudah ikhlas di anggap tidak ikhlas lagi?

Jawab nya :
Dia di katakan belum ikhlas pada sisi Tauhid yang murni kerana dia masih terasa dia mempunyai daya upaya untuk melakukan ikhlas itu sedangkan kunci kepada ikhlas yang sebenar adalah menafikan sekalian keupayaan diri dan hanya melihat daya upaya Allah semata2. (akan datang keterangan lebih jelas ikhlas sebenar pada sisi Tauhid murni)

bersambung Ikhlas Bahagian Kedua...  insya Allah

Isnin, 28 Disember 2015

Pn. Hati

@☝🏼👳

Kekeliruan memahami makna "mahar"  dan " hantaran"

Ramai yg lebih menitikberatkan "hantaran" berbanding "mahar" sedangkan "mahar"  itu Sunnah sedangkan
" hantaran" adalah adat yg tiada kena mengena dengan syara'

Jadi yg sepatut nya cara syara' dan terbaik utk dapat barakah?

🍁
Fokus :
Perkahwinan adalah antara  Sunnah Rasul yg sangat besar.

🍁
Fokus:
Perkahwinan yang penuh barakah adalah yg mengikut syara' - sunnah Nabi

🍁
Fokus:
Perkahwinan yg barakah mengandung keampunan dan Rahmat Allah bg zuriat yg baik2 dan soleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...