Halaman

Memaparkan catatan dengan label ikon ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikon ISLAM. Papar semua catatan

Selasa, 4 Disember 2012

Fatimah puteri Rasulullah..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

penulis mahu memetik sedikit kisah puteri Rasulullah...Saidatina Fatimah...

"Kami tidak mempunyai pelayan di rumah dan Fatimah melakukan semua tugas rumah sendiri. Kami tinggal di sebuah rumah yang kecil. Disitu beliau menyalakan api dan memasak. Beliau sering menjahit sendiri bajunya sambil berusaha membesarkan api dengan meniupkannya. Beliau memangang roti dan membawa air. tangannya menjadi kotor kerana memutar pengisar tepung,begitu jua dibelakangnya kotor kerana membawa air. Pada waktu itu, ada tawanan perang dibawa ke Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w memberikan mereka kepada sesiap yang memintanya. Aku menyarakan kepada Fatima supaya beliau meminta seorang pelayan daripada bapanya dan beliau setuju."

selanjutnya Fatimah berkata:

"Aku pergi ke rumah bapaku tetapi beliau tiada di rumah lalu Saidatina Aisyah r.a berkata beliau akan memberitahunya. sewaktu kami baru hendak tidur pada malam itu, bapaku datang ke rumahku. kami ingin bangun tetapi baginda tidak mengizinkannya bahkan duduk diantara kami. Aku dapat rasakan kakinya yang digin di tubuhku . Baginda bertanya apa yang kami inginkan dan aku pun menjelaskannya. Dengan lembut, bapaku berkata:

"Fatimah,bertaqwalah kepada Allah dan jangan melakukan kesalahan dalam melaksanakan kewajipanmu. Aku mahu mengajakan sesuatu kepadamu. Apabila hendak tidur,ucapkanlah Subhanallah,Alhamdulillah,dan Allahu Akbar sebanyak 33x . itulah yang elbih baik bagimu daripada mempunyai seorang pelayan."

daripa perbicaraan itu.

"Aku memalingkan wajahmu akhirat. Ada dua cara bagimu bagi mencapainya dan bersamaku di sana. Penuhilah kewajipanmu dalam beribadah kepada Allah secara sempurna dan penuhi kewajipan mu kepda suamimu. sekiranya seorangpelayang mengambil tanggungjawapmu itu, ia menyebabkan kamu  menjadi kurang sempurna.


kamu perlu mempunyai dua belah sayap supaya kamu dapat terbang ke darjat yang lebih tinggi. Bagaimana seorang lelaki ataupun wanita dapat mejadi hamba Allah yang sempurna?bagaimana orang menjadi manusa sempurna dan memenuhi kewajipannya? tugas kamu adalah mencari jawapan bagi pertanyaan2 itu.

pertama,
jadilah hamba Allah yang sempurna.
kemudian,
penuhilah kewajipanmu kepada suami,Ali.
beliau adalah lelaki hebat yang mewakili para wali yang bakal lahir daripada keluargamu. Apabila kamu dapat melakukan semua itu dengan sempurna,pasti kelak kamu berada bersamaku di syurga iaitu tempat manusia2 sempurna berkumpul."
                               direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

p/s:
subhanallah...tugas wanita tu....perhatikan dan fikir...

inniakhofullah@butterwrdfly

Ahad, 25 November 2012

Wasiat Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a

 ‘Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini…"
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.
Di antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :
  • Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah
  • Tidak memuji Allah Ta'ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.
  • Mengkufuri nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah
  • Memperbanyak kata-kata yang sia-sia, banyak bicara yang tidak bermanfaat.
Wahai, Aisyah, ketahuilah :
  • Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah
  • Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
  • Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.
  • Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
  • Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.
  • Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun;
  • Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk di hadapan semua makhluk di depan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cambuk dari api.
  • Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.
  • Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritanya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
  • Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.
Allahumma Amin..
 http://arrahmah.com/read/2008/05/17/1852-wasiat-rasulullah-saw-kepada-aisyah-ra.html

inniakhofullah@butterwrdfly

Isnin, 13 Ogos 2012

~abang~


Bismillah…
Lampiran ini sebenarnya untuk yang tersayang. Walaupun ianya tercatat di blog, tetap terselit di hati. Penulis mahu semua tahu bahawa dia adalah abang yang penulis sentiasa hormati, rasa kasih ini bukan dipaksa dengan ikatan namun ia terlahir atas dasar cinta yang telah ditanam kerana Allah. Cinta yang telah abang pamerkan kerana cinta membuatkan diri ini sentiasa senang dengan abang.

Coretan hati:

Abang,
MasihQu ingat saatnya,
Membonceng basikal buruk,
Abang membawaQu suatu tempat,
Meskipun rasa berat nak melangkah,
Kerana mahu main-main saja,
Abang mahuQu terisi dengan asas agama..
Namun kerana pujukan abang..
Akhirnya diri akur,

Abang,
Masih segar dingatanQu,
Abang membaca al-Quran dihadapan tok guru,
Ketika itu sungguh asyik Qu lihat..
Bibirmu lancar membaca hafalan al-Quran,

 Abang,
Ketika melangkah masuk ke alam persekolahan,
Ketika diri  ‘dibuli’ oleh jejaka-jejaka kecil
Abang lah hero dihatiQu..
Sehinggakan jejaka itu takut untuk mendekat,

Abang,
Ingatkah lagi pernah menjahit,
Tudung yang tertutup mengikut syariat,
Ianya masih utuhQu pakai sehingga kini,

Abang,
Walaupun jarak jauh,
Pernah memisahkan kita untuk berkongsi rasa,
Abang tetap bertanyakan tentangQu,
Pernah diri terasa tidak bermaya saatnya kita berjauhan,
Namun abang tak pernah lekang menasihat,
Memberi ubat semangat di jiwa,

Abang,
kini dirimu sudah@bakal..
bergelar suami orang,
aQu mengharapkan cintamu itu,
tak pernah pudar,
kerana seseorang yang telah hadir dalam hidupmu,
mampu mengisi ruang fitrahmu,

Abang,
Jangan di lupa ayahanda dan bonda,
Masih dalam tanggunganmu,
Mereka adalah amanah Allah untukmu,
WalaupunQu tahu mungkin ianya berat,
Namun gagahilah dirimu,
Sebagaimana dulu,
Dirimu gagah menjadi ‘Hero’Qu,
Jadilah pula ‘hero’ di mata,
Pendamping hidupmu,
Mereka pasti memahami dirimu..

Coretan hati ini ada kaitannya buat insan yang bergelar ar-rijal(lelaki). Bait-bait yang terukir ini penulis menyusun dari peringkat asas peranan antum wahai qawwam. Kalian adalah imam yang sentiasa menjadi pelindung bagi nisa’ @mar’ah @ perempuan.. segagah mana pun dirimu namun hatimu pasti terkadang akan lemah dek kerana mar’ah. Jadilah hero yang mampu menegakkan syariat Allah bermula dari keluarga ayah bondamu..kemudian keluarga yang sudah @bakal kalian jadi nakhoda pelayaran. Pandulah ianya dengan penuh keimanan rasa cinta kerana@kepada Allah,nescaya mar’ah akan tenang disampingmu akan redha dengan apa yang terOmbak dalam lautan ujian. Jangan pernah rasa bahagia jika dirimu sentiasa mencari redha manusia nescaya kebahagian yang dirmu harapkan pasti hancur.

~bahagiakan diriQu dengan cinta Ilahi~ 

 ^______^
  


inniakhofullah@butterwrdfly

Khamis, 26 Mei 2011

Muhammad al-Fateh...


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
 
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh
  
Jangan hanya berani melanggar larangan Allah, memakan benda haram..
 
 
 
Tentera Yahudi pun tidak sanggup makan anjing dan katak
Monyet dipanggang.inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...