tinta yang tiada nokta sehingga diri di panggil Penciptaku.. mungkin anda akan tersenyum membaca blog ini... senyuman anda itulah yang membuatkan diri ini ingin meninta apa yang ada dibenak kalian...tinta kehidupan,kesakitan,kegembiraan adalah lukisan kehidupan...
Jumaat, 30 Mac 2012
Kelebihan Sembahyang Dhuha
bismillah...
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
&_^
jom mula..
inniakhofullah@butterwrdfly
Akhlak dan Sifat Rasulullah Untuk Pengajaran..
السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Mari kita telusuri sifat-sifat/akhlak Rasulullah yang begitu sederhana dan patut menjadi ikutan umatnya seperti kita. Agar akan menginsafkan kita betapa mewah dan berlebihanya kita hari ini.
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu batu kecil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
ِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الأنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
MUHAMMAD-12
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain ridaknya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلامًا
Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (orang beriman) ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. - Furqan 63inniakhofullah@butterwrdfly
Isnin, 26 Mac 2012
mahar nikah...surah ar-rahman
Menurut
survey yang dilakukan oleh akhwat fillah bahwa setiap pernikahan para
aktivis dakwah ternyata kebanyakan calon istrinya memilih surat ar
rahman sebagai mahar pernikahan,apa istimewanya surah ar rahman,kenapa
bukan surat-surat yang lain yang masih banyak seperti surat an nur
umpanya atau surat lain yang lebih erat kaitannya dengan moment
pernikahan,nah dari beberapa survey yang dilakukan ada beberapa alasan
dari para istri aktivis dakwah yang memilih surah ar rahman :
1.ada yang mengatakan karena surah ar rahman penuh dengan pertanyaan
Allah nikmat manakah lagi yang akan kita dustakan,karena pernikahan
adalah menyempurnakan separuh din dan mungkin masih banyak akhwat yang
lebih tua dari kita belum dikaruniakan Allah pendamping maka kita sangat
bersyukur akan sebuah pernikahan maka mahar surat ar rahman rasanya
sebagai pengingat untuk kita supaya selalu mensyukuri nikmat Allah yang
begitu banyak.
2.ada yang mengatakan karena ingin meringankan
calon suami,karena kata Rosulullah bahwa sebaik-baik mahar itu yang
memudahkan (gimana kalau ikhwannya gak hafal ) jadi kayaknya mahar ayat
al qu;an lebih afdhol.
3.alasan ketiga ada yang simple tapi lucu…terinspirasi dari novelnya kang abik ayat-ayat cinta
4.ada yang memang sangat menyukai surah ar rahman yang bercerita
tentang bidadari yang di pingit,bahkan ada akhwat yang mengatakan dia
tidak mau di hargai dengan apapun,baik cincin,uang atau materi apapun
sebagai mahar tapi dia akan sangat bahagia kalau dirinya dibeli dengan
surah ar rahman,subhanallah…
5.surat ar rahman ayatnya
pendek-pendek dan juga diselingi dengan pertanyaan Allah akan
nikmat-nikmatnya yang mana lagi yang kita ingkari,dan pengulangan
kata-kata itu tidak terdapat pada surah yang lain,terdapat sekitar 31x
pengulangan kata fa biayyi ‘alaa irobbikumaa tukazziban(maka nikmat
Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)
6.alasan lain
yang di terima akhwatfillah adalah akhwat memilih surah ar rahman
sebagai mahar untuk memotivasi hafalan qur’an sang suami,karena ada
bebrapa akhwat yang kadang membuat target berapa juz minimal hafalan
calon pendampingnya,maka salah satu permintaannya mahar hafalan surah ar
rahman.
7.alasan akhwat yang lain karena dalam surah ar
rahman Allah memberikan deskripsi tentang surga dan kenikmatannya,berupa
buah-buahan,warna surga yang hijau juga bidadari yang sangat cantik
disurga,yang katanya memotivasi para calon suami dan istri untuk
senantiasa menjalankan roda rumahtangga dengan orientasi akhirat,yang
akhwat terinspirasi menjadi istri terbaik yang menyaingi bidadari
surga,yang ikhwannya terinspirasi berjihad tiada henti sampai syahid
menjemput dan mendapatkan bidadari surga
Terlepas dari semua
alasan di atas,saya jadi puny aide,bagaimana kalau akhwat minta mahar
surat al haqqoh…kan ayatnya juga pendek-pendek,dan juga banyak
menggambarkan kondisi akhirat tapi dari sisi kengeriannya alias
neraka…jawabannya mungkin momennya kurang tepat karena para undangan
akan menangis tersedu-sedu,maka kelembutan Allah yang menegur
hamba-hambanya dalam surat ar rahman mungkin bisa jadi merupakan
inspirasi calon istri minta mahar hafalan surah ar rahman…so…untuk para
ikhwan,sudahkah anda hafal surah ar rahman?? Kalau belum mungkin baiknya
undur dulu proposal anda karena survei membuktikan akhwat kebanyakan
meminta hafalan surah ar rahman sebagai mahar pernikahan mereka,dan
hafalannya di bayar tunai di depan para undangan pernikahan…..sudah
siap?
~islam itu tidak menyusahkan~
copy paste..^_^inniakhofullah@butterwrdfly
Sabtu, 24 Mac 2012
fast foood = ISRAELL..???
BISIMILLAH..
"jom kita raikan dkt restoran.....baru klas"
pe yg dot dot dot...????
xde klas ke makan makan yg bkn di dot dot dot..
tulah fenomena yg menjajah minda umat manusia..
dlm mindaku.. seolah2 meratah mematah daging saudara sendiri bila mana ada pelaburan di restoran dot dot dot...
* * *"kecenderungan mengambil makanan segera dgn kerap membahayakan kesihatan krn makanan yg dihidangkan di restoran makanan segera tinggi kalori, lemak, garam, dan gula"-menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.berita harian Selasa, 22/12/2009
makanna segera wajar digelar makanan remeh memandangkan kurgnya zat makanan di dlmnya. namun, kenyataan ini di sanggah olh syarikat makanan segera. mereka mengadakan pelbagai bentuk promosi, iklan dan penajaan jutaan ringit utk menyakinkan pengguna bahawa makanan mrk adalah berkhasiat. restoran ini juga dijadikan tmpt kanak2 berhibur keluarga pula digembar gemburkan bhwa makanan mrk selamat dimakan. makanan segera mrk mengandungi sedikit khasiat makanan. pengambilan terlalu kerap blh menimbulkan pelbagai penyakit spt kerosakkan gigi, darah tinggi,sembelit, tubuh menggelebar,pembuluh darah tersumbat,penyakit jantung dan kanser usus besar.- buletin pengguna KDPNHEP,februari 2008
makanan segera lbh bhaya drp rokok dan minuman keras- berita harian rabu,21 februari 2007
ceo mc donalds, Jack M.Greenberg adalah pengarah kpd DEWAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI US-ISRAEL (sekutu JEWISH UNITED FUND'& 'JEWISH FEDERATION)
JEWISH UNITED FUND berfungsi sbg menjaga kebajikan askar US, EKONOMI, DAN SOKONGAN DIPLOMATIK UTk ISRAEL
TERMASUK pembangunan penenpatan haram YAHUDI ditanah PALESTIN yg dirampas
burgerKING berasal dr MIAMI, FLORIDA USA. Telah membuka rangkaian restoran makanan segera di Ma'ale Adumim , (tanah yg dirampas secara haram oleh ZIONIS ISRAEL setelah penduduk Islam dan kristian di bunuh dan dihalau) wlpun syarikat lain enggan berbuat demikian disebabkan ia menyalahi peraturan Kovensyen Geneva ke-4.
HOWARD SHULTZ,pengerusi starbucks adalah seorg zionis,merupakan penerima anugerah dr JERUSALEM FUND OF AISH HA TORAH'di atas peranan utama memperkukuhkan hubungan baik Amerika SYarikat Israel.
JERUSALEM FUND OF AISH HA TORAH dipengerusikan olh general Shaul Mofaz,pengerak utama pembunuh beramai2 umat ISLAM di JENIN,PALESTIN. distp ucapannya, beliau melabelkan PALESTIN sbg penganas, kebangkitan palestin sbg anti agama bersal dr langi menyru semua manusia bergabung di bwh ISREAL. Sehingga kini syarikat ini penyumbang utama kpd ISRAEL..
KFC....BERASAL DRP kentucky ,USA . TURUT menyumbng hasil keuntungan (trmasuk yuran penggunaan nama KFC seluruh dunia) kpd cukai negara AMERIKA yg kemudiannya disalurkan kpd negara haram ISLRAEL...
inniakhofullah@butterwrdfly
Khamis, 15 Mac 2012
terubat rindu...
bismillah,
kali ini penulis rs sgt2 truja dgn aktiviti ukhwah krn Allah, hari ini dan wktu sekarang tepat jam 1.23 pg..penulis benar2 ingin berkongsi rs utk bersama kalian..
perjalanan yg dirncg disaat akhir utk sama mengeratkn lagi ukhwah kami,
perjlnan yg pd mulanya urusn utk tmph tempat utk 1 prog klas kami di marang, kuala terengganu anggolia beach resort...
saatnya kami bertolak sudah msk waktu asr dan utk smpai ke tmpt di tuju memakan masa sehinggakn smpai waktu magrib..
jalan2 jugak..tp solat tak mau tinggal..
penulis dan seorg rakan sedang menunggu kwn di sebuah kereta sewa myvi.. tersermpk dgn seorg pak cik..
dia tetiba berhenti di hadapanku..bertaynkn ttg diriku dari mana..nk ke mana..
tersentap jugak utk berckp loghat ganu penulis masih tak mahir..
jwp la apa yg di tyn
dia mggelarkn dirinya sebagai TOK KI,,,
"kamu nie mcm cucu tok ki dah, panggil tok ki ye"
sbg tok, msh smpt lagi dia menasihatkn kami utk menjadi insan solehah..
bualan yg ringkas itu dgn tiba2 dia mgajak kami utk keluar makan bersmanya..
hati hendak @ tidak percaya..
pada mulanya penulis menolak, sbb hndak tunggu keputusn dari semua kwn2 yg msh belum beraa di dlm msjid..
sedikit hampa di wajah nya ktk penulis menolak..
memang kebetulan pada waktu itu penulis dan kwn2 merancng utk cari tmpat makan manakan tidaknya...dari pagi tak di hanya berbekalkan nasi lemak sepinggan seorg,kelas kuliah pulak penuh,
mmg penat sgt2, sblmnya ada beli makan ringan tp trbuang dalam tok sampah...hehehe tak de rezki kami.. sabar dalam hati..
ujian bila sabar ..nikmat berganda..
amin..
"akak nie sapa nie? soal temanku..
"nie la tok akak.."
"owh ye ke?"
"tok ki sy kwn dia.." dgn lajunya dia smbung patah..
"ish akak gurau je la.."
sekali lagi tok ki mempelawa kami makan..
bila dah bincang dgn semua..akhirnya kami akur dgn pelawaan tok ki..
byk sebenarnya ingin di ceritakan ..tapi cukup sekadar itu sj yg mampu penulis kongsi bersama...
* * *
hati sebak,
disaat berpisah dgn tok ki,
mlm yg ini ku rskn ingin titisan cinta..
rindu dgn kasih sentuhan dari seorg atuk..
terkenang dgn cinta kasih yg di curah,
tok ki,
pertemuan ini..
ku mengharapkan ianya kekal selamanya,
moga Allah menjaga hati ini,
agar cinta ini adalah cinta yg suci..
tak sabar rasnya utk menunggu hari esk,
bertynkn khabarmu di sana tok ki..
orgnya lembut budi bicara..
madah tersusun penuh nasihat..
orgnya serdahana,
cukup sederhana,
dan ku harapkan dia ttp serdahana..
sederhana dlm melyn kami,
jgn di curahkn segala kemewahan yg kau milikki..
krn ianya tidak kekal..
ku lihat dia hanya perlukan curahan kasih dari seorg cucu,
rela rasnya diri ini berkongsi kasih krn Allah...
* * *
akhirnya dpt atuk angkat di sini... tok ki.. dlm memori..
^_~
inniakhofullah@butterwrdfly
kali ini penulis rs sgt2 truja dgn aktiviti ukhwah krn Allah, hari ini dan wktu sekarang tepat jam 1.23 pg..penulis benar2 ingin berkongsi rs utk bersama kalian..
perjalanan yg dirncg disaat akhir utk sama mengeratkn lagi ukhwah kami,
perjlnan yg pd mulanya urusn utk tmph tempat utk 1 prog klas kami di marang, kuala terengganu anggolia beach resort...
saatnya kami bertolak sudah msk waktu asr dan utk smpai ke tmpt di tuju memakan masa sehinggakn smpai waktu magrib..
jalan2 jugak..tp solat tak mau tinggal..
penulis dan seorg rakan sedang menunggu kwn di sebuah kereta sewa myvi.. tersermpk dgn seorg pak cik..
dia tetiba berhenti di hadapanku..bertaynkn ttg diriku dari mana..nk ke mana..
tersentap jugak utk berckp loghat ganu penulis masih tak mahir..
jwp la apa yg di tyn
dia mggelarkn dirinya sebagai TOK KI,,,
"kamu nie mcm cucu tok ki dah, panggil tok ki ye"
sbg tok, msh smpt lagi dia menasihatkn kami utk menjadi insan solehah..
bualan yg ringkas itu dgn tiba2 dia mgajak kami utk keluar makan bersmanya..
hati hendak @ tidak percaya..
pada mulanya penulis menolak, sbb hndak tunggu keputusn dari semua kwn2 yg msh belum beraa di dlm msjid..
sedikit hampa di wajah nya ktk penulis menolak..
memang kebetulan pada waktu itu penulis dan kwn2 merancng utk cari tmpat makan manakan tidaknya...dari pagi tak di hanya berbekalkan nasi lemak sepinggan seorg,kelas kuliah pulak penuh,
mmg penat sgt2, sblmnya ada beli makan ringan tp trbuang dalam tok sampah...hehehe tak de rezki kami.. sabar dalam hati..
ujian bila sabar ..nikmat berganda..
amin..
"akak nie sapa nie? soal temanku..
"nie la tok akak.."
"owh ye ke?"
"tok ki sy kwn dia.." dgn lajunya dia smbung patah..
"ish akak gurau je la.."
sekali lagi tok ki mempelawa kami makan..
bila dah bincang dgn semua..akhirnya kami akur dgn pelawaan tok ki..
byk sebenarnya ingin di ceritakan ..tapi cukup sekadar itu sj yg mampu penulis kongsi bersama...
* * *
hati sebak,
disaat berpisah dgn tok ki,
mlm yg ini ku rskn ingin titisan cinta..
rindu dgn kasih sentuhan dari seorg atuk..
terkenang dgn cinta kasih yg di curah,
tok ki,
pertemuan ini..
ku mengharapkan ianya kekal selamanya,
moga Allah menjaga hati ini,
agar cinta ini adalah cinta yg suci..
tak sabar rasnya utk menunggu hari esk,
bertynkn khabarmu di sana tok ki..
orgnya lembut budi bicara..
madah tersusun penuh nasihat..
orgnya serdahana,
cukup sederhana,
dan ku harapkan dia ttp serdahana..
sederhana dlm melyn kami,
jgn di curahkn segala kemewahan yg kau milikki..
krn ianya tidak kekal..
ku lihat dia hanya perlukan curahan kasih dari seorg cucu,
rela rasnya diri ini berkongsi kasih krn Allah...
* * *
akhirnya dpt atuk angkat di sini... tok ki.. dlm memori..
^_~
inniakhofullah@butterwrdfly
Selasa, 13 Mac 2012
pesanan Rasulullah sblm tido..zzzz..
bismillah..
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
amalan Baginda sblm tido..
1. Bersihkan Tempat Tidur
2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu
Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
Source: http://www.imamudasyraf.com
inniakhofullah@butterwrdfly
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
- Khatam Al Qur’an
- Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
- Membuatkan para muslim meredhai kamu
- Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”- MAFHUM DARI HADIS
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
amalan Baginda sblm tido..
1. Bersihkan Tempat Tidur
2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu
Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.2. Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.
Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.3. Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”Dalam satu riwayat lagi menerangkan
“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.
Source: http://www.imamudasyraf.com
inniakhofullah@butterwrdfly
Apa Cerita Syria??
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)
inniakhofullah@butterwrdfly
Langgan:
Catatan (Atom)









