Halaman

Ahad, 21 Februari 2010

permata yang tersembunyi

bismillah..
alhamdulillah kali ini ana mempunyai kesempatan utk meluahkan rasa yang sudah lama tidak mengarapkan kalam minda yang sering terlintas di benak takkala melihat kejadian Pencipta..
berita sana sini menyiarkan tentang kes pembuangan bayi..bukankah perkara ini sudah menjadi berleluasa mengapa baru sekarang'bising'...
ramai yang mengemukakan kemarahan pada 'penjenayah' buang bayi hatta rijal yang pakai seluar pendek mahupun nisa' yang bertudung ala kadar spt fesyen terkini..
tapi ramaikah yang marah anak2 muda yang tidak menutup aurat..?bergaul bebas..?berpacaran tanpa nikah..?berpeluk sana sini..??
ada...tapi ramaikah...!
adakah golongan yang membiarkan perkara ini terjadi lebih ramai dr yang melarang..???
tepuk dada tanya iman...
sepatutnya kemarahan itu perlu ktk terdptnya gejala2 mungkar bukan pada kesannya...
inniakhofullah@butterwrdfly

Sabtu, 23 Januari 2010

Alhamdulillah..usai sudah program sulung ajuran Sahabat Dakwah d MMPM yang telah diadakan pada 21-23 hb Januari..
byk ilmu tp di sini ana ingin berkongsi sedikit intipati kalam2 sahabat seperjuangan yg ana kagumi..
"jalan dakwah ini jgn kamu harap jalan yang senang tapi ia penuh dengan cabaran dan dugaan"
"kita sebagai pemimpin bukan nak tunjuk yang kita hebat tetapi kita nak tunjuk Islam itu hebat"
"jangan kita tidur selagi musuh2 kita tidur"
"maksiat makin banyak dan die semakin perlahan bertindak"
dan ana ingin mengambil sedikit kata2 hikmah yang di sampaikan oleh peserta yang membuatkan ana tertarik untuk berkongsi bersama para pembaca..
"andai mulut2ku tidak lagi mampu mengeluarkan suara..tetapi aku masih lagi ada tangan yang berjalan"- Hassan Al-Banna
itulah..antara kata2 hikmah yang boleh kita jadikan sebagai pendorong semangat para daie khasnya buat pejuang muda...inniakhofullah@butterwrdfly

Rabu, 20 Januari 2010

kini ana mengerti...



Ana pernah merasai kesulitan menghadapi ujian hidup sehinggakan ana tidak mampu bangkit kembali

Jumaat, 18 Disember 2009

Mahu bangkit bersama...

Banyak mesej yang kita terima ketika menyambut Maal Hijrah yang ke 1431 antara mesej yang kita terima menanyakan apa azam kita tahun ini..???
apakah perubahan yang akan kita lakukan..???
tapi kita tak pernah fikir apa yang tahun lepas kita buat adakah mendatangkan kebaikan atau...

Isnin, 14 Disember 2009

pak cik itu..?

Bila buka blog2 sahabat rasa diri ini masih kurang ilmu untuk berkongsi sesama saudara..tapi mengingatkan ‘ilmu walaupun yang sedikit harus disebarkan’ membuatkan diri ini rasa tercabar untuk senantiasa menambah dan berkongsi walaupun ‘setitis air(ilmuku) dari laut(ilmu Allah)’.



Kali ini ana ingin berkongsi pengamalan mungkin para sahabat pernah mengalaminya seperti ana.

Bismillah..kisah bermula di stesen bas Pasir Mas..

Pada ketika itu ana bersama 2 org sahabat yang masing-masing ingin pulang ke destinasi masing2. Semasa mencari tempat duduk mataku terlihat seketika pada seorang lelaki yang dalam lingkungan 30-an kerana dia melihat kami bertiga aneh..entahlah apa difikirannya, ana tidak menghiraukannya. 5 minit kemudian bas untuk ke destinasi ana tiba..kebetulan pada ketika itu juga bas destinasi sahabat ana pun sampai..kami berpecah.

Pemandu bas yang ana naik turun sekejap dari bas, pintu masuk terbuka..perkara ni biasa bagi destinasi ana yang jarang orang naik kerana jalan yang di laluinya jauh di samping tu ada bas yang destinasi yang sama tapi short cut..ana pilih tempat belakang walaupun di hadapan masih kosong kerana ada suatu peristiwa yang pernah berlaku pada ana insya-Allah suatu masa ana akan ceritakan. Lama sungguh ana duduk di dalam bas. Sehinggalah…lelaki itu muncul atau lebih baik ana panggil pak cik.
Dia duduk di hadapan kerusi ana duduk. Ana pun hairan kenapa dia duduk belakang sedangkan tempat duduk di depan masih ada yang kosong. Dalam fikiran terhenti di situ tak mahu think negative. Ana buat keputusan untuk duduk di depan sementara sebab jap lagi senang dapat buat bayaran terus.

15 minit kemudian pemandu bas itu pun sampai.. setelah buat bayaran ana mengambil tempat belakang tadi. Pak cik itu memulakan bicara menanyakan ana buat apa di Pasir Mas..ana menjawab dengan ringkas. Kemudian dia menyoalku kembali apa makna surah Al-Fatihah..? bunyi enjin bas menyebabkan ana kurang dengar dan menyuruhnya mengulang kembali..Alhamdulillah..ana dapat jawab soalan yang di Tanya tapi kurang memuaskan hatinya kerana dia mahu setiap satu perkataan makna..tapi ana jawab berdasarkan ringkasan ana. Dia beritahu ana harus bersyukur kerana tahu apa maknanya kerana ana bersekolah di sekolah agama (arab) dia menambah lagi pada bicaranya betapa dia kecewa akan betapa ramai lagi remaja yang tidak tahu makna dalam bacaan solatnya apatah lagi ada ramai tidak tahu untuk solat…Masya-Allah..

Bila dia beritahu bahawa dia tahu tentang diri ana..ana terkejut..dalam diri ana terfikir adakah dia dlm kalangan orang yang boleh baca fikiran manusia lain..tangan kaki jadi sejuk padahal aircond bas tidaklah terlalu kuat…

Besambung..insya-Allah..

Sabtu, 12 Disember 2009

Menjaga Kehormatan Wanita Muslimah



Penyusun: Ummu Uwais dan Ummu Aiman
Muraja’ah: Ustadz Nur Kholis Kurdian, Lc.

Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rusak pulalah generasi tersebut.

Maka, engkaulah wahai saudariku… engkaulah pengemban amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah rasul-Nya.

Wanita Berbeda Dengan Laki-Laki

Allah berfirman,

وَمَاخَلَقْتُ الجِنَّ وَ الإِنْسَ إِلاَّلِيَعْبُدُوْنِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Qs. Adz-Dzaariyat: 56)

Allah telah menciptakan manusia dalam jenis perempuan dan laki-laki dengan memiliki kewajiban yang sama,

Hijab Muslimah (2)

Penyusun: Abu Sa’id Satria Buana (Alumni Ma’had Ilmi)

KEJELEKAN TABARRUJ (BERHIAS)

Pertama, tabarruj adalah maksiat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya.

Barang siapa yang maksiat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya maka ia hanya akan mencelakakan dirinya sendiri dan tidak akan mencelakakan Allah sedikit pun. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبي ، قالوا : يا رسول الله و من يأبي ؟ قال من أطاعني دخل الجنة ، و من عصاني فقد أبي

“Semua umatku akan masuk surga kecuali orang yang enggan”, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang enggan?” Beliau menjawab, “Siapa yang taat kepadaku maka ia akan masuk surga dan siapa yang maksiat kepadaku maka ia telah enggan (untuk masuk surga).” (HR. Bukhari)


Kedua, tabarruj
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...