Halaman

Isnin, 7 September 2015

Dia Bukan Milikku Seorang

Hari ini terdetik untuk menulis apa yang terdetik dihati. Saya sedar, untuk memilih pasangan hidup kelak. Bukan kadar suami mahupun ayah kepada anak2. Namun, saya perlu mendapatkan anak kepada mak abuya,adik lelaki kepada abang2 saya serta abg kepada adik2..cucu kepada atuk dan nenek..anak sedare kepada mak pak sedare...begitulah seterusnya..that person will be a part of our family..

Jangan pentingkan diri k.

Sabtu, 5 September 2015

Memori Botet Datang lagi..

Botet si lelangit hitam, berwarna kelabu. Kurus. Muka selamber. Tak suka dimanja. Cerdik. Suka duk kat org solat.suka tido kt sejadah. Suka gigit tangan saya,kalau saya tak belai telinga dia.kalau time mandi,dia tak gelisah pun.suka over acting. Time ngantuk,kadang tu selamba ja mai duk atas riba.

Kalau orang buat kerja rumah. Dia pun sama2 nak menyibuk

Dia tak hensem.tapi pembersih.pernah sekali buat hal,tp dia tahu orang marah kat dia. Dia jaga diri lepas tu.

Dia banyak ajarkan saya how to love him. When he fell comfort. how to touch him. Banyak lg..datangnya tanpa dijemput,tapi diterima seisi rumah walaupun keadaannya teruk time tu.lama2 dia sihat.. Dia pergi dgn cara tragis. Dilanggar abuya.  Seiring azan subuh...
dia dah takde. Masa tu abuya nak g masjid
Mungkin tayar keta kena kt perut dia.patah kaki.

Beberapa saat terus takde .Tak seksa lama2 .Alhamdulillah.. Sampai masaNya..Allah nak ambik apa yang Dia beri pinjam. Tugas dia dah selesai.. Betul2 rasai kehilangan dia.tiap tempat solat.mana2 tempat yang selalu dia ada.saya teringt.. Arwah baik kucingnya..tido tadi pun mimpi2 buka mata..penuh dgn air mata..saya kan ingat awak sampai bila2..

Jumaat, 4 September 2015

Anak abah Manja

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Abah..macam mana la nanti, kalau syikah banyak esakkannya.

"Syikah,nanti banyak beri senyuman kat dia naa. Ingat segala kebaikan dia,jangan buat dia risau."

Dialog khayalan. Tajuk anak abah manja

Rapuh

Banyak hari saya cuba cari senyuman, tapi ayaq mata ni nak keluar jugak. Macam dah tak de dinding untuk halang. Sakit dah mata..untuk menangis..sejak botet pergi.tangisan ni. Macam murah ja..Allahurabbi..

Maaf untuk kali ini.

Sorang2 pergi..dan saya tetap di sini. Menunggu..kalian kan tetap disisi

Koya..

Telinga fokus mendengar drama dari ikim "bukan menantu pilihan emak" sekali ada motor lalu dengan laju,

"Aih.tak ingat la,kak yah tusyen kan. Ingatkan adik tadi.baru nak hantar kat skoloh. Nasib baik tak terlepas cabang,"

Padahal baru lepas hantar adik bengkel kat sekolah.aihhhh.cik kak.

Abih cerita..lagu lafaz sakinah dimainkan..

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Dah.sambung sendiri nyanyi.😅😅.

#JomAl-kahfi..

Khamis, 3 September 2015

Cheese wedges

Alhamdulillah, baru selesai membuat sos chesse, esok baru buat kentangnya.

Banyak kentang kat rumah hasil daripada tanda ingatan kasih sayang besan mak. Dia kasi kentang😂😂. So selain buat karipap sardin. Saya rasa nak try buat cheese wedges untuk adik2.

Mak abuya tak de,diorang pi kl. Jenguk nenda,banyak hari dah masuk hospital. Nenda asyik sebut nama abuya dan mak ja..( syafakillah mek, maafkan cucunda tak dapat jenguk dan jaga lagi. Amanah abuya untuk urus adik2 di rumah).

Hari ini masak healty sikit. Sup ayam+sambal kicap+ulam timun...so sihat.

Tadi baru buat sos chesse. Tujuan sebenarnya, nak prepare bekal untuk adik saya. Dia nak pi u dah..jauh nun uum. Biasanya mak akan kasi bekal untuk anak2 yang nak pi jauh2(moment ni selalu buat saya tersentuh tiap kali nak melangkah keluar jauh2). Kali ini, saya nak buatkan kentang cheese wedges. Walaupun tak pernah buat. Saya google.(harap diorg dapat telan esok😆😆😆).

Terfikir..bahaya kalau saya jadi ibu.masak yang tak healty untuk anak2 (bukan sokmo pun.tak pe kan..insyaAllah,saya kan balance makanan untuk orang yang saya sayang). Adik2 amanah untuk saya jaga, walaupun terpaksa korbankan impian saya. Teringat adik tirah saya pesan.

"Duk kat rumah ini pun rezki kita. Walaupun tak dapat pergi iv lagi.kenkangan urusan keluarga. Diorg need us,"

Alhamdulillah.saya sedang laluinya. Walaupun ada moment yang tak dapat saya terima,tapi Allah sedang tarbiyah saya untuk menerima dengan redha.

Dalam hati semat..

"Ya Allah,saya tahu.Engkau berikan yang terbaik untuk saya. Allah sedang beri 'hadiah' untuk saya..ya Allah saya mohon. Diri ini tetap teguh denganMu..thabitt."

...

Tukang cuci pinggan mangkuk lepas saya masak dah nak pi u..😭😭😭😭. Maaf utiq sepanjang cuti,  saya banyak lukakan (buli) awak.awak baik..ngkau mengerti kan kakakmu bagaimana..terima kasih,terima saya seadanya..

Keluarga itu anugrah terindah...

Rabu, 2 September 2015

Imimpian

Semua orang ada impian dalam hidup. Anak kecil pun ada..

"Ultraman..superman"

Misi menyelamatkan orang yang dia sayang. Selamatkan dunia.

Namun, kadang dalam selaan waktu ini. Mungkin ada sesebuah impian kita kena korbankan demi menyelamatkan 'perasaan' orang yang kita sayang.

Moga Allah berikan rasa korban itu penuh dengan keredhaan..perit ya. Memang, Allah kan uji..berdoalah untuk tabah menghadapinya.

Hari ini gelap,
terpadam kerana tiupan manusia,
Esok nyalaan sinaran,
kerana mentariNya ada.

Nota hati ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...