Halaman

Jumaat, 4 September 2015

Anak abah Manja

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Abah..macam mana la nanti, kalau syikah banyak esakkannya.

"Syikah,nanti banyak beri senyuman kat dia naa. Ingat segala kebaikan dia,jangan buat dia risau."

Dialog khayalan. Tajuk anak abah manja

Rapuh

Banyak hari saya cuba cari senyuman, tapi ayaq mata ni nak keluar jugak. Macam dah tak de dinding untuk halang. Sakit dah mata..untuk menangis..sejak botet pergi.tangisan ni. Macam murah ja..Allahurabbi..

Maaf untuk kali ini.

Sorang2 pergi..dan saya tetap di sini. Menunggu..kalian kan tetap disisi

Koya..

Telinga fokus mendengar drama dari ikim "bukan menantu pilihan emak" sekali ada motor lalu dengan laju,

"Aih.tak ingat la,kak yah tusyen kan. Ingatkan adik tadi.baru nak hantar kat skoloh. Nasib baik tak terlepas cabang,"

Padahal baru lepas hantar adik bengkel kat sekolah.aihhhh.cik kak.

Abih cerita..lagu lafaz sakinah dimainkan..

"Dulu esakkannya..
sandar dibahukuuu..
Kini ku serah hanya padamuuu
Bukan bermakna...
Dia bukan milikku,fitrahnya perlukanmu.
Jadikan dia wanita syurga.
Mengerti benar..akan maharnya..."

Dah.sambung sendiri nyanyi.😅😅.

#JomAl-kahfi..

Khamis, 3 September 2015

Cheese wedges

Alhamdulillah, baru selesai membuat sos chesse, esok baru buat kentangnya.

Banyak kentang kat rumah hasil daripada tanda ingatan kasih sayang besan mak. Dia kasi kentang😂😂. So selain buat karipap sardin. Saya rasa nak try buat cheese wedges untuk adik2.

Mak abuya tak de,diorang pi kl. Jenguk nenda,banyak hari dah masuk hospital. Nenda asyik sebut nama abuya dan mak ja..( syafakillah mek, maafkan cucunda tak dapat jenguk dan jaga lagi. Amanah abuya untuk urus adik2 di rumah).

Hari ini masak healty sikit. Sup ayam+sambal kicap+ulam timun...so sihat.

Tadi baru buat sos chesse. Tujuan sebenarnya, nak prepare bekal untuk adik saya. Dia nak pi u dah..jauh nun uum. Biasanya mak akan kasi bekal untuk anak2 yang nak pi jauh2(moment ni selalu buat saya tersentuh tiap kali nak melangkah keluar jauh2). Kali ini, saya nak buatkan kentang cheese wedges. Walaupun tak pernah buat. Saya google.(harap diorg dapat telan esok😆😆😆).

Terfikir..bahaya kalau saya jadi ibu.masak yang tak healty untuk anak2 (bukan sokmo pun.tak pe kan..insyaAllah,saya kan balance makanan untuk orang yang saya sayang). Adik2 amanah untuk saya jaga, walaupun terpaksa korbankan impian saya. Teringat adik tirah saya pesan.

"Duk kat rumah ini pun rezki kita. Walaupun tak dapat pergi iv lagi.kenkangan urusan keluarga. Diorg need us,"

Alhamdulillah.saya sedang laluinya. Walaupun ada moment yang tak dapat saya terima,tapi Allah sedang tarbiyah saya untuk menerima dengan redha.

Dalam hati semat..

"Ya Allah,saya tahu.Engkau berikan yang terbaik untuk saya. Allah sedang beri 'hadiah' untuk saya..ya Allah saya mohon. Diri ini tetap teguh denganMu..thabitt."

...

Tukang cuci pinggan mangkuk lepas saya masak dah nak pi u..😭😭😭😭. Maaf utiq sepanjang cuti,  saya banyak lukakan (buli) awak.awak baik..ngkau mengerti kan kakakmu bagaimana..terima kasih,terima saya seadanya..

Keluarga itu anugrah terindah...

Rabu, 2 September 2015

Imimpian

Semua orang ada impian dalam hidup. Anak kecil pun ada..

"Ultraman..superman"

Misi menyelamatkan orang yang dia sayang. Selamatkan dunia.

Namun, kadang dalam selaan waktu ini. Mungkin ada sesebuah impian kita kena korbankan demi menyelamatkan 'perasaan' orang yang kita sayang.

Moga Allah berikan rasa korban itu penuh dengan keredhaan..perit ya. Memang, Allah kan uji..berdoalah untuk tabah menghadapinya.

Hari ini gelap,
terpadam kerana tiupan manusia,
Esok nyalaan sinaran,
kerana mentariNya ada.

Nota hati ;)

Selasa, 1 September 2015

Nota murid

Perkara yang wajib mandi ada 6 :

1. Jenazah
2.Bersetubuh
3.Keluar air mani
4.haid
5.nifas
6.wiladah

P/s:  kalau salah mohon betulkan,tq (;

Amelia Roslea

Saya menjadi tetamu khasnya, tak kenal pun dia. Majlisnya begitu gah sekali, rupanya dia anak orang kenamaan. Di sisi saya, sepupunya..solehah kelihatan dan begitu ramah.

Saat menanti ketibaan pengantin, wajah2 ceria berubah kepada tangisan.

Terbujur kaku di hadapan, jenazah. Dan dialah pengantin tu..Amelia. air mata melaju keluar. Sepupunya hairan kenapa saya terlebih menangis..terlalu sangat esakkan tu.

Saya meminta izin untuk keluar seketika...dan berlalu pergi..

Bangun dari lena. Mimpi rupanya, tapi siapakah Amelia itu??

Siapa dia tak penting, tapi mesej nak disampaikan.. jodoh kita mungkin ajal terlebih dahulu..jika tidak berjodohan 'pengantin' di dunia...insyaAllah ada di jannah.

Persoalannya..

Sedia kah untuk sebuah 'hidup' yang sebenar2 hidup. Kematian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...