Halaman

Selasa, 28 Mei 2013

Soal Jawab Mengenai Darah Wanita - Darah Haid


DARAH HAID - Oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Berapa jeniskah darah yang keluar melalui kemaluan wanita (mengikut ilmu Fiqh Islam)?
Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu;
1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah

Pembahagian di atas telah menjadi ijmak ulamak (Lihat; Bidayatul Mujtahid, 1/69).

Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?
Haid dari segi bahasa bermakna mengalir. Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.[1]

Apakah syarat-syarat darah haid?
Syarat-syarat darah haid ialah;
  1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
  2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
  3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
  4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
  5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
  6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.
Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
  1. Hitam
  2. Merah
  3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. Kuning
  5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?
Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Berapakah umur kemungkinan datangnya haid?
Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).

Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.

Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.

Berapakah umur putusnya haid?
Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.

Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.

Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.

Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun.antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.

Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya?
Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4 yang bermaksud;
Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan datang haid?
Para ulamak berikhtilaf dalam masalah ini;
Menurut jumhur ulamak; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengangdung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit.

Namun menurut Imam Syafi’ie, Malik dan al-Laits; perempuan mengandung ada kemungkinan datangnya haid. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidnya serta kelihatan ciri haid pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haid.

Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama?
Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;
  1. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.
  2. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.
  3. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.
  4. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.
Suci di antara hari-hari kebiasaan haid; adakah dianggap haid atau tidak?
Dalam persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.

Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’; “Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat, iaitu;

Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari.[3]
Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam. Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.

b) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.

Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid?
Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;
  1. Mengerjakan solat
  2. Melakukan tawaf
  3. Menyentuh mushaf dan membawanya
  4. Membaca al-Quran
  5. Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
  6. Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid
  7. Berpuasa
  8. Bersetubuh dengan suami
  9. Dijatuhkan talak ke atasnya
(*Untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci sila baca dalam Bab Hadas yang dikemukakan sebelum ini)
Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.

Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?
Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?
Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Nota Hujung;
[1] Takrif ini adalah hasil gabungan pelbagai takrif ulamak. Lihat; al-Haidh wa an-Nifas wa Ahkami at-Taharah Lin-Nisa’, Ibrahim Muhammad Jamal, hlm. 18-19.
[2] Tidak disyaratkan berterusan itu dengan darah kelihatan mengalir keluar. Memadai dengan diketahui bahawa darah itu ada iaitu sekira-kira jika diletakkan kapas atau kain, akan terlihatlah kesan darah padanya.
[3] Jika seorang wanita mu’tadah melihat darah berwarna hitam selama lima hari, kemudian ia suci 15 hari, kemudian ia lihat selepas itu darah kuning selama lima hari pula, maka darah kuning itu adalah haid. Adapun tempoh 15 hari di antara darah hitam dan darah kuning itu dikira sebagai tempoh suci yang sempurna. (Ahkam at-Taharah, hlm. 67)



inniakhofullah@butterwrdfly

Jumaat, 26 April 2013

~seorang mencari..seorang lagi menunggu~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

saat orang panas PRU-13..
penulis masih lagi nak menulis isu pemuda yang PARAH...

SECARA tak SEDAR kita menconteng gORESAN DIHATI manusia yang kita CINTAI..kerana Allah,...

"dear BAKAL imamku...."

"dear BAKAL zaujah.."

secara tak SEDAR kita telah membuka aib dalam perhubungan yang halal..dalam haram..

itu bakal refer to TUNANG...

tapi tak HALAL cara begitu..

kata2 ROMANTISSS sebelum nikah dah wujud....oh my love....erkkkk..!!!

satu hal lagi:

"dear my hubbi..."

"dear my wife.."

nak islamic sikit

"dear my IMAM.."
"dear my sayap kiriku"...


di dedahkan dalam FB...yang dilihat ramai..keromantikan kalian..yang telah berumah tangga..

konon2 untuk menjadi contoh pada yang lainnya..agar lakukakn secara HALAL..tapi dalam persoalan saya timbul adakah boleh begini..???

----->oit yang hang jeles kami bahagia kenapa...???


32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.-annur 32

kedebuk saya kena tumbuk dengan apa yang saya tulis ini...hehe..maaf ya

saya benar sayang kalian..dan saya bahagia kalian telah menikah dan melaksanakan cara yang halal dalam perhubungan..cuma daya setan tak pernah henti higga kiamat..tu perjanjian diorang..sekalipun cara dah halal..tapi..setan pun ada agendanya untuk rosakkan sesuatu rumah tangga..

dalam kehidupan rumah tangga..biarlah dalam ianya tertutup..tak perlu didedahkan 'bahagianya' kalian...

 dear awak...
"saya cuma romantik depan awak saja.."
"jangan jeles tau saya tak hebohkan pasal kita dekat kawan fb"
"kasih sayang ini biarlah hanya Allah tau"

"saya tak de gambar la..nak tunjuk depan orang..malu..."

(senyum..)



inniakhofullah@butterwrdfly

Isnin, 15 April 2013

mahasiswa+ nikah 2

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

sedar atau tidak..kita hari ini ramai yang pengecut..

ya pengecut...macam buih saja..

berani bila nampak salah orang, sedangkan diri tak berani melaksanakan kebaikan dalam hal yang diperintah..

contohnya:

hari ini ibu bapa pengecut..membenarkan anak mereka berhubungan tanpa nikah..maksud hubungan..couple..bercintun..bla bla bla..

nak salah ibu bapa?

tak..tapi individu itu sendiri..lemah..dalam melaksanakan sesuatu yang baik..nikahkan mereka..

TAPI tak de duit..nak nikah..

tapi masih belajar..

tapi..tapi..tapi..

tak tersedar Islam itu mudah saja...jika dua pihak mudah..ok saja..tak yah la nak ikut sangat keadaan semasa..semuanya keduniaan..

mereka lebih memilih..kita berkenalan dulu..
tak tersedarkah titik hitam dihati mereka yang bercinta ini??

owh...tergelak sakan le syaitan melihat anak muda kini bagaikan buih...

takut dalam melaksanakan tanggungjawab..

nikah khitbah la sayang oit...

baru terjaga diri dan maruah...lagi best ibadah

apa tujuan berkenalan lama2 dulu..

maaf saya katakan tiada tujuan yang jelas dalam "berkawan-kawan" dahulu

bukankah dalam perhubungan itu bertujuan keranaNya..

Allah faham akan hambaNya..Dia kasi jalan keluar..

tapi dok main2 lagi dalam berjalan2..dunia ni permainan senda gurau saja..

kita hidup untuk apa..jika bukan keranaNya..sedarkah?

dalam institusi keluarga yang terbina..kita bina apa sebenarnya?

fikiran makin mengikut dunia semasa hari ini tanpa melihat sirah lagi..sejarah lampau..namun berlaku lagi...makin parah..bernanah..

punah le anak muda kini..tenang dalam melaksanakan maksiat..tiada gelisah dalam dosa..bertepuk tangan syaitan relax..nak salah kan syaitan ke? jika diri tak reti nak ikut agama..tarbiahNya ..
inniakhofullah@butterwrdfly

Sabtu, 30 Mac 2013

secebis KAIN..

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulillah..akhirnya dapat menulis..dah lama tak dapat buka blog..

apa cerita???
penulis mahu berceritakan tentang secebis kain..

yang menutup separuh muka..

alahai..beruntung nya..kain ini sapa yang memakainya..
kenapa?
banyak hikmah..

antaranya...dapat cover cuaca yang panas...hehe..

cahaya matahari makin menipiskan kulit si halus perawan..

dapat menghalangi manusia yang ambil gambar snap..tetiba je..

tak pe nak ambil banyak2 pun ok..hehe..sebab diorang tak kenal kita..kita je tau diorang

tak lah disitu sebab diri akan tak reti malu..tapi bukankah lebih terjaga..nanti diorang nak expose dalam fb...erkkkkk...malu kot..ramai mata melihat...

bagi penulis la..gambar yang cantik2 itu hipokrik..sebab..kita tak jujur pada sahabat..tak jujur pada diri...

erm..banyak lagi..

inniakhofullah@butterwrdfly

Khamis, 21 Mac 2013

kita SAMA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
 

 Cerita seorang kawan sekelas
 

Sebagai makhluk…saya amat mengasihi perbuatan baik..
Tersentuh jiwa saya dengan riak tingkahnya yang selamba..
Menghormati mak cik2 cleaner…
Banyak kali juga saya terserempak dengan tingkah lagaknya tu..
Terkadang dia mengusik mak cik 2 tu..untuk hiburkan hati mereka…
Alahai…nilainya hati …tak sombong dengan sesiapa pun makhluk..tanpa mengira siapa pun makhluk itu sendiri..
Subhanallah…terdidik dengan suatu tarbiah…sedar diri hidup sebagai tompangan di dunia..
Tidak mempunyai apa2 pun yang nak dibanggakan dengan diri…
“nakal tak pe..tapi hormati yang lain”

Teringat pula kisah lainnya…salah seorang ustaz penulis pernah nasihat..
“Untuk didik jiwa kita…lakukan amalan..meskipun menyusun selipar…kutip sampah…apa2 amalan yang dianggap ‘hina’( mata manusia yang tak sedar )…ingatlah…amalan tu…tunduk dan patuh itu bukan sekadar terhenti amalan saja..hentikanlah dengan melihatNya…tunduk dan patuh setiap perbuatan keranaNya..”
Satu kisah lain:
 

(Saya lupa kisah ini dari mana)
……kisah seorang mak cik tua,menyapu daunan gugur di kawasan masjid(kalau tak silap)
Suatu hari dia menangi…bila ditanya mengapa menangis…dia menyatakan...kebimbangannya amalan yang dilakukan tu terhenti kerana tiada daun yang gugur…
Pelik? Bila diberitahu mujurlah mak cik tak perlu lagi bersihkan..
Katanya.. setiap helaian daun gugur itu mak cik selawat ke atas Baginda…mak cik bimbang jika amalan tu terhenti..mak cik lupa untuk brselawat ….
(maaf ya..jika tersilap )
Dari kisah ni…mak cik tua itu sanggup membersihkan daun2 gugur…ianya sekecil2 nilai dipandangan manusia…namun jika diri mahu tarbiah hati….ianya amalan yang amat besar di sisi Allah….insya-Allah

Maaf ya kawan sekelas…cerita anda saya titip untuk perkongsian rasa tindakan anda tu amat dihargai sebagai makhluk


inniakhofullah@butterwrdfly

Sabtu, 9 Mac 2013

dah bersediakah..??



Ayahanda..

Ku lihat kerut di wajah mu..

Saat ku bergurau2 ..
 
Tentang Soal hatiku..

Ku lihat kebimbangan di riak wajahmu

Hatiku tersenyum..

Terdetik dihati..

Apakah ayahanda tak mahu melepaskan lagi diriku..?

Bonda..

Setulusnya membenarkan pilihanku..

Dia meraikan kehadiran soal hatiku..

Baru ku sedar..

Betapa sukarnya.

Ayahanda melepaskan kasih anakanda ini..

Sabarlah ayahanda..

Suatu hari nanti kita terpisah jua..

Tak ku lupai setiap sentuhan mu..

Sentuhan yang masih bermain2 di benakku

Kehadiranku..dalam hidup ayahanda..

Sehinggakah ayahanda melebihkan segala hal ke atas ku..

Segalanya terjaga rapi…

Anakanda nikmati..

Syukur kurniaan ini..

Tak terbalas tiap budi..

Hanya Allah yang mampu membalasi..

--->ya habibti zauji...betapa sukarnya ayahandaku ingin melepaskanku..keberaniaanmu erkk..tiada kata dapat ku lafazkan disini..biarlah ku tiupkan saja ditelinga mu..ya habibti zauji

p/s: antara realiti dan fantasi..mana fantasinya??tu habibti zauji...realiti..begitulah ayahandaku abuya..tersenyum dengan nya..lucu2
inniakhofullah@butterwrdfly

Jumaat, 1 Mac 2013

saya sedia



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Idea untuk menulis itu jarang hadir…bila dah mai..tulislah..

Jika hadir…

saatnya aku tetap memilihMu…

Kerana hanya pada Mu..

ku miliki segalanya..

Meskipun mata kasar memandang ianya suatu yang payah..sukar…

Itu hanyalah pandang kasar saja…

Telah ku teliti dan amati…

Dimana halusNya..

Bahagianya saya Engkau yang pilih..

saya turuti akur setiapnya..

tiada sangka  padaMu..

saya hamba..saya syukur..

Engkau memberi hubb ini..

Khauf ini..

Hanya letak padaMu..

Saya telah bersedia…

Meskipun mungkin saya terseliuh dipertengahan jalan..

Itu adalah jalanan hidup..ter wujudnya duri..

Duri itu milikMu..maka saya akur..

Kerana darah itu milikMu..

Yang mengalir jua milikMu..

Engkau jualah memberi sembuh…

Saya telah sedia…

Saya telah sedia..

Jagalah saya..

Didiklah saya..

Saya akur turuti perintahMu..

Jadikan saya…(kami) hamba yangsentiasa syukur denganMu…

wujudNya..kasih ini keranaMu…

saatnya kasihMu tiada..amat duka citalah kami..

deritalah kami..kecewalah kami..

kerana kami meninggalkanMu kerana dunia senda gurau ini…

tulus  hanya jalanMu..ada kerana Mu disisi kami…

"~ajarkan saya tentang agama saya anuti ini sebenar2nya itu sudah memadai~

inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...