just like..
little girl..
needs some love..
to save from evil
just like..
little girl..
ask about world..
you have to answer it..
you like..
my brother..
give me..
'love'...
its looks like..
someone that..
i feel comfort..
you like..
my brother..
save my life..
take care of me..
but..
i'm just little girl..,
and you like my brother..
we can't together..
because you and me looks like...
just looks like..
i have to patient,,
understand what you meaning for..
every words..
comes for heart or Allah..??
i don't want to wait..
wait for it..
i needs the true..
not dreams..
i hope fully..
that you can answer it..
like you always answers it..
when i'm ask..
you will try to find that answer..
to make me statisfic..
hope...you..are not joking..
make a joke..
that the most thing..
i feel unfeel..
when you play my feeling..
"can't you be like hand..wipe my tear..??''
save my live from that evil...or because of Allah..??
i don't needs you..but i'm just only want that answers..'who"..?
p/s:sorry sorry for the broken english..and i'm just try it...and i dont know..its wrong or what..
if you want to laughter..i'm accept it..because i want to laughter to with it...hahahaha
inniakhofullah@butterwrdfly
tinta yang tiada nokta sehingga diri di panggil Penciptaku.. mungkin anda akan tersenyum membaca blog ini... senyuman anda itulah yang membuatkan diri ini ingin meninta apa yang ada dibenak kalian...tinta kehidupan,kesakitan,kegembiraan adalah lukisan kehidupan...
Isnin, 12 November 2012
Jumaat, 2 November 2012
Syarat-syarat wanita bekerja di luar rumah:
Benar
bahawa syarak membolehkan wanita bekerja dan membolehkan ia keluar ke
pasar-pasar untuk menunaikan keperluannya, tetapi ia mensyaratkan
kepadanya beberapa perkara sebelum ia keluar yang secara ringkasnya:
1. Menundukkan pandangan dan tidak bercampur gaul tanpa keperluan kerja, menjauhkan tempat-tempat syubhat dan berhati-hati dari semua itu: Ia merupakan perkara yanga amat susah. Dalam ketiadaan daulah Islam yang mana kita dapati bahawa pejabat-pejabat dalam syarikat-syarikat mewajibkan adanya para pekerja dalam satu bilik lebih dari sembilan jam secara berterusan yang memberi kebebasan untuk memandang dan berbincang di luar urusan kerja. Lebih utama adalah memisahkan tempat-tempat wanita dan lelaki di dalam syarikat itu sendiri dan hubungan antara keduanya dilakukan betul-betul pada ketika tugas mereka memerlukan hal tersebut.
2. Menjaga kesopanan wanita dengan memakai pakaian syarak yang sempurna dalam kehidupan umum. Tidak ragu lagi kerana wanita keluar dalam keadaan sopan dan serius akan menghalang pandangan mereka yang ada keraguan dalam hatinya, iaitu orang yang tidak takut kepada Allah.
3. Mencegah dari berkhalwat. Khalwat adalah apabila seorang wanita dan seorang lelaki berada di suatu tempat yang tidak membolehkan seorang yang lain untuk masuk tanpa izin keduanya. Contohnya seorang pengurus mengadakan mesyuarat dengan seorang pegawainya dengan menutup pintu biliknya serta meminta agar mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Yang dituntut adalah mesyuarat diadakan di dalam bilik tetapi pintunya dibiarkan terbuka hingga sesiapa yang lalu di hadapan bilik dapat melihat mereka.
4. Menghalang wanita dari melakukan sebarang kerja yang membahayakan akhlaknya atau merosakkan masyarakat. Maka wanita dilarang untuk bekerja dalam pekerjaan yang bermaksud untuk mengeksploitasi kewanitaannya seperti bertugas dalam pasaraya bagi tujuan menarik pelanggan, di kedutaan yang bertujuan menggunakan kewanitaannya untuk memperoleh tujuan politik, pramugari kapal terbang untuk menarik pelanggan, setiausaha yang berpenampilan menarik agar mereka dapat berlaku lembut dengan pelanggan, tetamu dan malah pengurusnya juga!
5. Menghalang wanita melakukan sebarang kerja yang haram seperti bekerja di bank-bank dan syarikat-syarikat kapitalis dan syarikat bursa saham serta tempat-tempat menjual arak dan daging khinzir.
Hal ini mengingatkan kita bahawa masyarakat hari ini memandang wanita terhad kepada materi, jasad dan kepentingan semata. Bentuk tubuh si gadis merupakan faktor penting, bahkan menjadi syarat asas untuk diterima bekerja. Begitu juga, sistem sekarang ini tidak menjamin hak-hak ibu dalam hal melahirkan anak, menyusu dan menjaga mereka. Biasanya mereka diberikan cuti empat puluh hari sahaja untuk menguruskan hal bayinya itu! Banyak syarikat lain sebenarnya membuang pekerja wanita yang hamil dan ada juga yang langsung tidak mengambil pekerja wanita! Oleh yang demikian menjadi bertambah sukar bagi wanita untuk mencari kerja dengan mengambil kira tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain.
Sistem yang zalim ini serta situasi yang rosak ini menyusahkan urusan-urusan kaum wanita. Kewujudan kita dalam masyarakat yang tidak menjaga perkara-perkara yang haram dan tidak komited dengan pengaturan hubungan antara lelaki dan wanita agar bersesuaian dengan ajaran-ajaran agama kita yang suci, menyukarkan lagi kerja wanita dan menuntut kesabaran dan kecekalan yang lebih. Hal itu menyebabkan ramai pemudi lebih suka tinggal di rumah (hingga tidak berkahwin pun) daripada bekerja dan berhadapan dengan gangguan dan provokasi setiap hari. Sedangkan diketahui bahawa ramai wanita yang berkesanggupan untuk menyesuaikan kedua-dua hal tersebut meskipun hal itu menuntutnya agar mengerahkan usaha dengan lebih besar dan berkali ganda.
Di akhir kajian ini kita dapat simpulkan: bahawa asal permasalahan sekitar wanita bekerja adalah kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita disebabkan kefahaman yang rosak yang tersebar dan bercokol dalam pemikiran kita. Hal itu merupakan natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Oleh itu hendaklah kita letakkan keutamaan kita untuk menghilangkan kerosakan ini dan bekerja untuk mengubahnya melalui perubahan konsep-konsep mengenai kaum wanita dalam masyarakat kita dan meminta semua orang untuk mengembalikan pemerintahan sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah supaya keadilan kembali dan ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan meliputi ahli keluarga kita. Kesengsaraan wanita tidak terletak pada isu dia bekerja di luar rumah semata, dan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Penderitaan sebenarnya terletak pada realiti rosak yang masih kekal dalam keadaan rosaknya. Penderitaan sebenarnya dan penderitaan semua manusia adalah kerana Islam tidak dijadikan roda yang kehidupan itu dapat disesuaikan dengannya.
Kepada saudari yang bekerja:
Di akhir kajian saya ini, keadaan saya telah menjadi stabil dan tenang serta lega hati saya kerana saya melakukan peranan sebenar saya pada hari ini, iaitu asas Allah menciptakan saya sebagai wanita. Saya tidak perlu untuk bekerja di luar rumah untuk merealisasikan kepuasan diri dan membuktikan kecerdikan saya. Pada hari ini wahai saudari-saudari saya ada di rumah, memberi pelukan hangat, tangan yang mesra terhadap suami, anak-anak, ahli keluarga dan mahram-mahram saya. Dan inilah peranan yang besar dan penting berlawanan dengan sangkaan-sangkaan yang dilemparkan oleh musuh Islam kepada kita.
Pesanan buat saudariku yang bekerja:
Sekiranya saudari tidak terdesak untuk bekerja, dan jika saudari mempunyai rumah, suami dan anak-anak, mereka lebih memerlukan saudari dari sebarang kerja lain. Mereka lebih penting kepada saudari dari harta maka tinggallah dengan mereka, wahai kaumku untuk mengurus dan mendidik mereka. Peliharalah rumah saudari, suami dan anak-anak saudari serta sediakan buat mereka kehidupan yang tenang dan penuh kasih sayang. Rumah saudari lebih utama buatmu saudariku.
Seterusnya serahkan diri saudari untuk bekerja di jalan Allah dan menegakkan kalimah-Nya. Allah adalah yang lebih penting dan lebih manis dari sebarang kerja lain yang saudari telah lakukan. Umat memerlukan saudari. Kaum wanita lain yang dizalimi, yang ditindas dan sesat memerlukan saudari. Kewajipan kitalah kaum wanita seperti kaum lelaki untuk bekerja bersama mereka untuk melakukan perubahan supaya kita mendapat keredhaan Allah dan kemuliaan di dunia dan syurga yang kekal di akhirat.
Sumber: Terjemahan dari Majalah Al Izzah, Lubnan. Edisi ke 8.
garapan al-ahibbatu,
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15611.300

~binatang yang disebut~
1.Unta Nabi Saleh as
Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.
Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.
“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”
“Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.
Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.
Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.
Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.
2.Anak Sapi Nabi Ibrahim as,
kalau yang ini saya tak dapat kesahnya, cuma pas saya cari dapet potongan surah adz-dzariyat
“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”. Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)
3.Kambing Gibasnya Nabi Ismail as
…Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…
4.Sapi Nabi Musa as
..Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kpd kaumnya ia ditertawakan dan diejek krn akal mereka tidak dapat menerima bhw hal yg sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bhw Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kpd Musa yg kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar utk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yg mereka hadapi dlm peristiwa pembunuhan pewaris itu.
Berkata mereka kpd Musa secara mengejek: “Apakah dgn cara yg engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan org? Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kpd Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yg harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih?”
Musa menjawab: “Menurut petunjuk Allah, yg harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai utk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya.”
Kemudian dikirimkanlah org ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yg dimaksudkan itu yg akhirnya diketemukannya pd seorg anak yatim piatu yg memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorg fakir miskin yg soleh, ahli ibadah yg tekun yg pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kpd Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yg tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu. Maka berkat doa ayah yg soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dgn harga yg berlipat ganda krn memenuhi syarat dan sifat-sifat yg diisyaratkan oleh Musa utk disembelih.
Setelah disembelih sapi yg dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yg seketika bangunlah ia hidup kembali dgn izin Allah, menceritakan kpd Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.
Demikianlah mukjizat Allah yg kesekian kalinya diperlihatkan kpd Bani Israil yg keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yg masih melekat pada dada dan hati mereka…
5.Ikan Yang Memakan Nabi Yunus as
…Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya. Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” (Ash-Shaffat: 141).
Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.
Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Al-Anbiya’: 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.
Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) karena saking lemahnya. Kemudian Allah Ta’ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.
Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni’matan hidup sehingga batas waktu tertentu…
6.Khimar Nabi Uzair as
..Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib. Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?”
Malaikat bertanya kepadanya: “Berapa jam engkau tidur?” Uzair menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. ” Engkau tidur selama seratus tahun. Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati. Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”
Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur. Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”
Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.” Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.
Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “
Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.
7.Semut Nabi Sulaiman as
.. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa karena mendengar perkataan semut itu. Katanya,
“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”…
8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman as
Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya kerana mencariberita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22-23.
Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka. Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.
9.Unta Nabi Muhammad Saw
Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, “Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku.”
Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi kami Muhammad Saw.
Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan karena tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu karena mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi.”
10.Anjing Ashabul Kahfi
anjing tersebut berwarna kuning, di surga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban

garapan: al-ahibbatu ,surau al-ikhwan
inniakhofullah@butterwrdfly
Khamis, 1 November 2012
hatinya..bukan untukQu
Bismillah…
Usah cemburu…kenapa tu??
“tak sayang abang ya…”
Kalau cemburu…buat rugi la..
“kenapa sayang..?”
Sebab selalu tengok abang bersama masyarakat..beri
pencerahan pada mereka..
“nanti perempuan dekat dengan abang?”
Saya percayakan abang…
“wah..boleh la abang kelentong ni,”
Saya percayakan abang..sebab saya yakin dengan Allah..
“kalau betul macam mana,”
Buat tak tahu la..kan saya dah serahkan pada Allah…jadi saya
ikhlas,Allah tahu apa yang terbaik buat diri ini..
Haa..cerita ceritu…dah habis…sedikit bingkisan dalam
novel(tak tau bila nak siapnya..inspirasi tiada..Allah tak izinkan
lagi..menulis kerana Allah,bukan nafsu berkata2,doakan ya)
Mengapa kita harus cemburui pasangan hidup,orang kata tak
cemburu pasti tak sayangg..kan??penulis cuba mengatakan tidak kepada kenyataan…hehehe..saja
nak gerakkan otak ni…(keje bertimbun tapi dok berangan)..
Bila kita menerima seseorang yang hadir dalam hidup
kita..kita kena terima siapa pun dia..apa pun dia…jangan berperangsangka..itu
dan ini..yakin…itu sayang kerana Allah..jika sesuatu yang tak terduka
menimpa..itu tarbiah dari Allah..subhanallah…
Rasa yang buruk menimbulkan rasa yang kasih itu menjadi
pudar…ya ianya akhir memakan diri yang cinta kerana Allah..asyik di fikir buruk
saja…
P/S:bukan mengedik untuk bercerita tentang KAMU…yang
termakan cili..SIAPA..??kamu la yang makannya…hehehe.. ^>^
inniakhofullah@butterwrdfly
Selasa, 30 Oktober 2012
lafazQu..
Bismillah..
Angin berlalu menyapa hanya ingin bersentuhan pipi…bukan
untuk dijaga seperti oxsigen…penulis bukan mahu menceritakan galaksi…tumbuhan…tapi
RASA… ya rasa yang mereka selalu terfikir soal jiwa…pengisian..apa??jiwa bila
tak terisi sebaiknya..macam-macam la yang datang…kali ini istilah menunggu
muncul,penulis menyedari hati mereka…tak payah nak tunggu sangat la.. cinta
dalam diam..’kononnya’ bukan melanggar fitrah..namun rasa itu buat kita lalai..
Gadis-gadis solehah..tak perlu tunggu la..ingat
Allah,gantikan rasa itu bermujahadah melawan rasa yang boleh buat kita lalai..
Kalau ada jodoh kita dengan ‘dia’ yang kita tunggu tu..ada
la…nanti ada orang yang akan bagi salam ketuk pintu rumah tu..(hehehe)..kalau
benar-benar itu ada..yakinlah pada Allah pengatur segalanya..jaga hati betul-betul..untuk
yg halal saja…rugi lah memberi pada mereka yang bukan untuk kita…
Rugi hati ini terhiris..rasa yang menghiris hati sendiri…manisnya
jika ia terjaga rapi..yang lama tu..mungkin kisah lalu,jadikan
pengajaran..bersihkan diri balik..insya-Allah ada la tu…ingaT
BERSANGKA BAIKLah
terhadap Allah. Jika yang kau ingini itu bukan untuk mu..pasti Dia mengantikan
yang lebih baik…ooo..rugi tu asyik fikir yang lama..hehehe..dia dah bahagia
dengan yang lain..dia bukan jodoh kamu la tu…
Assalamualaikum…
Cinta akan datang…
Salamnya..
Akan tersambut..
Dengan satu lafaz..
Yang halal..
Assalamualaikum…
Kasih akan terbalas..
Bila kasih pada yang berhaQ..
Assalamualaikum…
Ukhwah terjalin benar kerana Allah…
inniakhofullah@butterwrdfly
Isnin, 29 Oktober 2012
Wanita Islam Bekerja Di Luar Rumah: Tugas Asal, Syarat dan Realiti
Dilema Wanita
Belajar di peringkat menengah, kemudian ke universiti, setelah itu bekerja sepenuh masa dan kemudiannya ‘double shift”, perkahwinan dan melahirkan anak tidak termasuk keutamaan saya! Saya berkahwin ketika berusia 25 tahun dan dianugerahkan dua orang anak yang jarak usia antara keduanya tidak lebih dari sebelas bulan hingga saya terpaksa berhenti kerja. Keadaan saya yang meninggalkan alam pekerjaan itu menyebabkan pada masa ini saya berhadapan dengan banyak tekanan dari masyarakat, suatu perkara yang menjadikan saya ragu-ragu terhadap kebenaran keputusan yang telah saya buat. Semua ini mendorong saya untuk melakukan penyelidikan berkenaan topik: “Wanita bekerja di luar rumah”. Soalan ini selalu membelenggu saya; adakah apa yang saya usahakan dalam pekerjaan saya ini untuk merealisasikan kepuasan diri, kebahagiaan palsu atau hakiki?
Untuk menjawab persoalan ini saya mesti memahami sebab saya berusaha dalam pekerjaan saya sepanjang hidup saya. Lalu saya sampai kepada jawapan bahawa sebabnya adalah kembali kepada konsep-konsep yang saya ambil dari persekitaran hidup saya dan juga rakan-rakan sebaya saya. Konsep-konsep ini dapat disimpulkan pada wanita itu tugas asalnya adalah seorang pekerja, bukan ibu ataupun pengatur rumahtangga. Tugas dan gaji khususnya itulah yang akan merealisasikan kepuasan dirinya dan kebahagiaannya. Saya tidak mencela kedua ibu bapa saya kerana telah mendidik saya dengan konsep-konsep yang salah ini kerana ini merupakan natijah semulajadi yang terhasil kerana umat berhadapan dengan perang budaya kapitalis secara luarbiasa dengan pelbagai cara dari media, iklan, episod drama dan juga filem-filem, metodologi pendidikan dan program kebudayaan, pimpinan pemikiran dan politik yang disuburkan melalui tapak tangan Barat dan dipelihara dengan baik oleh mereka, barangkali juga dalam asuhan mereka.
Sementara kita umat Islam ini sesungguhnya menjadikan syariat sebagai tolok ukur perbuatan kita. Agar kita dapat mengeluarkan sesuatu hukum syarak, kita hendaklah mengetahui realiti supaya hukumnya dapat diterbitkan. Oleh itu kita bermula dari awal dengan mengetahui kewajipan asal bagi wanita kemudian baru beralih pada kewajipannya sebagai isteri, hukum syarak berkenaan tugasnya, syarat-syarat ia bekerja di luar rumah dan masalah sebenar berkaitan tugas ini.
Hukum asal wanita itu adalah menjadi ibu dan pengatur rumahtangga. Ia adalah kehormatan yang wajib dijaga:
Sesungguhnya perkataan pengatur rumahtangga tidak bermaksud bahawa wanita adalah pembantu rumah atau khadam bahkan ia bermaksud bahawa wanita adalah pengurus rumahtangganya dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya sepertimana yang disebutkan dalam hadith:
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya.”
Maka wanita adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. Dia merupakan pemimpin dalam mendidik anak-anaknya, dalam mengajarkan mereka, membaguskan akhlak mereka, membina pemikiran mereka. Supaya wanita dapat melakukan peranan ini, dia hendaklah menyiapkan dirinya dengan menuntut ilmu dan pengetahuan syarak dengan kadar yang diperlukannya dan yang membolehkannya melaksanakan kewajipan ini. Lelaki pula, sama ada bapa, abang atau suami wajib menyediakan perkara-perkara tersebut untuknya. Sementara keadaan dirinya yang merupakan kehormatan yang wajib dijaga, Islam telah menjadikan kematian dalam rangka memelihara kehormatan ini sebagai syahid. Manakala fungsinya sebagai ibu adalah dirinya yang merupakan tiang dalam membina keperibadian adalah satu perkara yang bukan teori atau khayalan. Allah SWT ketika hendak memberikan contoh kepada orang-orang yang beriman, memilih untuk mencontohkannya dengan seorang wanita “Dan dijadikan contoh oleh Allah kepada orang-orang yang beriman, isteri Firaun” kemudian Dia berfirman: “Dan Maryam anak Imran”. Hal ini meskipun menunjukkan kepada sesuatu perkara, ia sesungguhnya menunjukkan keagungan peranan wanita dalam membina keperibadian-keperibadian. Demikian juga apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW: “Ambillah setengah agama kamu dari al-Humaira’ ini, iaitu ummul mu’minin Aisyah.”
Tidak ragu lagi bahawa hal ini menetapkan tanggungjawab atas wanita, iaitu hendaklah ia pertama-tama sekali melihat kepada dirinya dengan pandangan yang mendalam, yang benar hingga dia dapat melihat dan merasakan keagungan tempatnya dalam Islam dan memahami bahawa ia merupakan nadi kehidupan dalam keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya dia berkhidmat kepada urusan rumah dan kebaikan keluarganya, dan dialah yang bertanggungjawab supaya Allah itu dingati dengan banyak di rumahnya. Allah disucikan dan dipuji pada pagi dan malam hari di rumahnya. Solat dilaksanakan, dan al-Qur’an pula dibaca di dalamnya. Sementara anak-anaknya pula dididik seperti ia mendidik dirinya untuk memikul dakwah, ketaatan, berkorban dan memberi di jalan Allah, sementara gangguan dari manusia atau pihak pemerintah tidak dapat memudaratkannya.
Sesungguhnya kewajipan isteri terhadap suaminya banyak sekali sepertimana jua tanggungjawab suami terhadapnya. Belum dikira lagi semua kewajipan syaraknya sebagai manusia; seperti solat, puasa, zakat, haji, berlaku benar, menunaikan amanah, menutup aurat, taat kepada suami, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahmi, menuntut ilmu, muhasabah pemerintah, jihad defensif, melakukan amar ma’ruf nahy munkar, memikul dakwah, membai’at pemimpin umat Islam, melazimi berbuat taat dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian kefardhuan yang berkaitan dengan wanita dan yang meliputi semua aspek kehidupan termasuk: ibadat, muamalat, uqubat, makanan, pakaian dan akhlak. Oleh itu, peranan wanita Islam tidak terhad di rumah sahaja meskipun keibuan dan tugasnya di rumah adalah tugas asalnya, tetapi menjangkau kepada semua aspek kehidupan Islam.
Kewajipannya sebagai isteri boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Mentaati suami dalam perkara kebaikan:
a. Rasulullah SAW telah memerintahkan hal tersebut: “Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, ia akan masuk syurga.”
b. Allah SWT juga berfirman: “Seorang lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan terhadap harta yang dinafkahkan oleh mereka.” Juga, “Dan bagi lelaki itu satu darjat atas kaum wanita.” Kepimpinan suami atas isterinya adalah kepimpinan berupa pemeliharaan, bukan kepimpinan pemerintahan. Si isteri diwajibkan untuk taat. Suami wajib menafkahinya mengikut yang makruf dan memerintahkannya dengan perkara yang membawa kepada mentaati Allah Ta’ala dan si suami tidak sekali-kali memiliki kuasa ke atasnya jika dia memerintahkannya untuk berbuat maksiat kepada Allah. Na’uzubillah.
c. Memelihara kemuliaannya serta perasaannya dengan menjaga matanya, telinganya dan perasaannya. Janganlah dia melihat pada isterinya, di rumah selain yang dapat menyukakannya dan tidak mendengar melainkan perkataan yang diredhai dan juga tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya.
d. Menjaga agamanya dan kehormatannya. Hal itu dilakukan dengan menjauhkan diri dari bertabarruj dan menayang dirinya kepada lelaki asing di dalam dan luar rumah. Seorang wanita tidak akan menunjukkan perhiasannya melainkan kepada suaminya. Wanita solehah adalah yang sentiasa beribadat kepada Allah, memastikan agar suaminya menerapkan Islam pada dirinya, keluarganya dan hidup dengan dakwah dan tingkahlaku Islam.
2. Melaksanakan pengurusan rumah tanggga menerusi:
a. Berkhidmat kepada suami dan menunaikan permintaannya yang berupa perkara maknawi dan materi.
b. Memerhatikan pandangan serta pendengaran suami agar sentiasa melihat rumah dalam keadaan bersih, teratur dan sebagainya
c. Menjaga harta suaminya dan memeliharanya meski apa jua jenisnya. Ia tidak boleh membelanjakan harta suaminya tanpa izinnya.
d. Berusaha untuk memperoleh keredhaannya dan memasukkan rasa gembira dalam hatinya. Jika dia pulang ke rumah, disambut dengan keadaan bersih dan berhias.
3. Mendidik dan membesarkan anak-anak:
a. Wanita hendaklah mendidik anak-anaknya dengan baik, iaitu sabar, lemah lembut dan belas kasihan. Janganlah dia memarahi anak-anaknya di hadapan suaminya. Jangan mendoakan keburukan terhadap mereka. Jangan mencela atau memukul mereka kerana sesungguhnya hal itu dapat menyakiti hatinya. Tambahan pula mendoakan keburukan terhadap anak-anak adalah satu perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda: “Janganlah kamu doakan keburukan terhadap diri kamu, dan janganlah kamu doakan keburukan terhadap anak-anak kamu, janganlah kamu doakan keburukan terhadap harta kamu, kerana (tatkala kamu berdoa) mungkin tepat pada waktu mustajab, lantas Allah kabulkan doa kamu ( membuatkan kamu menyesal).” [HR Abu Dawud].
b. Hendaklah mendidik anak-anaknya mengenai bersuci, menjaga kebersihan, memelihara diri, berani, tidak bercakap kosong agar mereka tumbuh sebagai umat Islam, hidup dengan Islam dan untuk Islam. Allah akan memperbanyakkan kebaikan bagi mereka dalam masyarakat dan Rasulullah SAW membangga-banggakan mereka dan yang seperti mereka di akhirat kelak.
Kita simpulkan dari semua ini, bahawa kewajipan wanita sebagai manusia, isteri dan ibu adalah banyak dan rumit. Apatah lagi jika ditambah semua itu dengan tugasnya di luar rumah untuk tempoh masa yang panjang hingga lapan atau sembilan jam baru pulang ke rumah. Ia menantikan siapa yang akan melayannya, bukan dia yang melayan suami dan anak-anaknya! Terhasillah dari situ masalah-masalah rumahtangga, perkelahian dan pertengkaran disebabkan tekanan melampau dan keletihan yang dideritai oleh wanita. Jika Allah telah menyamakan ganjaran wanita yang memelihara rumahtangganya dan ahli keluarganya dengan ganjaran mujahid maka ini sesungguhnya menunjukkan tahap kepentingan tugas ini serta menunjukkan bahawa ia adalah tugas asasi yang disediakan untuk wanita.
Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?” Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka: “Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?” Para sahabat menjawab serentak: “Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!” Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata: “Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.” Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.”
petikan: garapan al-ahibbatu, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15611.msg278488;topicseen#new inniakhofullah@butterwrdfly

amanah Qu..
Bismillah..
tiada kata yang mampu terucap melainkan syukur jika apa yang terlintas di hati ini benar..bukan mainan..bukan jua main tarik tali...tidak mengharapkan melainkan jika ianya benar-benar dari tarbiah Allah.penulis tak mahu bercoleteh panjang kali ni nak bercerita soal materialistik yang plastik...
marah benar agaknya diri ini bila bertemu dengan orang kaya...kenapa ya?? maaf jika anda bukan yang penulis temui janganlah terasa..kerana tujuan ini untuk bagi penceahan tentang apa yang sering meracau di jiwa penulis seorang yang sederhana..(Alhamdulillah cukup semuanya,meskipun tak dapat penuhi setiap benda yang baru lagi update)..syukur apa yang ada..usah membenci atau berdengki dengan orang lain yang kita nampak gah..hargailah yang ada itu la yang lebih gah..kan..syukur...itu GAH yang mahal tau...ingatkan Allah sokmo..
penulis amat kesal dengan sikap mereka..yang 'kaya' ya kaya la dari segi harta..bertimbun..sampai kan sombong..mana taknya..dengan sedekah pun nak berkira..anak yatim..saudara mara..ni untuk keluarganya..keluarganyalah..anak-anak jer,suami..yang adik- beradik nampak susah tu tak tolongnya,tu yang dekat tu..kaum kerabat tak mahu di tolongnya..orang lain lagi la..emm..entahlah sedar atau tidak..mekah selalu je pergi..masih ada lagi yang memerlukan duit tu untuk sambung belajar ke..bantu mereka..(memanglah duit anda suka hati la) pahala itu lain tau..ingat tu...PENGORBANAN ANDA itu MAHAL..tiket syurga..tak reti la nk berbicara dengan orang kaya ni..dah la berpendidikan..tapi tak faham-faham jugak...memang kurang la tu...(bukan marah..nasihat jer) sebab sayang la ..penulis bagi tau ni..ye la takut2 anda pelupa..manusiakan mudah lupa..mulut anda lancang mengatakan itu..ini..sampai terguris hati mereka yang kekurangan..
HARTA anda AMANAH untuk memberi seadilnya..kepada mereka yang MEMERLUKAN...

Langgan:
Catatan (Atom)