Halaman

Ahad, 22 April 2012

akhirnya dia kluaq...



can ptptn we like....????
hehehe..
mantop man...
teruskan dgn idea yg kreatif... rmai yg diblakang hang...
0.~
inniakhofullah@butterwrdfly

rasa cinta...

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”
Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.
Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.
Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.
Konklusi : Pernikahan adalah permulaan cinta
Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!
 http://www.ilmi-islam.com/

inniakhofullah@butterwrdfly

4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
  http://www.hanan.com.my
inniakhofullah@butterwrdfly

Jumaat, 20 April 2012

~eiuw..makan dalam talam..???~

teringat pula suatu ketika dahulu penulis pernah mengahdiri program....bersama sohabiah seperjuangan..
setiap kali program.. kami akan di tarbiahkan dengan makan dalam talam, sampaikan pernah suatu kali hadir program yang dalam kalangan orang yg tak biasa makan dalam talam,siap suap menyuap lagi...
ada pula pepatah..
"eee..geli la.. air liur dia melekat kat tgn"

"ewu..saya tak biasa makan ramai2.."

"cukup ke..nak makan ramai2 nie?"

"akak..saya elegikkkk sgt,,"

*                       *                      *



"awk.. kita nak diet la"

"diet ape nye...awak dah kurus kowt..."

"xpe la awak makan la dulu..saya nak makan nanti petang"

"eh awk nie..takkan kita nak makan sorang2..mai la makan skali ngan kita.."

..sang sahabat nie..ttp terus menolak... tp...

"tak baiek tau awk tolak rezki, mak kita pesan..kalau orang bagi tak baik kita tolak..nanti dia akan terasa dan pas2 nie bila kita perlu..awal2 lagi dia akan takkan buat apa penawaran kat awak.."

Hukum Makan Dalam Talam

Ramai yang berpendapat bahawa makan dalam talam ini bukanlah sunnah Rasulullah. Tapi yang baginda sarankan adalah supaya kita makan secara berjemaah. Wah, makan pun perlu berjemaah? Ingatkan solat sahaja yang perlu berjemaah. Subhanallah, indahnya Islam.

“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

^_^
....

 tinniakhofullah@butterwrdfly

mata.pandangan hati...

bismillah...

"kak nab..ada org nk carikan calon..anak kak nab ada kan"

"ada..tapi anak kak nab masih belajar..xsesuai lagi, macam mana kalau anak pok lie"

"emm tak mau hok tu.. nak anak kak nab, hok macam anak bongsu kak nab tu la"


mak balik bercerita ttg tu...
kalau ciri2 tu yg dia nak... reject terus...
mana taknya... nak yg semuanya best2 baik2 lawa....

adoi..mana taknya..
kalau nk yg cantik.. tup2 alami kemalangan ke...tua ke...sakit ke..
kompem si suami akan cari yg lain..yg cantik...
hakikatnya..hidup nie tak kekal...



mahu bercinta...??
bercintalah sebelumnya...
risiklah sebetul2nya agar kita tak.....
nyesal..
yg dilihat...tp rasailah dari hati dari hati yg tak menipu...
lihat seseorang dari yg RAJIN...pada agamanya...

mengamalkan agamanya dgn seJUJURnya..bkn krn org lain..
apapun...bagi penulis..kejujuran tu dapat dilihat dari mata hati yg sebenarnya....

^_@

inniakhofullah@butterwrdfly

Khamis, 19 April 2012

sejuta hati utk dirasa...



sejuta jiwa yg penuh tunduk dan akur pada Pencipta...
milikkilah....rasailah...cubalah...Allah sentiasa dihati...kerja dunia...belum tentu dpt tp kejar akhirat itu pasti dapt...ungkapan ini tak mudah..dilakuknkan..penuh dgn cabaran pap itu ikhlas..ikhlas melepaskan,,,,

^_^inniakhofullah@butterwrdfly

ORG ISLAM AKUR,,,dgn BARAT..???

bismillah..
kelmarin penulis telah menyertai sebuah pembentangan dari Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain. "komposisi dan bentuk alam suatu pertarungan budaya"...

apa yg ingin penulis berkongsi dgn pembaca disini... daripada pembacaaan dan kajian prof didapati pada penggunaan bahasa yang telah digunakan oleh pengkaji sebelumnya yg mana telah meletakkan beberapa istilah yg amat..amat bertentangan dengan Islam itu sendiri seperti contoh..
penggunaan nama bagi planet2:
latin(L) yunani(Y) inggeris(I)
-mercurialis/mercurius(L)/mercury(I), nama bersempena dewa rom yg bertugas sbg pengutus
-veneus(L)/venus(I),sempena nama dewi kecantikan org roma
-martis(L)/mars(I), dewa perang org roma
-iouis/dious/jovis pater(Y)/luppiter/jove(L)/jupiter(I),raja segala dewa
-saturnus/saturni(L)/saturn(I),dewa pertaniaan dan masa panen/tuai bg org roma
-uranus,ibu dewa langit org roma
-neptunus(L)/neptune(I),dewa laut org roma
-pluto,dewa kematian dan kesuburan org roma
-eris,dewi org roma yg menjaga kekalutan dan kekacauan(planet yg baru di temui)


dimanakah sarjana2 ISLAM....buat ms sekarang jawapan ada..tapi..penulis rasa sbb skrg yg menguasai dunia ini adalah dari kuasa barat...apapun jua mereka tetap tidakkan menerima selamanya akan menolak...
yg kita pulak..pelik...masih lagi di takuk yg AKUR dengan apa sahaja ilmu yg diBEKALKAN oleh mereka yg barat...
mengapa tiada sistem di dunia ini...mengekalkan budaya mereka sendiri..MEMPERKENALKAN kepada dunia...NAH INI DARI SARJANA ISLAM...tak salah ingin belajar dari sarjana bukan Islam, tapi jgn sampai mengaplikasikan dalam kehidupan sehingga tenggelam SARJANA ISLAM...
BILAKAH LAGI....SAMPAI BILAKAH LAGI KITA MAHU AKUR.......


>.<
op3n your 3y3s.... no mor3 hav3 nic3 dr3ams....in sl33ps but mak3 dr3amssss come tru3...
 

inniakhofullah@butterwrdfly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...