qalam ini mahu membuahkan hasil diminda yg merindui kemanisan berukhwwah dengan saudara jauh dari negeri penuh dengan cabaran hidup sebagai muslim untuk menegakkan qalamullah...
Seusai menunaikan solat terawikh,kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu sambil bertaaruf dengan saudara baru dlm keluarga ini..dengan tenang dia bercerita kisah suka duka perjalanan sepanjang hidup di bumi asing baginya..dari segi bahasa dan budaya yg sedikit kelainan dari Malaysia..
seribu satu cerita yg ingin diluah..dikongsi namun,dia masih belum fasih lagi berbahasa malaysia..
''blh tak ikhsan cerita mcmana blh sampai kat sini...''-abuya memulakan bicaranya dengan wajah yg begitu serius sekali.
''saya datang sini semata-mata ingin menuntut ilmu agama,untuk jadi seorang tahfiz..''-terangnya sedikit demi sedikit kerana ungkapan sedikit terbatas untuk bicarakan dalam lain bahasa ibundanya iaitu melayu-champ..
''saya datang kerana ada seorang ustaz dari kemboja ingin mencari orang kemboja untuk belajar di malaysia segala kos ditanggung oleh org lain yang bersedia untuk menapung segala perbelanjaan''
sambungnya lagi...
''saya datang dengan 3org lagi.......
............bersambung.....
inniakhofullah@butterwrdfly
tinta yang tiada nokta sehingga diri di panggil Penciptaku.. mungkin anda akan tersenyum membaca blog ini... senyuman anda itulah yang membuatkan diri ini ingin meninta apa yang ada dibenak kalian...tinta kehidupan,kesakitan,kegembiraan adalah lukisan kehidupan...
Khamis, 15 September 2011
Khamis, 25 Ogos 2011
kajian bermula...
KEMBOJA, Kebencian Terhadap Islam Selama Bertahun-Tahun
Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu. Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.
| Umat Islam di Kemboja dilarang hidup berlandaskan agama, menggunakan abjad Arab, ataupun menunaikan solat. Sesiapa yang melanggar larangan-larangan tersebut akan dihukum dan dibelasah teruk. Rakyat menjadi semakin miskin: Harta benda peribadi telah dirampas oleh kerajaan dan hak-hak mereka dicabuli. Mereka mati akal untuk menentang penindasan kerajaan. Satu-satunya cara yang mereka ada ialah melarikan diri. Gambar ini menunjukkan umat Islam yang lari dari penindasan di bawah keadaan yang amat susah. |
Kita sudah pun mengkaji kebencian komunisme terhadap agama dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge adalah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia mendapat kuasa melalui sokongan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini berkuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.
Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhirnya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menubuhkan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem pemerintahan yang memiliki sebuah parti politik sahaja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge memutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar - ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual - telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.
Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun mengamalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan," dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah "padang pembunuhan." Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.
Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisytiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.
The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak... Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65
Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.
Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.
Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.
inniakhofullah@butterwrdfly
Ahlan wa sahlan...
Ahlan wa sahlan ya akhi ihsan…
Bismillah..
qalamku ingin bermadah kegembiraan bertaut qaseh yg menumpang secebis ikatan kekeluargaan dalam hati..18/8/2011..tarikh keramat kelahiran putra dari Kemboja berusia 19 thn,tiba dalam keluarga kami. Ramadhan yg penuh barokah kehadiran putra bongsu itu tidak ku anggap sebagai adik angkat..tapi adik kandung sendiri(moga Allah memelihara kami agar tidak membawa kemurkaannya)insan soleh ini telah menitiskan airmata bonda tercinta taktala mendengar cerita hajatnya ingin sekali punya qaseh di Malaysia,alunan suara yg penuh kesyahduaan ketika mengimamkan solat,membuatkan bondaku rasa lagi tersentuh…
subhanallah..
jadikan cinta kami bertaut kerana Allah..
pada mulanya kekok,ish susahnya nk dekat dengan saudara baru nie,,,lelaki pulak tu . berbetulan aku tak punya adik lelaki,benar2 melonjat gembira hati ini..ihsan..nama seindah tuan empunya badan,pendiam pelahan bila bercakap namun nada dalam solat akan berubah penuh semangat.
Aku cuba untuk mesra agar dia tidak segan (rasa terpinggir)..
Diri terasa kagum pada anak Kemboja..bila melihat dia sanggup bersusah payah kerana ilmu. Allah mengangkat darjat bagi mereka yg berilmu.ibunya yg sakit tenat merelakan ihsan untuk menuntut ilmu agama di perantauan,anak lelaki sulung ini mempunyai jati diri yg kuat. Tanpa berbekalkan harta yg melimpah diri merantau jauh meninggalkan adik dan ibunya,ayahnya telah meninggal dunia sejak dia berusia 7 thn. Semata-mata kerana ilmu diri merantau jauh dinegara asing..bahasa yg berbeza..
“apa yg ihsan buat kalau tiada duit masa belajar”-bondaku bertanya
“akan pergi Bandar kota baru cuci kain ke..macam-macam”-ihsan
Begitu memiliki hati yg cekal berusaha kerana ilmu,dia benar-benar minat ilmu agama. Moga kesusahan yg dialami,ilmu yg ditagih,berkat diperoleh.
Betapa bertuahnya kita sumber kewangan masih mudah diperoleh namun masih bermalas-malasan untuk menuntut ilmu,alangkah ruginya…
Benarlah kata imam syafie:
‘Seseorg tidak akn Berjaya dlm menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan’
Hati terkedu bila membaca teks dari buku gen-Q 2,kisah yg benar2 berlaku di Malaysia..
‘BOSAN!bukan penting sangat pun subjek tu’-pelajar mengeluh untuk tidak mahu menitik beratkan subjek pendidikan Islam,sampaikan bapa pelajar menelefon gurunya.mengiakan saja kehendak si anak untuk tidak mengikuti subjek itu. Kerana alasannya,kena mengikuti kelas tambahan yg lebih penting utk peperiksaan…
Apa dah jadi ilmu farduain..fardu kifayah..entah yg mana lebih penting,masyarakat keliru,..
Pemikiran manakah anak-anak Islam Malaysia sekarang…Malaysia sebuah Negara rasmi agamanya Islam ekonominya tanpa menyekat,namun generasi akan datang semput ilmu agama,
MALAYSIA..KEMBOJA…
Dua Negara yg masih dalam kajianku…inniakhofullah@butterwrdfly
Sabtu, 6 Ogos 2011
kopiah kecil....
bismllah...
sesekali angin menghembus ruang tingkap kereta terasa nyamanan segar suasana waktu zohor di cameron highland,bulan ramadhan kali ini ada sedikit kelapangan bagi kami sekeluarga utk menikmati pandangan segar ciptaan Ilahi. suasana kali ini benar2 lenggang dek kerana bukan cuti sekolah tapi hari minggu di bulan ramadhan...mungkin penat sesekali terpandang wajah yg berkulit putih berseluar pendek berjalan kaki. kami berhenti di masjid utk menunaikan solat,solat jumaat inilah baru dapat melihat kehadiran muslim...tapi kebanyakkannya yg aku terkelih warga asing.
emm rasa seronok melihat anak kecil berjalan menuju ke masjid,mereka ada rasa tertanggungjawap utk melaksanakan apa yg diperintahkan.
sekumpulan anak kecil bersama teman..seorang lagi bersama ayahnya..
********
"anak ayah yang soleh,hari nie ayah nak bawa aiman ke suatu tempat yang 'segar'..."
"segar...?"
"kat mana tu ayah..?"
"ya sayang..sebelum tu aiman kena mandi dulu tau pakai kemas2,wangi2.."
"pakaian aiman sayang mama dah sediakan,mama sangkut kat luar almari"
"terima kasih mama.."
"sama-sama sayang"sambil tersenyum manis terukir dibibir mama
"jom kita bersiap"dengan penuh bersemangat ayah
..............
..orang lelaki berpusu-pusu menuju ke masjid dengan pakaiaan yang indah indah-indah
"ayah macam hari raya pulak.."
"hari jumaat adalah penghulu segala hari,banyak kelebihannya,nanti ayah ceritakan pada aiman ye.."
aiman memerhatikan kanak-kanak sebayanya ada bersama ayah,abang masing2
sesekali dia memerhatikan gelagat kanak-kanak bermain dengan riang bersama sahabat yang
lain tentu seronok jika ikut bermain bersama.
dari tadi ayahnya memerhatikan gelagat anak kecil muka penuh dengan soalan
"aiman sayang sekarang kita di masjid rumah Allah,kita kena jaga kelakuan kita dengan sopan,Allah suka akan akhlak yg baik.."
**********************
fikiran berimaginasi jauh beraspirasikan sekumpulan anak kecil tidak solat..bermain yg paling menyedihkan anak-anak remaja juga turut berada diluar semasa solat didirikan,duduk termenung tanpa segan silu..
ayah..
hari jumaat ini kau memimpin tanganku yg kecil...
menuju ruang besar penuh dengan ketenangan..
aku merasa sesuatu keriangan hadir di sini...
melihat semuanya segar,bersih,wangi..
wajah penuh dengan ketenangan..
aku melihat anak-anak yang lain ada yang tidak hadir bersama ayahnya...
mereka bermain riang..tanpa sesiapa pun mengajak mereka masuk untuk bersama..
penuh kedamaian ini...
ayah..
apakah yang akan terjadi suatu saat nanti..
apabila kami dewasa...
adakah terjadi seperti abang itu yg berada disorotan sudut masjid..
yang sesekali termenung sendirian...
jiwanya aku melihat kosong..
tanpa rasa sedikit segan..
ayah...
kesibukanmu hari ini...
masih sempat untuk membawaku ke sini...
yang ayah maklum padaku hari ini penghulu segala hari..
aku ingin bersamamu sepanjang hari...
bersama merasakan apa yg ayah katakan..
ayuh kita lakukan bersama ayah...
ayah..
sematkan selalu pada diriku asas cinta..
pada Pencipta..
agar suatu saat nanti bila pimpinanmu terlepas dari jari-jari kecilku..
aku mampu gagah melangkah..
penuh rasa cinta pada Allah...
ayah...
ku tahu kesibukanmu hari ini...
Allah masih memberi ruang untukmu bersamaku..
bawalahku ke sini selalu..
aku melihat ramai yang sibuk itu..
keluar berpusu-pusu..
belum sempat pun mereka berdoa bersama..
ayah pernah beritahu..
sesiapa yg tak berdoa,adalah orang yang sombong pada Penciptanya...
ayah..
aku hairan melihat semua ini..
moga ayah selalu dalam rahmat kasih sayang Allah..
agar aku turut mersa tempiasanya mengalir di darahku ini....
"inniakhofullah@butterwrdfly
sesekali angin menghembus ruang tingkap kereta terasa nyamanan segar suasana waktu zohor di cameron highland,bulan ramadhan kali ini ada sedikit kelapangan bagi kami sekeluarga utk menikmati pandangan segar ciptaan Ilahi. suasana kali ini benar2 lenggang dek kerana bukan cuti sekolah tapi hari minggu di bulan ramadhan...mungkin penat sesekali terpandang wajah yg berkulit putih berseluar pendek berjalan kaki. kami berhenti di masjid utk menunaikan solat,solat jumaat inilah baru dapat melihat kehadiran muslim...tapi kebanyakkannya yg aku terkelih warga asing.
emm rasa seronok melihat anak kecil berjalan menuju ke masjid,mereka ada rasa tertanggungjawap utk melaksanakan apa yg diperintahkan.
sekumpulan anak kecil bersama teman..seorang lagi bersama ayahnya..
********
"anak ayah yang soleh,hari nie ayah nak bawa aiman ke suatu tempat yang 'segar'..."
"segar...?"
"kat mana tu ayah..?"
"ya sayang..sebelum tu aiman kena mandi dulu tau pakai kemas2,wangi2.."
"pakaian aiman sayang mama dah sediakan,mama sangkut kat luar almari"
"terima kasih mama.."
"sama-sama sayang"sambil tersenyum manis terukir dibibir mama
"jom kita bersiap"dengan penuh bersemangat ayah
..............
..orang lelaki berpusu-pusu menuju ke masjid dengan pakaiaan yang indah indah-indah"ayah macam hari raya pulak.."
"hari jumaat adalah penghulu segala hari,banyak kelebihannya,nanti ayah ceritakan pada aiman ye.."
aiman memerhatikan kanak-kanak sebayanya ada bersama ayah,abang masing2
sesekali dia memerhatikan gelagat kanak-kanak bermain dengan riang bersama sahabat yang
lain tentu seronok jika ikut bermain bersama.
dari tadi ayahnya memerhatikan gelagat anak kecil muka penuh dengan soalan
"aiman sayang sekarang kita di masjid rumah Allah,kita kena jaga kelakuan kita dengan sopan,Allah suka akan akhlak yg baik.."
**********************
fikiran berimaginasi jauh beraspirasikan sekumpulan anak kecil tidak solat..bermain yg paling menyedihkan anak-anak remaja juga turut berada diluar semasa solat didirikan,duduk termenung tanpa segan silu..
ayah..
hari jumaat ini kau memimpin tanganku yg kecil...
menuju ruang besar penuh dengan ketenangan..
aku merasa sesuatu keriangan hadir di sini...
melihat semuanya segar,bersih,wangi..
wajah penuh dengan ketenangan..
aku melihat anak-anak yang lain ada yang tidak hadir bersama ayahnya...
mereka bermain riang..tanpa sesiapa pun mengajak mereka masuk untuk bersama..
penuh kedamaian ini...
ayah..
apakah yang akan terjadi suatu saat nanti..
apabila kami dewasa...
adakah terjadi seperti abang itu yg berada disorotan sudut masjid..
yang sesekali termenung sendirian...jiwanya aku melihat kosong..
tanpa rasa sedikit segan..
ayah...
kesibukanmu hari ini...
masih sempat untuk membawaku ke sini...
yang ayah maklum padaku hari ini penghulu segala hari..
aku ingin bersamamu sepanjang hari...
bersama merasakan apa yg ayah katakan..
ayuh kita lakukan bersama ayah...
ayah..
sematkan selalu pada diriku asas cinta..
pada Pencipta..
agar suatu saat nanti bila pimpinanmu terlepas dari jari-jari kecilku..
aku mampu gagah melangkah..
penuh rasa cinta pada Allah...
ayah...
ku tahu kesibukanmu hari ini...
Allah masih memberi ruang untukmu bersamaku..
bawalahku ke sini selalu..
aku melihat ramai yang sibuk itu..
keluar berpusu-pusu..
belum sempat pun mereka berdoa bersama..
ayah pernah beritahu..
sesiapa yg tak berdoa,adalah orang yang sombong pada Penciptanya...
ayah..
aku hairan melihat semua ini..
moga ayah selalu dalam rahmat kasih sayang Allah..
agar aku turut mersa tempiasanya mengalir di darahku ini....
"inniakhofullah@butterwrdfly
Isnin, 1 Ogos 2011
ops...org lelaki...????
swasta ker..kerajaan punyer hospital...
emmm swasta mahal,,,
kn save bajet ckit nie,pas nie byk belanja..xnk beban abuya dan mak,
"pegi hospital kerajaan lar nanti mak bagi tau kt saudara kita yg keje kt c2 utk plh ms x-ray org perempuan.."-mom say..
"okay..terasa selamat dah,,,aurat tak dedah..."heart say
medikal check up time...dah buat blm..???
bg yg belum khursusnya yg dok kt qlate g spital kerajaan..i want share 2 khursusnya girl:
-x-ray room-misi laki bg tau:"sila masuk dlm blk salinan pakaian,buka everything(akan dimaklum) buka tudung"
girl:dlm keadaan tercengamam coz wt perjanjian dgn misi perempuan,girl nie pakai 2dung labuh.."tak blh ker kalau sy pakai 2dung?"
misi laki:"pakai skaf sj.."
girl:msk dlm blk tukar pakaian dlm ati memikirkan jauh,cmnr nk hadapi nie(bj yg dia bg tu korg kn ikat dulu br pakai ek coz ikatan 2 kn letak belakang)
sesudah salin pakaian,dia tekat nk pakai gak 2dung labuh 2..
misi laki:dgn penuh rasa hormat dia minta izin utk buka cikit je kt bhgian depan(tp aurat msh x terdedah)girl:(dalam hati)alhamdulillah..nasib baik pakai 2dung labuh..coz tali2 yg kat belakang 2 kalau bergerak
ternampak gak..I safe..inniakhofullah@butterwrdfly
Allah,,,bersama jgn takut kiranya diri ditindas[jika kita yg benar]..you have 2 save yoursss>>>>>>
bg yg belum khursusnya yg dok kt qlate g spital kerajaan..i want share 2 khursusnya girl:
-x-ray room-misi laki bg tau:"sila masuk dlm blk salinan pakaian,buka everything(akan dimaklum) buka tudung"
girl:dlm keadaan tercengamam coz wt perjanjian dgn misi perempuan,girl nie pakai 2dung labuh.."tak blh ker kalau sy pakai 2dung?"
misi laki:"pakai skaf sj.."
girl:msk dlm blk tukar pakaian dlm ati memikirkan jauh,cmnr nk hadapi nie(bj yg dia bg tu korg kn ikat dulu br pakai ek coz ikatan 2 kn letak belakang)
sesudah salin pakaian,dia tekat nk pakai gak 2dung labuh 2..
misi laki:dgn penuh rasa hormat dia minta izin utk buka cikit je kt bhgian depan(tp aurat msh x terdedah)girl:(dalam hati)alhamdulillah..nasib baik pakai 2dung labuh..coz tali2 yg kat belakang 2 kalau bergerak
ternampak gak..I safe..inniakhofullah@butterwrdfly
Allah,,,bersama jgn takut kiranya diri ditindas[jika kita yg benar]..you have 2 save yoursss>>>>>>
Ahad, 10 Julai 2011
ketandusan air dipinggiran sahara
Assamualaikum...
qalamku bermadah suram kerana terpalit sedikit calaran jiwa yg ketandusan air keimanan dipinggiran jalanan hidupan penuh dengan sahara yang berduri..izinkanku untuk berpuitis cinta disaat hati merindui kemanisan dalam keredhoan,kemana harus ku hala disaat ini....?????
inginku betulkan kembali apa yg tersilap laku....
you have to do this...to get this,,,,this(pe yg diimpi)
what u mean this...???
you must gedik sedikit don't to skema.....
what......??????!!!!!
i'm muslim okay...i notttttt murahan girl...
i know that...but you will ditindas,....!!!
can u see that i di tindas because of i pakaian mcm nie...beertudung labuh beerbaju kurung...but u wrong this not mean i lemah...
remember that kelembutan tak bererti i lemah...kelembutan i2 fitrahku...
i will fight....!!!!! apa yg i buat selama ini bkn krn u n they...but i do this because of Allah..
Allah its everything to me,,,i don't want Allah murka kpdku...
what ever looooooseeeeeezzzzerrrr....
i tak pernah pun terasa tertindas..tp i makin selamat..ramai yg akan menjaga adab pergaulan mereka bila bersamaku...baik yg roooockerrrs mahu pun tak...
thas mean Allah menjagaku...kehormatanku...
u akan menderita akhirnya if u x jg diri u like yg Allah perintahkan...
(cerita diatas hanya mind berbicara...)
* bagaimana harusku buka simpulan 1001 persoalan yg mengusik dijiwa sekarang
ungkapan...'fiqoh syg....' 'abang....'
rasa tercalar dihati...
ya Allah .....
aku tak mahu hadapi disaat hati dihantui goresan cinta yang bersulam dusta...
ini bukan cinta bagiku ini fitnah semata-mata..
aku benar-benar hargai pengorbanan yang dia buat selama ini sepanjang tangisanku disaat mereka menindasku...
aku betul-betul hargai apa yang dia buat sampai satu saat terasa ingin menangis depannya kerana terharu dengan apa yang dia buat..dan antum jgn salah tafsir,,,aku tak pernah panggil dia 'abang'...
ya Allah...
ku harapkan kebaikan yang selama ini...hanya rencah pandangan dari laknatullah...!!!
segala-galanya terasa manis...
ya Allah ...
jagalah aku dr kemurkaaanMu..dOaku agar dia akan menjadi insan yang Kau kasihi kerna dia insan yang pernah buat aku tersenyum mengingatiMu disaat lalai teruji...
Khamis, 26 Mei 2011
Muhammad al-Fateh...
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh
Jangan hanya berani melanggar larangan Allah, memakan benda haram..
Tentera Yahudi pun tidak sanggup makan anjing dan katak
Langgan:
Catatan (Atom)

